Tuesday, 9 April 2013

NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (217) MARI BERSAMA KITA PERTAHANKAN TANAH MELAYU INI!





Dlm meniup bara api kita perlu bersatu,perjuanganmu perjuanganku dan perjuanganku perjuanganmu juga..biar ombak badai dtg memusnahkan perjuangan suci ini,kita akan tetap dan pendirian kita.Tak akan musnah walau setapak.Biar sekali air bah sekali itu lah pantai berubah,namun perjuangan kita tak akan berubah dan masih setia dlm memartabatkan perjuangan ini.Perjuangan kita ini ialah untuk kita tinggalkan kepada anak cucu pewaris bangsa,ilmu persilatan ini penting untuk anak cucu kita pelajari dan minati agar terpupuk semangat patriotik dan jati diri dijiwa mereka.Oleh sebab itu perjuanganmu dan perjuanganku haruslah seirama dan senada..

By: Pendekar Kumbang Segak & Ratu Rimba Niagara.
3Unlike ·  · 
  • You, Sang HelangKumbang Segak and 22 others like this.
  • Kumbang Segak filem lama tu panglima..sultan mahmud mangkat dijulang,hang tuah dan musang berjangut:)
  • Ratu Rimba Niagara PERJUANGANMU ADALAH PERJUANGANKU.
    MAKANYA SENADA SEIRAMA;
    SUSAHMU SUSAHKU,
    KERANA KITA DITAKDIRKAN BERJUANG BERSAMA-SAMA.
  • Kumbang Segak Filem klasik yg mengabungkan 3 bintang lama dari filem yg berlainan..
  • Ratu Rimba Niagara SKRIP DAN ARAHAN RATU RIMBA NIAGARA. TAJUK FILEM,
    "SENYUMAN LAKSAMANA HANG TUAH" hehehe
  • Ratu Rimba Niagara SEGALA ILMU GURU PERSILATAN DIGABUNGKAN DI FILEM TERSEBUT..WADUH PASTI RAMAI TERUJA MENONTONNYA...hehehe
  • Ratu Rimba Niagara Ini antara skripnya...
  • Ratu Rimba Niagara RIBUAN ANAK PANAH DAN BUSUR SAKTI INI

    DALAM UNTAIAN TAKDIRNYA IA ADALAH SENOPATI PEREMPUAN

    Dinda Sri Kandi...
    inilah saat kita ke tengah palagan,
    berperanglah dengan gagah brani
    meski perempuan Dinda adalah Senopati...

    Kanda akan selalu ada di samping mu...
    dengan ribuan anak panah dan busur sakti ini,
    Kandapun akan berperang bersama mu dan akan
    melindungi mu dengan sgala kesaktian dan kadigjayaan ku,
    ayo jangan ragu....

    LAKSAMANA MAS,-

    IBU PERTIWIMU IBU PERTIWIKU

    Kanda Laksamana Mas
    Di segenap penjuru
    Ke mana dinda berada
    Ribuan anak panah
    Bersiap sedia dilepaskan
    Keseluruh tubuh dinda
    Hinggakan dinda rasakan
    Dunia ini tiada yang selamat
    Untuk dinda bersembunyi

    Jika salah satu anak panah itu
    Terkena ke jantung dinda
    Ketika berdetak kencang
    Dalam bara api perjuangan yang meledak
    Dinda sudah bersedia ke arah itu
    Karena ini adalah jalan yang dinda pilih
    Jalan yang seiring kehendak rakyat Nusantara tercinta
    Rela dinda pertaruhkan airmata, darah dan nyawa
    Demi ibu pertiwimu dan ibu pertiwiku tercinta

    Jika kehadiran kanda sudah terlambat
    Untuk bersama dinda menghadapi musuh durjana
    Atas kesibukan kanda itu...
    Dinda amat memahaminya

    Setidak-tidaknya kanda sudi
    Melindungi dinda dengan segala kesaktian yang ada
    Pada kanda...

    Moga di hari kematian dinda nanti...
    Jangan sekali diratapi
    Dengan airmatamu kanda

    Tapi kirimkan doamu untukku kanda...
    Kunantikan doamu di tugu
    Ibu pertiwimu ibu pertiwiku

    Dan bawalah anak panah dan busur sakti
    Dan letakkan di pusara ku nanti
    Sebagai lambang kau menghargai
    Jasa baktiku pada ibu pertiwimu!

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    6 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara KALAU TAKUT DI LAMBUNG OMBAK 
    JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI
    PENDEKAR MELAYU BERANI MENENTANG OMBAK
    GAGAH PERKASA TAK PERNAH LONGLAI
  • Kumbang Segak skrip yg penuh dgn kata2 puitis..
  • Ratu Rimba Niagara AKU BERJUANG BUKAN DI DALAM GELANGGANG!

    Tika aku terlantar parah begini...
    Mana pergi anak-anak muridku...
    Yang mengaku akan menuntut
    Darahku yang jatuh ke bumi
    Walaupun setitis!
    Ini bukan setitis...
    Tubuhku dipenuhi darah....
    Sesuka hati mereka
    Menetak ...menghentak
    Memukul ...menyepak terajangku
    Bukan aku tidak boleh melawan mereka
    Mereka terlalu ramai
    30 orang tu...
    Kalau benar mereka anak jantan
    Kenapa tak satu lawan satu?
    Biarpun begitu pantang
    Anak jantan lari di medan juang
    Biarpun mereka ramai
    Aku seorang
    Aku kerahkan segala tenaga jantanku
    Hingga tak kuhiraukan
    Darahku merecik sana sini
    Lagi kuat hayunan parangnya
    Lagi kuat hayunan
    Sepak terajangku
    Kerana mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
    Aku tidak bersenjata
    Kerna
    Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
    Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
    Kerna aku percaya
    Tuhan Mahu Mengujiku
    Kerna adalah suratan takdirku
    Aku terima dengan redho
    Coma jika dipanggil Illahi
    Adakah anak-anak jantan melayu
    Di luar sana masih membisu dan kaku
    Aku tidak minta ditebus kematianku
    Tapi jagalah bangsa melayuku
    Agar tidak menerima nasib sepertiku
    Diserang hendap tanpa dugaku
    Dan pantang aku
    Bangsa aku ditindas dan tertindas
    Tanpa sebab musabab....
    Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
    Makanya bangsaku
    Kalau melayu tak sokong melayu
    Siapa lagi?

    Pahlawanku yang teraniaya...
    Sabarlah...
    Tuhan bersamamu tika ini
    Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
    Andai kau dijemput Illahi...
    Syurga menantimu
    Insya-Allah Aamin

    Karya : Ratu Rimba Niagara
    24 April 2012
  • Ratu Rimba Niagara Ayah Muz Ilyashah @ Ratu Rimba .... Sudah lama kau menghilang, Rupa nya engkau pergi berguru,Kehebatan mu bukan kepalang,Kau pun salah satu dari murid ku...

    Ratu Rimba Niagarai Terima kasih guruku ...kerna sudi akhirnya terima aku menjadi muridmu setelah aku terlantar di hospital...entahkan hidup entahkan mati....kalau aku mati berjanjilah denganku bahawa kau jangan sekali biarkan bangsa melayu diinjak-injak....

    Ayah Muz Ilyashah oh begitu..kau sakit ya...ku do'akan agar kau sembuh sepenuh nya ...tak ku sangka keris ku punya angkara, tersusuk aku bukan sengaja, setiap murid ku akan merasa, barulah ku turunkan ilmu sambil ijazah..nah sekarang kau ku gelar perwira..tangkas pantas bermain senjata..jaga langkah mu jgn binasa..sebut namaku ku bila2 masa...

    Ratu Rimba Niagara SENYUMAN ANAK CUCU ADALAH SENYUMAN
    AMAT BERMAKNA BUAT PENDEKAR AYAH MUZ ILYASHAH

    Ayah Muz Ilyashah...
    Darahmu ada darah kepahlawanan
    Kepahlawanan Laksamana Hang Tuah
    Biarpun Laksamana Hang Tuah telah lama bersemadi
    Tapi roh perjuangan sucinya hidup bersama semangat mu

    Biarpun rintangan
    Datang dari segenap penjuru
    Tak akan kau hiraukan lagi

    Rakyat dan Raja di bumi pertiwi mu
    Adalah lambang kekuatan untuk kau berjuang
    Memperjuangkan hak mereka yang selayaknya
    Mereka kecapi
    Bagi mu keamanan ibu pertiwi Indonesia
    Adalah matlamat perjuangan mu
    Dan semangat itu
    Tak akan luntur
    Sampai kapan pun!

    Hidup mu adalah perjuangan
    Perjuangan
    Hak Rakyat
    Hak Raja
    Hak Pemerintah
    Semuanya ingin kau gabungkan
    Agar tiada yang rasa terpencil
    Pabila bergabung ...ibu pertiwi pasti aman
    Pembangunan akan pesat membangun
    Dan boleh bersaing di persada dunia

    Hari-hari adalah perjuangan
    Tiada hari melainkan perjuangan
    Di mana kau pergi dan ke mana kau berada
    Adalah perjuangan
    Demi membela
    Agama, bangsa dan ibu pertiwi Indonesia

    Darah dan keringat mu
    Pasti akan terbayar juga
    Samada kau masih hidup
    Atau kau telah tiada di bumi ini
    Kerna Allah sentiasa bersama mu
    Allah sentiasa bersama semangat mu
    Dan Allah memakbulkan doa mu
    Yang mahu melihat anak cucu mu
    Tersenyum ikhlas menerima pengorbanan mu
    Senyuman anak cucu adalah senyuman
    Yang amat bermakna buat mu
    Pendekar Ayah Muz Illyashah

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    6 Mei 2012
    (KARYA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU PENDEKAR AYAH MUZ ILYASHAH)

    Ratu Rimba Niagara Duhai Maha Guruku Ayah Muz Ilyashah...
    Terima kasih kerana sudi
    Ijazahkan padaku gelaran perwira
    Amat bermakna bagiku
    Kan kuwariskan keperwiraan
    Yang kau turunkan padaku ini
    Kepada generasi pelapis
    Agar keperwiraan ilmu Hang Tuah
    Tak hilang ditelan zaman....
    Kan kubuktikan pada dunia kata moyangku
    Laksamana Hang Tuah ,
    ' Melayu takkan hilang di dunia ini!'

    Zairi Erie Batang kayu bersarang madu
    Rebung seiris dimakan kuda
    Pantang Melayu diberi malu
    Ujung keris jadi penghapusnya

    Ratu Rimba Niagara Waduh! Pandai kamu berbicara!
    Tika aku bertarung di mana kamu?
    Kamu sebenarnya pengecut?
    Berani berkata mati....
    Tapi hakikatnya takut matiiiiii!!!!!!

    Aning Awang Very well versed pantun! Cukup bersemangat!

    Ayah Muz Ilyashah Pantun bukan sembarang pantun, Pantun Melayu berbaris barisan,Langkah ku buka bersopan santun,Itu lah dia seni warisan

    Ayah Muz Ilyashah @ Aning Awang ..Kalau tuan mengopek bawang,Hati2 pedih nya mata,Terima kasih Wahai Aning Awang,Duduk mu itu saorang perkasa

    Aning Awang Di sawah padi berlintah berpacat,
    Rintangan kecil dek kerana padi;
    Walaupun diangkat seribu darjat,
    Melayu tak layu kerana dipuji...

    Ayah Muz Ilyashah Melayu tak layu kerana di puji, Sedikit tidak rasa berdebar, Tapi melayu selallu di uji,Tetap melayu bersifat penyabar

    Aning Awang Pokok ketapang daunnya lebar,
    Tidak ditanam di dalam hutan;
    Kalau dah tahu Melayu penyabar,
    Janganlah pula diambil kesempatan....

    Ayah Muz Ilyashah Sudah menjadi resam dunia,Yang sabar selalu teraniaya,Kerana melayu masih setia,Tetap kukuh walaupun di cabar

    Ratu Rimba Niagara

    Bersabar melayu ada hadnya,
    Jangan sampai pasir masuk ke mata;
    Bumi bertuah ini melayu yang punya,
    Melayu jangan dipandang sebelah mata.

    Melayu jangan dipandang sebelah mata,
    Melayu setia pada ketua yang setia;
    Jika ketua berpaling tadah buruk padahnya,
    Kerna melayu takkan biarkan bermahaja lela.

    Dari dulu hingga sekarang,
    Melayu terkenal dengan kepahlawanannya;
    Pahlawang melayu nampak je garang,
    Tapi hatinya murni membela bangsanya.

    Dengan keris yang terhunus ini,
    Telah bersumpah pahlawan melayu;
    Bangsa melayu akan dibela sepenuh hati,
    Rela mati demi membela nasib melayu.

    Pergi aku menuntut ilmu persilatan
    Ingin berguru pendekar handalan;
    Ayah Muz maha guru persilatan,
    Kegagahannya tiada tandingan.

    Muridnya ramai tak terkira,
    Semuanya sudah menjadi pahlawan;
    Bergelar pahlawan rasa gembira,
    Membela nasib melayu itu diperjuangkan.

    Pahlawan bukan hendak menunjuk hebat,
    Tapi kerana membela nusa dan bangsa;
    Laksamana Hang Tuah sememangnya hebat,
    Telah bersumpah melayu takkan hilang di dunia.

    Maka dari itu ayuhlah semua pahlawan melayu,
    Bangkitlah dengan semangat baru;
    Jangan biarkan dizalimi bangsa melayu,
    Barulah aman dunia melayu.
    By: Ratu Rimba Niagara

    Ayah Muz Ilyashah Bersabar lah engkau wahai muridku,Jangan marah ikut kan nafsu,Langkah mu itu persiapkan dulu,Keris mu itu belum berhulu..hahahaa keris belum siap lagi baru nak buat

    Ratu Rimba Niagara Guruku...jangan aku dipandang sebelah mata...
    Mentang-mentanglah ilmu kepahlawananmu tiada siapa dapat tandingi....
    Tapi tahukah kau tiada siapa yang kuat di dunia ini...kerna ada yang lebih kuat daripada mu jika kau nak tahu...tapi memandangkan aku bakal anak muridmu makanya aku salut padamu sekali aje tak lebih dari itu...

    Armizar Levi's apakah ini keris SEIRAS MELELA pak cik

    (PETIKAN DARIPADA SKRIP NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA )
    20 Mac 2013
  • Ratu Rimba Niagara PENDEKAR MELAYU DARI TEMASIK

    Pendekar melayu dari Temasik,
    Pantas dan tangkas bermain senjata,
    Sarang tabuan jangan di usik,
    Kelak merana badan binasa

    Langkah Pahlawan melayu terbilang,
    Di tangan keris terselit bersilang,
    Bangsa melayu bukan nya calang,
    Tidak ada yang bisa menghalang

    Keris ku cabut bukan nya marah,
    Aku saja ingin mencuba,
    Pantang melayu tunduk menyerah,
    Lautan dalam sudah ku duga

    Keris bukan sebarang keris,
    Keris pusaka warisan melayu,
    Semua teratur duduk sebaris,
    Ukiran nya juga berteraskan ilmu
    By: Ayah Muz Ilyashah

    You, Zairi Erie and 7 others like this.

    Ct Balqaish alahai...macam lawak je..jaman sekarang orang da tak gune keris da.Ad p0n simpn dok dalam laci.Senjata terkini pantas,tepat dan secepat kilat tu dye pistol atau senapang..

    Ayah Muz Ilyashah jangan takut jangan kau lari,
    aku kan kejar sampai kau penat,
    keris ku bukan tamensari,
    aku beli kat kg datok keramat

    Ayah Muz Ilyashah memang betul zaman dah berubah...warisan melayu akan pudar....sekarang zaman senjata modern...tapi jgn lupa..ubat doktor ubat doktor juga....kalau dah tesampok hantu kak limah ..cari juga pawang tradisional......jadi jgn lupa jgn tak percaya.....

    (PETIKAN DARIPADA FILEM, 'SENYUMAN LAKSAMANA HANG TUAH)
  • Ratu Rimba Niagara KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!

    Keris menjadi saksi bisu
    hebatnya pertempuran mu duhai keris
    kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
    kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
    kau sentiasa di hatiku
    kan ku perjuangkan kepahlawananmu
    hingga ke titisan darah terakhir
    biarpun nyawaku jadi taruhan
    agar kau mengerti
    yang aku cintakan mu
    selagi nafas ku ada
    lambang cinta
    lambang setiaku
    padamu keris....
    yang tak pernah jemu
    mencintaimu
    untuk mempertabatkanmu
    agar dicintai juga anak bangsa
    sejak zaman berzaman

    Karya Ratu Rimba Niagara
    30 Mac 2013
  • Ratu Rimba Niagara KERIS LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU

    Keris lambang kepahlawanan melayu,
    Keris juga lambang kekuasaan Kesultanan Melayu;
    Kepahlawan dan kedaulatan sultan tak pernah layu,
    Akan di pertahankan hingga ke titisan darah terakhir generasi melayu.

    Tak akan hilang melayu di dunia,
    Itulah sumpah Laksamana Hang Tuah;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Berbangga menjadi bangsa melayu di bumi bertuah.

    Ilmu persilatan diminati sejak dahulu,
    Diperturunkan hingga ke generasi baru;
    Bersama mempertahankan kedaulatan kesultanan melayu,
    Akan dibanggai sehingga ke anak cucu.

    Pahlawan melayu sudah terbilang,
    Kepahlawanannya demi agama bangsa dan negara;
    Ilmu persilatan tak akan hilang,
    Akan diperturunkan dengan semangat yang membara.

    Salam silaturrahim salam kepahlawanan,
    Kepada semua pejuang bangsa yang tersanjung di hati;
    Kukagumi kalian kerana semangat perjuangan,
    Yang tak jemu berbakti dan menabur budi.

    AKU BERSYUKUR KERANA AKU MELAYU

    Aku bersyukur karna aku MELAYU
    Aku redho karna aku MELAYU
    Aku gembira karna aku MELAYU
    Aku bangga karna aku MELAYU
    Kerana aku cuma mendengar satu saja bangsa yang
    tak akan hilang di dunia yaitu BANGSA MELAYU ( Kata Wakil Anak Melayu Seluruh Dunia)

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
    Melayu bersatu bermuafakat bersama,
    Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

    Berjuang tetaplah berjuang jua,
    Pantang undur sebelum berjuang;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

    KARYA: RATU RIMBA NIAGARA
    30 Mac 2013
  • Ratu Rimba Niagara SKRIP HANG JEBAT & HANG TUAH ERA MODEN

    HANG JEBAT :

    Apa salahnya kita bermaaf-maafan...
    kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.

    HANG TUAH :

    Ya...betul katamu Jebat...
    kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
    Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
    Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
    Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ...
    Apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah.
    Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.

    HANG JEBAT:

    Betul ke Tuah.

    HANG TUAH :

    Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.
    Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.

    HANG JEBAT:

    Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

    HANG TUAH :

    Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
    Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati.
    Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan
    datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

    HANG TUAH/HANG JEBAT:

    DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

    RAJA:

    SAYANG RAKYAT!

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    30 Mac 2013

    (PETIKAN FILEM SENYUMAN LAKSAMANA HANG TUAH)
    6 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara AKU TAK MAHU MENJADI PENDERHAKA RAJA

    "Raja adil raja disembah...Penderhaka Raja mesti kubunuh!"
    "Engkau pengampu Raja...apa yang engkau dapat? Kurniaan diRaja!"
    "Bukan itu yang aku mahukan...cuma aku mahu menjadi rakyat yang setia...setia kepada Raja."
    "Setia...sebelum berkuasa bolehlah! Dah berkuasa tengok...rakyat ditindas?"
    "Bedebah! Bukan Raja yang menindas rakyat tapi pemerintah !Engkau tahu tak? Tak akan rakyat hendak menindas rakyat..."
    "Kalau pemerintah menindas rakyat mana buktinya?"
    "Buktinya engkaulah yang menafikan kedaulatan diRaja!!!"
    "Kedaulatan diRaja? Macam mana tu?"
    "Pemerintah mengiktirafkan institusi diRaja...rakyat pun aman ."
    "Kenapa engkau kata macam tu?"
    "Sebab tiada Raja tiada negara tiada negara tiada rakyat ...ada rakyat ada pemerintah kerana rakyat adalah pemerintah...."
    "Engkau ini cakap berbelit-belit bikin aku nggak faham!Cakap bikin aku faham bisa nggak?"
    "Senang cerita lah...sebab apa aku kata rakyat itu pemerintah...siapa yang memilih pemerintah?
    "Rakyatlah!"
    "Pandaipun engkau....makanya pemerintah itu rakyat...rakyat itu pemerintah...makanya rakyat perlukan Raja yang adil barulah negara jadi sempurna...ada negara ada rakyat ada rakyat ada Raja..."
    "Itu macam kah...baru aku faham....betul kata engkau .....kalau macam ini tak jadi gaduhlah...kita bisa jadi kawan boleh nggak?"
    "Tentulah boleh...sebab engkau tidak jadi penderhaka...aku suka."
    "Hehehehehe"
    "Sukalah tu!"
    "Pastilah suka...."
    "Kenapa suka?"
    "Perjuangan kau sudah tercapai"
    "Maksud engkau?"
    "Engkau sudah berjaya menyedarkan aku makanya aku tak mahu lagi jadi rakyat penderhaka kepada Raja."
    "DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"

    Karya RATU RIMBA NIAGARA
    30 Mac 2013
  • Ratu Rimba Niagara KEPAHLAWANAN MELAYU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH

    PULAU RUPAT INDAH PERMAI
    SANGKAR BESI SIBURUNG ELANG
    KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI
    ...See More
  • Ratu Rimba Niagara JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT
    MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI

    Teungku Sayyid Deqy
    Ibu...
    ...See More
  • Cak Sgs hehehh.....silat bukan sekadar pertahanan diri...tetapi juga salah 1 senaman badan...dan menjadi sukan di era sekarang
  • Ratu Rimba Niagara GURINDAM PENDEKAR TEMASEK & RATU RIMBA

    Pendekar Temasek .
    < SAJAK BUAT TAK TAHU >

    NEGERI TERGADAI
    ISTANA TERGADAI
    MARUAH TERGADAI
    ANAK BANGSA TERSADAI.

    DATO' DI MALAYSIA BUAT TAK TAHU.
    BAPAK DI INDONESIA SIBOK JUAL TAHU.
    ABANG DI BRUNEI JUGA SIBUK MAIN PERAHU.
    ADEK DI TEMASEK TAK SIAPA YG NAK AMBIL TAHU.

    SINGAPURA OH SINGAPURA!
    - By Pendekar Temasek.

    KEJAYAAN FISABILILLAH ABANG & ADEK PENDEKAR TEMASEK
    By Ratu Rimba Niagara 

    ADEK DI TEMASEK TAK SIAPA YANG NAK AMBIL TAHU
    JANGAN BILANG GITU WAHAI ADEKKU
    ABANG DI SINI SENTIASA AMBIL TAHU
    DIAMNYA ABANG BUKAN MEMBISU DI KALBU
    TAHUKAH DIKAU ADEKKU...
    KALIAN SENTIASA ADA DI INGATANKU
    DIAM BUKAN SEBARANG DIAM
    DIAM BERISI SEPERTI UBI KAYU
    KARNA ABANG BUKAN TUNGGUL KAYU
    ABANG ADALAH PAHLAWAN MELAYU
    ADEK PUN PAHLAWAN MELAYU
    PAHLAWAN MELAYU TAKKAN BIARKAN ADEKNYA LAYU
    DARAH PERJUANGAN KITA ADALAH SAMA
    DARAH MOYANG KITA LAKSAMANA HANG TUAH
    SAKIT ADEK SAKITLAH ABANG
    KITA AKAN SEHATI SEJIWA
    KITA AKAN SENADA SEIRAMA
    TUNGGULAH DI SANA ADEKKU
    TUNGGULAH KABAR BERITA GEMBIRA DARI ABANG
    KITA AKAN BERSATU KEPAHLAWANAN
    BIARPUN NYAWA ABANG JADI TARUHAN
    LAMBANG CINTA ABANG PADA ADEK YANG TERANIAYA
    KITA GEGARKAN 
    KITA LAUANGKAN
    BANGSA MELAYU
    JANGAN DIPANDANG SEBELAH MATA
    TAK AKAN DIBIARIN 
    DIINJAK-INJAK SESUKA HATI
    INILAH SUMPAH ABANG PADA ADEK TERCINTA
    PADA SEMUA GENERASI NUSANTARA TERSAYANG
    KITA BERPADU SEMANGAT JUANG
    KITA BERSATU HATI
    BAGI MEREALISASIKAN 
    SEBUAH IMPIAN MOYANG KITA LAKSAMANA HANG TUAH
    BAHAWA MELAYU TAK AKAN HILANG DI DUNIA
    BARULAH KITA 
    BUKTIKAN KATA KERAMAT MOYANG KITA 
    ITULAH JIWA ADEK
    ITULAH JIWA ABANG
    DEMI CINTA ABANG PADA ADEK
    NYAWA ABANG JADI TARUHAN
    KARNA HATI KITA SENTIASA BERBUNGA CINTA SYURGA
    MAHU MATI SYAHID KE JALAN-NYA
    KITA ADALAH PENDEKAR ALLAH
    KITA ADALAH PENDEKAR SENUSANTARA
    JIWA KITA SENTIASA BERGELORA MEMBARA
    MENYATU DI ALAM ROH MOYANG KITA LAKSAMANA HANG TUAH
    DEMI AGAMA DAN ANAK CUCU SENUSANTARA 
    ABANG BERSUMPAH
    DEMI CINTA KARNA-NYA
    DEMI KASEH PADA SEMUA RAKYAT SENUSANTARA
    AKAN ABANG PERJUANGKAN UNTUK MENYELAMATKAN ADEK 
    DI BUMI TEMASEK
    ADEK TUNGGULAH ABANG DI SANA
    DOAKAN ABANG MOGA SEGALA STRATEGI ABANG
    DIPERMUDAHKAN DAN DIMAKBULKAN ALLAH
    TUNGGULAH DALAM SABAR 
    PENUH KETAWAKALAN
    DEMI MEMBUKTIKAN CINTA KITA
    ADALAH CINTA PAHLAWAN NUSANTARA
    TAK TAKUT MATI DI MEDAN JUANG
    ANDAINYA KITA MATI DALAM PERJUANGAN
    PERCAYALAH AKAN BANGUN SEMUA RAKYAT SENUSANTARA
    MENEBUS KEMATIAN KITA NANTI
    KEMATIAN KITA BERARTI
    DI SISI-NYA
    SAMPAI SYURGA KITA BERSAMA MERAIKAN
    KEJAYAAN FISABILILLAH
    IN SHAA ALLAH AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN

    Karya Ratu Rimba Niagara
    7 Rabiulakhir 1434H
    17 Febuari 2013M
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PENDEKAR TEMASEK
    & SEMUA PENDEKAR SENUSANTARA & ANAK CUCU SENUSANTARA YANG DIKASIHI DEMI-NYA)



updated his profile picture.
2Unlike ·  · 
  • You, Kumbang Segak and 31 others like this.
  • Salma Samsi Harimau?
    April 1 at 11:05am via mobile · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara PENDEKAR LAKSAMANA HARIMAU

    Aduhai pendekar laksamana harimau 
    Ratu Rimba Niagara...

    Berjanjilah padaku 
    Kau akan taat setia pada ratu rimba niagara
    Jangan sesekali kau menjadi pendekar derhaka
    Jika kau menderhaka akan kupancungmu 
    Biar terpenggal lehermu
    Asalkan kamu tahu
    Pantang pendekar menjadi rakyat derhaka

    Berjanjilah padaku
    Menjadi seperti Hang Tuah 
    Yang taat setia kepada Raja tidak berbelah bagi
    Walaupun nyawa jadi taruhan
    Tapi tidaklah menjadi sahabat yang curang

    Taat kepada raja 
    Taat kepada sahabat seperjuangan
    Itulah maknanya pendekar harimau
    Yang diajar menjadi pendekar 
    Berjiwa makrifatullah
    Bukan bertelagah sesama sendiri
    Angkara tamak inginkan kuasa

    Duhai pendekar harimauku...
    Kamu diajar menjadi 
    Pendekar perkasa
    Punyai ilmu persilatan 
    Tiada tandingan kekuatan
    Yang luar biasa
    Kerana tika kamu bersilat
    Kamu menggunakan kekuatan roh kamu
    Tapi itu semua dengan izin Allah kamu perkasa

    Duhai pendekar harimauku
    Bagimana perkasanya kamu
    Akan mati juga akhirnya
    Kamu tidak akan boleh melawan
    Takdir Allah jika sudah sampai waktunya
    Itulah kelemahan yang patut kamu akur
    Sehebat manapun kita
    Ke tanah juga perginya

    Makanya biarpun aku bergelar Ratu Rimba Niagara
    Yang menguasai seluruh rakyat Rimba Niagara
    Termasuk dengan semua pendekar-pendekar 
    Yang bergelar Pendekar Harimau & Pendekar Kumbang Segak
    Dengan penuh keinsafan mahu berbakti kepada seluruh rakyat Rimba Niagara dan Tuhan yang mencipta kita semua, tanpa rasa riyak atau menyombongkan diri atas darjat dan keperkasaan sebagai seorang Pendekar Harimau & Pendekar Kumbang Segak...semuanya akan hancur lebur di dalam tanah dan kita tidak mahu sama sekali mati dalam tulang belulang yang penuh dengan sombong dan hasad dengki...

    Duhai Pendekar-pendekar Ratu Rimba Niagara
    Segala tanggungjawab benteng pertahanan Rimba Niagara ini
    Adalah tanggungjawab kalian semua
    Moga dapat menjalankan tanggungjawab dengan rasa hamba-NYa yang terlalu kerdil seolah sebentar lagi kematian akan menjemput kita ...

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    1 April 2013
  • Mizs Nisa woww...
  • Mizs Nisa cantik editing ni..
  • Kumbang Segak secantik Dinda Mizs Nisa:)
  • Mizs Nisa Kanda, sabtu ni jom r turun NS bersama ayahanda Pangeran dan jemaah yg lain
  • Kumbang Segak in syaa ALLAH kanda akan menyertai rombongan tersebut:)
  • Mizs Nisa Amin Ya Allah, kami semua menantikan
  • Kumbang Segak Amin..terima ksh Dinda..
  • Mizs Nisa sama2 kanda 
  • Mizs Nisa nanti kami tiba ke putrajaya pula
  • Kumbang Segak ya..memang itu yg kanda harapkan..terbaik Dinda:)


Bsok bermule la penghidupan yg bru dlm hidupku... mudh2hn allah swt sentiasa memberi jalan kepada hmba2nye dlm menyelesaikan setiap mslh yg ade.. Dgn peluang hidup yg masih diberikan oleh allah swt pd kite ari nie... hitung2kn la... Brape amal kite dh lakukan? Tujuan Hidup untk pe? INGTLAH MAUT sentiasa mengahampiri anda setiap mase.. Oleh itu sy berpesan kpd diri sendiri&juge shabat2 yg lain... agr perbanyak MUHASABAH diri... ***Barang sesiape yg mngenali diri nescaye ia akan mengenal ALLAH*** — with Kumbang Segak and 18 others at Jusco S2.

Jusco S2
Restaurant · Seremban
Unlike ·  · 

Unlike ·  · 

HAPUSKAN BUDAYA CUCUK - MENYUCUK & HASAD DENGKI SESAMA JEMAAH ! SEKARANG !!

Saudara-saudaraku pejuang FISABILILLAH,

Pejuang FISABILILLAH JENIS APA kalau berbunuh/bermusuhan/hasad dengki/ SESAMA ISLAM ??

Pertempuran Basra (Perang Jamal)

Antara pasukan yg berpihak pada Ali ibn Abi Talib (Sepupu dan menantu dari nabi Muhammad S.A.W) dan pasukan yang berpihak kepada Aisha (janda dari nabi Muhammad S.A.W (Arabic: Umm-al-Mu'mineen)), yang menginginkan keadilan atas terbunuhnya khalifah terdahulu yaitu Utsman bin Affan

Pertempuran Shiffin

Pertempuran ini terjadi di antara dua kubu yaitu, Muawiyah bin Abu Sufyan (sepupu dari Usman bin Affan) dan Ali bin Abi Talib di tebing Sungai Furat yang kini terletak di Syria (Syam) pada 1 Shafar tahun 37 Hijriah.

Pertempuran Nahrawan

Khawarij yang pada awalnya memaksa Ali untuk menerima perjanjian dengan Muawiyah ternyata merasa tidak puas dengan keadaan setelah perjanjian itu diberlakukan. Maka mereka memutuskan untuk berperang melawan Ali. Ali yang sebelumnya berencana menyerang Muawiyah di Damaskus, terpaksa membatalkan niatnya dan berperang melawan Khawarij pada pertempuran Nahrawan
 — with Kumbang Segak and 34 others.
By: Ayahanda Setia Panglima Syam 
1Unlike ·  · 


Unlike ·  · 


Unlike ·  · 


Kumbang Segak updated his profile picture.
Unlike ·  · 

  • Ratu Rimba Niagara shared Kumbang Segak's photo.
    Photo




    • Ratu Rimba Niagara shared Kumbang Segak's photo.
      Like ·  · 15 minutes ago · 

      • Ratu Rimba Niagara JANGAN DITANYA KENAPA AKU PERGI DARIMU!

        ANDAINYA PERGIMU BERMANDIKAN DARAH PAHLAWANKU...
        PERCAYALAH SETIAP TITIS DARAHMU YANG GUGUR KE BUMI
        ADALAH BUKTI CINTAMU PADA ILAHI

        SYURGA LAH BALASAN FISABILILLAHMU PAHLAWANKU...
        IN SHAA ALLAH AAMIIN.

        PERCAYALAH PAHLAWANKU DI SETIAP LANGKAH PERJUANGANMU
        ADALAH PERJUANGANKU JUA
        MAKANYA JANGAN SESEKALI KAU SEPIKAN PERJUANGANKU
        AKU SENTIASA SUDI DAN SUDI MENIUPKAN API PERJUANGANMU
        SELAGI MANA KAU IKHLAS UNTUK MENIUP PULA API PERJUANGANKU....

        ANDAINYA AKU TAK SEGAGAHMU
        UNTUK MENGATASI KEPAHLAWANANMU
        HINGGAKAN KAU SEPIKAN AKU
        MENANGISLAH AKU TERLUKA 
        REMUK REDAM DI JIWA
        KARNA RAKAN SEPERJUANGANKU
        TIDAK LAGI SUDI MENIUPKAN API PERJUANGANKU
        DARIPADA TERUSAN TERSEKSA
        JANGAN DITANYA JIKA AKU PERGI DARIMU DUHAI PAHLAWANKU....

        RATU RIMBA NIAGARA
        9 April 2013



(PETIKAN DARIPADA  WALL RATU RIMBA NIAGARA & PENDEKAR KUMBANG SEGAK)
9 April 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;