Thursday, 23 May 2013

TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH






    • TITAH SEORANG RAJA BERJIWA HAMBA ALLAH DAN BERJIWA RAKYAT...MENJADI CONTOH TAULADAN KEPADA NEGARA-NEGARA ISLAM YANG LAIN. MENGGALAKKAN RAKYAT MENJADI RAKYAT ISLAM YANG BERIMAN DAN BERJIWA PATRIOTIK...SESUATU YANG INDAH UNTUK SEMUA RAKYAT BRUNEI DAN RAKYAT NUSANTARA JUGA.
      MOGA ALLAH SWT MERAHMATI KE BAWAH DULI TUANKU DAN SELURUH RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
      Like ·  ·  · Promote · 8 minutes ago · 
    • WELCOME TO

      HYATT BORNEO MANAGEMENT SERVICES

      Istana Nurul Iman
      P O Box 452 Seri Kompleks
      Bandar Seri Begawan BA1779
      BRUNEI DARUSSALAM
      Tel: +673 2231234
      Fax: +673 2228366 / 2227126
      Unlike ·  ·  · 14 minutes ago near Brunei, Brunei · 
    • Yakinlah dengan diri kita
      Oleh: H.A. Manap Saturday, 17 November 2012 03:31 Saiz fon Cetak E-mel
      PERUBAHAN sikap dan cara mengendalikan corak kehidupan, kini memainkan peranan yang lebih besar dalam membentuk peta laluan kehidupan ini.
      Melakarkan peta laluan yang indah dan bijak bukan sahaja akan memberikan kesan yang begitu bermakna akan tetapi lebih jauh dari itu ia adalah merupakan mileage yang akan mengangkat keupayaan kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran. Hari ini belum terlambat rasanya kalau kita mahu mengorak langkah untuk berubah. Hari ini walau sedikit pembaharuan yang kita buat ia amat bermakna untuk menjadi aset di hari muka. Kerana apa yang berlaku hari ini adalah merupakan jelmaan yang akan tercipta di hari muka. Justeru hari ini, adalah merupakan masa depan kita. Jika kita pandai mencorakkannya, maka kita pasti akan mendapat hasil yang positif. Skop kehidupan yang sudah kita lalui m...Continue Reading
      Like ·  ·  · 18 minutes ago near Brunei, Brunei · 
    • Rakyat perlu mendukung usaha-usaha kerajaan
      Oleh: Siti Nur Ashikin Saturday, 23 February 2013 15:34 Saiz fon Cetak E-mel

      TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-29.
      Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
      ...Continue Reading
      Unlike ·  ·  · 19 minutes ago near Brunei, Brunei · 
      • You and Iskandar Lee like this.
      • Ratu Rimba Niagara TITAH SEORANG RAJA BERJIWA HAMBA ALLAH DAN BERJIWA RAKYAT...MENJADI CONTOH TAULADAN KEPADA NEGARA-NEGARA ISLAM YANG LAIN. MENGGALAKKAN RAKYAT MENJADI RAKYAT ISLAM YANG BERIMAN DAN BERJIWA PATRIOTIK...SESUATU YANG INDAH UNTUK SEMUA RAKYAT BRUNEI DAN RAKYAT NUSANTARA JUGA. 
        MOGA ALLAH SWT MERAHMATI KE BAWAH DULI TUANKU DAN SELURUH RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
    • Bekerjasama membangun komuniti ASEAN
      Oleh: Terjemahan Oleh : Hajah Musmariani Haji Mohammad Wednesday, 06 March 2013 07:02 Saiz fon Cetak E-mel

      TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Persantapan Diraja bagi meraikan Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Thonsing Thammavong pada hari Sabtu 19 Rabiulakhir 1434 Hijriah bersamaan 2 Mac 2013 Masihi.
      Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
      ...Continue Reading
      Like ·  ·  · 22 minutes ago near Brunei, Brunei · 
    • IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
      PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(A)
      DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
      AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
      IKLAN ADALAH DIBUKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIMATAN AWAM
      ...Continue Reading
      Like ·  ·  · 27 minutes ago near Brunei, Brunei · 

Rakyat perlu mendukung usaha-usaha kerajaan
Oleh: Siti Nur Ashikin Saturday, 23 February 2013 15:34 Saiz fon Cetak E-mel

TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-29.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulillahi Rabbil'alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.
KITA bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat lagi menyambut Ulang TahunHari Kebangsaan kita. Sambutan pada kali ini ialah sambutan yang ke 29.
Ulang tahun itu kita peringati kerana ia adalah sejarah kita, sejarah menjawat kemerdekaan.
Kita jawat kemerdekaan itu dengan takbir Allahu Akbar iaitu suatu cara tersendiri yang tidak pernah berlaku di mana-mana.
Cara ini tentu saja tidak kosong daripada hikmah. Malah beta melihatnya sebagai satu alamat baik kepada Brunei, yang kini sudahpun jadi kenyataan dikenali sebagai Negara Zikir atau Negara MIB.
Begitulah, semua itu berlaku tentu saja dengan izin dan kehendak Allah jua.
Dengan berkat kalimat Allahu Akhbar kemerdekaan tanah air telah membuahkan hasil yang sangat lumayan berupa keamanan dan kemakmuran serta Ugama Islam bersinar-sinar menjadi pegangan dan amalan di Negara Brunei Darussalam.
Begitu juga dengan berkat kalimat ini, kita telah ditakdirkan dapat melakukan beberapa tanggungjawab besar untuk negara.
Ini semua, kita jangan lupa berlaku dalam era setelah merdeka. Mengingat ini, kita sepatutnya akan lebih-lebih lagi menyayangi kemerdekaan itu.
Tanda orang sayang sangatlah mudah dikenali. Hatinya telus kepada bangsa dan budinya pula luhur, suka berjasa. Dia tidak mahu dilihat sebagai lemah manakala berlaku sesuatu kepada negaranya.
Inilah dia sikap yang patut dimiliki oleh setiap diri individu yang bernama rakyat jelata.

Rakyat jelata yang sensitif lagi patriotik sangatlah diperlukan oleh negara terutama mereka yang dari kalangan generasi muda serta para belia kerana mereka itu adalah pewaris masa depan kita.
Masa depan akan suram jika mereka itu tidak terlibat membina negara. Mereka mesti turut berkecimpung dalam setiap aktiviti kenegaraan sekurang-kurangnya menjadi penyumbang moral yang aktif.
Contoh sumbangan moral itu ialah seperti menjadi rakyat yang baik, yang ikhlas lagi amanah serta taat dan mematuhi undang-undang dan tidak membebani negara dengan perbuatan-perbuatan anti sosial atau asyik dengan berseronok-seronok semata-mata.
Berseronok yang melampau-lampau boleh melemahkan jentera masyarakat kerana tiada apa yang dapat ditunggu daripadanya kecuali kerugian jua.
Kerana itu, menurut kaum cerdik pandai untuk menjadi bangsa yang maju dan kuat, kenalah kita mengurangkan berseronok dan menggantikannya dengan banyak bekerja dan berfikir.
Elakkan dari menurutkan rasa hati tanpa banyak menimbang dan berfikir dan ingatlah bahawa berfikir itu adalah mahkota hidup.
Atas rasional inilah, kerajaan beta menguatkan pendidikan iaitu selaku pemangkin kepada kemajuan. Komitmen kerajaan dalam bidang ini adalah menyeluruh untuk sekalian rakyat tanpa mengira suku atau kaum.
Ia juga adalah antara objektif Wawasan 2035 untuk melahirkan rakyat terpelajar lagi berkemahiran sebagai pra syarat membolehkan kita bersaing ditengah-tengah kemajuan global.
Beta mahu biarlah rakyat responsif terhadap usaha-usaha kerajaan untuk negara.
Sekurang-kurangnya mereka itu dapat memahami aspirasi kerajaan melakukan sesuatu rancangan itu. Mereka tidak boleh lepas pandang atau berkata tidak tahu kerana perbuatan lepas pandang atau berkata tidak tahu itu adalah amat memalukan bagi suatu bangsa yang sedang membangun.
Dalam era perlumbaan hari ini, kita selaku rakyat tidaklah boleh tercicir dari turut mendukung gagasan negara. Jika tercicir, bermakna kita tertinggal di belakang dan terpinggir.
Siapapun juga, mestilah turut berkayuh menuju matlamat yang dituju. Jangan ada yang angkat pengayuh atau enggan berkayuh tetapi mesti sama-sama berkayuh barulah namanya kita sejiwa mencipta masa depan yang cerah.
Pada tahun ini saja, ada beberapa rancangan besar yang memerlukan komitmen rakyat.
Dalam perkara agama, kita sudahpun menguatkuasakan 'Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012' yang melibatkan seluruh rakyat dan penduduk yang beragama Islam. Kemudian seiringan itu kita juga telah berjaya mewujudkan 'Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah' yang memerlukan dukungan dan sokongan penuh rakyat.
Demikian juga kita telah menguatkuasakan peraturan menutup sementara premis-premis perniagaan pada hari Jumaat sehingga selesai menunaikan Fardu Juma'at.
Ini semua adalah langkah-langkah besar ke arah peningkatan. Sayugia diingat bahawa kita membangun adalah meliputi pembangunan fizikal dan rohani. Malah pembangunan jenis kedua inilah yang lebih-lebih lagi dituntut kerana impaknya mencakup dua keuntungan sekaligus: keuntungan dunia dan keuntungan di akhirat.
Sebab itu, adalah sedikit dikesali jika terdapat pendirian kurang gembira dengan peraturan ini dengan menganggapnya sebagai menjejaskan ekonomi.
Beta sudahpun menyebut bahawa peraturan ini penting untuk menjaga imej negara dan juga imej Islam sendiri.
Kedua-duanya itu kita mahu supaya terpelihara dan sentiasa indah.
Ini sama halnya apabila kita melarang dari dihidangkan arak di dalam penerbangan, ada yang berkata rugi kerana penerbangan akan dikhuatiri tidak laku. Tetapi orang tidak ingat keuntungan di akhirat dan keuntungan rahmat serta berkat daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Dan malah orang tidak nampak bahawa dengan kehendak Allah jua penerbangan yang menghidangkan arak pun boleh juga rugi, bahkan lebih besar kerugian daripada kita yang tidak menghidangkan arak.
Ini membawa makna, perkiraan untung rugi itu adalah semata-mata relatif jua di mana yang betulnya kita hendaklah menerima dan membuat apa-apa jua yang terbaik dengan berpandukan janji Allah Subhanahu Wata'ala.
Inilah cara kita mengisi kemerdekaan sambil mensyukurinya.
Kita boleh isi ia dengan seberapa banyak jua rancangan atau aktiviti yang berkebajikan, insya-Allah kita dan negara tidak akan dihampakan.
Akhirnya, beta dengan ikhlas merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan lain-lain Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-29 Hari Kebangsaan dan semua peserta serta petugas yang turut berusaha untuk menjayakan perayaan ini.
Beta juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua lapisan rakyat termasuk semua peringkat warga Perkhidmatan Awam meliputi mereka yang bertugas di luar negara, Pasukan-Pasukan Keselematan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta dengan iringan doa semoga Allah memberkati kita dan negara.
Amin.
Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
1Unlike ·  · 
www

0 comments:

Post a Comment

 
;