Monday, 20 May 2013

MI'RAJ CINTA (Part 23) ,' KUGAGAHI JUGA DEMI-NYA'



  • DEMI HAYAT YANG KAU PINJAMKAN INI
    by Ratu Rimba Niagara (Notes) on Tuesday, September 6, 2011 at 10:37am

    Ya Allah demi hayat yang kau pinjamkan ini
    Tolong bantu aku Ya Allah
    Aku hamba- Mu
    Yang sentiasa
    lalai terpesona dengan dunia tak ingat mati
    lemah tidak berdaya melawan kelekaan mempesonakan
    malas beribadat untuk bekalan barzah
    bila berbicara
    sering menyakiti hati manusia sedar atau tidak
    berbual kosong tanpa ada nilaian di sisiMu
    suka mengumpul harta untuk kemegahan diri
    suka menghina dan mengumpat keji kerana merasa diriku sempurna
    suka berbangga dengan kekuasaan dan kekayaan yang dimiliki
    sukakan kejahatan daripada kebaikan
    Mulai saat ini...
    Detik ini...
    Aku mahu bertaubat...
    Aku mahu berubah...
    Membuang segala sikap jelekku ini Ya Allah
    Tapi siapalah aku Ya Allah
    Aku tidak berdaya kalau tidak
    Hidayah Kasih DariMu
    Justeru dengan air mata taubatku ini
    Kau sinarkanlah kalbuku ini
    Sinaran Nur Hidayah KasihMu Yang Abadi
    Agar aku menjadi hambaMu yang
    taat segala perintahMu dengan iman
    yang telah dipasakkan dengan ilmu Al-Quran dan Hadis
    Ya Allah
    Demi hayat yang Kau pinjamkan ini...
    Berilah aku peluang dan ruang
    untuk melakukan segala amal soleh yang Kau redhai
    sebelum aku bertemu denganMu
    Amin Ya Rabbal A'Lamin

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    8 Syawal 1432H
    6 September 2011
    Like ·  ·  · Promote · a few seconds ago · 
  • KUGAGAHI JUGA DEMINYA
    by Ratu Rimba Niagara (Notes) on Saturday, September 17, 2011 at 11:10pm

    Kekadang aku rindukan ketenangan pantai
    Tapi pantai tetap mengganas dengan ombak menggilanya
    Kekadang aku rindukan sang pelangi
    Tetapi pelangi tak mahu memunculkan dirinya
    untuk membebat lukaku yang parah bernanah!
    Kekadang kurindukan jelmaan bulan purnama
    Namun bulan purnama tidak mahu senyum denganku
    Kekadang kurindukan redupan mentari
    Tapi ribut petir yang datang menyambar anganku
    Kekadang kunantikan kejora menyinariku
    tapi kejora nggak mahu berkongsi sinarnya padaku
    Cuma yang ada sekeping hati
    yang hancur lulur dimamah derita yang mencengkam
    Kugagahi juga demiNya
    Demi hidup dan matiku keranaNya.
    Keteruskan juga tanpa
    ketenangan pantai
    munculnya pelangi
    senyuman bulan purnama
    redupan mentari
    sinaran kejora
    biarpun hatiku luka bernanah
    demiNya kuteruskan
    matlamat sebenarnya aku berhidup di muka bumi ini
    melainkan untuk mendapat redhaNya

    Karya Ratu Rimba Niagara
    17 September 2011
    Like ·  ·  · Promote · 5 minutes ago · 
  • KURNIAAN SAHABAT SEJATI!
    by Ratu Rimba Niagara (Notes) on Monday, September 19, 2011 at 6:38pm

    Kurniaan sahabat sejati buat hati ada taman,
    Hidup bagaikan disinari pelangi setiap hari;
    Malam disinari sinaran rang bulan,
    Begitu indahnya kurniaan sahabat sejati.

    Justru jagalah hati sahabat sejatimu,
    Agar tidak berasa hati ;
    Berkata yang manis dan senyum selalu,
    Pasti ikatan sahabat sejati terrsimpul mati.

    Ku yakin kau dikelilingi dengan sahabat sejati,
    Di wajah mereka ada keikhlasan;
    Senyuman terukir lahir dari hati,
    Hati nan suci penuh dengan keikhlasan.

    Saling hormat menghormati,
    Saling percaya mempercayai;
    Saling bantu membantu sesama sendiri,
    Saling bermuhasabah diri tiada penting diri.

    Kata-kata yang diluahkan berhati-hati,
    Agar tiada hati dilukai;
    Biarpun berjenaka ada isi,
    Barulah persahabatan rasa dihargai.

    Moga ikatan persahatanmu abadi,
    Tanpa ada kekeruhan di hati;
    Biarpun tsunami datang membadai,
    Persahabatan tetap diteruskan hingga ke mati.

    Saling bermaaf-maafan sesama kita,
    Jangan simpan di dalam hati;
    Yang tak puas hati dikongsi bersama,
    Agar hilang segala yang tak berkenan di hati.

    Senyummu dibalas semua sahabat sejatimu,
    Kehadiranmu mendamaikan hati,
    Kuhargai keikhlasanmu bersahabat denganku,
    Moga hidup matimu Allah redhai.


    Karya Ratu Rimba Niagara
    19 September 2011
    Like ·  ·  · Promote · 9 minutes ago · 
  • PUISI PANTUN KEINDAHAN BULAN
    by Ratu Rimba Niagara (Notes) on Friday, July 15, 2011 at 10:15am

    Malam indah di pulau syahdu airnya remang-remang membiru,
    Separuh bulan sabit di sebalik sepohon pokok di pulau rindu;
    Simbahan cahaya bulan sabit sinarnya remang-remang membiru,
    Bagaikan panorama indah menyusuk kalbu syahduku.

    Indahnya bulan purnama sinarnya membiru,
    Bertaburan bintang-bintang berkelipan di langit indah;
    Panorama sinar lautan langit remang-remang membiru,
    Aku tersyahdu CiptaanNya nan Indah.

    Gerhana bulan yang memukau,
    Bertasbihku KebesaranMu Tuhan;
    Sinar gerhana bulan terus memukau,
    Aku terpukau dalam KebesaranMu Tuhan.

    Bulan sabit putih mencondong ke kiri,
    Cahaya di sekelilingnya remang-remang kemerahan;
    Kepulan awan kemerahan indah tak terperi,
    Panorama lelangit malam penuh kemeriahan.

    Bulan purnama penuh di gurun kaktus,
    Lautan langit remang-remang kemerahan;
    Dua variasi mengindahkan di langit kanvas,
    Kanvas langit malam antara langit merah dan bulan,

    Bulan penuh mengambang di malam itu,
    Di kota batu yang sepi;
    Sinar rembulan menyinari kota batu,
    Indah menusuk kalbu sepi.

    Kelihatan jelas bulan sabit di bebayang bulan,
    Menampakkan diri menyerikan suasana;
    Seakan melemparkan senyuman rembulan,
    Hatiku pilu tersirna di sana.

    Memutih air terjun bertingkat-tingkat turun,
    Di kelilingi hutan hijau kiri dan kanan;
    Subhanallah! Kedengaran jelas bunyi alunan,
    Zikir pada PenciptaNya tiada hentian.

    Zikir pada PenciptaNya tiada hentian,
    Disimbahi cahaya bulan purnama;
    Hiba kalbuku dalam tangisan,
    KebesaranMu Tuhan menjadi terkesima.

    KebesaranMu Tuhan menjadi terkesima,
    Mencipta alam untuk hambaNya hayati;
    Fikirkan dalam kalbu bijaksana,
    Lalu bertasbih memujiMu tanpa henti.

    Lalu bertasbih memujiMu tanpa henti,
    Sinaran bulan buat hatiku tertawan;
    Panahan panaroma indah tertusuk di hati,
    Syukurku padaMu Tuhan berpanjangan.

    Syukurku padaMu Tuhan berpanjangan,
    Memilihku untuk menyaksikan panorama bulan;
    Kukarang puisi syair keindahan bulan,
    Keindahan bulan menguatkan cintaku padaMu Tuhan.

    Keindahan bulan menguatkan cintaku padaMu Tuhan,
    Izinkan rasa cinta padaMU biarlah berkekalan:
    Berkekalan selagi hayat di kandung badan,
    Bila di akhirat nanti melihatMu Tuhan.

    Bila di akhirat nanti melihatMu Tuhan,
    Pasti seluruh ahli Syurga bertasbih padaMu Tuhan;
    Balasan cinta Yang Maha Agong dariMu Tuhan,
    Menjadi buruan hamba-hambaMu Ya Tuhan.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    15 Julai 2011


WWW

0 comments:

Post a Comment

 
;