APABILA MANUSIA BERHATIKAN IBLIS DAN SYAITAN...EHSAN SUDAH TIDAK ADA LAGI MAKA BEGINILAH JADINYA.
MANUSIA JIKA SUDAH GILA KUASA...MENETAK MENYEMBELIH ORANG PUN TAK APA...ASALKAN HATINYA PUAS .
BESI PANAS INI AKAN MEMANGGANG DAGINGKU HINGGA HANGUS!
TAPI KAU TAK BOLEH MEMANGGANG IMANKU DAN AKU YAKIN ALLAH TELAH MENEMPATKAN AKU DI SYURGA-NYA ATAS KESABARAN AKU MENGHADAPI KEZALIMANMU INI.
KALAU KAU BERANI LEPASKAN AKU BIAR KITA BERLAWAN SATU LAWAN SATU SEBAGAI ANAK JANTAN. DASAR PENGECUT MENZALIMI AKU. TUNGGULAH KEDATANGAN ANAK CUCUKU YANG AKAN MENUNTUT BELA ATAS KEZALIMANMU PADAKU!
SEKSAAN DI AKHIRAT TELAH DINAMPAKKAN KEPADA KITA. DI AKHIRAT ADA JUGA YANG DINAMAKAN GUNTING AKHIRAT IAITU MENGUNTING LIDAH SENDIRI KERANA
1) ADA ILMU TIDAK MAHU MENGAJARKAN
2) MENIPU
3) BERKATA MENYAKITKAN HATI
4) MEMBUAT FITNAH
5) SUKA BERKATA KOSONG
DAN SEUMPAMA DENGAN KEJELEKAN LIDAH
MOGA KTIA DIJAUHKAN DARIPADA GUNTING NERAKA
AKIBAT TIDAK MENJAGA LIDAH KITA...
MOGA LIDAH KITA SENTIASA TERJAGA DENGAN KALIMAH SUCI ALLAH SAMPAI DIBAWA HINGGA KE NAFAS TERAKHIR.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
OTAKKU BOLEH KAU PECAHKAN HANCUR LULUR
TAPI KARYA-KARYAKU TELAH SAMPAI DI KALBU HATI INSANI
AGAR MEREKA TIDAK BERHATI KEJAM SEPERTI KAMU DUHAI LAKNATULLAH.
SEKALUNG BUNGA CINTA ILAHI UNTUK SEMUA RAKAN AKHIRATKU YANG TAK JEMU
MENYOKONG PERJUANGAN TINTA-TINTA BERDARAH KARYA SASTRA NUSANTARAKU!
DI SELURUH BENUA INI AKAN KURENCISKAN TINTA BERDARAH!
JANGAN BERPAYUNG DI BAWAH MENTARI,
JIKA TAK BERANI MEMIJAK BARA DI BUMI;
HANG TUAH RELA KORBANKAN DIRI SENDIRI,
DEMI SYAHIDNYA KE JALAN ILAHI.
BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
ITU PRINSIP HANG JEBAT HANG TUAH;
HANG TUAH HANG JEBAT RELA BERDEPAN AJAL,
ASALKAN BUMI PERTIWI TIDAK DIJAJAH MUSUH.
AYUH PAHLAWAN MELAYU BERSIAP SIAGA,
MENENTANG MUSUH DURJANA;
DI MANA-MANA MUSUH SENTIASA ADA,
MENUNGGU MASA MERAMPAS KUASA.
JANGAN LEKA JANGAN LALAI,
DUHAI SEMUA PAHLAWAN NEGARA;
KERANA MUSUH TAK PERNAH LALAI,
SENTIASA MENCARI PELUANG MEMERINTAH NEGARA.
NEGARA INI KITA YANG PUNYA,
MOYANG KITA TINGGALKAN UNTUK KITA;
TAK SEMUDAH ITU MEREKA NAK AMBILNYA,
LANGKAH MAYATKU DULU SEBELUM NIATMU BERMULA.
BIARPUN BUMI NUSANTARA INI BERMANDIKAN DARAH,
AKAN KUTUNTUT BIARPUN SEINCI TANAH MOYANGKU;
DI SELURUH BENUA INI AKAN KURENCISKAN TINTA BERDARAH,
AGAR MEREKA TAHU BETAPA AKU CINTA AKAN NUSANTARAKU.
SUDAH LAMA AKU HIDUP DI DUNIA INI,
TIADA APA SEMAI BAKTIKU PADA NUSANTARA TERCINTA;
KAN KUPERAH KERAHKAN OTAKKU INI;
MENIUPKAN BARA PERJUANGAN SEMUA WIRA TERCINTA.
PERJUANGAN INI TIDAK AKAN PERNAH PADAM DI HATIKU,
BIARPUN SELURUH PENDEKAR TIDAK MENDENGAR PUISIKU;
BERJUANGLAH DIKAU DENGAN KEPERKASAANMU,
SIAPALAH AKU HENDAK DIBANDINGKAN KEPAHLAWANANMU ITU.
CUMA HARAPAN KU SATU,
JANGAN KAU LUPA PESANAN HANG TUAH;
MELAYU ITU CUMA SATU;
MAKANYA TAK AKAN HILANG MELAYU DI BUMI BERTUAH.
MARILAH KITA BERSATU DEMI KEPENTINGAN MELAYU,
MARILAH KITA BERSATU HATI DEMI TUNTUTAN ISLAM;
BERKONGSI KUASALAH DEMI ANAK CUCU MELAYU,
KERANA BEGITU INDAH-NYA KESUCIAN ISLAM.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
10 April 2013
(PUISI DIILHAMKAN KEPADA SEMUA PEJUANG MELAYU NUSANTARA TERCINTA MOGA KEKALLAH MERDEKA SEHINGGA DUNIA BELUM KIAMAT AAMIIN)
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA &
GRUP TENTERA FISABILILLAH, ARUJUNA AKMALIAH &
DTUK MOHD FAIZ ABDULLAH BOKHARI & SULTAN HASANAH BOLKIAH)
www
0 comments:
Post a Comment