SALAM SENJA SALAM SAMPAI KE BINTANG
Di senja ini
kutunggu bulan purnama
sudi menyapa rinduku
selalunya purnama malam setia
membalas senyumku
menyapa rinduku
sapaannya penuh kasih sayang
ikhlas tanpa prasangka
aku teruja untuk setia menunggu sapaan purnama malam
kutunggu...kutunggu penuh pengharapan
tapi purnama malam hanya nampak di bayang-bayang
ditutupi oleh kerumunnya bintang-bintang bergemerlapan...
karna aku tak setanding bintang-bintang bergemerlapan itu
yang sentiasa menemani purnama malam
hinggakan purnama lupakan aku
tak sudi menyapaku lagi
maka aku tinggalkannya
tak ingin aku mengingatinya lagi
biarlah dia bersama dengan bintang-bintang
dan tak akan kutunggu-tunggunya lagi
aku redha
purnama malam bukan milikku lagi
biarlah purnama berkasih bersama bintang
biarlah purnama bercinta dengan bintang
tak akan kucemburu
karna itu adalah terbaik untuk purnama
aku doakan moga purnama bahagia bersama bintang
mencintai bintang sampai ke Syurga
tak akan kutunggu sapaan purnama lagi
segala rindu kasih dan sayang pada purnama
yang pernah bertandang di hatiku ini
akan kuhanyutkan di ombak rindu
biarlah diheret ke tengah lautan
dalam bara gelombang ombak rindu lalu dihempaskan
ke pantai yang tak pernah memahami arti cinta kasih dan rindu....
andai satu saat nanti aku menjadi bintang
aku berada bersama bintang-bintang yang kau puja itu
aggaplah kau tidak pernah mengenali aku
dan aku tidak mengenali kau
duhai purnama malam
karna antara kau dan aku
ditakdirkan bercinta berkasih sayang
tapi bukan untuk merealitikannya
hanya sekadar saling melukai
dan berpisah akhirnya
maka maafkan aku di kala pertemuan itu
yang tiada memberi apa-apa arti lagi.....
tiada dendam di hati ini
aku tetap tersenyum
walaupun aku tidak menjadi ratumu duhai purnama
tapi aku berjaya menjadi bintang
setanding dengan bintang-bintang pujaanmu
kejayaanku menggapai bintang
aku berjaya menjadi ratu di hati semua
yang setia meminati karya-karya sastra nusantara
yang kukarangkan tanda cinta kasih sayang abadi
pada semua demi-Nya.
In Shaa Allah Aamiiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
20 Mei 2013
KELASI KAPAL WIRA BERSAUDARA
Kelasi kapal wira bersaudara
rela sehidup semati
semangat setiakawan yang tinggi
cinta kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
demi agama bangsa dan negara
rela mati bersama di medan perjuangan
di samudera lautan terbentang luas
Sanggup lupakan kepentingan sendiri
rela berpisah dengan keluarga tercinta
demi menyahut semboyan ibu pertiwi
berjuang hingga ke titisan darah terakhir
di lautan terbentang luas
medan perjuangan
mempastikan musuh durjana
tidak berani datang menceroboh
negara tercinta...
Kapal selam KD Hang Tuah
gagah perkasa
bagaikan Laksamana Hang Tuah
keperkasaannya tiada tandingan
semua kelasi kapal
adalah perwira negara
yang bersaudara
berikrar
bersumpah setia
sehidup semati
susah senang sentiasa bersama
Semangat setiakawan yang tinggi
wira negara bersaudara
sentiasa bersama
mempastikan Kapal Selam Hang Tuah
sentiasa gagah...perkasa
mempertahankan negara tercinta...
Kapal selam Hang Tuah
kelasi kapal wira bersaudara
dilambung ombak tsunami musuh durjana tak akan gentar
akan disahut cabaran kerana sentiasa bersiap siaga
sentiasa bersedia melawan
tak akan undur biarpun setapak
nyawa kelasi kapal wira bersaudara
rela dipertaruhkan
demi menjaga keselamatan negara tercinta
agar tiada berani musuh negara datang menjajah
Andaikata kelasi kapal wira bersaudara
gugur di medan juang
tidak timbul dan terus tenggelam
di dasar samudera
doakan pemergiaan kami
bersama kalungan bunga ibu pertiwi
dihanyutkan ke samudera
tanda cinta kasih sayang kepada kami
Kelasi Kapal Wira Bersaudara
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Mei 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA ANGGOTA TENTERA LAUT
DIRAJA MALAYSIA (TLDM) MOGA BERJAYA & BAHAGIA DUNIA AKHIRAT AAMIIN)
WWW
0 comments:
Post a Comment