Friday, 23 August 2013

TAMAN SASTERA KHAZANAH WARISAN BANGSA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA (1)





Najib Razak shared Tengku Adnan Tengku Mansor's photo.
Saya telah mencuba aplikasi telefon 'visitkl.gov.my' selepas merasmikan laman web tersebut. Saya rasmikan sekali Tram Pelancong bagi laluan dari Dataran Merdeka ke Taman Warisan Tun Abdul Razak. Saya harap Laluan baru Tram ini akan memberi peluang kepada pelancong melawat kawasan sekitar Dataran Merdeka. Semoga usaha kita ini akan dapat membawa nama Kuala Lumpur dan Malaysia sebagai pusat pelancongan yang wajib dilawati oleh semua.
Unlike ·  ·  · 4 hours ago · 
  • You and 1,644 others like this.
  • Ratu Rimba Niagara INDAHNYA KEHIDUPAN SEMUT SALING BERGOTONG ROYONG SEHINGGA NAFAS TERAKHIR'

    Rubianto Tanoto added a photo from August 22, 2013 at 12:40am to his timeline.
    August 22 2013 - 5:30 AM at United Kingdom

    when you care about the little things are trivial
    certainly with greater you will be more concerned

    ketika anda perduli dengan hal-hal kecil yang sepele
    tentu dengan hal yang lebih besar anda akan lebih perduli

    当你关心的小事是微不足道
    肯定有更大的,你会更关注

    original script by : Tanoto

    M Irawati Soemadi Wow perlu tuh belajar "menangkap ikan tapi air jangan sampai keruh", walaah dibagi ilmunya dong..!! Jangan sampai yg kecil berjibaku tanpa arah (hehhehee istilah nya orang proyek..)

    Ratu Rimba Niagara Tega kamu biarin aku memikul beban sendiriaan...sedangkan setahuku rakyat semut ni hidupnya bergotong royong barulah namanya ikatan persaudaraan yang membawa berkat. Iya kan sahabatku? 

    Sebab itu bila kulihat gambar semut memikul beban itu kena sangat dengan perjuanganku...wal hal aku berada dalam kumpulan semut yang dikenali semangat gotong royong tapi di gambar ini semut-semut yang lain terus berjalan menuju haluan masing-masing tanpa memperdulikan beban semut tanpa ehsanpun, mana perginya falasafah semut, BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING? Cuma yang ku tahu di alam realiti semut mereka saling bergotong royong waima jika rakan mereka mati pun mereka bergotong royong mengangkat rakan mereka yang sudah mati itu untuk sama dipusarakan. INDAHKAN KEHIDUPAN SEMUT?

    (PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    16 Syawal 1434H
    23 Ogos/Agustus 2913M
  • Khairiatul Nabila DS. what about the idea of 1Malaysia Nursery instead of Klinik 1 Malaysia?
  • Ratu Rimba Niagara INDAHKAN KEHIDUPAN SEMUT!

    AKU KESENDIRIAN MEMIKUL BEBAN KESETIAAN CINTA
    IBU PERTIWI

    Aku ditakdirkan jatuh cinta kepada ibu pertiwi
    pada 5 benua...

    MALAYSIA INDONESIA BRUNEI SINGAPURA THAILAND

    Aku tak punya harta dan kuasa untuk mencagarkan cinta
    tapi aku punya banyak ide berpuisi untuk menyatakan
    cintaku kepada kelima benua....

    Hari-hari aku menulis...menulis terus menulis
    Menulis adalah duniaku
    Aku bersastera
    Aku berpuisi
    Aku berpujangga

    Semuanya tentang kasih sayang
    Kasih sayang pada Tuhan
    Kasih sayang pada sesama manusia
    Kasih sayang kepada haiwan
    Kasih sayang semua yang diciptakan Allah swt
    Kasih sayang kepada negara
    Kasih sayang kepada raja dan nusantara,
    Kasih sayang kepada semua rakyat di dunia ini

    Bila aku menulsi tentang KETUHANAN
    macamlah aku alim sangat
    Bila aku tulis tentang cinta
    dikatakan aku siperaih cinta
    Bila aku tulis tentang negara-negara jiran
    macamlah aku ini penulis hebat sangat
    sedangkan namaku tiada tersenaraipun
    di Malaysia jauh sekali di Indonesiam Brunei , Singapur dan
    Thailand
    puisi-puisi yang kutulis itu semuanya 'SALIN KARYA ORANG LAIN'
    ada yang bilang banyaknya puisi yang aku siarkan macam pasir di pantai tapi tak berharga dan bagaikan kaca yang tak punyai nilai langsung...aku tidak sedih jika orang biasa yang mengatakan begitu ...ini penulis juga seperti...si penulis memberi cadangan kepadaku...tulis satu puisi selepas itu digilap...digilap...dengan puisi satu yang sudah digilap akan bertukar menjadi emas.
    Dengan satu karya digilap....digilap ...digilap barulah boleh menjadi emas.
    Bukan aku tak mahu terima cadangannya itu...
    Dalam usiaku begini aku tak akan buat begitu...jika begitu setahun dengan 1 karya...asyik di gilap...digilap...boleh jadi emas harga karya yang kugilap....sebelum setahun jika ditakdirkan aku mati? pasti aku menyesal di hari matiku kerana aku berkarya mahukan habuan duniawi bukan mahukan saham akhiratku... ALLAHU AKBAR aku pasti menyesel mendengar usul darinya itu.

    Kupikirkan jika aku terima idenya...
    Dengan 1 puisi...kugilap...kugilap...
    Jika puisi itu tidak juga bersinar malah terus malap
    Gimana? pasti aku rugi besar...
    Sedangkan yang aku tahu
    Di fbku yang kuterima sebagai rakan fbku
    Tidak pun hendak menyokong/mendukung karya-karyaku
    Ada tu mula-mula selalu memberi komentar dan suka
    akan karya-karyaku...like beri komentar
    aku apa lagi semangatlah...
    lepas tu entah dimana khilafnya teus senyap
    macam aku tak wujud
    ada tu semenjak aku terima dia sebagai rakan fbku
    sebagai pemerhati aja ...like pun tidak ..komentar pun tidak
    bener kaget aku terlu pelit ide
    tiada yang sudi nak beri komentar
    kalau ada komentar yang boleh melemahkan semangatku
    sedangkan sejujurnya aku terima mereka sebagai rakan fbku untuk sentiasa bersedia memberi komentar karyaku...bukan sekadar like....aku lebih utamakan pendapat, komen dan komentar mereka sebagai rakan fbku.
    Rakan fbku bukannya ramai adalah 40 orang yang hendak menjadi rakan fb lebih 1000 orang...bukan aku tak mahu terima sebab aku mahu tumpukan dunia karyaku saja...40 orang ini aku tapis dan tapis yang benar-benar boleh memberi impak yang besar kepada dunia sasteraku. Aku merayu-rayu pada mereka macam si pungguk rindukan bulan...mereka buat-buat tak tahu saja...dalam 40 orang itu cuma seorang saja yang menyahut cabaranku yang akan bersumpah setia menjadi kesatria sastra yang aku karangkan...bukan aku tak percaya dari pengalamanku semuanya pada awal saja begitu...tak sampai sebulan terus sepi kan karyaku..namun aku bersangka baik padanya...jikalah dia juga seperti yang lain aku pasrah ..terpulanglah kepada dia.
    Semalam aku katakan kepada semua rakan fbku
    aku kenakan syarat kepada mereka ..mereka dikehendaki pilih tiga syarat yang dikenakans ebagai rakan fbku

    1. Sebagai pemberi komentar
    2. Sebagai pemberi ide gimana karya-karya yang kutulis
    dijadikan nilaian emas
    3. Sebagai penyuntik dana untuk aku meneruskan sasteraku
    agar dapat merjalan lancar

    Dalam empat puluh orang itu seorang saja yang menjawab sebagai KESATRIA SASTRA ku ...aku senyum ...nak ikutkan hatiku rakan fbku yang ada kita cuma seorang selebihnya dalam pertimbangku untuk kugantikan dengan orang lain yang bener-benar memberi impak agar dunia sasteraku dapat menjadi kenyataan.

    Aku sudah bilang kepada yang tak mahu mendukung sastraku...jika tidak mahu mendukung sasteraku jangan kata aku si pemutus talisiraturrahim , aku membuka akaun fb untuk mencari mereka yang sudi bergotong royong denganku untuk merelisasikan dunia sasteraku menjadi kenyataan.

    Yang paling mengecewakan aku bukan mahu mendukung sasteraku ....like dan memberi komentar pada karyaku pun tidak.
    Yang lebih pelik lagi yang memberi komentar karyaku mereka yang bukan rakan fbku....tertanya-tanya aku...adakah setelah karya-karyaku dikenali dan mempunyai jutaan peminat baru ramai hendak menyokong/mendukung sasteraku.

    Jikalah aku sudah terkenal baru hendak memberi sokongan/dukungan barangkali mereka sudah kelewatan...kerana ketika itu aku udah sibuk dengan dunia realiti sasteraku ...mereka tidak dapat berkomunikasi denganku lagi di alam maya....atau pun andainya aku mati karyaku pun terhenti...namun dapt juga aku tinggalkan galeri sasteraku di alam maya yang sudah berjaya kuterbangkan ...ku layangkan bertebaran di seluruh dunia...In Shaa Allah terealiti juga cita-citaku untuk melayangkan karya-karyaku walaupun tanpa sokognan/dukungan daripada rakan fb atau pembaca alammya...

    Sebab itu bila kulihat gambar semut memikul beban itu kena sangat dengan perjuanganku...wal hal aku berada dalam kumpulan semut yang dikenali semangat gotong royong tapi di gambar ini semut-semut yang lain terus berjalan menuju haluan masing-masing tanpa memperdulikan beban semut tanpa ehsanpun, mana perginya falasafah semut, BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING? Cuma yang ku tahu di alam realiti semut mereka saling bergotong royong waima jika rakan mereka mati pun mereka bergotong royong mengangkat rakan mereka yang sudah mati itu untuk sama dipusarakan. INDAHKAN KEHIDUPAN SEMUT?

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    15 Syawal 1434H
    22 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!

    Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
    Di serata pelosok bumi Malaysia

    Biarpun kumengerti menempuh gelombang
    ombak mengganas!
    Lalu menghempas ke pantai!

    Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
    “Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
    Untuk anak cucu kita menumpang teduh!

    Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
    Akan kuingat pesananmu itu!
    Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
    Di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!

    Demi cintaku pada Malaysia
    Akan kuperjuangkan untuk pertahankanmu!
    Biarpun hingga ke titisan darah terakhir!

    Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013

    SEKALUNG BUNGA CINTA IBU PERTIWI KEPADA SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA MATI DI MEDAN JUANG...SELAMAT BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR!
    TANPAMU SIAPALAH KAMI ...PASTI SEMUA RAKYAT MALAYSIA TINGGAL DI BUMI SENDIRI DALAM KEADAAN TIDAK AMAN MAKA DARI ITU SETITIK KERINGATMU DAN DARAH PERJUANGANMU YANG GUGUR KE BUMI AKU AMAT HARGAINYA. MOGA SYURGALAH TEMPATMU ATAS SEGALA PENGORBANANMU PADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG TERCINTA. AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND

    MERDEKA MALAYSIAKU MERDEKA INDONESIAMU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013' DAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 67 TAHUN.MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP SEMUA DI KALA HIDUP SAMPAI HARI AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    (PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    16 Syawal 1434H
    23 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA & POLIS DIRAJA MALAYSIA SETIASA BERSIAP SIAGA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA

    Rakyat Malaysia berasa bertuah kerana mempunyai Angkatan Tentera diRaja Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi kerana Agama, bangsa dan negara.

    Seperti yang ada terkandung dalam rukun negara yang kedua, ' SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA'. Semua rakyat Malaysia tanpa terkecuali mesti mentaati apa yang terkandung dalam rukun negara.

    Sebab itu jika ada di antara rakyat Malaysia yang tidak memahami rukun negara , mereka tiada rasa jiwa cintakan negara. Mengganggap negara mereka tidak penting hingga sanggup memperlekehkan Institusi DiRaja tanpa memikirkan impak daripada akan ketidaksetiaan mereka kepada raja dan negara mereka sendiri.
    Moga Rukun Negara menjadi salah satu subjek matapelajaran wajib lulus di semua sekolah rendah dan menengah mahupun IPTA/IPTS.

    Jika sekiranya semua rakyat Malaysia berjiwa patriotik mencintai negara mengatasi kepentingan sendiri , In Shaa Allah Malaysia aman, sejahtera dan dapat mengekalkan kemerdekaan untuk diwariskan kepada generasi kini dan akan datang.
    Tidaklah menjadi seperti yang berlaku di Mesir di mana ada pencanggahan rakyat dengan pihak tentera Mesir yang tidak mengistiharkan hak rakyat melalui sistem demokrasi memilih pemimpin mereka Mohammed Morsi sebagai presiden Mesir yang digulingkan oleh Tentera Mesir. Ini menyebabkan kebangkitan rakyat Mesir untuk mempertahankan pemimpin mereka hingga berlakulah pertumpahan darah di bumi Mesir tanpa ehsan.
    Yang menjadi mangsa yang tidak berdosa adalah rakyat Mesir...selepas digulingkan ,"PINTU RAFFAH" telah ditutup yang mana pintu Raffah ini adalah jalan keluar masuk bantuan makanan dan perubatan ke GAZA. Bayangkan apa akan terjadi kepada rakyat GAZA jika pintu yang menghubungkan ke GAZA ditutup.
    Makanya warga dunia yang beragama Islam mesti bersatu untuk menyelamatkan rakyat GAZA yang menuju di ambang derita akibat kerakusan kuasa yang sudah menepikan rasa kemanusiaan sesama manusia.

    Peristiwa yang terjadi di Mesir haruslah menjadi iktibar kepada semua rakyat Malaysia jika kita sengaja membiarkan negara kita hidup dalam mengadu domba agar negara Malaysia yang aman damai ini menjadi kucar kacir.Tidak tenteram pastilah akan berlaku sepertimana yang berlaku di Mesir. Tapi bezanya di Malaysia , Angkatan Tentera DiRaja Malaysia tidak akan menjadi seperti Tentera Mesir yang berpaling tadah demi ketamakan kuasa untuk memerintah ...mereka telah menyelewengi amanah rakyat kepada mereka.

    Angkatan Tentera DiRaja Malaysia sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempastikan rakyat dilindungi daripada sebarang ancaman musuh.Contoh sepertimana yang berlaku pertistiwa berdarah di Lahad Datu di mana Anggota Polis DiRaja Malaysia dibunuh kejam oleh musuh negara. Angkatan Tentera DiRaja Malaysia bergabung dengan Polis DiRaja Malaysia pergi ke Lahad Datu memerangi musuh sehingga semua musuh berjaya ditumpaskan.
    Inilah bukti betapa Angkatan Tentera DiRaja Malaysia dan PDRM mementingkan keselamatan semua rakyat Malaysia terjaga di sebilang masa. Mereka sentiasa bersiap siaga mempertahankan KEDAULATAN NEGARA. Makanya rakyat Malaysia mesti bersyukur atas pengorbanan yang diberikan oleh ATM dan PDRM.

    Di atas pengorbanan semua anggota keselamatan negara samada yang masih hidup dan gugur di medan juang kami rakyat Malaysia mengucapkan sekalung doa 'Moga Allah Azzawajallah membalas segala kebaikan semua samada ketika hidup dan meninggal dunia sentiasa diRahmati Allah swt Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    OLEH RATU RIMBA NIAGARA
    2 Ramadhan 1434H
    11 Julai 2013M
    (KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA RAKYAT MESIR PENYOKONG SETIA PRESIDEN MOHAMMED MORSI, RAKYAT GAZA, ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA & POLIS DIRAJA MALAYASIA DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA)
  • Ratu Rimba Niagara TENTERA MALAYSIA TIDAK AKAN MENJADI PENGKHIANAT PADA BANGSA SENDIRI!

    TENTERA MALAYSIA DAN TENTERA MESIR AMAT BERBEZA

    JIKA ANDA MENYANDANG JAWATAN TENTERA ANDA MAHU MEMBELA TENTERA MESIR ATAU TENTERA RAKYAT MESIR?

    APAKAH DEFINASI TENTERA FISABILILLAH ?

    APAKAH DEFINASI TENTERA ALLAH?

    APAKAH DEFINASI TENTERA RAKYAT?

    APAKAH DEFINASI TENTERA KERAJAAN?

    SEJUJURNYA AKU, KAMU DAN SEMUA YANG MANA SATU STATUS ANDA?

    Jika ditanya apakah maknanya tentera fisabilillah
    mereka akan jawab tentera yang berjuang di medan perang menentang musuh yang menzalimi rakyat Islam dan negara Islam jika gugur balasannya Syurga

    Jika ditanya apakah maknanya Tentera Allah
    Tentera Allah yang dikirimkan Allah yang terdiri daripada para malaikat-Nya yang dinampakkan atau yang tidak dinampak dengan mata kasar manusia.

    Jika ditanya apakah maknanya tentera rakyat..
    Membela pemimpin yang rakyat pilih untuk dinobatkan sebagai presiden memerintah sesebuah negara...dipilih oleh rakyat mengikut undang-undang bernegara.

    Jika ditanya tentera kerajaan
    Tentera yang dilantik kerajaan untuk setia kepada tanah air tercinta. Cinta yang tak berbelah bahagi mempastikan negaranya berada dalam keadaan selamat daripada dijajah oleh pihak musuh...mengekalkan kemerdekaan negara adalah untuk rakyat dan negara selamat tanpa berani diganggu gugat akan kesejahteraannya.

    Jika kita tahu kita berstatus tentera yang mana satu...pasti kita tahu apa tanggungjawab kita tanpa mempertikaikan kuasa seseorang yang diberikan mandat
    oleh rakyatnya mengikut sistem demokrasi yang telus dinobatkan sebagai presiden.

    Inilah yang berlaku di Mesir ....di mana presiden yang dipiih oleh rakyatnya sudah menjadi isu yang besar dan melibatkan pertumpahan darah yang amat dahsyat sekali dalam sejarah dunia, di mana presiden pilihan rakyat yang sah telah digulinglan oleh Tentera Mesir.

    Seluruh rakyat Mesir terlalu marah kerana pihak tentera telah menyalahkan kuasanya untuk menindas rakyat pada Presiden Mohammed Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir.

    Berlakulah kebangkitan suara rakyat Mesir mahu presiden yang mereka pilih dikembalikan semula jawatannya sebagai Presiden Mesir tapi tidak dihiraukan oleh pihak tentera Mesir. Berlaku pertumpahan darah yang amat dahsyat sekali dimana Rakyat Mesir yang membela Presiden Morsi daripada terus-terusan digulingkan oleh pihak Tentera...dibunuh ketika solat Subuh. Adakah pembunuhan yang kejam itu sah di sisi undang-undang negara? Adakah tentera rakyat yang membela presiden berjiwa hamba-Nya,dibunuh beramai-ramai ketika solat itu dikira mati syahid?

    Jika pergolakkan politk Mesir tidak dapat diselesaikan segera maka akan berlakulah pertumpahan darah antara rakyat Mesir dengan tentera Mesir. Bumi Mesir sudah pastilah bermandikan darah ...rakyat Mesir yang tak berdosa menjadi mangsa ketidakadilan Tentera Mesir yang inginkan berkuasa mengikut kehendak Tentera.

    Jika ada mana-mana tentera di negara luar pasti berasa celaru pemikiran mereka , mereka berada di pihak mana mahu mendukung/menyokong....di pihak tentera atau di pihak rakyat. Jika mereka mendukung di pihak tentera kerana mereka tentera...andainya matinya menyokong pihak tentera Mesir dikira mati syahid ke tidak?
    Jika mereka menyokong rakyat Mesir...tindakan mereka seperti telah lari dari medan perang kerana mendukung rakyat mesir bukan menyokong Tentera Mesir.

    Yang mana satu hendak disokong amat memeningkan . DILUAH MATI EMAK DITELAN MATI BAPAK. Apapun yang ada di fikiran setiap yang bergelar tentera fisabilillah mahu matinya syahid. Anda gimana. Berilah pandangan/komentar anda jika anda tertarik dengan isu yang dikemukan ini.

    Segala pandangan/komentar haruslah logik kerana ini adalah isu yang amat berat untuk kita sama-sama memikirkan andainya perkara yang sama terjadi di negara kita sendiri.

    "SETIAP YANG BAIK ITU DATANG DARINYA YANG LEMAH ITU ADALAH DATANG DARI KELEMAHAN SENDIRI."

    OLEH RATU RIMBA NIAGARA.
    1 Ramadhan 1434H
    10 Julai 2013M

    OLEH RATU RIMBA NIAGARA
    2 Ramadhan 1434H
    11 Julai 2013M
    (KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA RAKYAT MESIR PENYOKONG SETIA PRESIDEN MOHAMMED MORSI, RAKYAT GAZA, ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA & POLIS DIRAJA MALAYASIA DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA)
  • Ratu Rimba Niagara TUN HUSSEIN ONN BERJIWA NASIONALISME 

    Tun Hussein Onn anakanda Dato’ Jaafar,
    Bondanya Datin Halimah Hussein;
    Memerintah negara penuh sabar,
    Tidak pernah bosan dalam perjuangan.

    Di masa muda ilmu penuh di dada,
    Menyertai pasukan tentera sebagai kadet;
    Mengharumkan nama negara di persada,
    Mengamalkan keadilan dalam politik.

    Menyertai Rejemen Hyderabad semasa peperangan,
    British melantik pengajar Latihan Polis Malaya;
    Berjiwa patriotik jauh pandangan,
    Ingin melihat Malaysia berjaya.

    Pulang ke Tanah Air dilantik sebagai komandan,
    Berkhidmat di Depoh Polis Johor Bahru;
    Melaksanakan tugas penuh beradap sopan,
    Menyandang jawatan tak pernah jemu.

    Pernah juga menjadi Pegawai Daerah,
    Bertugas di Klang dan Kuala Selangor;
    Menjalankan tugas penuh amanah,
    Galakkan pekerja bersikap jujur.

    Semangat nasionalisme menebal di jiwa.
    Berasal keluarga yang kuat berpolitik;
    Meletakkan jawatan kerajaan demi Negara.
    Ke mana pergi berjiwa patriotik.

    Tahun 1949 menjadi Ketua Pemuda,
    Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
    Berjiwa patriotik nampak muda,
    Perjuangan sentiasa mendapat restu.

    Tahun 1968 kembali berpolitik,
    Tahun 1969 menjadi Menteri Pelajaran;
    Ingin memupuk masyarakat majmuk,
    Rakyat bersatu dalam perpaduan.

    2 Ogos 1973 menjadi Timbalan Perdana Menteri,
    15 Januari 1976 menjadi PM setelah kematian Tun Abd Razak;
    Menjadi Perdana Menteri sudah terpatri,
    Bertambah kukuh kuasa politik.

    Ketegasan memupuk semangat perpaduan,
    Keseimbangan ekonomi rakyat menjadi perhatian;
    Antara kaum biarlah kesamarataan,
    Barulah masyarakat harmoni berpanjangan.

    Tun Hussein Onn kenalkan konsep Rukun Tetangga,
    Agar rakyat hidup aman harmoni;
    Keadilan memerintah amat dijaga,
    Pelbagai kaum bersatu hati.

    Diperjuangkan juga ancaman terhadap dadah,
    Itulah asas benteng Negara;
    Belia negara janganlah musnah,
    Hidup rakyat aman sejahtera.

    Angkatan bersenjata Malaysia diperbesarkan,
    Dipermodenkan dengan senjata canggih;
    Untuk melindungi Negara daripada ancaman,
    Musuh yang datang terus disanggah.

    1971 Tun Hussein menjalani pintasan koronari,
    Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri;
    Faktor kesihatan mengundur diri,
    Demi rakyat dan Negara berkorban diri.

    Jawatan diambil oleh Tun Mahathir,
    Dilepaskan jawatan dengan rela hati;
    Ramai menteri datang hadir,
    Titisan air mata terharu bekas Perdana Menteri.

    Selepas bersara memberi sumbangan,
    Kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan;
    Biar perjuangan terus berpanjangan,
    Demi rakyat dan Negara tidak diabaikan.

    29 Mei 1990 Tun Hussein Onn menghembus nafas terakhir,
    Sewaktu berusia 68 tahun;
    Rakyat tangisi pemimpin bersifat jujur,
    Diingati jasa sepanjang zaman.

    Disemadikan pada hari Jumaat,
    Di Makam Pahlawan Masjid Negara Kuala Lumpur;
    Didoakan tergolong hamba yang taat,
    Bunga-bunga kemboja terus ditabur.

    Tun Husssein Onn pernah berpesan,
    Jangan ditangisi permegiaannya nanti;
    Mahukan anakanda teruskan perjuangan,
    Demi kerana negara amat dicintai.

    Anakanda Hishamuddin mewarisi bakat,
    Kepimpinan ayahanda Tun Hussein Onn;
    Berjiwa patriotik berjiwa rakyat,
    Agar negara pesat membangun.

    Karya: Ratu Rimba Niagara 
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013M
    (PUISI DIILHAMKAN ISTEMEWA UNTUK YB DATO' SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN ONN MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA DAN SEMUA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA , 
    JASA YANG DISEMAI AMAT RAKYAT MALAYSIA HARGAI SAMPAI HUJUNG NYAWA, MOGA SYURGALAH TEMPATMU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
  • Ratu Rimba Niagara PLKN GENERASI PATRIOTIK

    Generasi patriotik impian kerajaan,
    Lalu tercetuslah program khidmat Negara;
    Program khidmat Negara adalah satu perjuangan,
    Mempertahankan Negara bersemangat membara.

    Program PLKN amat berfaedah lagi menyeronokkan,
    Tiada sifat penderaan ataupun hukuman;
    Proses pembelajaran tidak membosankan,
    Apabila tamat menjadi kenang- kenangan.

    Menyemarakkan semangat patriotisme objektif PLKN,
    Generasi muda biar cergas penuh keyakinan;
    Menempuh cabaran dengan kebijaksanaan,
    Agar generasi terdidik semangat patriotik dan kesukarelaan.

    Setiap aktiviti dijalankan penuh muhibbah,
    Hormat menghormati walaupun pelbagai kaum;
    Memegang senjata tidak menggelabah,
    Dilakukan dengan bangga dan kagum.

    Setiap pelatih diajar semangat waja,
    Berdisplin dan berkeyakinan tinggi;
    Budaya bekerjasama terpupuk di kalangan remaja,
    Tercapailah sudah motif memupuk nilai-nilai murni.

    PLKN memupuk perpaduan kaum,
    Integrasi nasional menjadi fokus;
    Agar tiada berlaku perselisihan kaum,
    Sememangnya berpadu dalam suasana harmonis.

    Dilaksanakan PLKN ala Malaysia,
    Bermatlamat mencapai keperluan Negara;
    Segala ilmu dituntut tidak menjadi sia,
    Disemai dan diamalkan bersemangat membara.

    Bukan mudah mengajar erti perjuangan,
    Perjuangan membela dan mencintai Negara;
    Asalkan terpupuk semangat pejuang berpanjangan,
    Sanggup pertaruhkan nyawa demi kerana cintakan Negara.

    Guru mengajar penuh minat dalam kesabaran,
    Asalkan peserta PLKN mendapat ilmu yang ditimba;
    Antara guru dan pelatih saling sefahaman,
    Barulah peserta menimba ilmu berlumba-lumba.

    Modul fizikal memberi kemahiran dan ketahanan mental,
    Serta ketahanan emosi spiritual dan fizikal;
    Memupuk perpaduan wira-wirawati bersemangat kental,
    Pasti PLKN terus menjadi terkenal.

    Para pelatih diajar bekerja dalam satu pasukan,
    Berkemahuan dan bersemangat setiakawan;
    Sentiasa ingin menabur jasa dalam kesukarelaan,
    Hanya semata kerana rakyat dan Negara diutamakan.

    Peserta digalakkan berpewatakkan positif,
    Menerapkan nilai-nilai kepimpinan di jiwa peserta;
    Semasa berkawad sentiasa aktif,
    Berdisplin sentiasa setiap peserta.

    Jiwa kepimpinan dicerna begitu terperinci,
    Membuat keputusan penuh yakin;
    Penerokaan diri untuk mengenal pasti diri sendiri,
    Agar nilai-nilai murni dapat diterapkan.

    Perhubungan individu didalam kumpulan,
    Bekerjasama berkumpulan diutamakan;
    Kecekapan cara bertindak diserlahkan,
    Agar mengatasi masalah dalam kumpulan.

    Modul khidmat komuniti diajarkan,
    Bertujuan menyemai semangat kesukarelaan;
    Kepada alam sekitar masyarakat dan kejiranan,
    Agar terbentuk komuniti yang dibanggakan.

    Modul kenegaraan diajarkan juga,
    Agar terpupuk semangat patriotik dan cintakan Negara,
    Mengenal Negara dan mempertahankannya,
    Biarpun pertaruhkan nyawa demi Negara tercinta.

    Apabila datang ancaman dari dalam dan luar Negara,
    Akan dipertahankan di segenap penjuru;
    Sentiasa bersiap sedia membela Negara,
    Rela bermandikan darah dihujani peluru.

    Sayangkan rakyat jua sayangkan Negara,
    Demi pewaris yang bakal ditinggalkan;
    Semangatmu sentiasa membara-bara,
    Jika kau tiada jasamu sentiasa dikenang-kenangkan.

    Selamat berjuang wira-wirawatiku,
    Moga semangat keperwiraanmu tak pernah jemu;
    Mengalah dan berundur tak pernah bertamu,
    Jasamu mewangi meresap ke jantung hatiku.

    Karya: Putri Rimba Niagara
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013M
    (KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PUTERA DAN PUTERIKU YANG BERJIWA PATRIOTIK. MOGA SEMANGATMU MEMBELA NEGARA DIPERJUANGAN HINGGA KE TITISAN DRAH TERAKHIR)
  • Ratu Rimba Niagara MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU! 

    di sini tanah tumpahnya darahku
    tak akan kubiarkan
    biarpun seinci diceroboh musuh durjana
    akan aku pertahankan
    biarpun nyawaku jadi taruhan

    di sini tanah tumpahnya darahku
    cintaku pada ibu pertiwi
    setulus cinta tanpa ada pendustaan cinta
    tak akan kubiarkan ibu pertiwiku
    dizalimi oleh mana-mana musuh durjana
    siapa yang berani menentang
    akan aku tentang
    akan aku lawan
    biarpun nyawaku jadi taruhan

    di sini tanah tumpahnya darahku
    demi ibu pertiwi
    aku rela dihujani peluru
    bermandikan darah
    asalkan ibu pertiwiku aman sejahtera
    daripada segala ancaman musuh durjana

    di sini tanah tumpahnya darahku
    Angkatan Tentera Darat Malaysia
    sentiasa bersiap siaga
    mempertahankan ibu pertiwi
    kami tak takut mati bila berada di medan juang
    kami berjuang...berjuang...berjuang....
    hingga ke titisan darah terakhir
    untuk berundur di medan juang tidak sama sekali
    sekali kami melangkah ...
    langkah kami adalah langkah seorang pejuang

    Duhai rakyat Malaysia di luar sana
    Jangan bimbang
    Jangan takut
    Keselamatan negara masih terkawal
    Angkatan Tentera Malaysia
    Sentiasa berjaga-jaga ...memantau...
    Di setiap inci bumi Malaysia
    Masuh datang kami tentang
    Kami lawan
    Kami perang habis-habisan
    Kami tak takut mati pabila berada di medan perang
    Kami pasukan tentera yang berani mati
    Demi kerana agama bangsa dan negara

    Kami Angkatan Tentera Malaysia
    Semuanya terlatih mahir dalam berperang
    Kami dilatih untuk berani mati
    Tak akan ada rasa gentar bila berhadapan dengan musuh
    Semangat kami sentiasa bergelora untuk menghapuskan mereka !
    Andainya kami gugur di medan juang...
    Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
    Dan kirimi doa restu
    Agar kami sejahtera di Sana...

    Duhai musuh durjana
    Jangan kamu fikir kami relakan negara kami dijajah olehmu
    Ketahuilah kamu ...
    Sekali benderaku berkibar dengan laungan
    Merdeka!Merdeka!Merdeka! oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia
    Selamanyalah kekal merdeka...
    Tak akan siapa berani menurunkan dan mengantikan bendera lain
    Jika kamu berani silakan....
    Angkatan Tentera Malaysia
    Tak akan biarkan....
    Sekalipun bumi Malaysia ini bermandikan lautan darah
    Tak akan kami biarkan....
    Akan kami perjuangkan hingga ke titisan darah terakhir
    Kami pertahankan bukan untuk kepentingan kami
    Semua-Nya demi cinta kami pada Tuhan, Raja Dan Rakyat Malaysia tercinta
    Makanya bila-bila masa sentiasa bersiap siaga dan sentiasa bersedia
    Berada di medan juang
    Kami mahu mati dalam perjuangan
    Perjuangan demi cintakan-Nya
    Matlamat kami mati syahid di medan perang...
    Moga Allah makbulkan doa kami
    AAmeen Ya Rabbal A'Lameen

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013M
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA SYAHID DI MEDAN PERANG)
  • Ratu Rimba Niagara ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TIDAK AKAN MENJADI PENGKHIANAT PADA BANGSANYA SENDIRI! RAKYAT MALAYSIA BERBANGGA DAN MENGHARGAI ATM SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN! 

    SALAM KEMERDEKAAN KE-56 MALAYSIA TERCINTA!

    Salam Kemerdekaan Malaysiaku tercinta,
    Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
    Tersenyum megah penuh bangga,
    Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

    Kau tak pernah erti kalah,
    Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
    Di mana pun berada kau berkibar megah,
    Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

    Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
    Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
    Semangat rakyatnya terus membara-bara,
    Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

    Salam Kemerdekaan untuk Datuk Seri,
    Semoga Malaysia dalam kesejahteraan;
    Jasamu sentiasa mewangi di hati,
    Teruskan obor api perjuangan.

    Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
    Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
    Membela nasib rakyat di mana saja berada,
    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
    Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
    Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
    Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
    Sehati senada sejiwa saling memahami,
    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
    Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
    Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
    Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
    Yang difikirkan keamanan negara ini,
    Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

    Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
    Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
    Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
    Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

    Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
    Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
    Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
    Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
    Teringat dengan keperitan perjuangan Tuanku,
    Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

    Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
    Buat Negaraku Malaysia tercinta:
    Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
    Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

    Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-56 ini kuberjanji,
    Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
    Moga kau tidak akan disakiti lagi,
    Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

    Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
    Moga kau sentiasa gembira selalu;
    Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
    Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013

    HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!

    Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
    Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
    Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.

    Salam Kemerdekaan dariku untukmu
    dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
    Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
    Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
    diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
    Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
    Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .

    "Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
    Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERCINTA 
    YANG MENCINTAI NEGARA MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI)
  • Ratu Rimba Niagara SEABADI KASIH SAYANGMU PADA KAMI

    BismillahirRahmanirRahim
    Assalamualaikum wr wb
    Selamat Hari Pahlawan
    Kepada Semua Pahlawan
    Yang sentiasa disanjungi sepenuh hati sepenuh jiwa
    Kumengagumimu dari dulu hingga kini
    Kau sentiasa di hatiku
    Jasamu pada ibu pertiwi
    Kusanjung tinggi
    Tanpamu siapalah kami
    Kau rela mempertaruhkan nyawamu
    Demi ibu pertiwi
    Demi anak bangsa
    Jasa baktimu tak akan kami lupakan
    Kau sentiasa bersiap siaga
    Bila-bila masa
    Tak kira masa
    Tak kira di mana
    Apabila semboyan ibu pertiwi berbunyi
    Kau terus mara ke medan juang
    Tanpa menghiraukan
    Nyawamu di ambang maut
    Itu tak akan kau hiraukan
    Dan tak akan kau undur biarpun setapak
    Kau dihujani peluru
    Bermandikan darah
    Darah...darah...darah...
    Pekat...pekat...pekat...
    Kau masih bersemangat
    Sebelum nafas terakhir
    Kau masih sempat
    Melepaskan das tembakan
    Kena tepat ke jantung musuh durjana
    Dan kau tersenyum dalam
    Pelukan senjata yang berjasa padamu
    Dan kau sempat tersenyum
    Sambil melafazkan
    Kucinta-Mu Tuhan
    Kusayangmu ibu pertiwi
    Kusayangmu anak bangsa
    Kematianku ini adalah tanda kusayang semua kerana-Nya
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

    Pahlawanku...
    Mengenangkan jasamu itu
    Kami seluruh rakyat Malaysia
    Tidak akan melupakan
    Jasa bakti semua pahlawan di Malaysia
    Samada yang telah tiada atau masih ada
    Kepada yang tiada
    Kami kirimkan sejambak doa
    Agar kau tenang di Syurga
    Dikelilingi bidadari Syurga
    Rezeki tak putus-putus dari-Nya
    Kerana kau mati dikira
    Pejuang fisabilillah Insya-Allah Aamiin
    Kepada pahlawan yang masih ada
    Teruskanlah perjuangan sucimu
    Kami sentiasa memberi sokongan
    Yang tidak berbelah bahagi
    Kerana tanpamu pahlawanku
    Siapalah kami
    Tak mungkin kami akan merasa
    Nikmat kedamaian Malaysia
    Yang kini pesat membangun
    Dalam pembangunan era abad ke-21
    Yang Cemerlang Gemilang Terbilang
    Dalam keadaan
    Aman damai tenteram
    Semuanya kerana jasa baktimu
    Semua pahlawan di Malaysia
    Malaysiaku maju
    Malaysiaku aman
    Semuanya keranamu pahlawanku
    Semuanya dengan izin-Nya jua
    Makanya kami bersyukur kepada-Nya
    Kami ucapkan sekalung terima kasih
    Kepada semua pahlawan di Malaysia
    Sebagaimana kamu sayang kami
    Begitulah kami sayang kamu
    Abadi seabadi kasih dan sayangmu pada kami

    JASA DAN BAKTIMU SENTIASA MEWANGI DI HATI KAMI

    'SELAMAT HARI PAHLAWAN'

    Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:

    RATU RIMBA NIAGARA
    ISTANA RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA/INDONESIA
    31 Julai 2012 M
    11 Ramadan 1433 H
    Unlike · · 23 hours ago ·
    You, Sri Prabu Bumi Kusuma, Adel Fadel and Ahmad Tajuddin like this.

    GAGAH SETIA

    Kau pahlawan Allah
    Kau pahlawanku
    Kau pahlawan semua
    Kau pahlawan rakyat 1Malaysia

    Kau pahlawan yang gagah perkasa
    Kau pahlawan yang setia

    Kau rela korbankan dirimu
    Demi mempertahankan ibu pertiwi

    Kami hargai
    Kami sanjungi

    Kami berbangga punyai pahlawan
    Sepertimu
    yang gagah
    yang setia
    kepada agama bangsa dan negara

    ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

    Jasamu pahlawan
    Kan kami letak di taman hati
    Taman hati berbunga kebangsaan negara
    Bunga Raya
    Yang berkelopak Lima:
    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia
    Dengan segala prinsip rukun negara itulah
    Makanya hidup seluruh rakyat Malaysia
    Dalam kesejahteran dan kerahmatan dari Ilahi

    Moga Malaysia
    CEMERLANG GEMILANG TERBILANG

    Berkat kesetiaan gagah perkasa
    Semua pahlawan negara

    ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
    Syukur kami pada-Mu Tuhan
    Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia
    Setiasa bersiap sedia membela ibu peritiwi
    Makanya Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami
    Yang berjasa pada ibu pertiwi
    Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    31 Julai 2012
    11 Ramadan 1433H
    (DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA
    PADA 31 Julai 2012)
  • Ratu Rimba Niagara AKU ASKAR MELAYU SEDIA BERBAKTI PADA IBU PERTIWIKU!

    Ahmad Tajuddin budak baik,
    Anak soleh mendengar kata;
    Berjiwa penyayang hatinya baik,
    Bila dewasa menjadi askar diRaja.

    Aku anak melayu,
    Kerja askar melayu;
    Di tanah melayu;
    Pembela bangsa melayu.

    Melayu hina melayu,
    Takkan kubiarkan;
    Kerana aku jiwa melayu,
    Kusahut segala cabaran.

    Melayu sentiasa hidup,
    Takkan kubiarkan diinjak-injak;
    Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
    Makanya bangsaku mestinya bijak.

    Pendekar melayu pantang dicabar,
    Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
    Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
    Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.

    Sedikit ilmu badan binasa,
    Akan kusahut cabaranmu itu;
    Bertulangkan besi beruratkan suasa,
    Satu lawan satu aku sedang menunggu.

    Satu lawan satu itulah anak jantan,
    Pukulan maut takkan ku gentar;
    Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
    Biar apa terjadi jangan mundur.

    Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
    Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
    Ingat pesanan guru jangan mengalah,
    Kerana pendekar melayu tak takut mati.

    KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!

    Keris menjadi saksi bisu
    hebatnya pertempuran mu duhai keris
    kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
    kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
    kau sentiasa di hatiku
    kan ku perjuangkan kepahlawananmu
    hingga ke titisan darah terakhir
    biarpun nyawaku jadi taruhan
    agar kau mengerti
    yang aku cintakan mu
    selagi nafas ku ada
    lambang cinta
    lambang setiaku
    padamu keris....
    yang tak pernah jemu
    mencintaimu
    untuk mempertabatkanmu
    agar dicintai juga anak bangsa
    sejak zaman berzaman

    Karya Ratu Rimba Niagara
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013M

    SEKALUNG BUNGA CINTA IBU PERTIWI KEPADA SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA MATI DI MEDAN JUANG...SELAMAT BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR!
    TANPAMU SIAPALAH KAMI ...PASTI SEMUA RAKYAT MALAYSIA TINGGAL DI BUMI SENDIRI DALAM KEADAAN TIDAK AMAN MAKA DARI ITU SETITIK KERINGATMU DAN DARAH PERJUANGANMU YANG GUGUR KE BUMI AKU AMAT HARGAINYA. MOGA SYURGALAH TEMPATMU ATAS SEGALA PENGORBANANMU PADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG TERCINTA. AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND

    MERDEKA MALAYSIAKU MERDEKA INDONESIAMU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013' DAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 67 TAHUN.MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP SEMUA DI KALA HIDUP SAMPAI HARI AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    (PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    16 Syawal 1434H
    23 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara AKU ASKAR MELAYU

    Aku orang melayu
    Kerja askar melayu
    Di Tanah Melayu

    Tak akan ada
    Seorang pun
    Yang boleh
    Menggugat
    Penderiaanku

    Darahku
    Jiwaku
    Jiwa melayu

    Jasadku kepunyaan Allah
    Rohku dalam genggaman Allah

    Demi-Nya
    Demi bangsaku
    Demi negaraku

    Kurela
    Nyawaku jadi taruhan
    Di setiap penjuru
    Setiap masa
    Sentiasa bersiap siaga
    Bila-bila masa
    Berbakti di medan juang!

    Tak akan berundur biarpun seinci
    Biarpun peluru menembusi seluruh tubuhku
    Aku relakan
    Demi-Nya
    Demi anak bangsa
    Demi pertiwi

    Biarpun dihujani peluru
    Biarpun bermandikan darah
    Biarpun bumi 1Malaysia ini menjadi lautan darah
    Kami askar melayu relakan
    Asalkan rakyat 1Malaysia aman damai
    Daripada ancaman musuh
    Agar kemerdekaan negara kami
    Kekal merdeka selagi ada bulan dan matahari!

    Duhai anak cucuku...
    Moyangmu
    Askar melayu
    Menyayangimu
    Sepenuh jiwa dan raga
    Rela pertaruhkan nyawa demi
    Negara ini agar dapat kalian
    Teruskan dan jayakan
    Dan kekalkanlah kemerdekaan negara tercinta ini
    Agar dapat diwariskan
    Dari generasi ke satu generasi

    Di tugu moyangmu nanti
    Kalungkanlah bunga-bunga cinta pertiwi pada moyangmu
    Tanda ingatan kalian pada moyangmu
    Jangan lupa doakan kesejahteraan roh moyangmu
    Agar tenang setenang air di kali Syurga

    Moyangmu...
    Ahmad Tajuddin
    Dan seluruh rakan moyangmu
    Orang Melayu
    Askar Melayu
    Di Tanah Melayu
    Di bumi 1Malaysia tercinta!

    Karya Ratu Rimba Niagara,
    29 Julai 2012
    9 Ramadhan 1433H
    (KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU 1MALAYSIA TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D 1MALAYSIA)
  • Ratu Rimba Niagara INILAH SUMPAHKU!

    Akulah askar melayu RAMD
    Tak akan gentar
    Tak akan undur biarpun setapak
    Demi agama bangsa dan negara
    Akan kupertahankan
    Hingga ke titisan darah terakhir!
    Inilah sumpahku!
    Pada anak bangsaku!

    Karya Ratu Rimba Niagara.
    29 Julai 2012
    9 Ramadan 1433H

    KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU 1MALAYSIA TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D 1MALAYSIA

    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA 31 Julai 2012 MERAIKAN HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA)
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2012 / INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
    4 Ogos 2012
    15 Ramadan 1433H
  • Ratu Rimba Niagara RAKYAT KELANTAN AMAT SANJUNGI

    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan amat sanjungi,
    Raja dan rakyat saling bekerjasama.

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    6 Ogos 2012
    17 Ramadan 1433H

    BALASLAH KASIH SAYANGNYA DENGAN RAHMAT KASIH-MU

    Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan
    Seorang hamba yang benar zuhud
    Mengutamakan rakyat lebih daripada
    Kepentingan sendiri
    Segala masalah rakyat ingin dibantu
    Sedaya mampu
    Masalah rakyat masalah baginda juga
    Hari-hari yang difikirkan
    Rakyat...rakyat...rakyat..

    .
    Hidup baginda sepi tanpa rakyat
    Kasih sayang baginda pada rakyat
    Tidak berbelah bahagi
    Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
    Hinggakan rakyat tidak merasakan
    Yang berada di sisi mereka seorang raja
    Yang berkuasa memerintah seluruh negeri Kelantan
    Namun apabila berbicara dengan baginda
    Masih menjaga adap
    Berbicara bahasa istana penuh sopan
    Hinggakan seluruh rakyat Kelantan
    Berasa amat terharu dengan
    Sikap rendah diri raja mereka
    Pada baginda
    Apalah ertinya pangkat
    Jika pangkat itu tidak memberi
    Apa makna kepada rakyat
    Dan baginda amat takut
    Apabila tanggungjawabnya
    Sebagai seorang raja akan
    Dipertanggungjawabkan
    Di akhirat kelak
    Apa yang hendak
    Dijawabkan nanti jika
    Baginda lalai dengan tanggungjawabnya
    Pada rakyat Kelantan

    Ya Allah...
    Kau Maha Penyayang
    Kau Maha Memahami Isi Hati
    Kau pandanglah kasih sayang raja kami ini
    Kau balaslah kasih sayangnya pada kami
    Dengan rahmat kasih-Mu
    Dan balaskanlah dengan balasan Syurga
    Dan kami jua mahu bersamanya
    Menikmati Syurga-Mu
    Penuh kasih sayang
    Berkat ikhlasnya hidup berkasih sayang
    Kerana-Mu tika di dunia
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    14 April 2012
    (PETIKAN DARIPADA WALL & KHAI NOOR & RATU RIMBA NIAGARA)
    8 Mei 2012
    (DISIARKAN PUISI SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
    6 Ogos 2012
    17 Ramadan 1433H
  • Ratu Rimba Niagara GAGAH SETIA

    Kau pahlawan Allah
    Kau pahlawanku
    Kau pahlawan semua
    Kau pahlawan rakyat 1Malaysia

    Kau pahlawan yang gagah perkasa
    Kau pahlawan yang setia

    Kau rela korbankan dirimu
    Demi mempertahankan ibu pertiwi

    Kami hargai
    Kami sanjungi

    Kami berbangga punyai pahlawan
    Sepertimu
    yang gagah
    yang setia
    kepada agama bangsa dan negara

    ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

    Jasamu pahlawan
    Kan kami letak di taman hati
    Taman hati berbunga kebangsaan negara
    Bunga Raya
    Yang berkelopak Lima:
    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia
    Dengan segala prinsip rukun negara itulah
    Makanya hidup seluruh rakyat Malaysia
    Dalam kesejahteran dan kerahmatan dari Ilahi

    Moga Malaysia
    CEMERLANG GEMILANG TERBILANG

    Berkat kesetiaan gagah perkasa
    Semua pahlawan negara

    ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
    Syukur kami pada-Mu Tuhan
    Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia
    Setiasa bersiap sedia membela ibu peritiwi
    Makanya Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami
    Yang berjasa pada ibu pertiwi
    Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    31 Julai 2012
    11 Ramadan 1433H
    (DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA
    PADA 31 Julai 2012)
    (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
    6 Ogos 2012
    17 Ramadan 1433H
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

    Sultan Abd Halim Mua'dzam Shah Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tecinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

    Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
    Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
    Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
    Rakyat Johor terharu lagi menyanyangi.

    Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
    Kepentingan rakyat amat dirasai;
    Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
    Sejak generasi dahulu hingga kini.

    DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
    Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
    Budi disemai Allah berkati,
    Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

    Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
    Kebajikan rakyat amat diutamakan;
    Bertuah sungguh rakyat Pahang,
    Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

    Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
    Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
    Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
    Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

    Sultan Mizan kesayangan rakyat,
    Rakyat Terengganu amat bersyukur;
    Punyai Raja yang pentingkan rakyat,
    Raja dan rakyat sentiasa rasa bersyukur.

    Sultan Kedah amat dihormati,
    Menabur budi tidak terhingga;
    Ke mana pergi rakyat mentaati,
    Rakyat Kedah amat berbangga.

    Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
    Kepentingan rakyat amat dijaga;
    Masalah rakyat diberi perhatian,
    Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat berkerjasama.

    Karya: Putri Rimba Niagara
    31 Julai 2012
    (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN - 31 Julai 2012)

    SALAM KEMERDEKAAN UNTUK NEGARAKU TERCINTA!

    Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
    Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
    Tersenyum megah penuh bangga,
    Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

    Kau tak pernah erti kalah,
    Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
    Di mana pun berada kau berkibar megah,
    Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

    Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
    Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
    Semangat rakyatnya terus membara-bara,
    Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

    Salam Ramadhan untuk Datuk Seri,
    Semoga puasa membawa keberkatan;
    Jasamu sentiasa mewangi di hati,
    Perjuangan terdahulu masih diteruskan.

    Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
    Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
    Membela nasib rakyat di mana saja berada,
    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
    Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
    Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
    Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
    Sehati senada sejiwa saling memahami,
    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
    Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
    Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
    Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
    Yang difikirkan keamanan negara ini,
    Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

    Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
    Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
    Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
    Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

    Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
    Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
    Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
    Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
    Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
    Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

    Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
    Buat Negaraku Malaysia tercinta:
    Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
    Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

    Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-55 ini kuberjanji,
    Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
    Moga kau tidak akan disakiti lagi,
    Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

    Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
    Moga kau sentiasa gembira selalu;
    Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
    Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

    Karya: Putri Rimba Niagara
    31 Julai 2012
    (Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
    Malaysia Ke-55 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2012)
    (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2022)

(PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
16 Syawal  1434H
23 Ogos 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;