Friday, 23 August 2013

TAMAN SASTERA TAMAN WARISAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA (2)



Friday, 23 August 2013 0 comments

TAMAN SASTERA TAMAN WARISAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA (2)





Najib Razak shared Tengku Adnan Tengku Mansor's photo.
























Saya telah mencuba aplikasi telefon 'visitkl.gov.my' selepas merasmikan laman web tersebut. Saya rasmikan sekali Tram Pelancong bagi laluan dari Dataran Merdeka ke Taman Warisan Tun Abdul Razak. Saya harap Laluan baru Tram ini akan memberi peluang kepada pelancong melawat kawasan sekitar Dataran Merdeka. Semoga usaha kita ini akan dapat membawa nama Kuala Lumpur dan Malaysia sebagai pusat pelancongan yang wajib dilawati oleh semua.


  • Karya: Putri Rimba Niagara
    31 Julai 2012
    (Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
    Malaysia Ke-55 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2012)
    (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2022)
  • Ratu Rimba Niagara SYAIR TUNKU ABDUL RAHMAN BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA

    Tersebutlah kisah seorang putera,
    Tunku Abdul Rahman diberi nama;
    Dikasihi semua rakyat jelata,
    Baik budinya tidak terkira.

    Menyayangi rakyat sepenuh hati,
    Perjuangannya tidak pernah terhenti;
    Disambung oleh pemimpin terkini,
    Cintakan perjuangan tidak bertepi.

    Sokongan rakyat Tunku gembira,
    Rela berkorban harta dan nyawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.

    Bersama Tun Razak Tunku ke London,
    Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan pulang membawa kejayaan.

    Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
    Disambut penuh dengan kegembiraan;
    Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
    Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

    Tunku laungkan merdeka penuh membara,
    Rakyat menyambut laungan membara-bara;
    Demi kerana negara merdeka,
    Untuk diwarisi rakyat jelata.

    Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
    Penuh dengan penat dan lelah;
    Walaupun tiada pertumpahan darah,
    Agar generasi dapat berteduh.

    Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.

    Tanpa diduga komunis bertandang,
    Menceroboh masuk terus meradang;
    Tunku memikir merasa bimbang,
    Keselamatan negara tidak tergoyang.

    Tunku berbincang secara aman,
    Dengan Chin Peng membuat keputusan;
    Komunis berundur dengan aman,
    Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

    Jepun menyerang ke negara kita,
    Ingin berkuasa merebut tahta;
    Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
    Makan dan minum berair mata.

    Sana sini mayat bergelimpangan,
    Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
    Asalkan hati penuh kepuasan,
    Kerana hati bertuhankan syaitan.

    Para perajurit ramai terkorban,
    Mempertahankan negara habis-habisan;
    Nyawa di badan jadi taruhan,
    Asalkan negara menjadi aman.

    Perajurit dibantu tentera Inggeris,
    Jepun terus bermuka bengis;
    Berlawan mereka terus menerus,
    Gugurnya perajurit terus ditangis.

    Pergilah perajuritku dengan aman,
    Perjuanganmu menjadi kenangan;
    Kau gugur dalam kemenangan,
    Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

    Jepun mengalah lalu berundur,
    Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
    Sudah terlambat Jepun nak sedar,
    Rakyat mereka ramai yang gugur.

    Tunku hargai jasa perwira,
    Pertahankan negara ke hujung nyawa;
    Rakyat juga amat berbangga,
    Kerana jasamu rakyat terbela.

    Tungku memerintah penuh berhati,
    Rakyat hidup bersatu hati;
    Ke mana pergi Tunku dihormati,
    Pengorbanamu Tunku terus diingati.

    Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
    Memerdekakan negara demi keamanan;
    Agar generasi turut pertahankan,
    Menjadi warisan sejak berzaman.

    Karya: Putri Rimba Niagara
    31 Julai 2012
    11 Ramadan 1433
    (DIILHAMKAN SEMPENA MEMPERINGAI HARI PAHLAWAN)
    ·
  • Ratu Rimba Niagara TUN ABDUL RAZAK 'BAPA PERDAMAIAN'

    Tun Abd Razak dibesarkan di sebuah perkampungan
    yang sangat miskin. Dia ke sekolah berjalan kaki
    tanpa kasut kerana ingin merasakan dirinya sama
    taraf dengan rakan-rakan yang pergi ke sekolah
    tanpa kasut.

    Dia seorang murid yang sentiasa merendah diri,
    baik budi pekerti dan suka membantu rakan-rakan
    nya yang kebanyakan terdiri daripada keluarga
    yang miskin. Tiada wujud membangga diri
    walaupun dia seorang anak keluarga yang berada.

    Berkat ketekunannya dalam pelajaran Tun Abdul
    Razak telah berjaya melanjutkan pelajarannya
    ke luar negara dengan lulusan undang-undang.

    Tun Abdul Razak adalah sahabat baik kepada
    Tunku Abdul Rahman. Mereka berdua bersama-
    sama telah pergi ke London untuk menuntut
    Kemerdekaan Malaysia yang ketika itu dikenali
    sebagai Tanah Melayu.

    Hasil pertemuan tersebut pada tanggal 31 Ogos
    1957 Malaysia telah diistiharkan kemerdekaan
    dan di sambut penuh meriah oleh seluruh rakyat
    Malaysia untuk meraikan kemerdekaan yang
    dinanti-nantikan sejak sekian lama. Rakyat
    Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.

    Tunku Abdul Rahman telah melantik Tun
    Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.
    Mereka berdua saling berkerjasama dan saling
    hormat menghormati di antara satu sama lain.

    Pada 13 Mei 1969 telah berlaku satu rusuhan
    kaum di antara kaum Cina dan Melayu.
    Tun Abdul Razak meminta kaum Melayu
    supaya bertenang tetapi rusuhan kaum
    tetap juga berlaku di Kampung Melayu.

    Kerajaan telah mengarahkan perintah
    berkurung untuk meredakan keadaan
    yang amat membimbangkan pada
    ketika itu. Segala tugas Tunku serahkan
    kepada Tun Abdul Razak untuk
    menyelesaikannya. Akhirnya kembali
    tenang buat seketika.

    Memandangkan semua tugas Perdana
    Menteri dipertanggungjawabkan kepada
    Tun Abdul Razak, rakyat mahu Tun
    Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.
    Tun Abdul Razak menolak permintaan
    rakyat tanda menghormati Tunku
    Abdul Rahman yang telah dianggap
    sebagai bapa dan sahabat yang paling
    disayangi.

    Pada 1971 Tunku Abdul Rahman menyerahkan
    Jawatan Perdana Menteri kepada Tun Abdul
    Razak demi kepentingan rakyat dan negara.
    Tun Abdul Razak menerima jawatan tersebut
    dan sanggup berkorban apa sahaja demi
    rakyat dan negara tercinta.

    Ketika menyandang jawatan Perdana Menteri
    Yang Ke-2 Tun Abdul Razak berazam untuk
    membasmi kemiskinan yang kebanyakkannya
    terdiri daripada kaum Melayu. Beliau
    membuat Dasar Ekonomi Baharu untuk
    menaik tarafkan hidup orang Melayu tetapi
    ini tidak disenangi kaum Cina.

    Hakikatnya Tun Abdul Razak mahu semua
    rakyat di negara ini menikmati kekayaan
    negara sama dikongsi oleh semua kaum
    Cina, Melayu mahupun India. Tun Abdul
    Razak berfikir bagaimana untuk menyatu-
    padukan tiga kaum ini.

    Tanpa pengetahuan rakyat, Tun Abdul
    Razak telah pergi ke Cina untuk membuat
    lawatan persahabatan di antara Malaysia
    dengan Cina.

    Tanpa diduga Tun Abdul Razak telah
    mendapat sambutan di luar dugaan
    oleh rakyat cina dan para pemimpin
    yang mengalu-alukan kedatangan
    Tun Abdul Razak ke negara mereka.
    Ketika Tun Abdul Razak pulang dari negera China
    tanpa diduga beliau telah disambut oleh
    ribuan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
    pelbagai kaum. Tun Abdul Razak melaungkan,
    “Kita Berjaya! Kita Berjaya! Kita Berjaya!”
    Teriakkan beliau disambut penuh gembira
    oleh seluruh rakyat pada ketika itu.

    Tidak sia-sialah permegian Tun Abdul Razak ke
    negara China kerana visinya untuk menyatupadukan
    kaum Cina dan Melayu berjaya akhirnya. Beliau
    sangat berasa gembira yang tidak dapat digambarkan
    dengan kata-kata.

    Rakyat terus aman dan harmoni tanpa perselisihan
    kaum lagi. Hidup saling hormat menghormati
    di antara satu sama lain dan saling berkerjasama.
    Rakyat terus mengecapi arus pembangunan Negara.

    Pada tahun 1976 Tun Abdul Razak tidak dapat
    menahan kesakitan lagi yang mana selama ini
    beliau merahsiakan penyakit lukimea yang
    telah dihidapi sejak bertahun lamanya daripada
    pengetahuan keluarga mahupun rakyat tercinta.
    Tun Abdul Razak pergi ke luar negara
    tanpa pengetahuan rakyat untuk
    mengubati penyakitnya tetapi penyakit
    yang ditanggungnya sudah sampai ke
    tahap kritikal. Doktor memberitahu
    kepada keluarga Tun Abdul Razak
    bahawa Tun tidak dapat diselamatkan
    lagi dan dibawa pulang ke tanah air.
    Dalam saat-saat genting Tun tidak
    mahu dibawa pulang kerana tidak
    mahu rakyat kuatir nanti.

    Tun Abdul Razak menghembuskan
    nafas terakhir pada 1976 di pangkuan
    keluarganya yang tercinta.

    Jenazah Tun Abdul Razak dibawa pulang
    ke Tanah Air diratapi ribuan rakyat
    terdiri daripada pelbagai kaum.
    Rakyat begitu sedih kerana telah
    kehilangan seorang pemimpin berjiwa
    Rakyat yang sanggup bersusah payah
    demi rakyat. Rakyat menggelar Tun
    Abdul Razak. “Bapa Perdamaian”
    Visi Tun Abdul Razak telah diwarisi
    oleh anakandanya YAB Datuk Seri Mohd Najib
    Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-6 dengan visi
    Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian
    Diutamakan.

    Karya Ratu Rimba Niagara.
    31 Ogos 2011
    (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN - 31 Julai 2012)
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN TUN HUSSEIN ONN, ' BAPA PERPADUAN'

    Tun Hussein Onn anakanda Dato’ Jaafar,
    Bondanya Datin Halimah Hussein;
    Memerintah negara penuh sabar,
    Tidak pernah bosan dalam perjuangan.

    Di masa muda ilmu penuh di dada,
    Menyertai pasukan tentera sebagai kadet;
    Mengharumkan nama negara di persada,
    Mengamalkan keadilan dalam politik.

    Menyertai Rejemen Hyderabad semasa peperangan,
    British melantik pengajar Latihan Polis Malaya;
    Berjiwa patriotik jauh pandangan,
    Ingin melihat Malaysia Berjaya.

    Pulang ke Tanah Air dilantik sebagai komandan,
    Berkhidmat di Depoh Polis Johor Bahru;
    Melaksanakan tugas penuh beradap sopan,
    Menyandang jawatan tak pernah jemu.

    Pernah juga menjadi pegawai daerah,
    Bertugas di Klang dan Kuala Selangor;
    Menjalankan tugas penuh amanah,
    Galakkan pekerja bersikap jujur.

    Semangat nasionalisme menebal di jiwa.
    Berasal keluarga yang kuat berpolitik;
    Meletakkan jawatan kerajaan demi Negara.
    Ke mana pergi berjiwa patriotik.

    Tahun 1949 menjadi Ketua Pemuda,
    Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
    Berjiwa patriotik nampak muda,
    Perjuangan sentiasa mendapat restu.

    Tahun 1968 kembali berpolitik,
    Tahun 1969 menjadi Menteri Pelajaran;
    Ingin memupuk masyarakat majmuk,
    Rakyat bersatu dalam perpaduan.

    2 Ogos 1973 menjadi Timbalan Perdana Menteri,
    15 Januari 1976 menjadi PM setelah kematian Tun Abd Razak;
    Menjadi Perdana Menteri sudah terpatri,
    Bertambah kukuh kuasa politik.

    Ketegasan memupuk semangat perpaduan,
    Keseimbangan ekonomi rakyat menjadi perhatian;
    Antara kaum biarlah kesamarataan,
    Barulah masyarakat harmoni berpanjangan.

    Tun Hussein Onn kenalkan konsep Rukun Tetangga,
    Agar rakyat hidup aman harmoni;
    Keadilan memerintah amat dijaga,
    Pelbagai kaum bersatu hati.

    Diperjuangkan juga ancaman terhadap dadah,
    Itulah asas benteng Negara;
    Belia negara janganlah musnah,
    Hidup rakyat aman sejahtera.

    Angkatan bersenjata Malaysia diperbesarkan,
    Dipermodenkan dengan senjata canggih;
    Untuk melindungi Negara daripada ancaman,
    Musuh yang datang terus disanggah.

    1971 Tun Hussein menjalani pintasan koronari,
    Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri;
    Faktor kesihatan mengundur diri,
    Demi rakyat dan Negara berkorban diri.

    Jawatan diambil oleh Tun Mahathir,
    Dilepaskan jawatan denngan rela hati;
    Ramai menteri datang hadir,
    Titisan air mata terharu bekas Perdana Menteri.

    Selepas bersara memberi sumbangan,
    Kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan;
    Biar perjuangan terus berpanjangan,
    Demi rakyat dan Negara tidak diabaikan.

    29 Mei 1990 Tun Hussein Onn menghembus nafas terakhir,
    Sewaktu berusia 68 tahun;
    Rakyat tangisi pemimpin bersifat jujur,
    Diingati jasa sepanjang zaman.

    Disemadikan pada hari Jumaat,
    Di Makam Pahlawan Masjid Negara Kuala Lumpur;
    Didoakan tergolong hamba yang taat,
    Bunga-bunga kemboja terus ditabur.

    Tun Husssein Onn pernah berpesan,
    Jangan ditangisi permegiaannya nanti;
    Mahukan anakanda teruskan perjuangan,
    Demi kerana negara amat dicintai.

    Anakanda Hishamuddin mewarisi bakat,
    Kepimpinan ayahanda Tun Hussein Onn;
    Berjiwa patriotik berjiwa rakyat,
    Agar negara pesat membangun.

    Karya Ratu Rimba Niagara.
    31 Ogos 2011
    (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN - 31 Julai 2012)
  • Ratu Rimba Niagara TUN MAHATHIR , 'BAPA PEMODENAN'

    Malaysia maju idea Tun Mahathir,
    Digelar rakyat Bapa Pemodenan;
    Perjuangan beliau tidak berakhir,
    Malaysia maju dalam pembangunan.

    Karya: Ratu Rimba Niagara.
    31 Ogos 2010
    (SEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2012)
  • Ratu Rimba Niagara TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI , 'BAPA MINDA KELAS PERTAMA'

    Tun Abdullah Ahmad Badawi PM kelima,
    Pentingkan rakyat berminda kelas pertama;
    Satu Malaysia bermuafakat bersama,
    Menjadi warga dunia yang teristimewa.

    Karya Ratu Rimba Niagara.
    31 Ogos 2011
    (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN - 31 Julai 2012)
  • Ratu Rimba Niagara DATUK SRI NAJIB BAPA TRANSFORMASI RAKYAT 1MALAYSIA

    Kau seperti sebutir bintang
    yang turun ke bumi menyinari
    hidup setiap rakyat Malaysia!

    Kau kata,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
    Pencapaian Diutamakan." kata-kata itu
    membakar semangat setiap rakyat
    yang lesu dan bisu sekian lama.

    Setiap butiran kata-katamu
    menjadi keramat setiap
    yang mendengar...
    Mereka terpaku!
    Bukan kaku!
    Mereka terus bangun dari lamunan mimpi
    yang kini bukan mimpi tapi realiti!

    Kau menggerakkan barisan kabinetmu
    agar memberi khidmat bakti kepada rakyat
    tak kira penat lelah asalkan nasib rakyat terbela.

    Kau arahkan semua pentadbiran kerajaan
    memahami denyut nadi rakyat!
    Kata-kata itu bukan hangat-hangat tahi ayam.
    Akan dibuktikan!
    Lihatlah nanti!

    Telah tercatat Di Sana, kau adalah
    pewaris bangsa yang dinanti-nantikan
    sejak sekian lama.

    Kau pembawa pemikiran di luar kotak.
    Bakat kepimpinan yang kau warisi
    daripada ayahanda Tun Abdul Razak
    Perdana Menteri Kedua telah sebati
    dalam jiwamu.

    Kau mahu rakyat dan kerajaan
    bersatupadu merealisasikan sebuah
    kerajaan yang aman makmur bersatu
    demi kepentingan rakyat dan negara
    tercinta!

    Kau peka dengan setiap masalah rakyat,
    masalah rakyat adalah menjadi masalahmu
    dan ingin diselesaikan agar tiada satu pun
    yang tercicir daripada arus pembangunan.

    Siapa sangka kau yang mempunyai kuasa kerajaan
    memerintah nombor satu mempunyai sikap seperti
    rakyat biasa yang tak punyai apa-apa.
    Menyelami dan memahami keluh kesah rakyat adalah
    satu perkara yang mahu kau kongsi dan tangani
    bersama.

    Demi rakyat tercinta , kau gunakan segala kudrat
    yang ada untuk terus berkhidmat dengan senyum
    gagah seorang perwira yang sedia berjuang dan
    membantu!

    Setiap keluh kesah rakyat membuatkan
    kau gelisah dan bukan kosong mendengar
    tetapi membantu selagi mampu.

    Jerih perih rakyat adalah bebanan yang
    kau pikul untuk dikongsi bersama.
    Senyuman rakyat adalah satu
    kepuasan buatmu!

    Pening! Memang pening...
    Bagaimana hendak memikirkan
    setiap masalah rakyat yang ingin
    dikongsi bersama tapi berkat
    kesepakatan barisan kabinetmu kau
    pasti berjaya! Insya-Allah.

    Lihatlah rakyat Malaysia!
    Siapakah PM ke-6 ini?
    Yang berhati waja lagi mulia
    yang sedia mendengar setiap
    rintihan kalbu rakyat Malaysia
    tak kira kaum,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
    Pencapaian Diutamakan".

    Bersyukurlah banyak-banyak kerana kita
    dikurniakan seorang pemimpin
    yang memahami setiap denyut nadi rakyat Malaysia.

    Terima kasih PM ke-6.
    Pasti nanti negara tercinta ini
    mempunyai rakyat yang bersatu padu
    dalam ungkapan,'1Malaysia,
    Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

    Karya: Ratu Rimba Niagara.
    31 Ogos 2010
    (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN - 31 Julai 2012)
  • Ratu Rimba Niagara SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN PERDANA MENTERI
    KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

    Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran,
    Kepada Perdana Menteri kesayangan;
    Kesayangan rakyat Malaysia berpanjangan,
    Kami kagumi hidupmu penuh perjuangan.

    Perjuanganmu setulus ikhlas,
    Membela rakyat pelbagai kaum;
    Budi ditabur tiada harap dibalas,
    Gembira dan bangganya rakyat penuh kagum.

    Jasamu Datuk Sri Najib rakyat hargai,
    Turun ke padang tak kira masa;
    Setiap masalah rakyat cuba difahami,
    Agar rakyat hidup sempurna.

    Tiada istilah penat dan jemu,
    Sentiasa fikirkan masalah negara;
    Masalah negara difikirkan tanpa jemu,
    Diselesaikan agar rakyat hidup sejahtera.

    Hidupmu penuh dengan kebaktian,
    Berbakti kepada rakyat dan negara;
    Bersyukur rakyat mempunyai pemimpin,
    Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara.

    Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara,
    Mahukan negara terus maju;
    Semangat perjuangan terus membara,
    Negara dipacu rakyat terus maju.

    Negara dipacu rakyat terus maju,
    Negara maju rakyat berinovasi;
    Negara maju dunia terpukau,
    PM mahu rakyatnya berpendapatan tinggi.

    Rakyat Malaysia sentiasa menyokong Perdana Menteri,
    Jasa Perdana Menteri mewangi di hati rakyat Malaysia;
    Gagasan 1Malaysia kami jadikan realiti,
    Negara maju rakyat Malaysia berbangga.

    Rakyat sentiasa menyokong satu Malaysia,
    Cetusan minda Perdana Menteri;
    Impianmu tidak akan dipersia,
    Rakyat Malaysia akan merealisasi.

    Rakyat Malaysia akan merealisasi,
    1Malaysia jadi kenyataan;
    Kepuasan akan Perdana Menteri rasai,
    Bila rakyat pelbagai kaum dalam perpaduan.

    Rakyat pelbagai kaum dalam perpaduan,
    Bermuafakat bersatu hati,
    Bersatu hati untuk merealisasi,
    1Malaysia pasti jadi kenyataan.

    1Malaysia pasti jadi kenyataan,
    Asalkan rakyat dan pemimpin besatu hati;
    Bersatu hati saling memberi kepercayaan,
    Kepercayaan berdasarkan keikhlasan hati.

    Kejujuran hati membentuk kerajaan,
    Kerajaan cekap dan amanah;
    Rakyat sentiasa didahulukan,
    Pemerintahan dilaksana secara berhemah.

    Pemerintahan dilaksana secara berhemah,
    Tiada perkecilkan mana-mana parti;
    Nasib rakyat dan negara terpikul amanah,
    Kesejahteraan rakyat dan negara sudahlah pasti.

    Perdana Menteri kaulah pertiwi,
    Perjuanganmu tak pernah mati;
    Semangatmu sentiasa membara kami kagumi,
    Jasamu sentiasa mewangi di hati kami.

    Terima kasih Perdana Menteri,
    Budi Perdana Menteri sentiasa kami ingati;
    Segala budimu kami sanjungi,
    Budi baikmu sentiasa kami hargai.

    Terima kasih Perdana Menteri,
    Datuk Sri Najib kesayangan kami;
    Moga sentiasa DiRahmati,
    Dirahmati ketika hidup dan mati.

    Malaysia tersenyum kesejahteraan tercipta,
    Pemimpin dan rakyatnya sehati sejiwa;
    Saling faham memahami di antara mereka,
    Demi kerana negara tercinta.

    Karya: Ratu Rimba Niagara,
    23 Julai 2011
    (Sempena Meraikan Ulang Tahun Kelahiran Perdana Menteri
    Kesayangan Rakyat Malaysia)
    (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2012)
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN 1MALAYSIA PATRIOTIK

    Nabi Muhammad S.A.W lambang perpaduan,
    Berbudi pekerti mulia berhemah tinggi;
    Semasa hidup memberi panduan,
    Akhir kalam umatnya disayangi lagi diingati.

    Sultan Abd Halim Mua'dzam Shah Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tercinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

    Tunku Abdul Rahman PM pertama,
    Digelar rakyat Bapa Kemerdekaan;
    Impian Tunku telah terlaksana,
    Menjadikan Malaysia pesat membangun.

    Allahyarham Tun Abdul Razak PM kedua,
    Mohd Najib anak kesayangan;
    Matlamat perjuangan tidak berbeza,
    Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.

    Tun Hussein Onn PM ketiga,
    Tertib sungguh bila berbicara;
    Masalah rakyat diurus dijaga,
    Agar rakyat hidup terbela.

    Malaysia maju idea Tun Mahathir,
    Digelar rakyat Bapa Pemodenan;
    Pejuangan beliau tidak berakhir,
    Malaysia maju dalam pembangunan.

    Tun Abdullah Ahmad Badawi PM kelima,
    Pentingkan rakyat berminda kelas pertama;
    Satu Malaysia bermuafakat bersama,
    Menjadi warga dunia yang teristimewa.

    Transformasi kerajaan idea PM keenam,
    Rakyat letakkan harapan yang tinggi;
    Saling bertoleransi biarpun pelbagai kaum,
    Agar semuanya saling hormat menghormati.

    Lambai Limbai bukan lambaian kosong,
    Melambangkan hati nurani rakyat Sabah;
    Satu Malaysia rakyat cemerlang,
    Akan semuanya menjadi indah.

    Negeri Sarawak terus membangun,
    Bajet pembangunan dibuat telus;
    Nasib rakyat tidak dibiarkan,
    Biar cemerlang terus menerus.

    Tentera Darat mendukung aspirasi rakyat dan negara,
    Demi rakyat dan negara tercinta;
    Rela berkorban jiwa dan raga,
    Jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.

    PLKN generasi patriotik,
    Itulah asas benteng negara;
    Tiada terlibat agenda politik,
    Hanya semata untuk negara.

    Rosmah pencetus Permata Negara,
    Bagi membentuk generasi berjasa;
    Cita-cita dipupuk terus membara,
    Memahat nama di antarabangsa.

    Tahun Baharu Cina disambut meriah,
    PM dan rakyat beramah mesra;
    Idea pembangunan kian bercambah,
    Demi kepentingan rakyat dan negara.

    Hari Thaipusam tidak dilupakan,
    PM datang menyerikan majlis;
    Kaum India gembira sakan,
    Kerana PM berwajah manis.

    Kerajaan dan media rakan kongsi,
    Masalah rakyat dikongsi bersama;
    Gagasan 1Malaysia akan direalisasi,
    Malaysia pasti jadi ternama.

    Karya seni warisan negara,
    Kerajaan hargai rakyat banggai;
    Pelancong yang datang dilayan mesra,
    Produk terkenal berkualiti tinggi.

    Rakyat faham Satu Malaysia,
    PM tersenyum tanda gembira;
    Mari kita pakat sama-sama,
    Gemilangkan Malaysia di persada dunia.

    Satu Malaysia jadi kenyataan,
    Pasti PM tersenyum bangga;
    Menabur jasa janganlah bosan,
    Biarpun terkorban jiwa dan raga.

    Malaysia ini milik semua,
    Rakyat hidup dalam sejahtera;
    Tercipta sudah negara bangsa,
    Pemimpin dan rakyat seiring sekata.

    Satu Malaysia rakyat patriotik,
    Bersatu padu bersatu hati;
    Rakyat sejahtera tanpa konflik,
    Negara makmur Malaysia dihormati.

    Karya: Ratu Rimba Niagara.
    (31 Ogos 2010)
    (Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-53)
    (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN - 31 Julai 2012)
  • Ratu Rimba Niagara SYAIR 1MALAYSIA SAYANGKAN NEGARA

    Tersebutlah kisah sebuah negara,
    Malaysia digelar diberi nama;
    Perdana Menteri bekerja bersama-sama,
    Agar Malaysia jadi ternama.

    Satu Malaysia ilham Perdana Menteri,
    Galakkan rakyat bersatu hati;
    Demi kerana negara dicintai,
    Moga hidupmu terus diberkati.

    PM mengajak rakyat bersatu,
    Pelbagai kaum bersatu padu;
    Memupuk minda generasi baru,
    Demi kerana Malaysia yang satu.

    PM bekerja tak kira masa,
    Pentingkan rakyat dari segala;
    Kerahkan menteri beri kerjasama,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.

    PM dan menteri kerja bersungguh,
    Demi rakyat negara teguh;
    Petah bicara bila berhujah,
    Agar rakyat dapat berteduh.

    PM kita pencetus revolusi,
    Galakkan rakyat berkreativiti;
    Minda penuh daya imaginasi,
    Lahirkan produk berinovasi tinggi.

    Menteri kabinet beri perhatian,
    Ikut arahan dalam panduan;
    Ada kuasa jangan disia-siakan,
    Hilang kuasa dalam penyesalan.

    Apalah ada pada kuasa,
    Salah guna bawa binasa;
    Jalankan tugas hati yang waja,
    Hidupmu pasti rasa bahagia.

    Rakyat perlu pemimpin berjasa,
    Menabur jasa sudahlah biasa;
    Ramah tamah tak gila kuasa,
    Moga hidupmu aman sejahtera.

    Melayu Cina India janganlah iri,
    Segala usaha tidak menjadi;
    Bila bersatu wajah berseri,
    Pelbagai bangsa jadi menteri.

    Sabah Sarawak tidak dilupakan,
    Sama rata diberi peruntukan;
    Justeru itu kekalkan perpaduan,
    Pasti hidup dalam kesejahteraan.

    Mari semua hidup berdamai,
    Fikirkan negara amanlah damai;
    Indah sungguh hidup yang permai,
    Segala budi sama disemai.

    Kementerian Pelajaran iktirafkan guru,
    Guru berkualiti amat diseru;
    Biar murid berminda baru,
    Demi kerana Malaysia yang satu.

    Ilmu itu pelita hati,
    Hati gelap akan diterangi;
    Bila gagal cubalah lagi,
    Kejayaan cemerlang sedia menanti.

    Penjawat awam ubahlah minda,
    Jadikan minda kelas pertama;
    Seiring dengan kehendak arus perdana,
    Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.

    Majikan perlukan pekerja ikhlas,
    Sungguh-sungguh melakukan tugas;
    Janganlah ada bersikap malas,
    Majikan pun tidak akan bertegas.

    Usahawan cemerlang negara terbilang,
    Azam bersungguh tak pernah hilang;
    Usahakan hati terang benderang,
    Barulah usaha jadi terbilang.

    Budi bahasa budaya kita,
    Adab sopan apabila bicara;
    Bila begitu ramai yang suka,
    Hidup pasti lebih ceria.

    Sifat jujur haruslah ada,
    Ke mana pergi senanglah rasa;
    Takkan ada rasa kecewa,
    Hati pun bersih hasad pun tiada.

    Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,
    Berkat kepimpinan yang bijaksana;
    Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
    Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.

    Pos Malaysia lambang merdeka,
    Kerana terpanggil untuk berjasa;
    Demi kerana Negara tercinta,
    Moga jasamu dikenang hingga bila-bila.

    PM mahu PDRM berintegriti,
    Jalankan tugas penuh teliti;
    Agar rakyat rasa dilindungi,
    Jasa baktimu tetap dihargai.

    Satu Malaysia sayangkan negara,
    Rasa cinta terus membara;
    Teruskan perjuangan walau di mana,
    Biarpun terpaksa bekorban nyawa.

    Sekian sahaja syair Malaysia kusayang,
    Rakyatnya hidup tolong menolong;
    Budi yang baik tak akan hilang,
    Moga negaraku terus gemilang.

    Karya: Ratu Rimba Niagara.
    (31 Ogos 2010 Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-53
    BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN)
  • Ratu Rimba Niagara PLKN GENERASI PATRIOTIK

    Generasi patriotik impian kerajaan,
    Lalu tercetuslah program khidmat Negara;
    Program khidmat Negara adalah satu perjuangan,
    Mempertahankan Negara bersemangat membara.

    Program PLKN amat berfaedah lagi menyeronokkan,
    Tiada sifat penderaan ataupun hukuman;
    Proses pembelajaran tidak membosankan,
    Apabila tamat menjadi kenang- kenangan.

    Menyemarakkan semangat patriotisme objektif PLKN,
    Generasi muda biar cergas penuh keyakinan;
    Menempuh cabaran dengan kebijaksanaan,
    Agar generasi terdidik semangat patriotik dan kesukarelaan.

    Setiap aktiviti dijalankan penuh muhibbah,
    Hormat menghormati walaupun pelbagai kaum;
    Memegang senjata tidak menggelabah,
    Dilakukan dengan bangga dan kagum.

    Setiap pelatih diajar semangat waja,
    Berdisplin dan berkeyakinan tinggi;
    Budaya bekerjasama terpupuk di kalangan remaja,
    Tercapailah sudah motif memupuk nilai-nilai murni.

    PLKN memupuk perpaduan kaum,
    Integrasi nasional menjadi fokus;
    Agar tiada berlaku perselisihan kaum,
    Sememangnya berpadu dalam suasana harmonis.

    Dilaksanakan PLKN ala Malaysia,
    Bermatlamat mencapai keperluan Negara;
    Segala ilmu dituntut tidak menjadi sia,
    Disemai dan diamalkan bersemangat membara.

    Bukan mudah mengajar erti perjuangan,
    Perjuangan membela dan mencintai Negara;
    Asalkan terpupuk semangat pejuang berpanjangan,
    Sanggup pertaruhkan nyawa demi kerana cintakan Negara.

    Guru mengajar penuh minat dalam kesabaran,
    Asalkan peserta PLKN mendapat ilmu yang ditimba;
    Antara guru dan pelatih saling sefahaman,
    Barulah peserta menimba ilmu berlumba-lumba.

    Modul fizikal memberi kemahiran dan ketahanan mental,
    Serta ketahanan emosi spiritual dan fizikal;
    Memupuk perpaduan wira-wirawati bersemangat kental,
    Pasti PLKN terus menjadi terkenal.

    Para pelatih diajar bekerja dalam satu pasukan,
    Berkemahuan dan bersemangat setiakawan;
    Sentiasa ingin menabur jasa dalam kesukarelaan,
    Hanya semata kerana rakyat dan Negara diutamakan.

    Peserta digalakkan berpewatakkan positif,
    Menerapkan nilai-nilai kepimpinan di jiwa peserta;
    Semasa berkawad sentiasa aktif,
    Berdisplin sentiasa setiap peserta.

    Jiwa kepimpinan dicerna begitu terperinci,
    Membuat keputusan penuh yakin;
    Penerokaan diri untuk mengenal pasti diri sendiri,
    Agar nilai-nilai murni dapat diterapkan.

    Perhubungan individu didalam kumpulan,
    Bekerjasama berkumpulan diutamakan;
    Kecekapan cara bertindak diserlahkan,
    Agar mengatasi masalah dalam kumpulan.

    Modul khidmat komuniti diajarkan,
    Bertujuan menyemai semangat kesukarelaan;
    Kepada alam sekitar masyarakat dan kejiranan,
    Agar terbentuk komuniti yang dibanggakan.

    Modul kenegaraan diajarkan juga,
    Agar terpupuk semangat patriotik dan cintakan Negara,
    Mengenal Negara dan mempertahankannya,
    Biarpun pertaruhkan nyawa demi Negara tercinta.

    Apabila datang ancaman dari dalam dan luar Negara,
    Akan dipertahankan di segenap penjuru;
    Sentiasa bersiap sedia membela Negara,
    Rela bermandikan darah dihujani peluru.

    Sayangkan rakyat jua sayangkan Negara,
    Demi pewaris yang bakal ditinggalkan;
    Semangatmu sentiasa membara-bara,
    Jika kau tiada jasamu sentiasa dikenang-kenangkan.

    Selamat berjuang wira-wirawatiku,
    Moga semangat keperwiraanmu tak pernah jemu;
    Mengalah dan berundur tak pernah bertamu,
    Jasamu mewangi meresap ke jantung hatiku.

    Karya: Ratu Rimba Niagara.
    31 Julai 2022
    11 Ramadan 1433H
    (DIILHAMKAN BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN)
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN SATRIA

    Hajat hati nak jadi perwira,
    Tiada kudrat apalah dayaku;
    Namun begitu bersemangat satria,
    Relaku mati demi negaraku.

    Kata ibu datukku seorang pahlawan,
    Keturunan hulubalang Raja Bugis;
    Aku bersyukur berdarah pahlawan,
    Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

    Rupanya aku tidak keseorangan,
    Di luar sana menyokong perjuanganku;
    Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
    Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
    Melayu bersatu bermuafakat bersama,
    Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

    Berjuang tetaplah berjuang jua,
    Pantang undur sebelum berjuang;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

    Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
    Jasamu mewangi hingga ke mati;
    Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
    Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.

    Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
    Bersiap siaga setiap masa;
    Menangani jenayah begitu cermat,
    Agar negara dan rakyat aman sentiasa.

    Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
    Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
    Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
    Keamanan Malaysia di puncak jaya.

    TLDM tidak kurang hebatnya,
    Berada di laut bersiap siaga;
    Musuh yang datang akan ditentangnya,
    Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

    Pasukan RELA rela berkorban,
    Berkorban masa dan juga tenaga;
    Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
    Demi rakyat dan negara tercinta.

    Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
    Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
    Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
    Semangat perjuangan terus membara.

    PERKASA kusanjung jasamu,
    Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
    Tidak pernah berputus asa di hatimu,
    Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

    PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
    Roh perjuangan tepat dan jelas;
    Semangat membara-bara hidup di hatimu,
    Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

    Seni persilatan melayu amat dikagumi,
    Kepahlawananmu tiada tandingannya;
    Generasi muda minat mempelajari,
    Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

    Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
    Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
    Jutaan rakyat bangkit memberontak,
    Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

    Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
    Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
    Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
    Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

    Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
    Pemimpin Malaysia cintakan negara;
    Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
    Saling berkorban demi negara.

    Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
    Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
    Negara sentiasa terus aman,
    Kedaulatan negara sejak berzaman.

    Pahlawan melayu pantang berundur,
    Rela bermandikan darah dihujani peluru;
    Demi pewaris takkan berudur.
    Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

    Berkibarlah benderaku terus berkibar,
    Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
    Rakyat Malaysia jangan dicabar,
    Roh perjuangan meniti zaman.

    Karya Ratu Rimba Niagara.
    31 Julai 2012
    11 Ramadhan 1433H
    (Bersempena Memperingati Hari Pahlawan)
  • Ratu Rimba Niagara HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!

    Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
    Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
    Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.

    Salam Kemerdekaan dariku untukmu
    dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
    Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
    Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
    diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
    Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
    Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .

    "Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
    Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"

    Karya Ratu Rimba Niagara,
    31 Julai 2012
    (SEMPENA MEMPERINGAT HARI PAHLAWAN)

    TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!

    Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
    di serata pelosok bumi Malaysia.

    Biarpun kumengerti menempuh gelombang
    ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!

    Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
    “Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
    Untuk anak cucu kita menumpang teduh!

    Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
    Akan kuingat pesananmu itu!
    Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
    di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!

    Demi cintaku pada Malaysia
    akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu!
    Biarpun ke titisan darah terakhir!

    Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!

    Karya : Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2007
    (Sempena Memperingati Hari Pahlawan 31 Julai 2012)
  • Ratu Rimba Niagara PERJUANGANKU!

    Perjuanganku!
    Aku bukanlah seorang perwira…
    Yang gagah perkasa bersenjata
    Aku bukanlah hartawan untuk
    membeli keperwiraan!

    Aku tak punya apa-apa…
    Cuma wanita lemah tapi
    bangkit dengan satu semangat
    juang yang tak pernah padam!

    Aku dihujani penghinaan di setiap penjuru!
    hinggakan aku lemah untuk terus bangun
    dalam serba tidak berkeupayaan aku bangun
    sendiri dek terpanggil semangat juang yang tinggi.

    Suara-suara yang tidak dikenalilah yang membuatkan
    aku terus berjuang! Merekalah yang telah meyakinkan
    Aku… Aku boleh! Aku boleh!
    Terima kasih suara-suara! Aku amat menghargainya!

    Yang aku korbankan bukan untuk diriku tapi untuk negaraku!
    Untuk pewarisku yang akan mewarisi negaraku yang tercinta ini!
    Yang aku mahu… Bila ketiadaanku nanti… Suara-suaraku masih
    lagi kedengaran di setiap pelosok negaraku yang tercinta ini!
    Aku pesankan kata-kata azimat buat pewarisku tercinta…
    Hargailah Kemerdekaan!
    Akan Merdeka Selamanya!
    Aku Sayang Negaraku!
    Aku Sayang Pewarisku!
    Aku tidak maafkan diriku jika negara ini dijajah semula!

    Selagi ada bulan dan matahari…
    Negaraku akan terus mengibarkan Jalur Gemilang!
    Berkibarlah! Terus Berkibar!
    Dengan Megah! Gagah! Dan Bangga!

    Karya: Ratu Rimba Niagara.
    31 Ogos 2010 (Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-53)
    (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2012)

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA & INDONESIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NAFAS TERAKHIR!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND
  • Ratu Rimba Niagara IZINKAN AKU TIUPKAN OBOR API PERJUANGANMU!

    Duhai ksatriaku di 5 benua ...
    Moga jangan jemu menyokong dunia karyaku 
    Biarpun tsunami datang membadai...
    Perjuanganmu perjuanganku suci murni
    Jangan pernah ada sesekali wujud bencimu padaku
    Atas suatu hal yang remeh temeh
    Karena adanya bencimu padaku
    Akan turut melukakan renjisan darah tintaku bila berpena
    Seolah busur saktimu itu tertusuk ke jantungku
    Aku rela mati karena tidak tahan sakitnya
    Apabila ksatria sendiri setega itu
    Jika itu boleh membahagiakanmu
    Dengan menyepikan aku turut serta 
    Dalam perjuanganmu aku Redho
    Biarlah penaku terus terusan merenjiskan
    Tinta-tinta dari darah dan air mata
    Buat ke semua ksatria
    Biarpun disepikan dalam dunia kesatriamu!
    Karena bayanganmu adalah aku!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND 
    17 Agustus 2013

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI KAPAN PUN!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG INDONESIA, MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND

    MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'
  • Ratu Rimba Niagara KESATRIA JIWANYA ADALAH JIWA REVOLUSIONER

    Salam. damai hatiku,tentram jiwaku. membaca Gurindam jiwa penyejuk rasa haus akan kata" lembut nan bijak. Beribu gelombang Masalah hempaskan darah juang. tetap tegar walau di tingal kawan" seperjuang. yg tak kuat silau uang para Kaum Pragmatisme. Hingga menjadi seorang budak penyembah Jabatan dan kekayaan. lupa teman yg sama berjuang..injak dan cemooh kawan yg sama berjuang dgn uang dan jabatan...pangeran diponogoro, bung karno,serta jiwa revolusioner yg membuatku bertahan dalam penantian Dunia baru..
    By: Jiwa Ksatria ·

    Ksatria jiwanya tidak dapat dibeli dan dipengaruhi dengan apa pun jika dia yakin dengan dirinya tiada siapa yang dapat mengobah penderiannya. Moga jiwa-jiwa revolusioner masih menjadi pegangan ksatria tidak kira di mana dia berada. SETIAP LANGKAHMU ADALAH LANGKAHKU DI MANA ADA BAYANGANMU DI SITU ADA BAYANGANKU!
    Oleh:Ratu Rimba Niagara 

    SELAMAT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI KAPAN PUN!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG INDONESIA, MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPURA & THAILAND

    MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'
  • Ratu Rimba Niagara MACAM MANA DENGAN PUISI-PUISI YANG DIKARANGKAN BERIKAN PEMIKIRANMU DUHAI KSATRIA DIRAJA...IWAN TIRTA

    Iwan Tirta Subhanallah , Allahumma Amin... Tak coment lah Hamba Yang Mulia... Patik cuma ucap selamat untuk semua kalangan dan sahabat saudara seperjuangan Patik.. Moga sihat selamat melimpah kurnia dan ampun Allah pada merek Alhamdulillah juga pada Hamba... Dirgahayu Kemerdekaan Kedua Negara INDONESIA dan MALAYSIA TAHUN 2013, Amin Allahumma Amin... SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN HAMBA HATURKAN KEPADA BAGINDA YANG MULIA PUTRI NILAM PURNAMA PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA INDONESIA, MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPURA, DAN THAILAND, SERTA PATIK HAMBA HATUR UCAP SELAMAT HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG MULIA SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 67 TAHUN 18 OGOS 2013.

    Ratu Rimba Niagara PUISI INI DICIPTAKAN UNTUK RAKYAT NUSANTARA ...JIKA MESEJNYA TIDAK DAPAT DITERIMA OLEH RAKYAT NUSANTARA INI BERERTI PUISI INI TIDAK MEMBERI ARTI APA-APA PADA RAKYAT NUSANTARA.
    KALAU GITU TAK PERLULAH HAMBA MENULIS LAGI YE...TAPI DI WALL HAMBA AKAN TERUS MENULIS ....KARENA MINAT HAMBA MENULIS.....

    Iwan Tirta Izinkan hamba sebar luaskan puisi-puisi ,"DARAH KSATRIA NUSANTARA UNTUK FISABILILLAH" agar dapat dibaca dan dihayati oleh semua Rakyat NUSANTARA.

    Ratu Rimba Niagara...Silakan duhai ksatria diRaja NUSANTARA Iwan Tirta menyebar luaskan puisi-puisi karya Pujangga Rati Rimba Cinta Benua adalah tugas yang telah dipertanggungjawabkan padamu setelah diiktirafkan sebaga ,"KSATRIA PUJANGGA RATU RIMBA 
    CINT A5 BENUA"

    Iwan Tirta Titah dijunjung di atas batu gemala patik Ratu Pujangga Rimba Cint a Benua.

    Ratu Rimba Niagara Moga Allah swt merahmati hidup dan matimu ksatria diRaja Iwan Tirta. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    Iwar Tirta Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

    PUISI -PUISI JIWA PATRIOTIK INDONESIA, MALAYSIA & BRUNEI DARUSSALAM DI SIARKAN WALL KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN BAGINDA KE 67 TAHUN.

    DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013 KUHADIAHKAN BULAN & BINTANG UNTUKMU INDONESIA, MALAYSIA & BRUNEI DARUSSALAM TERCINTA! BERGEMA DI ISTANA NURUL IMAN BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH YANG KE-67 MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP DAN MANGKAT TUANKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)

    SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI KAPAN PUN!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG INDONESIA, MALAYSIA & BRUNEI DARUSSALAM''
    MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'

    DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013 KUHADIAHKAN BULAN & BINTANG UNTUKMU INDONESIA & MALAYSIA TERCINTA! BERGEMA DI BRUNEI DARUSSALAM
    KU HADIAHKAN JUGA BULAN DAN BINTANG KEPADA BRUNEI DARUSSALAM TERCINTA MOGA SUDI HARGAI KASIH SETULUS HATIKU INI SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA MOGA DISYURGAWI KASIH KITA TERSIMPUL MATI BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERKAT KITA SALING MENJALINKAN TALISIRATURRAHIM BIARPUN CUMA SEKADAR DI ALAM MAYA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    PUISI-PUISI DI SIARKAN DI WALL KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH BAGI MERAIKAN HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE 67 TAHUN
    13 Syawal 1434H
    20 Ogos 2013M
PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIGARA
16 Syawal 1434H
23 Ogos 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;