Iwan Tirta commented on his own photo.
INDAHKAN KEHIDUPAN SEMUT!
AKU KESENDIRIAN MEMIKUL BEBAN KESETIAAN CINTA IBU PERTIWI
Aku ditakdirkan jatuh cinta kepada ibu pertiwi
pada 5 benua...
MALAYSIA INDONESIA BRUNEI SINGAPURA THAILAND
Aku tak punya harta dan kuasa untuk mencagarkan cinta
tapi aku punya banyak ide berpuisi untuk menyatakan
cintaku kepada kelima benua....
Hari-hari aku menulis...menulis terus menulis
Menulis adalah duniaku
Aku bersastera
Aku berpuisi
Aku berpujangga
Semuanya tentang kasih sayang
Kasih sayang pada Tuhan
Kasih sayang pada sesama manusia
Kasih sayang kepada haiwan
Kasih sayang semua yang diciptakan Allah swt
Kasih sayang kepada negara
Kasih sayang kepada raja dan nusantara,
Kasih sayang kepada semua rakyat di dunia ini
Bila aku menulsi tentang KETUHANAN
macamlah aku alim sangat
Bila aku tulis tentang cinta
dikatakan aku siperaih cinta
Bila aku tulis tentang negara-negara jiran
macamlah aku ini penulis hebat sangat
sedangkan namaku tiada tersenaraipun
di Malaysia jauh sekali di Indonesiam Brunei , Singapur dan
Thailand
puisi-puisi yang kutulis itu semuanya 'SALIN KARYA ORANG LAIN'
ada yang bilang banyaknya puisi yang aku siarkan macam pasir di pantai tapi tak berharga dan bagaikan kaca yang tak punyai nilai langsung...aku tidak sedih jika orang biasa yang mengatakan begitu ...ini penulis juga seperti...si penulis memberi cadangan kepadaku...tulis satu puisi selepas itu digilap...digilap...dengan puisi satu yang sudah digilap akan bertukar menjadi emas.
Dengan satu karya digilap....digilap ...digilap barulah boleh menjadi emas.
Bukan aku tak mahu terima cadangannya itu...
Dalam usiaku begini aku tak akan buat begitu...jika begitu setahun dengan 1 karya...asyik di gilap...digilap...boleh jadi emas harga karya yang kugilap....sebelum setahun jika ditakdirkan aku mati? pasti aku menyesal di hari matiku kerana aku berkarya mahukan habuan duniawi bukan mahukan saham akhiratku... ALLAHU AKBAR aku pasti menyesel mendengar usul darinya itu.
Kupikirkan jika aku terima idenya...
Dengan 1 puisi...kugilap...kugilap...
Jika puisi itu tidak juga bersinar malah terus malap
Gimana? pasti aku rugi besar...
Sedangkan yang aku tahu
Di fbku yang kuterima sebagai rakan fbku
Tidak pun hendak menyokong/mendukung karya-karyaku
Ada tu mula-mula selalu memberi komentar dan suka
akan karya-karyaku...like beri komentar
aku apa lagi semangatlah...
lepas tu entah dimana khilafnya teus senyap
macam aku tak wujud
ada tu semenjak aku terima dia sebagai rakan fbku
sebagai pemerhati aja ...like pun tidak ..komentar pun tidak
bener kaget aku terlu pelit ide
tiada yang sudi nak beri komentar
kalau ada komentar yang boleh melemahkan semangatku
sedangkan sejujurnya aku terima mereka sebagai rakan fbku untuk sentiasa bersedia memberi komentar karyaku...bukan sekadar like....aku lebih utamakan pendapat, komen dan komentar mereka sebagai rakan fbku.
Rakan fbku bukannya ramai adalah 40 orang yang hendak menjadi rakan fb lebih 1000 orang...bukan aku tak mahu terima sebab aku mahu tumpukan dunia karyaku saja...40 orang ini aku tapis dan tapis yang benar-benar boleh memberi impak yang besar kepada dunia sasteraku. Aku merayu-rayu pada mereka macam si pungguk rindukan bulan...mereka buat-buat tak tahu saja...dalam 40 orang itu cuma seorang saja yang menyahut cabaranku yang akan bersumpah setia menjadi kesatria sastra yang aku karangkan...bukan aku tak percaya dari pengalamanku semuanya pada awal saja begitu...tak sampai sebulan terus sepi kan karyaku..namun aku bersangka baik padanya...jikalah dia juga seperti yang lain aku pasrah ..terpulanglah kepada dia.
Semalam aku katakan kepada semua rakan fbku
aku kenakan syarat kepada mereka ..mereka dikehendaki pilih tiga syarat yang dikenakans ebagai rakan fbku
1. Sebagai pemberi komentar
2. Sebagai pemberi ide gimana karya-karya yang kutulis
dijadikan nilaian emas
3. Sebagai penyuntik dana untuk aku meneruskan sasteraku
agar dapat merjalan lancar
Dalam empat puluh orang itu seorang saja yang menjawab sebagai KESATRIA SASTRA ku ...aku senyum ...nak ikutkan hatiku rakan fbku yang ada kita cuma seorang selebihnya dalam pertimbangku untuk kugantikan dengan orang lain yang bener-benar memberi impak agar dunia sasteraku dapat menjadi kenyataan.
Aku sudah bilang kepada yang tak mahu mendukung sastraku...jika tidak mahu mendukung sasteraku jangan kata aku si pemutus talisiraturrahim , aku membuka akaun fb untuk mencari mereka yang sudi bergotong royong denganku untuk merelisasikan dunia sasteraku menjadi kenyataan.
Yang paling mengecewakan aku bukan mahu mendukung sasteraku ....like dan memberi komentar pada karyaku pun tidak.
Yang lebih pelik lagi yang memberi komentar karyaku mereka yang bukan rakan fbku....tertanya-tanya aku...adakah setelah karya-karyaku dikenali dan mempunyai jutaan peminat baru ramai hendak menyokong/mendukung sasteraku.
Jikalah aku sudah terkenal baru hendak memberi sokongan/dukungan barangkali mereka sudah kelewatan...kerana ketika itu aku udah sibuk dengan dunia realiti sasteraku ...mereka tidak dapat berkomunikasi denganku lagi di alam maya....atau pun andainya aku mati karyaku pun terhenti...namun dapt juga aku tinggalkan galeri sasteraku di alam maya yang sudah berjaya terbangkan ...ku layangkan bertebaran di seluruh dunia...In Shaa Allah terealiti juga cita-citaku untuk melayangkan karya-karyaku walaupun tanpa sokognan/dukungan daripada rakan fb atau pembaca alammya...
Sebab itu bila kulihat gambar semut memikul beban itu kena sangat dengan perjuanganku...wal hal aku berada dalam kumpulan semut yang dikenali semangat gotong royong tapi di gambar ini semut-semut yang lain terus berjalan menuju haluan masing-masing tanpa memperdulikan beban semut tanpa ehsanpun, mana perginya falasafah semut, BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING? Cuma yang ku tahu di alam realiti semut mereka saling bergotong royong waima jika rakan mereka mati pun mereka bergotong royong mengangkat rakan mereka yang sudah mati itu untuk sama dipusarakan. INDAHKAN KEHIDUPAN SEMUT?
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
15 Syawal 1434H
22 Ogos 2013M
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA, H.H. HAJI HASSAL BOLKIAH & RUBIANTO TANOTO)
15 Syawal 1434H
22 Ogos 2013M
0 comments:
Post a Comment