DIRGAHAYU RAJA KEMERDEKAANKU! DIRGAHAYU RAJA KEMERDEKAANMU
- jgn syok sgt tkut nty x syok...
- Ratu Rimba Niagara SALAM KEMERDEKAAN KE-56 MALAYSIA NEGARAKU TERCINTA!
Salam Kemerdekaan untuk negaraku tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.
Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.
Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.
Salam Kemerdekaan untuk Datuk Seri,
Semoga Malaysia dalam kesejahteraan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Teruskan obor api perjuangan.
Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.
Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.
Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tuanku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.
Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.
Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-56 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.
Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.
Karya: Ratu Rimba Niagara
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND
MERDEKA MALAYSIAKU MERDEKA INDONESIAMU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013' DAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 67 TAHUN.MOGA ALLAH MERAHMATI HIDUP SEMUA DI KALA HIDUP SAMPAI HARI AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
- Ratu Rimba Niagara DIRGAHAYU RAJA KEMERDEKAANKU! DIRGAHAYU RAJA KEMERDEKAANMU!
SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tunku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Ratu Rimba Niagara
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013M
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND
MERDEKA MALAYSIAKU MERDEKA INDONESIAMU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013' DAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 67 TAHUN.MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP SEMUA DI KALA HIDUP SAMPAI HARI AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
SUNAN PAKUBUWONO VI ,"WAHAI KAWULAKU, WARGA NUSANTARA AKU RAJAMU..."
Sunan Pakubuwono VI...
demi Indonesia tercinta kau rela
pertaruhkan nyawamu di setiap penjuru waktu
tubuhnmu di hujani peluru
ditembusi peluru di segenap tubuhmu
ketika peluru tepat terkena di atas pelupuk mata
sebelah kanan dan pada dahimu sebelah kanan
tertembus peluru senjata, "Banker Rifle"
tubuhmu bermandikan
darah...darah...darah...
merah...merah...merah...
pekat...pekat...pekat...
mengalir deras tanpa henti
wajahmu tersenyum tenang
lalu berkata,
"Wahai kawulaku, rakyat Indonesia...
Aku Rajamu...
Aku rela pecahkan kepalaku
dan tumpahkan darahku
lewat senapang Banker Rifle dari
tangan angkara penjajah Belanda,
demi cita-cita kemerdekaanmu !”.
Setelah habis berkata napas pun terhenti
dan mata pun terpejam rapat tapi masih
tersenyum indah untuk diwariskan
kepada seluruh warga Indonesia
dengan harapan wasiatnya didengari
lalu dipertahankan kemerdekaan
Indonesia hingga ke tetesan darah terakhir!
Biarpun hampir seratus delapan tahun
pemergian Sunan Pakubuwono VI
jasa kepahlawananmu masih diingat
hingga ke saat ini dan tidak akan dilupa
sampai kapan pun!
Memang selayaknyalah Pemerintah Republik Indonesia
mengangkat mu sebagai ,
'PAHLAWAN kEMERDEKAAN NASIONAL REPUBLIK INDONESIA!'
Karya Ratu Rimba Niagara
6 Syawal 1434H
13 Agustus 2013M
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI KAPAN PUN!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG INDONESIA, MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND
MERDEKA INDONESIAMU, MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013' DAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 67 TAHUN.MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP SEMUA DI KALA HIDUP SAMPAI HARI AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN. - Ratu Rimba Niagara MOGA BERKAT KITA SALING BERBAGI ILMU DUNIA AKHIRAT
KITA BERSAMA DAPAT MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH DI SYURGAWI
AAMIIN RABBAL A'LAMIIN
MOGA MEMBERI MANFAAT DUNIA AKHIRAT BUAT DIRIKU DAN YANG MEMBACA APA YANG TERCATAT DALAM PESANAN INI. IKHLAS DISAMPAIKAN...IKHLAS DITERIMA..IN SHA ALLAH MOGA DAPAT DIAMALKAN DEMI-NYA DEMI MASA HARI AKHIRATKU DIMANA ANAK PINAK HARTA BENDA SUDAH LAGI TIDAK DAPAT MEMBANTU KECUALI AMAL SOLEH KETIKA MASA HIDUP DIAMALKAN SUBHANALLAH MOGA DENGAN BERKAT TALISIRATURRAHIM INI YANG SALING BERKONGSI ILMU/BERBAGI ILMU TANPA JEMU ...ALLAH TAALA MEMANDANG KITA DALAM RAHMAT KASIH-NYA SEHINGGA AKHIR NAFAS KITA NANTI DIBERI HIDAYAH AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN....
0 comments:
Post a Comment