Tuesday 21 May 2013

TERIMA KASIH TAN SRI ISMAIL OMAR MANTAN KETUA POLIS NEGARA

Tuesday, 21 May 2013 0 comments

LAMBAIAN TERAKHIR WIRA NEGARA TAN SRI ISMAIL OMAR







    • Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) added a photo from May 21, 2013 to their timeline.
      TERIMA KASIH ISMAIL: Tanggal 17 Mei 2013 bersamaan hari Jumaat, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar secara rasminya telah menamatkan perkhidmatan beliau sekali gus mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Polis Diraja Malaysia yang mantap dan teguh sebagai barisan hadapan yang menjaga hal ehwal keselamatan dalam negeri.

      Majlis penyerahan tugas yang diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur sehari sebelum beliau mengakhiri tugasnya dan menyerahkan kepada penggantinya seorang yang juga berkaliber, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

      Ismail ketika ditemui dalam nada sebak melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui pasukan keselamatan tersebut sejak 2011.

      "Saya telah menjalankan tanggungjawab saya selama memegang jawatan sebagai KPN sehingga mencapai objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam mengurangkan kadar jenayah. "Saya yakin pengganti saya iaitu Tan Sri Khalid mempunyai perancangati untuk 2013 dalam usaha mengekalkan keamanan negara dan menjaga kestabilan yang ada ketika ini," katanya

      Sumber: Utusan Malaysia
      TERIMA KASIH ISMAIL: Tanggal 17 Mei 2013 bersamaan hari Jumaat, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar secara rasminya telah menamatkan perkhidmatan beliau sekali gus mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Polis Diraja Malaysia yang mantap dan teguh sebagai barisan hadapan yang menjaga hal ehwal keselamatan dalam negeri. 

Majlis penyerahan tugas yang diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur sehari sebelum beliau mengakhiri tugasnya dan menyerahkan kepada penggantinya seorang yang juga berkaliber, Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

Ismail ketika ditemui dalam nada sebak melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui pasukan keselamatan tersebut sejak 2011. 

"Saya telah menjalankan tanggungjawab saya selama memegang jawatan sebagai KPN sehingga mencapai objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam mengurangkan kadar jenayah. "Saya yakin pengganti saya iaitu Tan Sri Khalid mempunyai perancangati untuk 2013 dalam usaha mengekalkan keamanan negara dan menjaga kestabilan yang ada ketika ini," katanya

Sumber: Utusan Malaysia
      Unlike ·  ·  · about an hour ago · 
TERIMA KASIH TAN SRI ISMAIL OMAR MANTAN KETUA POLIS NEGARA


TERIMA KASIH ISMAIL: Tanggal 17 Mei 2013 bersamaan hari Jumaat, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar secara rasminya telah menamatkan perkhidmatan beliau sekali gus mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Polis Diraja Malaysia yang mantap dan teguh sebagai barisan hadapan yang menjaga hal ehwal keselamatan dalam negeri.

Majlis penyerahan tugas yang diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur sehari sebelum beliau mengakhiri tugasnya dan menyerahkan kepada penggantinya seorang yang juga berkaliber, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ismail ketika ditemui dalam nada sebak melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui pasukan keselamatan tersebut sejak 2011.

"Saya telah menjalankan tanggungjawab saya selama memegang jawatan sebagai KPN sehingga mencapai objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam mengurangkan kadar jenayah. "Saya yakin pengganti saya iaitu Tan Sri Khalid mempunyai perancangati untuk 2013 dalam usaha mengekalkan keamanan negara dan menjaga kestabilan yang ada ketika ini," katanya

Sumber: Utusan Malaysia
Unlike ·  · Share
You and 1,114 others like this.
51 shares

Encik Puan Azly'

Muhd Ilham Zul syabas saya ucapkan kpd TAN SERI.

Farah Farina selamat menjalankan tugas..

Norazam Ismail Yes

Jerry Ann Marie Christine jasa mu ttp d kenang

Evolution Rodi syabas saya ucapkan kepada beliau

Nor Azli Muhamad Setinggi2 ucapan terima kasih utk mantan Ketua Polis Negara.. Kami rakyat Malaysia amat terhutang budi kpd Tan Sri.. Semoga Allah shj dpt membalasnya...

Harry Ipk Boy Sarawak tq juga atas perjuangan bagi anggota bawah......

Rais Ahmad Bersih 2.0, bersih 3.0, HKR 112, lahad datu, pru 13.. Semua diredahnya. One more thing.. KPN yg Kurang kontroversi.. Salute to you tan Sri..

Bunga Lily don't know how to say...tq..tq..tq!!

Mohd Rayzo Salute....

Wa'ed Aji Asan selamat bersara tan sri namun perjuangan mu utk negara dan bangsa tetap bersemadi dlm ingatan

Tamroud Tq My Big Boos....

Suhaimi Elrwna ingat ops daulat ingat tan sri ismail omar...terima kasi tan sri jasamu tetap dikenang...

Intan Nasuha Slmt bsara.....jsa tan sri dlm pdrm...ttp d knang oleh rkyat..ia ttp d dlm igtan...

Javis Aldrian Well done boss..

DeLa CuLz Jasa mu tetap dkenang..,terutama kami rakyat Sabah....

Eldrie Vanessa Ismail respect!

Ronny Vinson cayalh

Zubair Afandi tabik hormat ~

Ahmad Shaidi Semuga Allah jua yg membalas segala jasa bakti Tan Sri kepada agama bangsa dn negara..amiin

Kaf Lee slmt bersara..jasa mu dkenang

D'sufyan Manaf Selamat Bersara Tan Sri Ismail Omar, semuga Allah jua akan membalas segala jasa sumbangan baktinya pada Negara diatas kepimpinan beliau semasa memikul jawatan KPN, jasa mu tetap dikenang Tan Sri...

Premraj Raj hidup sang saka biru selama-lamanya.....

Ratu Rimba Niagara LAMBAIAN TERAKHIR SEORANG WIRA NEGARA

Perpisahan ini
amat perit dirasakan
di kala gelora perjuangan masih membara
berbakti pada negara selagi dayaku
tapi tugasku sampai di sini
biarpun sudah berakhir dan bernokhtah tugasku
namun cintaku pada negara tidak bernokhtah
akan sentiasa membara...
terus membara...
hanya akan terpadam
setelah aku dijemput Ilahi
begitu kasih dan sayangku
pada ibu pertiwi dan rakyat Malaysia tercinta...

Sepanjang menjawat jawatan
sebagai Ketua Polis Negara
telah kulakukan amanah
dengan penuh tanggungjawab
semampu dayaku membanteras jenayah
In Shaa Allah berkat kesabaranku
aku berjaya membanteras jenayah
dan menghapus semua musuh durjana
di Lahad Datu Sabah
Syukur Alhamdulillah
negaraku yang ditimpa bencana besar
diceroboh musuh durjana
berjaya ditentang
kini negaraku aman kembali
Syukur sebanyak-banyak-Nya

Mujurlah aku lepaskan
jawatanku tika negaraku
telah aman dan sejahtera
dan aku yakin
yakin sepenuhnya
tugasku yang diambil alih oleh
Ketua Polis Negara
Tan Sri Khalid Abu Bakar
seorang yang berkaliber
tegas, adil, cekap dan bijaksana
dalam membanteras jenayah dan musuh durjana
agar kedaulatan negara tercinta
sentiasa aman sejahtera selamanya
disokong oleh semua pemimpin dan rakyat Malaysia tercinta.

Negara ku aman sejahtera
Inilah harapanku kepada rakan seperjuanganku
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
Harapan daripada rakan seperjuanganmu
Tan Sri Ismail Omar
Selamat menjalankan tugas rakan seperjuanganku
Aku doakan moga kau berjaya dunia dan akhirat. AAmiin.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
11 Rejab 1434H
21 Mei 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK TAN SRI ISMAIL OMAR &
TAN SRI KHALID ABU BAKAR DAN SEMUA ANGGOTA POLIS PDRM
KAMI SELURUH RAKYAT MALAYSIA AMAT MENYANJUNGI SETIAP KERINGAT DAN DARAH YANG TERTUMPAH DI BUMI MALAYSIA DEMI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELURUHNYA...MOGA ALLAH SWT MEMBALAS DENGAN GANJARAN SYURGA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)

SayyidFahmi Taha Tabik big bos...tq tq tq

Abg Sudin Den Respect

Mohd Taha Abdul Rahman tq tan sri ismail.

Manx Amoruto TQVM...salute to you sir.

Dauz Asyraf Jasamu tetap dikenang.. mudah menjalankan tugas disamping beliau.. salute big bos!

Ali Bard Bard tabik tuan...

Para-para Kayangan Salute...Tan Sri

Mohd Tahar tabik Tan Sri.

Redha Illahi stand still with PDRM..biar apapun kamu dihina, tpi pengorbananmu tetap kami hargai..jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga..pd yg sering menghina pdrm, renunglah ke dlm diri kamu adakah kamu sudah ckup sempurna di sisi Allah..wallahualam..

Azryn Abdullah Thanks Tan Sri....

Sah Sahfasat Thanks Tan Sri....anda dh jga keamanan negara....

Ratu Rimba Niagara EV0LUSI KEPOLISAN NEGARA'

Evolusi Kepolisan Negara
Amat penting demi
Memperkukuhkan lagi benteng pertahanan negara
Agar pihak musuh durjana berasa gentar
Tidak berani menceroboh negara sewenang-wenangnya

Evolusi Kepolisan Negara
Berstrategi
Tidak melulu membuat keputusan
Membuat keputusan semuanya
TEPAT CEPAT TEGAS BERANI

Evolusi Kepolisan Negara
Setiap sudut perisikan
Semua pacaindera
Tertumpu kepada
Benteng pertahanan negara
Mesti dipastikan tidak ada satupun
Kelemahan pihak musuh tidak diketahui
Semuanya akan dicantas habis-habisan
Sebelum merebak menjadi api dalam sekam

Evolusi Kepolisan Negara
Harus bijak mengawal emosi
Agar tidak dikesani musuh durjana
Kerana bila emosi tidak terkawal
Musuh akan bersedia untuk serang hendap
Membalas segala niat jahatnya dengan mudah
Makanya jangan sampai jadi begitu

Evolusi Kepolisan Negara
Sentiasa berubah mengikut zaman
Tidak akan pernah ketinggalan zaman
Kerana jika ketinggalan zaman
Tahap pemikiran PDRM akan diperkecilkan
Oleh pihak musuh durjana
Maka IQ PDRM sentiasa berminda kelas pertama
Barulah kerjaya PDRM sentiasa dipandang tinggi
Oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan negara

Evolusi Kepolisan Negara
Tidak akan pernah undur bila berjuang
Tak akan undur biarpun setapak
Berjuang bermati-matian
Rela gugur di medan juang
Demi mempertahankan
Kedaulatan Negara & Rakyat Malaysia Tercinta

Evolusi Kepolisan Negara
Kami cinta negara kami
Kami sayang sesungguh sayang
Kepada semua Rakyat Malaysia
Kami rela lupakan kepentingan sendiri
Demi membuktikan cinta dan sayang kami
Tiada apa yang hendak kami harapkan
Melainkan dengan belas ehsanmu
Sentiasa menyokong kami
Meniupkan semangat juang kami
Agar kami sentiasa bersemangat untuk berjuang
Mempertahankan kedaulatan negara
Mempastikan bumi Malaysia ini tidak seincipun berani
Dicerobohi oleh pihak musuh durjana

Evolusi Kepolisan Negara
Andai kata kami gugur di medan juang
Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
Lambang cinta kami terbalas
Dan kirimkan doa restumu
Agar kami di tempatkan dalam roh-roh syahid
Doamu sentiasa kami nantikan
Duhai yang tercinta dan tersayang

Evolusi Kepolisan Negara
Aduhai perwiraku yang tersanjung di hati ini
Kami di sini sentiasa menyanjungimu sepenuh hati
Jasa baktimu pada ibu pertiwi dan kami rakyat Malaysia
Sentiasa mewangi di hati kami
Kami merasa syahdu
Bersyukur kepada Tuhan sebanyak-banyak-Nya
DiKurniakan wira-wira negara
Berhati suci dan murni
Rela gugur di medan juga demi
Keselamatan negara tercinta
Tiada apa yang hendak kami balas jasa-jasamu
Kerana hatimu semurni Syurga
Makanya layaklah kamu menjadi penghuni Syurga
In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiiin

Karya Ratu Rimba Niagara
25 Mac 2013
(PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA-WIRA NEGARA PDRM YANG MASIH HIDUP & ATAU YANG TELAH GUGUR DI MEDAN JUANG KAMI RAKYAT MALAYSIA SENTIASA MENYOKONG PENUH PERJUANGANMU SEHINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR SEBAGAIMANA KAMU BERSUMPAH MEMBELA IBU PERTIWI HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR KAMI JUGA PUN BEGITU! JANGAN RAGUI AKAN KASIH DAN SAYANG KAMI PADAMU PDRM! SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS YANG KE-206 MOGA SUKSES DUNIA AKHIRAT AAMIIN)

Ratu Rimba Niagara SEABADI KASIH SAYANGMU PADA KAMI

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum wr wb
Selamat Hari Pahlawan
Kepada Semua Pahlawan
Yang sentiasa disanjungi sepenuh hati sepenuh jiwa
Kumengagumimu dari dulu hingga kini
Kau sentiasa di hatiku
Jasamu pada ibu pertiwi
Kusanjung tinggi
Tanpamu siapalah kami
Kau rela mempertaruhkan nyawamu
Demi ibu pertiwi
Demi anak bangsa
Jasa baktimu tak akan kami lupakan
Kau sentiasa bersiap siaga
Bila-bila masa
Tak kira masa
Tak kira di mana
Apabila semboyan ibu pertiwi berbunyi
Kau terus mara ke medan juang
Tanpa menghiraukan
Nyawamu di ambang maut
Itu tak akan kau hiraukan
Dan tak akan kau undur biarpun setapak
Kau dihujani peluru
Bermandikan darah
Darah...darah...darah...
Pekat...pekat...pekat...
Kau masih bersemangat
Sebelum nafas terakhir
Kau masih sempat
Melepaskan das tembakan
Kena tepat ke jantung musuh durjana
Dan kau tersenyum dalam
Pelukan senjata yang berjasa padamu
Dan kau sempat tersenyum
Sambil melafazkan
Kucinta-Mu Tuhan
Kusayangmu ibu pertiwi
Kusayangmu anak bangsa
Kematianku ini adalah tanda kusayang semua kerana-Nya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

Pahlawanku...
Mengenangkan jasamu itu
Kami seluruh rakyat Malaysia
Tidak akan melupakan
Jasa bakti semua pahlawan di Malaysia
Samada yang telah tiada atau masih ada
Kepada yang tiada
Kami kirimkan sejambak doa
Agar kau tenang di Syurga
Dikelilingi bidadari Syurga
Rezeki tak putus-putus dari-Nya
Kerana kau mati dikira
Pejuang fisabilillah Insya-Allah Aamiin
Kepada pahlawan yang masih ada
Teruskanlah perjuangan sucimu
Kami sentiasa memberi sokongan
Yang tidak berbelah bahagi
Kerana tanpamu pahlawanku
Siapalah kami
Tak mungkin kami akan merasa
Nikmat kedamaian Malaysia
Yang kini pesat membangun
Dalam pembangunan era abad ke-21
Yang Cemerlang Gemilang Terbilang
Dalam keadaan
Aman damai tenteram
Semuanya kerana jasa baktimu
Semua pahlawan di Malaysia
Malaysiaku maju
Malaysiaku aman
Semuanya keranamu pahlawanku
Semuanya dengan izin-Nya jua
Makanya kami bersyukur kepada-Nya
Kami ucapkan sekalung terima kasih
Kepada semua pahlawan di Malaysia
Sebagaimana kamu sayang kami
Begitulah kami sayang kamu
Abadi seabadi kasih dan sayangmu pada kami

JASA DAN BAKTIMU SENTIASA MEWANGI DI HATI KAMI

'SELAMAT HARI PAHLAWAN'

Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:

RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
31 Julai 2012 M
11 Ramadan 1433 H
6 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara GAGAH SETIA

Kau pahlawan Allah
Kau pahlawanku
Kau pahlawan semua
Kau pahlawan rakyat 1Malaysia

Kau pahlawan yang gagah perkasa
Kau pahlawan yang setia

Kau rela korbankan dirimu
Demi mempertahankan ibu pertiwi

Kami hargai
Kami sanjungi

Kami berbangga punyai pahlawan
Sepertimu
yang gagah
yang setia
kepada agama bangsa dan negara

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

Jasamu pahlawan
Kan kami letak di taman hati
Taman hati berbunga kebangsaan negara
Bunga Raya
Yang berkelopak Lima:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia
Dengan segala prinsip rukun negara itulah
Makanya hidup seluruh rakyat Malaysia
Dalam kesejahteran dan kerahmatan dari Ilahi

Moga Malaysia
CEMERLANG GEMILANG TERBILANG

Berkat kesetiaan gagah perkasa
Semua pahlawan negara

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
Syukur kami pada-Mu Tuhan
Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia setiasa bersiap sedia membela ibu peritiwi
Makanya Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami yang berjasa pada ibu pertiwi
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
31 Julai 2012
11 Ramadan 1433H
(DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA
PADA 31 Julai 2012)
6 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara KELASI KAPAL WIRA BERSAUDARA

Kelasi kapal wira bersaudara
rela sehidup semati
semangat setiakawan yang tinggi
cinta kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
demi agama bangsa dan negara
rela mati bersama di medan perjuangan
di samudera lautan terbentang luas

Sanggup lupakan kepentingan sendiri
rela berpisah dengan keluarga tercinta
demi menyahut semboyan ibu pertiwi
berjuang hingga ke titisan darah terakhir
di lautan terbentang luas
medan perjuangan
mempastikan musuh durjana
tidak berani datang menceroboh
negara tercinta...

Kapal selam KD Hang Tuah
gagah perkasa
bagaikan Laksamana Hang Tuah
keperkasaannya tiada tandingan
semua kelasi kapal
adalah perwira negara
yang bersaudara
berikrar
bersumpah setia
sehidup semati
susah senang sentiasa bersama

Semangat setiakawan yang tinggi
wira negara bersaudara
sentiasa bersama
mempastikan Kapal Selam Hang Tuah
sentiasa gagah...perkasa
mempertahankan negara tercinta...

Kapal selam Hang Tuah
kelasi kapal wira bersaudara
dilambung ombak tsunami musuh durjana tak akan gentar
akan disahut cabaran kerana sentiasa bersiap siaga
sentiasa bersedia melawan
tak akan undur biarpun setapak
nyawa kelasi kapal wira bersaudara
rela dipertaruhkan
demi menjaga keselamatan negara tercinta
agar tiada berani musuh negara datang menjajah

Andaikata kelasi kapal wira bersaudara
gugur di medan juang
tidak timbul dan terus tenggelam
di dasar samudera
doakan pemergiaan kami
bersama kalungan bunga ibu pertiwi
dihanyutkan ke samudera
tanda cinta kasih sayang kepada kami
Kelasi Kapal Wira Bersaudara

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Mei 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA ANGGOTA TENTERA LAUT
DIRAJA MALAYSIA (TLDM) MOGA BERJAYA & BAHAGIA DUNIA AKHIRAT AAMIIN)
5 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara Ratu Rimba Niagara PANTUN SATRIA

Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
a few seconds ago near Kuala Lumpur

PANTUN SATRIA

Hajat hati nak jadi perwira,
Tiada kudrat apalah dayaku;
Namun begitu bersemangat satria,
Relaku mati demi negaraku.

Kata ibu datukku seorang pahlawan,
Keturunan hulubalang Raja Bugis;
Aku bersyukur berdarah pahlawan,
Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

Rupanya aku tidak keseorangan,
Di luar sana menyokong perjuanganku;
Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

Takkan hilang melayu di dunia,
Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
Melayu bersatu bermuafakat bersama,
Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

Berjuang tetaplah berjuang jua,
Pantang undur sebelum berjuang;
Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
Jasamu mewangi hingga ke mati;
Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.

Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
Bersiap siaga setiap masa;
Menangani jenayah begitu cermat,
Agar negara dan rakyat aman sentiasa.

Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
Keamanan Malaysia di puncak jaya.

TLDM tidak kurang hebatnya,
Berada di laut bersiap siaga;
Musuh yang datang akan ditentangnya,
Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

Pasukan RELA rela berkorban,
Berkorban masa dan juga tenaga;
Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
Demi rakyat dan negara tercinta.

Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
Semangat perjuangan terus membara.

PERKASA kusanjung jasamu,
Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
Tidak pernah berputus asa di hatimu,
Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
Roh perjuangan tepat dan jelas;
Semangat membara-bara hidup di hatimu,
Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

Seni persilatan melayu amat dikagumi,
Kepahlawananmu tiada tandingannya;
Generasi muda minat mempelajari,
Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
Jutaan rakyat bangkit memberontak,
Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
Pemimpin Malaysia cintakan negara;
Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
Saling berkorban demi negara.

Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
Negara sentiasa terus aman,
Kedaulatan negara sejak berzaman.

Pahlawan melayu pantang berundur,
Rela bermandikan darah dihujani peluru;
Demi pewaris takkan berudur.
Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

Berkibarlah benderaku terus berkibar,
Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
Rakyat Malaysia jangan dicabar,
Roh perjuangan meniti zaman.

Karya: Ratu Rimba Niagara
25 Mac 2013
(Bersempena Memperingati Hari Polis Malaysia Ke-206 Tahun)
4 minutes ago · Like

Ratu Rimba Niagara MERDEKA DALAM KESEJAHTERAAN ADALAH HADIAH UNTUK GENERASI PENERUS

PABILA KEAMANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
BARULAH AKAN ADANYA BUDAYA
SALING HORMAT MENGHORMATI
SALING MENGHARGAI
SALING MENYANJUNGI
BAHAWA KITA SALING BEKERJASAMA
MENJAGA KESELAMATAN NEGARA
DEMI KERANA AGAMA BANGSA DAN NEGARA
KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN INILAH
YANG MEMBUATKAN NEGARA KITA KEKAL MERDEKA
DALAM SUASANA AMAN DAMAI SENTOSA
KEMERDEKAAN YANG SEJAHTERA INILAH
YANG AKAN KITA HADIAHKAN KEPADA
GENERASI PENERUS PADA MASA HADAPAN
MEREKA PASTI BANGGA MEMPUNYAI PEJUANG-PEJUANG NEGARA
YANG RELA BERKORBAN NYAWA DEMI MEREKA
PASTINYA MEREKA JUGA AKAN
MENJADI GENERASI PENERUS
UNTUK MENGEKALKAN KEMERDEKAAN
DALAM SUASANA AMAN DAMAI SENTOSA SEJAHTERA
SELAMANYA SEHINGGA DUNIA BELUM KIAMAT!
IN SHAA ALLAH AMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
26 Mac 2013
(PUISI DIILHAMKAN UNTUK GENERASI PENERUS YANG AKAN MENYAMBUNG PERJUANGAN
WIRA-WIRA NEGARA & RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARA MOGA KALIAN MEMASTIKAN PERJUANGAN KAMI TIDAK AKAN DIPERSIA-SIAKAN JAGALAH NEGARA TERCINTA INI SEHINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR AGAR BENDERA KITA JALUR GEMILANG TERUS BERKIBAR MEGAH GAH DI PERSADA DUNIA DALAM NIKMAT SYUKUR KURNIAAN ILAHI ATAS NIKMAT KEMERDEKAAN INI)


MENYEMAI SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA RAKYAT MALAYSIA

Untuk menyemai semangat patriotik...di jiwa murid sekolah rendah hingga IPT/IPTS satu matapelajaran yang khas diwujudkan. Dan mereka diwajibkan lulus matapelajaran tersebut. Di setiap perpustakaan buku-buku bertemakan patriotik diwajibkan ada.Sekolah satu aliran saja bahasa penghantarnya adalah bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) disamping bahasa ibunda mereka masih boleh dipelajari termasuk bahasa Inggeris selepas bahasa Melayu.Bahasa Melayu Wajib Lulus. Setiap Warga negara Malaysia diwajibkan boleh bertutur bahasa melayu. Jika tidak boleh bertutur kewarganegaraan mereka sebagai rakyat malaysia digantung dan mereka tidak dibenarkan mengundi.

Untuk menggalakkan remaja mengundi atau rakayt Malaysia mengundi ...semasa diberikan BRIM...mereka yang belum ada senarai nama sebagai daftar pemilih ...didaftarkan sebagai pengundi pilihanraya. Jika mereka tidak mahu mendaftar pemilih wang BRIM tidak akan diberikan .

Bagi mana-mana pemimpin yang gagal menjalankan amanah rakyat...rakyat berhak melucutkan jawatannya...kerana jawatan yang diberikan rakyat tidak memberi apa-apa hasil kepada rakyat dan juga negara tanpa kompromi.

Kita memilih pemimpin untuk membela rakyat dan negara ..bukan untuk mereka bersenang lenang hingga negara jatuh ke tangan musuh. Rakyat rela kehilangan pemimpin daripada kehilangan negara. Pemimpin boleh dicari ganti tapi negara nak cari di mana?
Kami tak rela kehilangan negara. Kerana negara ini harta warisan nenek moyang kita dan cucu cicit kita yang hendak kita tinggalkan dalam selamanya merdeka selagi ada bulan dan matahari. In Shaa Allah Aamiiin.

Setiap saluran komunikasi media massa atau letronik disiarkan lagu-lagu patriotik atau yang bersangkut paut dengan patriotik walaupun berbahasa cina atau tamil...ini akan menyemarakkan roh patriotik di jiwa semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum .

Setiap Meraikan Kemerdekaan Negara ...diwajibkan setiap rumah dan kenderaan mengibarkan bendera jalur gemilang....Rukun Tetangga di setiap perumahan & kampung boleh mengedarkan dan memasang terus kepada semua rakyat diberi secara percuma atau bayaran yang berpatutan...di tol atau di jabatan kerajaan disediakan jalur gemilang dengan dikenakan secara percuma atau bayaran. Pihak tentera dan polis juga boleh memainkan peranan mewajibkan semua kenderaan mengibarkan jalur gemilang...jika mereka tidak mengibarkan jalur gemilang pihak polis menyaman dengan bayaran RM20.00 jalur gemilang diberikan kepada mereka dan pihak polis terus memasangkan jalur gemilang di kenderaan yang disaman. Wang saman tersebut boleh dimasukkan ke tabung kebajikan anggota polis & tentera yang gugur di medan juang. Andainya ini dapat dilakukan oleh kerajaan Malaysia saya penuh yakin setiap warga negara Malaysia ...roh mencintai negara akan hidup membara di jiwa setiap rakyat Malaysia tidak kira mereka kaum apa sekalipun. Semuanya rela mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara. In Shaa Allah Aamiin.

RATU RIMBA NIAGARA
21 Mei 2013


Ratu Rimba Niagara PERTANYAAN MALAIKAT DIDALAM KUBUR::

Tanya : Man Rabbuka? Siapa Tuhanmu?
Jawab : Allahu Rabbi. Allah Tuhanku.

Tanya : Man Nabiyyuka? Siapa Nabimu?
Jawab : Muhammadun Nabiyyi. Muhammad Nabiku

Tanya : Ma Dinuka? Apa agamamu?
Jawab : Al-Islamu dini. Islam agamaku

Tanya : Man Imamuka? Siapa imammu?
Jawab : Al-Qur'an Imami. Al-Qur'an Imamku

Tanya : Aina Qiblatuka? Di mana kiblatmu?
Jawab : Al-Ka'batu Qiblati. Ka'bah Qiblatku

Tanya : Man Ikhwanuka? Siapa saudaramu?
Jawab : Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani. Muslimin dan Muslimah saudaraku..

Jawabannya sangat sederhana bukan?
Tapi apakah sesederhana itukah kelak kita akan menjawabnya?

Semoga ada hikmah yang bisa diambil saudaraku
Like dan Share untuk mengingatkan sahabat yang lain

MOGA KITA DAPAT MENJAWAB KE SEMUA SOALAN DI KUBUR DENGAN LANCAR BERKAT AMALAN YANG DILAKUKAN DENGAN PENUH YAKIN DAN IKHLAS SEMASA HIDUP. AMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL'ALAMIIN.

1) SIAPA TUHANMU
2) SIAPA NABIMU
3) APA AGAMAMU
4) SIAPA IMAMMU
5) DI MANA QIBLATMU
6) SIAPA SAUDARAMU

ANDAINYA KITA CUMA MENGHAFAL TAPI TIDAK MENGAMALKANNYA MALANGLAH DUNIA AKHIRAT KITA...
INI MUHASABAH UNTUK DIRI SENDIRI
MOGA KITA SEMUA DAPAT MENJAWAB SOALAN DI KUBUR DENGAN LANCAR BERKAT UKHUWAH TALISIRATURRAHIM DI ALAM MAYA INI.
IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

RAKAN ALAMMAYAMU YANG MENYAYANGIMU DEMI-NYA,
PUJANGGA ALAMMAYA YANG PENGEN SETIA BERKARYA DEMI-NYA
MOGA BERKAT BERPUJANGGA DEMI-NYA
DITERIMA-NYA SEBAGAI AMALAN SOLEH DI AKHIRAT NANTI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

9 Rejab 1434H
19 Mei 2013M

(PETIKAN DARIPADA WALL KERABAT DIRAJA JEMBAL KELANTAN)
9 Rejab 1434H
19 Mei 2013M

(PETIKAN DARIPADA SKRIP NOVEL ,'MA'RAJ CINTA' @ TEATER BANGSAWAN DIRJA
BAHTERA LANCANG KUNING)
11 Rejab 1434H
21 Mei 2013M
(PETIKAN DARIPADA WALL POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) & RATU RIMBA NIAGARA
21 Mei 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;