Sunday, 19 May 2013

SEKALUNG TAHNIAH BUAT TAN SRI DATO' SRI KHALID BIN ABU BAKAR KETUA POLIS NEGARA YANG BARU MOGA BERJAYA DUNIA AKHIRAT AAMIIN.


SEKALUNG TAHNIAH BUAT TAN SRI DATO' SRI KHALID BIN ABU BAKAR




    • KUALA LUMPUR, 16 Mei - Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar hari ini menyerahkan jawatan Ketua Polis Negara kepada timbalannya Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar yang akan secara rasmi memulakan tugas baharunya sebagai peneraju Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok. Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini itu turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Keselamatan Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim.

      Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar yang menyertai PDRM pada 1971, dilantik sebagai Ketua Polis Negara mulai 13 Sept 2010 sebelum bersara wajib pada 2011. Pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak tamat hari ini.

      Pada majlis sama, acara menandatangani surat serah dan terima jawatan turut berlangsung antara Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara juga berkuat kuasa esok.

      Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas peluang yang telah diberikan kepadanya untuk menerajui PDRM.

      Menurutnya, kenangan dan pencapaian sepanjang berkhidmat menerajui PDRM tidak akan dilupakan, terutama dalam menangani ancaman pengganas di pantai timur Sabah dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia.

      Saya amat berpuas hati dengan pencapaian PDRM terutama dalam soal menurunkan indeks jenayah. "Dan apa yang tidak dapat saya lupakan ialah cabaran menangani pengganas di Sabah beberapa bulan lepas yang mana saya dan Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) cuba sedaya upaya kami menumpaskan pengganas seterusnya mengekalkan keselamatan negara," katanya.

      Terdahulu, ketibaan beliau pada kira-kira 8.30 pagi disambut dengan persembahan kumpulan pancaragam PDRM serta kira-kira 5,000 pegawai dan anggota polis di Dataran Kawad Pulapol.

      Sepanjang kariernya di PDRM, beliau pernah menyandang beberapa jawatan, antaranya Pegawai Pendakwa di Mahkamah Ipoh, Perak pada 1994, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (1996) dan Ketua Penolong Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (2005).

      Jawatan lain ialah Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (2005), Ketua Polis Selangor (2006), Pengarah Pengurusan Polis Bukit Aman (2007), Timbalan Ketua Polis Negara (2007) dan Ketua Polis Negara (2010). - BERNAMA
       — MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS NEGARA (39 photos)
      Unlike ·  ·  · Yesterday at 7:18pm · 







    • 39Unlike ·  · 
      • You and 589 others like this.
      • Lan Muar Tahniah TAN SRI KHALID KPN, Tahniah DATUK SRI ZAHID KDN, CEKAP, ADIL, TEGAS. Jangan pilih bulu.
        4 hours ago via mobile · Unlike · 1
      • Ratu Rimba Niagara SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE-206 KEPADA SEMUA PDRM YANG DISANJUNGI SEMAI BAKTIMU PADA IBU PERTIWI KUHARGAI MAKA TERIMALAH SEBUAH PUISI DARIKU UNTUKMU BERTAJUK,'EV0LUSI KEPOLISAN NEGARA'

        Evolusi Kepolisan Negara
        Amat penting demi
        Memperkukuhkan lagi benteng pertahanan negara
        Agar pihak musuh durjana berasa gentar
        Tidak berani menceroboh negara sewenang-wenangnya

        Evolusi Kepolisan Negara
        Berstrategi
        Tidak melulu membuat keputusan
        Membuat keputusan semuanya
        TEPAT CEPAT TEGAS BERANI

        Evolusi Kepolisan Negara
        Setiap sudut perisikan
        Semua pacaindera
        Tertumpu kepada
        Benteng pertahanan negara
        Mesti dipastikan tidak ada satupun
        Kelemahan pihak musuh tidak diketahui
        Semuanya akan dicantas habis-habisan
        Sebelum merebak menjadi api dalam sekam

        Evolusi Kepolisan Negara
        Harus bijak mengawal emosi
        Agar tidak dikesani musuh durjana
        Kerana bila emosi tidak terkawal
        Musuh akan bersedia untuk serang hendap
        Membalas segala niat jahatnya dengan mudah
        Makanya jangan sampai jadi begitu

        Evolusi Kepolisan Negara
        Sentiasa berubah mengikut zaman
        Tidak akan pernah ketinggalan zaman
        Kerana jika ketinggalan zaman
        Tahap pemikiran PDRM akan diperkecilkan
        Oleh pihak musuh durjana
        Maka IQ PDRM sentiasa berminda kelas pertama
        Barulah kerjaya PDRM sentiasa dipandang tinggi
        Oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan negara

        Evolusi Kepolisan Negara
        Tidak akan pernah undur bila berjuang
        Tak akan undur biarpun setapak
        Berjuang bermati-matian
        Rela gugur di medan juang
        Demi mempertahankan
        Kedaulatan Negara & Rakyat Malaysia Tercinta

        Evolusi Kepolisan Negara
        Kami cinta negara kami
        Kami sayang sesungguh sayang
        Kepada semua Rakyat Malaysia
        Kami rela lupakan kepentingan sendiri
        Demi membuktikan cinta dan sayang kami
        Tiada apa yang hendak kami harapkan
        Melainkan dengan belas ehsanmu
        Sentiasa menyokong kami
        Meniupkan semangat juang kami
        Agar kami sentiasa bersemangat untuk berjuang
        Mempertahankan kedaulatan negara
        Mempastikan bumi Malaysia ini tidak seincipun berani
        Dicerobohi oleh pihak musuh durjana

        Evolusi Kepolisan Negara
        Andai kata kami gugur di medan juang
        Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
        Lambang cinta kami terbalas
        Dan kirimkan doa restumu
        Agar kami di tempatkan dalam roh-roh syahid
        Doamu sentiasa kami nantikan
        Duhai yang tercinta dan tersayang

        Evolusi Kepolisan Negara
        Aduhai perwiraku yang tersanjung di hati ini
        Kami di sini sentiasa menyanjungimu sepenuh hati
        Jasa baktimu pada ibu pertiwi dan kami rakyat Malaysia
        Sentiasa mewangi di hati kami
        Kami merasa syahdu
        Bersyukur kepada Tuhan sebanyak-banyak-Nya
        DiKurniakan wira-wira negara
        Berhati suci dan murni
        Rela gugur di medan juga demi
        Keselamatan negara tercinta
        Tiada apa yang hendak kami balas jasa-jasamu
        Kerana hatimu semurni Syurga
        Makanya layaklah kamu menjadi penghuni Syurga
        In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiiin

        Karya Ratu Rimba Niagara
        25 Mac 2013
        (PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA-WIRA NEGARA PDRM YANG MASIH HIDUP & ATAU YANG TELAH GUGUR DI MEDAN JUANG KAMI RAKYAT MALAYSIA SENTIASA MENYOKONG PENUH PERJUANGANMU SEHINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR SEBAGAIMANA KAMU BERSUMPAH MEMBELA IBU PERTIWI HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR KAMI JUGA PUN BEGITU! JANGAN RAGUI AKAN KASIH DAN SAYANG KAMI PADAMU PDRM! SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS YANG KE-206 MOGA SUKSES DUNIA AKHIRAT AAMIIN)
      • Ratu Rimba Niagara PANTUN SATRIA

        Hajat hati nak jadi perwira,
        Tiada kudrat apalah dayaku;
        Namun begitu bersemangat satria,
        Relaku mati demi negaraku.

        Kata ibu datukku seorang pahlawan,
        Keturunan hulubalang Raja Bugis;
        Aku bersyukur berdarah pahlawan,
        Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

        Rupanya aku tidak keseorangan,
        Di luar sana menyokong perjuanganku;
        Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
        Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

        Takkan hilang melayu di dunia,
        Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
        Melayu bersatu bermuafakat bersama,
        Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

        Berjuang tetaplah berjuang jua,
        Pantang undur sebelum berjuang;
        Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
        Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

        Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
        Jasamu mewangi hingga ke mati;
        Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
        Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.

        Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
        Bersiap siaga setiap masa;
        Menangani jenayah begitu cermat,
        Agar negara dan rakyat aman sentiasa.

        Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
        Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
        Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
        Keamanan Malaysia di puncak jaya.

        TLDM tidak kurang hebatnya,
        Berada di laut bersiap siaga;
        Musuh yang datang akan ditentangnya,
        Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

        Pasukan RELA rela berkorban,
        Berkorban masa dan juga tenaga;
        Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
        Demi rakyat dan negara tercinta.

        Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
        Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
        Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
        Semangat perjuangan terus membara.

        PERKASA kusanjung jasamu,
        Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
        Tidak pernah berputus asa di hatimu,
        Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

        PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
        Roh perjuangan tepat dan jelas;
        Semangat membara-bara hidup di hatimu,
        Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

        Seni persilatan melayu amat dikagumi,
        Kepahlawananmu tiada tandingannya;
        Generasi muda minat mempelajari,
        Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

        Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
        Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
        Jutaan rakyat bangkit memberontak,
        Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

        Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
        Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
        Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
        Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

        Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
        Pemimpin Malaysia cintakan negara;
        Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
        Saling berkorban demi negara.

        Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
        Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
        Negara sentiasa terus aman,
        Kedaulatan negara sejak berzaman.

        Pahlawan melayu pantang berundur,
        Rela bermandikan darah dihujani peluru;
        Demi pewaris takkan berudur.
        Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

        Berkibarlah benderaku terus berkibar,
        Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
        Rakyat Malaysia jangan dicabar,
        Roh perjuangan meniti zaman.

        Karya Ratu Rimba Niagara
        12 Rabiulawwal 1434H
        25 Mac 2013M
        (PANTUN SATRIA DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN HARI POLIS MALAYSIA
        PDRM KE-206 PADA 25 MAC 2013 DENGAN SLOGAN,'KOMINITI SEJAHTERA KOMITMEN KAMI' MOGA SEMUA YANG BERGELAR PERWIRA MALAYSIA TERUS BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR KAMI SELURUH RAKYAT MALAYSIA SENTIASA MENYOKONG PERJUANGANMU MENGHARGAI SETIAP TITISAN DARAH DAN NYAWAMU DEMI IBU PERTIWI TANPAMU SIAPALAH KAMI MOGA ALLAH SWT MEMBALAS SYAHIDMU DI MEDAN JUANG AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
      • Ratu Rimba Niagara MERDEKA DALAM KESEJAHTERAAN ADALAH HADIAH UNTUK GENERASI PENERUS 

        PABILA KEAMANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
        BARULAH AKAN ADANYA BUDAYA 
        SALING HORMAT MENGHORMATI
        SALING MENGHARGAI
        SALING MENYANJUNGI
        BAHAWA KITA SALING BEKERJASAMA
        MENJAGA KESELAMATAN NEGARA
        DEMI KERANA AGAMA BANGSA DAN NEGARA
        KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN INILAH
        YANG MEMBUATKAN NEGARA KITA KEKAL MERDEKA
        DALAM SUASANA AMAN DAMAI SENTOSA
        KEMERDEKAAN YANG SEJAHTERA INILAH
        YANG AKAN KITA HADIAHKAN KEPADA
        GENERASI PENERUS PADA MASA HADAPAN
        MEREKA PASTI BANGGA MEMPUNYAI PEJUANG-PEJUANG NEGARA
        YANG RELA BERKORBAN NYAWA DEMI MEREKA
        PASTINYA MEREKA JUGA AKAN 
        MENJADI GENERASI PENERUS
        UNTUK MENGEKALKAN KEMERDEKAAN 
        DALAM SUASANA AMAN DAMAI SENTOSA SEJAHTERA
        SELAMANYA SEHINGGA DUNIA BELUM KIAMAT!
        IN SHAA ALLAH AMIIN YA RABBAL A'LAMIIN. 

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        26 Mac 2013
        (PUISI DIILHAMKAN UNTUK GENERASI PENERUS YANG AKAN MENYAMBUNG PERJUANGAN
        WIRA-WIRA NEGARA & RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARA MOGA KALIAN MEMASTIKAN PERJUANGAN KAMI TIDAK AKAN DIPERSIA-SIAKAN JAGALAH NEGARA TERCINTA INI SEHINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR AGAR BENDERA KITA JALUR GEMILANG TERUS BERKIBAR MEGAH GAH DI PERSADA DUNIA DALAM NIKMAT SYUKUR KURNIAAN ILAHI ATAS NIKMAT KEMERDEKAAN INI)
      • Ratu Rimba Niagara MENYEMAI SEMANGAT PATRIOTIK DI JIWA RAKYAT MALAYSIA TERCINTA

        Untuk menyemai semangat patriotik...di jiwa murid sekolah rendah hingga IPT/IPTS satu matapelajaran yang khas diwujudkan. Dan mereka diwajibkan lulus matapelajaran tersebut. Di setiap perpustakaan buku-buku bertemakan patriotik diwajibkan ada.Sekolah satu aliran saja bahasa penghantarnya adalah bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) disamping bahasa ibunda mereka masih boleh dipelajari termasuk bahasa Inggeris selepas bahasa Melayu.Bahasa Melayu Wajib Lulus. Setiap Warga negara Malaysia diwajibkan boleh bertutur bahasa melayu. Jika tidak boleh bertutur Bahasa Malaysia hak kewarganegaraan mereka sebagai rakyat Malaysia digantung dan mereka tidak dibenarkan mengundi.

        Untuk menggalakkan remaja mengundi atau rakyat Malaysia mengundi ...semasa diberikan BRIM...mereka yang belum ada senarai nama sebagai daftar pemilih didaftarkan sebagai pengundi pilihanraya. Jika mereka tidak mahu mendaftar pemilih wang BRIM tidak akan diberikan .

        Bagi mana-mana pemimpin yang gagal menjalankan amanah rakyat...rakyat berhak melucutkan jawatannya...kerana jawatan yang diberikan rakyat tidak memberi apa-apa hasil kepada rakyat dan juga negara tanpa kompromi.

        Kita memilih pemimpin untuk membela rakyat dan negara ..bukan untuk mereka bersenang lenang hingga negara jatuh ke tangan musuh. Rakyat rela kehilangan pemimpin daripada kehilangan negara. Pemimpin boleh dicari ganti tapi negara nak cari di mana?
        Kami tak rela kehilangan negara. Kerana negara ini harta warisan nenek moyang kita dan cucu cicit kita yang hendak kita tinggalkan dalam selamanya merdeka selagi ada bulan dan matahari. In Shaa Allah Aamiiin.

        Setiap saluran komunikasi media massa atau letronik disiarkan lagu-lagu patriotik atau yang bersangkut paut dengan patriotik walaupun berbahasa cina atau tamil...ini akan menyemarakkan roh patriotik di jiwa semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum .

        Setiap Meraikan Kemerdekaan Negara ...diwajibkan setiap rumah dan kenderaan mengibarkan bendera jalur gemilang....Rukun Tetangga di setiap perumahan & kampung boleh mengedarkan dan memasang terus kepada semua rakyat diberi secara percuma atau bayaran yang berpatutan...di tol atau di jabatan kerajaan disediakan jalur gemilang dengan dikenakan secara percuma atau bayaran. Pihak tentera dan polis juga boleh memainkan peranan mewajibkan semua kenderaan mengibarkan jalur gemilang...jika mereka tidak mengibarkan jalur gemilang pihak polis menyaman dengan bayaran RM20.00 jalur gemilang diberikan kepada mereka dan pihak polis terus memasangkan jalur gemilang di kenderaan yang disaman. Wang saman tersebut boleh dimasukkan ke tabung kebajikan anggota polis & tentera yang gugur di medan juang. Andainya ini dapat dilakukan oleh kerajaan Malaysia saya penuh yakin setiap warga negara Malaysia ...roh mencintai negara akan hidup membara di jiwa setiap rakyat Malaysia tidak kira mereka kaum apa sekalipun. Semuanya rela mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara. In Shaa Allah Aamiin.

        RATU RIMBA NIAGARA
        17 Mei 2013
        (DISIARKAN DI WALL PERDANA MENTERI SEBAGAI CADANGAN DARIPADA WAKIL RAKYAT ALAM MAYA NUSANTARA UNTUK DIPERTIMBANGKAN OLEH PERDANA MENTERI, JEMAAH MENTERI KABINET & SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERCINTA DEMI-NYA)
      • Ratu Rimba Niagara PERTANYAAN MALAIKAT DIDALAM KUBUR::

        Tanya : Man Rabbuka? Siapa Tuhanmu?
        Jawab : Allahu Rabbi. Allah Tuhanku.

        Tanya : Man Nabiyyuka? Siapa Nabimu?
        Jawab : Muhammadun Nabiyyi. Muhammad Nabiku

        Tanya : Ma Dinuka? Apa agamamu?
        Jawab : Al-Islamu dini. Islam agamaku

        Tanya : Man Imamuka? Siapa imammu?
        Jawab : Al-Qur'an Imami. Al-Qur'an Imamku

        Tanya : Aina Qiblatuka? Di mana kiblatmu?
        Jawab : Al-Ka'batu Qiblati. Ka'bah Qiblatku

        Tanya : Man Ikhwanuka? Siapa saudaramu?
        Jawab : Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani. Muslimin dan Muslimah saudaraku..

        Jawabannya sangat sederhana bukan?
        Tapi apakah sesederhana itukah kelak kita akan menjawabnya?

        Semoga ada hikmah yang bisa diambil saudaraku
        Like dan Share untuk mengingatkan sahabat yang lain

        MOGA KITA DAPAT MENJAWAB KE SEMUA SOALAN DI KUBUR DENGAN LANCAR BERKAT AMALAN YANG DILAKUKAN DENGAN PENUH YAKIN DAN IKHLAS SEMASA HIDUP. AMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL'ALAMIIN.

        1) SIAPA TUHANMU
        2) SIAPA NABIMU
        3) APA AGAMAMU
        4) SIAPA IMAMMU
        5) DI MANA QIBLATMU
        6) SIAPA SAUDARAMU

        ANDAINYA KITA CUMA MENGHAFAL TAPI TIDAK MENGAMALKANNYA MALANGLAH DUNIA AKHIRAT KITA...
        INI MUHASABAH UNTUK DIRI SENDIRI
        MOGA KITA SEMUA DAPAT MENJAWAB SOALAN DI KUBUR DENGAN LANCAR BERKAT UKHUWAH TALISIRATURRAHIM DI ALAM MAYA INI.
        IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

        RAKAN ALAMMAYAMU YANG MENYAYANGIMU DEMI-NYA,
        PUJANGGA ALAMMAYA YANG PENGEN SETIA BERKARYA DEMI-NYA
        MOGA BERKAT BERPUJANGGA DEMI-NYA
        DITERIMA-NYA SEBAGAI AMALAN SOLEH DI AKHIRAT NANTI
        AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

        9 Rejab 1434H
        19 Mei 2013M

        (PETIKAN DARIPADA WALL KERABAT DIRAJA JEMBAL KELANTAN)
        9 Rejab 1434H
        19 Mei 2013M



  1. 219Like ·  · 
    • 715 people like this.
    • Muhammad Hanif Hayyan Hanifhayyan Muhammad Hanif Hayyan Hanifhayyan majority yang hilang mungkin tak dapat dikesan.bukan semua kes disiarkan.salah satu pendapat saya kemungkinan berlaku atau akan berlaku oleh sebab kebanyakan PATI tidak menpunyai document kalau mereka buat ape-ape jenayah pun kecil ke besar kita tak akan dapat mengesan mereka,mereka senang akan membolosi negara kerana sempadan kita senang dibolosi.kalau katakan warganegara original buat jenayah senang PDRM tangkap kerana penjenayah itu mesti datang dari salah satu kampung atau bandar di MALAYSIA pihak PDRM bole soal siasat tempat asal mereka datang, atau pun kampung mereka tapi kalau PATI buat kita nak soal siasat kat mana.Saya memberi pendapat ini kerana sudah boleh nampak PATI diserata Malaysia.TQ PDRM


  2. BUKIT AMAN, 17 MEI – Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Zahid Hamidi bersama-sama dengan pimpinan-pimpinan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Aman, sebentar tadi.

    Dalam pada itu, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara bersama timbalannya, Datuk Seri Bakri bin Mohd Zinin dan Pengarah-pengarah PDRM juga turut serta berjemaah mengimarahkan solat Jumaat pada hari ini.

    Selesai solat, Dato’ Seri Zahid Hamidi kemudiannya diperkenalkan kepada barisan Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah PDRM dan Ketua-ketua Polis Negeri yang turut hadir.
     — at Masjid Bukit Aman.
    63Like ·  · 



















































































(PETIKAN DARIPADA WALL POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) & RATU RIMBA NIAGARA)
19 Mei 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;