PENYATUAN RAJA DAN SULTAN NUSANTARA MENJADI WADAH BAGI MENCAPAI BAROKAH DAN REDHO ILAHI
Negara Republik Indonesia mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di dunia dengan jumlah populasinya 195,677,976 jiwa. Kekuatan ini perlu dipadukan bersama seluruh penduduk Islam di Nusantara yang mampu melonjak kekuatan dan keagongan Islam. Penyatuan Raja dan Sultanate Nusantara ini merupakan satu wadah awal bagi mencapai barokah dan redho Illahi. Kesatuan Jiwa dan Nurani inilah menjadi kunci pembangunan Bangsa Nusantara sebagai GERBANG KEBANGKITAN ISLAM DI AKHIR ZAMAN. Di pohon Majlis Mesyuarat Raja dan Kesultanan Nusantara jadikan hasrat ini sebagai tambahan baru agenda pergerakan penyatuan. Aameen.
- PENGHIANAT BANGSA SENDIRI
INDONESIA AKAN KEKAL MERDEKA JIKA PEMIMPIN DAN RAKYAT BERJIWA MILITER
ANDAI SEMUA RAKYAT INDONESIA BERJIWA MILITER SUDAH PASTINYA INDONESIA KEKAL MERDEKA SELAGI DUNIA BELUM QIAMAT IN SHAA ALLAH AAMIIN.
MAKA PERHUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DAN RAKYAT HARUS KOKOH DALAM ARTI KATA TIDAK PERPALING TADAH DARIPADA PRINSIP PRINSIP PERJUANGAN YANG SEJATI IAITU TIDAK AKAN MENJADI PENGHIANAT KEPADA BANGSANYA SENDIRI.
KERAJAAN MENGUTAMAKAN RAKYAT
RAKYAT MENDOKONG SEGALA YANG DIRANCANGKAN UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA DAN RAKYATNYA BARULAH SEGALA PERJUANGAN UNTUK NEGARA DAN RAKYAT TERCAPAI.
SUDAH PASTI JUGA KEMAJUAN DAN KEAMANAN NEGARA DAPAT DIWARISI DARI SATU GENERASI KE SATU GENERASI. KEJAYAAN INI BERHASIL APABILA PEMIMPIN DAN RAKYATNYA BERJIWA MILITER.
PASTI SETIAP KALI TIBA MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN AKAN DISAMBUT PENUH GILANG GEMILANG DALAM KESYUKURAN KEPADA ILAHI DIKURNIAKAN PEMIMPIN DAN RAKYAT BERJIWA MILITER.
MOGA JADI KENYATAAN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
17 September 2013
Like · · Unfollow Post · 11 hours ago
Ade Bachtiar omong kosong
8 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara omong kosong sebab kamu baby lagi nggak tau apa-apa...
kamu coma tahu bila kamu sudah mengenal dunia tapi tika itu udah jadi mesir karna baby yang udah besar itu adalah penghinat bangsanya sendiri...
4 hours ago · Like
Ade Bachtiar kamu sekolah dimana? menulis saja tidak bisa. belajar dulu sama militer.
15 minutes ago · Like
Ade Bachtiar Kok Ratu bicara begitu, seperti di warung kopi senggol.
13 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara jika kamu hebat sangat tolong ajarin aku baby yang bijak untuk pengetahuan kamu aku pelajar daripada bapak presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono ...kasihan aku padanya dia pentingkan semangat militer di jiwa rakyatnya tapi malangnya rakyatnya termasuk baby seperti kamu katanya itu seperti warung di kedai kopi. Untuk pengetahuan engkau di rimba ini tiada warung kopi senggol yang ada hati rakyatnya yang sama-sama dengan kerajaan rimba mahu menghapuskan penghianat seperti kamu ....jika sekiranya rakyat aku sepertimu baby sudah lama dihantar menjadi baby mesir agar dapat mati syahid sebelum dewasa menjadi penghianat kepada bangsanya sendiri! sekali lagi kamu cuba muncul di wall aku, aku akan panggil admin datang ke sini untuk membahaskan isu ini jika tidak tahulah aku di sini bukan tempat aku bersiaran karya kerana penghuninya penghianat bangsa seperti kamu?
KEPADA ADMIN GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING
Saya ingin memberi berapa cadangan,
1. Admin pantau setiap post dan komentar yang disiarkan oleh ahli
andai tidak mencapai misi dan visi grup ditubuhkan dihapuskan termasuk post saya.
2. Setiap ahli siarkan gambar sebenar ...ini bagi mengelakkan si penyamar untuk memusnahkan misi dan visi grup....mereka ini adalah penyamar dengan menggunakan gambar pokok,bunga, baby sebagai identiti wajah mereka. Orang sebegini jika disimpan dalam grup dia adalah pembawa virus untuk meracuni minda ahli grup.
3. Saya penuh yakin admin menubuhkan grup untuk mencapai misi dan visi dan mengharap para ahli grup saling mendukungi perjuangan admin grup andai grup ini ditubuhkan sekadar adminnya tidak serius tidak mahu ambil peduli pada grup yang ditubuhkan seharusnya dibubarkan kerana sengaja membiarkan musuh masuk mempunyai agenda tersendiri untuk memusnahkan bukan membangunkan sebuah perjuangan.
4. Jika admin rasa tergugat atas cadangan saya ini,,,admin boleh keluarkan saya dari grup ini atau saya yang keluar dari grup ini.
5. Sejujurnya saya sudah lama hendak keluar dari grup ini kerana admin tidak ambil peduli pada setiap post dan ahli-ahli grup tiada semangat setia kawan.
6. Saya memohon maaf kepada admin dan semua ahli grup sekiranya saya berundur atau tidak sepanjang saya bersiaran karya di sini. Di sini bukan tempat saya bersiaran karya kerana saya tak sebijak ahli-ahli grup dan sebangsawan grup di sini yang semuanya ada PHD dan darjat diRaja saya cumalah rakyat biasa yang tak punyai harta dan berkelulusan warung kedai kopi sepertimana yang mereka bilang.
7. Moga grup ini terus berjaya apa yang dimisi dan divisikan dengan para ahlinya yang berminda paling sukses untuk mencapai kejayaan. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiiin.
Sekian. Wassalam.
"SIAPALAH AKU DI MATAMU DUHAI BANGSAWAN DIRAJA"
KITA TIDAK DITAKDIRKAN MENJADI TEMAN SEPERJUANGAN
KITA DITAKDIRKAN MENJADI SAUDARA SEISLAM BIARPUN HATI HANCUR LUMAT TETAP BERSAUDARA MAKANYA SAMPAI KAPANPUN KITA BERSAUDARA"
RATU RIMBA NIAGARA
11 Zulkaedah 1434H
17 September 2013 - TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'SUMPAH LAKSAMANA HANG TUAH!'
BERSABAR MELAYU ADA HADNYA
Bersabar melayu ada hadnya,
Jangan sampai pasir masuk ke mata;
Bumi bertuah ini melayu yang punya,
Melayu jangan dipandang sebelah mata.
Melayu jangan dipandang sebelah mata,
Melayu setia pada ketua yang setia;
Jika ketua berpaling tadah buruk padahnya,
Kerna melayu takkan biarkan bermahaja lela.
Dari dulu hingga sekarang,
Melayu terkenal dengan kepahlawanannya;
Pahlawang melayu nampak je garang,
Tapi hatinya murni membela bangsanya.
Dengan keris yang terhunus ini,
Telah bersumpah pahlawan melayu;
Bangsa melayu akan dibela sepenuh hati,
Rela mati demi membela nasib melayu.
Pergi aku menuntut ilmu persilatan
Ingin berguru pendekar handalan;
Ayah Muz maha guru persilatan,
Kegagahannya tiada tandingan.
Muridnya ramai tak terkira,
Semuanya sudah menjadi pahlawan;
Bergelar pahlawan rasa gembira,
Membela nasib melayu itu diperjuangkan.
Pahlawan bukan hendak menunjuk hebat,
Tapi kerana membela nusa dan bangsa;
Laksamana Hang Tuah sememangnya hebat,
Telah bersumpah melayu takkan hilang di dunia.
Maka dari itu ayuhlah semua pahlawan melayu,
Bangkitlah dengan semangat baru;
Jangan biarkan dizalimi bangsa melayu,
Barulah aman dunia melayu.
By: Ratu Rimba Niagara
30 Mac 2013
March 30 at 9:43am · Like · 1
Ratu Rimba Niagara PENDEKAR MELAYU BERJIWA LAKSAMANA HANG TUAH!
Melayu hina melayu,
Takkan kubiarkan;
Kerana aku jiwa melayu,
Kusahut segala cabaran.
Melayu sentiasa hidup,
Takkan kubiarkan diinjak-injak;
Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
Makanya bangsaku mestinya bijak.
Pendekar melayu pantang dicabar,
Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.
Sedikit ilmu badan binasa,
Akan kusahut cabaranmu itu;
Bertulangkan besi beruratkan suasa,
Satu lawan satu aku sedang menunggu.
Satu lawan satu itulah anak jantan,
Pukulan maut takkan ku gentar;
Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
Biar apa terjadi jangan undur.
Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
Ingat pesanan guru jangan mengalah,
Kerana pendekar melayu tak takut mati.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
30 Mac 2013
KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!
Keris menjadi saksi bisu
hebatnya pertempuran mu duhai keris
kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
kau sentiasa di hatiku
kan ku perjuangkan kepahlawananmu
hingga ke titisan darah terakhir
biarpun nyawaku jadi taruhan
agar kau mengerti
yang aku cintakan mu
selagi nafas ku ada
lambang cinta
lambang setiaku
padamu keris....
yang tak pernah jemu
mencintaimu
untuk mempertabatkanmu
agar dicintai juga anak bangsa
sejak zaman berzaman
Karya Ratu Rimba Niagara
30 Mac 2013
March 30 at 9:46am · Like
Ratu Rimba Niagara KERIS LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU
Keris lambang kepahlawanan melayu,
Keris juga lambang kekuasaan Kesultanan Melayu;
Kepahlawan dan kedaulatan sultan tak pernah layu,
Akan di pertahankan hingga ke titisan darah terakhir generasi melayu.
Tak akan hilang melayu di dunia,
Itulah sumpah Laksamana Hang Tuah;
Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
Berbangga menjadi bangsa melayu di bumi bertuah.
Ilmu persilatan diminati sejak dahulu,
Diperturunkan hingga ke generasi baru;
Bersama mempertahankan kedaulatan kesultanan melayu,
Akan dibanggai sehingga ke anak cucu.
Pahlawan melayu sudah terbilang,
Kepahlawanannya demi agama bangsa dan negara;
Ilmu persilatan tak akan hilang,
Akan diperturunkan dengan semangat yang membara.
Salam silaturrahim salam kepahlawanan,
Kepada semua pejuang bangsa yang tersanjung di hati;
Kukagumi kalian kerana semangat perjuangan,
Yang tak jemu berbakti dan menabur budi.
AKU BERSYUKUR KERANA AKU MELAYU
Aku bersyukur karna aku MELAYU
Aku redho karna aku MELAYU
Aku gembira karna aku MELAYU
Aku bangga karna aku MELAYU
Kerana aku cuma mendengar satu saja bangsa yang
tak akan hilang di dunia yaitu BANGSA MELAYU ( Kata Wakil Anak Melayu Seluruh Dunia)
Takkan hilang melayu di dunia,
Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
Melayu bersatu bermuafakat bersama,
Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.
Berjuang tetaplah berjuang jua,
Pantang undur sebelum berjuang;
Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.
KARYA: RATU RIMBA NIAGARA
30 Mac 2013
March 30 at 9:48am · Like · 1
Ratu Rimba Niagara SKRIP HANG JEBAT & HANG TUAH ERA MODEN
HANG JEBAT :
Apa salahnya kita bermaaf-maafan...
kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.
HANG TUAH :
Ya...betul katamu Jebat...
kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ...
Apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah.
Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.
HANG JEBAT:
Betul ke Tuah.
HANG TUAH :
Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.
Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.
HANG JEBAT:
Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.
HANG TUAH :
Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati.
Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan
datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!
HANG TUAH/HANG JEBAT:
DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!
RAJA:
SAYANG RAKYAT!
Karya: Ratu Rimba Niagara
30 Mac 2013
March 30 at 9:49am · Like
Ratu Rimba Niagara AKU TAK MAHU MENJADI PENDERHAKA RAJA
"Raja adil raja disembah...Penderhaka Raja mesti kubunuh!"
"Engkau pengampu Raja...apa yang engkau dapat? Kurniaan diRaja!"
"Bukan itu yang aku mahukan...cuma aku mahu menjadi rakyat yang setia...setia kepada Raja."
"Setia...sebelum berkuasa bolehlah! Dah berkuasa tengok...rakyat ditindas?"
"Bedebah! Bukan Raja yang menindas rakyat tapi pemerintah !Engkau tahu tak? Tak akan rakyat hendak menindas rakyat..."
"Kalau pemerintah menindas rakyat mana buktinya?"
"Buktinya engkaulah yang menafikan kedaulatan diRaja!!!"
"Kedaulatan diRaja? Macam mana tu?"
"Pemerintah mengiktirafkan institusi diRaja...rakyat pun aman ."
"Kenapa engkau kata macam tu?"
"Sebab tiada Raja tiada negara tiada negara tiada rakyat ...ada rakyat ada pemerintah kerana rakyat adalah pemerintah...."
"Engkau ini cakap berbelit-belit bikin aku nggak faham!Cakap bikin aku faham bisa nggak?"
"Senang cerita lah...sebab apa aku kata rakyat itu pemerintah...siapa yang memilih pemerintah?
"Rakyatlah!"
"Pandaipun engkau....makanya pemerintah itu rakyat...rakyat itu pemerintah...makanya rakyat perlukan Raja yang adil barulah negara jadi sempurna...ada negara ada rakyat ada rakyat ada Raja..."
"Itu macam kah...baru aku faham....betul kata engkau .....kalau macam ini tak jadi gaduhlah...kita bisa jadi kawan boleh nggak?"
"Tentulah boleh...sebab engkau tidak jadi penderhaka...aku suka."
"Hehehehehe"
"Sukalah tu!"
"Pastilah suka...."
"Kenapa suka?"
"Perjuangan kau sudah tercapai"
"Maksud engkau?"
"Engkau sudah berjaya menyedarkan aku makanya aku tak mahu lagi jadi rakyat penderhaka kepada Raja."
"DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"
Karya RATU RIMBA NIAGARA
30 Mac 2013
March 30 at 9:50am · Like
Ratu Rimba Niagara KEPAHLAWANAN MELAYU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH
PULAU RUPAT INDAH PERMAI
SANGKAR BESI SIBURUNG ELANG
KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI
PENDEKAR TAK MATI DITENGAH GELANGGANG
By: Zairi Erie
Ratu Rimba Niagara:
MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH!
Aku anak melayu...
Engkau anak melayu
Tapi aku pantang melayu hina bangsa melayuku sendiri
Makanya marilah kita ke tengah gelanggang
Beradu kepahlawanan melayu
Kerna pendekar melayu tak akan mati di tengah gelanggang...
Engkau janganlah bersandiwara...
Engkau kata engkau anak melayu
Apa bukti engkau sokong melayu?
Ada anak bangsa engkau
Yang engkau bela?
Bilang sama aku?
Mana buktinya?
Aku pantang orang pandai berkata-kata
Tapi tak mahu buktikan!!!!
Apa kuasa aku mahu aku buktikan?
Engkau yang patut buktikan...
Engkau yang ada kuasa
Kenapa engkau tak gunakan kuasa engkau itu
Engkau leka dengan pujian pangkat engkau
Dengan kuasa yang engkau ada
Engkau kumpul sebanyak mana harta yang engkau mahu
Engkau hendak bawa harta engkau ke kubur ke?
Hingga lupa tanggungjawab engkau kepada anak bangsa!!!
Ciss bedebah engkau...!!!
Aku kumpul harta kerna itulah matlamat aku...
Engkau yang dengki khianat dengan aku....!!!!
Yang engkau ambil itu bukan kepunyaan engkau!
Harta rakyat...hak rakyat....!!!!
Apa engkau tak rasa bersalah?
Kerna engkau tak rasa bersalah ....
Marilah kita bertarung tenaga....
Baru tahu engkau berkuasa atau aku yang berkuasa...
Ciss anak melayu pantang dicabar!!
Ciss! Bedebah engkau masih lagi mengaku anak melayu!!!
Tapi pengkhianat bangsa sendiri....!!!!
PULAU RUPAT INDAH PERMAI,
SANGKAR BESI SI BURUNG ELANG;
KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI,
PENDEKAR TAK MATI DI TENGAH GELANGGANG.
KEPERKASAAN MU PAHLAWAN AKU MENGALAH,
KEKUATAN MU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH;
ENGKAU MEMBUATKAN AKU MENGAKU KALAH,
MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
30 Mac 2013
March 30 at 9:51am · Like
Ratu Rimba Niagara JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT
MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI
Teungku Sayyid Deqy
Ibu...
Maafkan putramu...
Aku sedang berada di titik nadir hidupku,
Aku sedang terbuang dan terhina oleh dunia ini,
Namun...mengapa aku pun tersisihkan dari hatimu?
Semua ini sungguh membuatku lemah,
Ibu kusayang...
Putramu hanya ingin istirahat sejenak di rumahmu...
Izinkanlah dihari-hari terakhirku ini,
Dan ketika kuberpulang pada NYA, aku dalam hangat pelukanmu.
By: Teungku Sayyid Deqy
Ratu Rimba Niagara:
Duhai nanda putra kesayanganku...
Napa nanda berkata demikian rupa
Hancur lulur hati bunda
Sebak hati bunda ...
Adakah selama ini bunda abaikan kasih sayang bunda...
Katakan putra kesayangan bunda...
Puluhan tahun bunda mendidik dan membesarkan nanda
Tidak cukupkah kasih sayang bunda pada nanda selama ini....
Bukan kasih sayang saja yang bunda berikan pada nanda
Malah nyawa bunda pun sanggup jadi taruhan demi nanda tercinta...
Jika pelukan bunda ini boleh menenangkan jiwa nanda
Marilah ke mari bunda dodoikan gurindam dan syair
Yang selalu bunda dendangkan semasa nanda bayi lagi...
"Duhai putra bunda tersayang...
Buah hati bunda pengarang jantung bunda
Bunda kasih ...bunda sayang sangat-sangat...
Tidurlah lena...jangan nakal-nakal...
Besar nanti jadilah anak yang soleh lagi beriman
Jadi Raja yang utamakan rakyatnya daripada kepentingan sendiri...
Jadilah Raja yang adil Raja yang pemurah
Raja yang ingin hidup mencari jalan-jalan redhoNya
Nanda diberi darjat yang tinggi bukan untuk membangga diri
Tapi adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan...
Makanya jadilah Raja yang disayangi rakyat bukan dibenci rakyat
Ingatlah pesanan bunda ini nanda...
Bunda sangat-sangat sayang pada nanda
Nandalah saham dunia akhirat bunda
Tiada bunda nanti di dunia ini
Kirimkan doa untuk bunda jangan dilupakan
Itulah tanda kasih sayang nanda pada bunda...
Di pintu Syurga bunda menantimu penuh kerinduan..."
Masihkah nanda ingat dengan gurindam yang bunda dendangkan
padamu ? Inilah gurindam yang ditiup suburkan dijiwamu agar
terpasak dalam sanubarimu nanda...
Makanya jangan nanda berkata seolah ingin pergi dulu daripada bunda....
Memanglah kita tidak tahu siapa yang pergi dulu....
Tapi biarlah bunda yang pergi dulu...
Nanda muda lagi dan tenaga nanda masih segagah pahlawan perkasa...
Bunda dalam usia begini sudah terlalu uzur dan lemah ....
Cumanya semangat saja yang menguatkan bunda meneruskan
Pengembaraan di dunia ini....
Makanya bunda berharap sangat Tuhan panjangkan usia nanda...
Bunda doakan Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada nanda
Untuk meneruskan perjuangan bunda dan nanda bahagia ....
Justeru jangan ragui cinta dan kasih sayang bunda pada nanda lagi...
bunda kasih dan sayangkan nanda dari dunia ini di bawa hingga ke SyurgaNya....
Aaamin Ya Rabbal A'Lamin
Ikhlas daripada:
Bunda Permaisuri Rimba Niagara
Malaysia
1 April 2012
(KARYA TEUNGKU SAYYID DEQY & RATU RIMBA NIAGARA)
30 Mac 2013
·
March 30 at 9:53am · Like
Ratu Rimba Niagara SEKUNTUM MAWAR MERAH UNTUK PENDEKAR TEMASEK
KEPAHLAWANANMU KUSANJUNGI MEWANGI DI HATI
KAU ADALAH IDOLA GENERASI PAHLAWAN DUHAI PENDEKAR TEMASEK
JASA DAN BAKTIMU DI KENANG ANAK BANGSA HINGGA KE MATI.
March 30 at 10:28am · Like · 1
Nur Izzah Ezwanie laaa..sy duk kl...tak tau plak paman turun sini...
March 30 at 11:30am · Like
AH SEKARANG KAU KUGELAR PERWIRA!
PENDEKAR MELAYU DARI TEMASIK
Pendekar melayu dari Temasik,
Pantas dan tangkas bermain senjata,
Sarang tabuan jangan di usik,
Kelak merana badan binasa
Langkah Pahlawan melayu terbilang,
Di tangan keris terselit bersilang,
Bangsa melayu bukan nya calang,
Tidak ada yang bisa menghalang
Keris ku cabut bukan nya marah,
Aku saja ingin mencuba,
Pantang melayu tunduk menyerah,
Lautan dalam sudah ku duga
Keris bukan sebarang keris,
Keris pusaka warisan melayu,
Semua teratur duduk sebaris,
Ukiran nya juga berteraskan ilmu
By: Ayah Muz Ilyashah
You, Zairi Erie and 7 others like this.
Ct Balqaish alahai...macam lawak je..jaman sekarang orang da tak gune keris da.Ad p0n simpn dok dalam laci.Senjata terkini pantas,tepat dan secepat kilat tu dye pistol atau senapang..
Ayah Muz Ilyashah jangan takut jangan kau lari,
aku kan kejar sampai kau penat,
keris ku bukan tamensari,
aku beli kat kg datok keramat
Ayah Muz Ilyashah memang betul zaman dah berubah...warisan melayu akan pudar....sekarang zaman senjata modern...tapi jgn lupa..ubat doktor ubat doktor juga....kalau dah tesampok hantu kak limah ..cari juga pawang tradisional......jadi jgn lupa jgn tak percaya.....
AKU BERJUANG BUKAN DI DALAM GELANGGANG!
Tika aku terlantar parah begini...
Mana pergi anak-anak muridku...
Yang mengaku akan menuntut
Darahku yang jatuh ke bumi
Walaupun setitis!
Ini bukan setitis...
Tubuhku dipenuhi darah....
Sesuka hati mereka
Menetak ...menghentak
Memukul ...menyepak terajangku
Bukan aku tidak boleh melawan mereka
Mereka terlalu ramai
30 orang tu...
Kalau benar mereka anak jantan
Kenapa tak satu lawan satu?
Biarpun begitu pantang
Anak jantan lari di medan juang
Biarpun mereka ramai
Aku seorang
Aku kerahkan segala tenaga jantanku
Hingga tak kuhiraukan
Darahku merecik sana sini
Lagi kuat hayunan parangnya
Lagi kuat hayunan
Sepak terajangku
Kerana mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
Aku tidak bersenjata
Kerna
Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
Kerna aku percaya
Tuhan Mahu Mengujiku
Kerna adalah suratan takdirku
Aku terima dengan redho
Coma jika dipanggil Illahi
Adakah anak-anak jantan melayu
Di luar sana masih membisu dan kaku
Aku tidak minta ditebus kematianku
Tapi jagalah bangsa melayuku
Agar tidak menerima nasib sepertiku
Diserang hendap tanpa dugaku
Dan pantang aku
Bangsa aku ditindas dan tertindas
Tanpa sebab musabab....
Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
Makanya bangsaku
Kalau melayu tak sokong melayu
Siapa lagi?
Pahlawanku yang teraniaya...
Sabarlah...
Tuhan bersamamu tika ini
Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
Andai kau dijemput Illahi...
Syurga menantimu
Insya-Allah Aamin
Karya : Ratu Rimba Niagara
24 April 2012
Ayah Muz Ilyashah @ Ratu Rimba .... Sudah lama kau menghilang, Rupa nya engkau pergi berguru,Kehebatan mu bukan kepalang,Kau pun salah satu dari murid ku...
Ratu Rimba Niagarai Terima kasih guruku ...kerna sudi akhirnya terima aku menjadi muridmu setelah aku terlantar di hospital...entahkan hidup entahkan mati....kalau aku mati berjanjilah denganku bahawa kau jangan sekali biarkan bangsa melayu diinjak-injak....
Ayah Muz Ilyashah oh begitu..kau sakit ya...ku do'akan agar kau sembuh sepenuh nya ...tak ku sangka keris ku punya angkara, tersusuk aku bukan sengaja, setiap murid ku akan merasa, barulah ku turunkan ilmu sambil ijazah..nah sekarang kau ku gelar perwira..tangkas pantas bermain senjata..jaga langkah mu jgn binasa..sebut namaku ku bila2 masa...
Ratu Rimba Niagara SENYUMAN ANAK CUCU ADALAH SENYUMAN
AMAT BERMAKNA BUAT PENDEKAR AYAH MUZ ILYASHAH
Ayah Muz Ilyashah...
Darahmu ada darah kepahlawanan
Kepahlawanan Laksamana Hang Tuah
Biarpun Laksamana Hang Tuah telah lama bersemadi
Tapi roh perjuangan sucinya hidup bersama semangat mu
Biarpun rintangan
Datang dari segenap penjuru
Tak akan kau hiraukan lagi
Rakyat dan Raja di bumi pertiwi mu
Adalah lambang kekuatan untuk kau berjuang
Memperjuangkan hak mereka yang selayaknya
Mereka kecapi
Bagi mu keamanan ibu pertiwi Indonesia
Adalah matlamat perjuangan mu
Dan semangat itu
Tak akan luntur
Sampai kapan pun!
Hidup mu adalah perjuangan
Perjuangan
Hak Rakyat
Hak Raja
Hak Pemerintah
Semuanya ingin kau gabungkan
Agar tiada yang rasa terpencil
Pabila bergabung ...ibu pertiwi pasti aman
Pembangunan akan pesat membangun
Dan boleh bersaing di persada dunia
Hari-hari adalah perjuangan
Tiada hari melainkan perjuangan
Di mana kau pergi dan ke mana kau berada
Adalah perjuangan
Demi membela
Agama, bangsa dan ibu pertiwi Indonesia
Darah dan keringat mu
Pasti akan terbayar juga
Samada kau masih hidup
Atau kau telah tiada di bumi ini
Kerna Allah sentiasa bersama mu
Allah sentiasa bersama semangat mu
Dan Allah memakbulkan doa mu
Yang mahu melihat anak cucu mu
Tersenyum ikhlas menerima pengorbanan mu
Senyuman anak cucu adalah senyuman
Yang amat bermakna buat mu
Pendekar Ayah Muz Illyashah
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
6 Mei 2012
(KARYA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU PENDEKAR AYAH MUZ ILYASHAH)
Ratu Rimba Niagara Duhai Maha Guruku Ayah Muz Ilyashah...
Terima kasih kerana sudi
Ijazahkan padaku gelaran perwira
Amat bermakna bagiku
Kan kuwariskan keperwiraan
Yang kau turunkan padaku ini
Kepada generasi pelapis
Agar keperwiraan ilmu Hang Tuah
Tak hilang ditelan zaman....
Kan kubuktikan pada dunia kata moyangku
Laksamana Hang Tuah ,
' Melayu takkan hilang di dunia ini!'
Zairi Erie Batang kayu bersarang madu
Rebung seiris dimakan kuda
Pantang Melayu diberi malu
Ujung keris jadi penghapusnya
Ratu Rimba Niagara Waduh! Pandai kamu berbicara!
Tika aku bertarung di mana kamu?
Kamu sebenarnya pengecut?
Berani berkata mati....
Tapi hakikatnya takut matiiiiii!!!!!!
Aning Awang Very well versed pantun! Cukup bersemangat!
Ayah Muz Ilyashah Pantun bukan sembarang pantun, Pantun Melayu berbaris barisan,Langkah ku buka bersopan santun,Itu lah dia seni warisan
Ayah Muz Ilyashah @ Aning Awang ..Kalau tuan mengopek bawang,Hati2 pedih nya mata,Terima kasih Wahai Aning Awang,Duduk mu itu saorang perkasa
Aning Awang Di sawah padi berlintah berpacat,
Rintangan kecil dek kerana padi;
Walaupun diangkat seribu darjat,
Melayu tak layu kerana dipuji...
Ayah Muz Ilyashah Melayu tak layu kerana di puji, Sedikit tidak rasa berdebar, Tapi melayu selallu di uji,Tetap melayu bersifat penyabar
Aning Awang Pokok ketapang daunnya lebar,
Tidak ditanam di dalam hutan;
Kalau dah tahu Melayu penyabar,
Janganlah pula diambil kesempatan....
Ayah Muz Ilyashah Sudah menjadi resam dunia,Yang sabar selalu teraniaya,Kerana melayu masih setia,Tetap kukuh walaupun di cabar
Ratu Rimba Niagara
Bersabar melayu ada hadnya,
Jangan sampai pasir masuk ke mata;
Bumi bertuah ini melayu yang punya,
Melayu jangan dipandang sebelah mata.
Melayu jangan dipandang sebelah mata,
Melayu setia pada ketua yang setia;
Jika ketua berpaling tadah buruk padahnya,
Kerna melayu takkan biarkan bermahaja lela.
Dari dulu hingga sekarang,
Melayu terkenal dengan kepahlawanannya;
Pahlawang melayu nampak je garang,
Tapi hatinya murni membela bangsanya.
Dengan keris yang terhunus ini,
Telah bersumpah pahlawan melayu;
Bangsa melayu akan dibela sepenuh hati,
Rela mati demi membela nasib melayu.
Pergi aku menuntut ilmu persilatan
Ingin berguru pendekar handalan;
Ayah Muz maha guru persilatan,
Kegagahannya tiada tandingan.
Muridnya ramai tak terkira,
Semuanya sudah menjadi pahlawan;
Bergelar pahlawan rasa gembira,
Membela nasib melayu itu diperjuangkan.
Pahlawan bukan hendak menunjuk hebat,
Tapi kerana membela nusa dan bangsa;
Laksamana Hang Tuah sememangnya hebat,
Telah bersumpah melayu takkan hilang di dunia.
Maka dari itu ayuhlah semua pahlawan melayu,
Bangkitlah dengan semangat baru;
Jangan biarkan dizalimi bangsa melayu,
Barulah aman dunia melayu.
By: Ratu Rimba Niagara
Ayah Muz Ilyashah Bersabar lah engkau wahai muridku,Jangan marah ikut kan nafsu,Langkah mu itu persiapkan dulu,Keris mu itu belum berhulu..hahahaa keris belum siap lagi baru nak buat
Ratu Rimba Niagara Guruku...jangan aku dipandang sebelah mata...
Mentang-mentanglah ilmu kepahlawananmu tiada siapa dapat tandingi....
Tapi tahukah kau tiada siapa yang kuat di dunia ini...kerna ada yang lebih kuat daripada mu jika kau nak tahu...tapi memandangkan aku bakal anak muridmu makanya aku salut padamu sekali aje tak lebih dari itu...
DALAM UNTAIAN TAKDIRNYA IA ADALAH SENOPATI PEREMPUAN
Dinda Sri Kandi...
coba kau bentang busur mu...
mari Kanda ajari memanah...
(dalam untaian takdirnya ia adalah senopati perempuan)
Dinda Sri Kandi...
inilah saat kita ke tengah palagan,
berperanglah dengan gagah brani
meski perempuan Dinda adalah Senopati...
Kanda akan selalu ada di samping mu...
dengan ribuan anak panah dan busur sakti ini,
Kandapun akan berperang bersama mu dan akan
melindungi mu dengan sgala kesaktian dan kadigjayaan ku,
ayo jangan ragu....
LAKSAMANA MAS,-
IBU PERTIWIMU IBU PERTIWIKU
Kanda Laksamana Mas
Di segenap penjuru
Ke mana dinda berada
Ribuan anak panah
Bersiap sedia dilepaskan
Keseluruh tubuh dinda
Hinggakan dinda rasakan
Dunia ini tiada yang selamat
Untuk dinda bersembunyi
Jika salah satu anak panah itu
Terkena ke jantung dinda
Ketika berdetak kencang
Dalam bara api perjuangan yang meledak
Dinda sudah bersedia ke arah itu
Karena ini adalah jalan yang dinda pilih
Jalan yang seiring kehendak rakyat Nusantara tercinta
Rela dinda pertaruhkan airmata, darah dan nyawa
Demi ibu pertiwimu dan ibu pertiwiku tercinta
Jika kehadiran kanda sudah terlambat
Untuk bersama dinda menghadapi musuh durjana
Atas kesibukan kanda itu...
Dinda amat memahaminya
Setidak-tidaknya kanda sudi
Melindungi dinda dengan segala kesaktian yang ada
Pada kanda...
Moga di hari kematian dinda nanti...
Jangan sekali diratapi
Dengan airmatamu kanda
Tapi kirimkan doamu untukku kanda...
Kunantikan doamu di tugu
Ibu pertiwimu ibu pertiwiku
Dan bawalah anak panah dan busur sakti
Dan letakkan di pusara ku nanti
Sebagai lambang kau menghargai
Jasa baktiku pada ibu pertiwimu!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Mac 2013
(PETIKAN DARIPADA SKRIP NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA )
29 Mac 2013 - LAUTAN SASTRAMU
mereka bilang
ratu pujanggaku
jangan gundah gulana
tersenyumlah
gembiralah
syukurlah
karena sapaan sastramu
yang kau tunggu-tunggu
sejak puluhan tahun
sudah ada yang sudi menyapa sasteramu
tak perlu kau putus asa
tak perlu kau tunggu 500 tahun akan datang
baru anak cucumu menyapa sastramu
waduh! andai 500 tahun lagi ditunggu
baru datang menyapa sasteramu
berapa generasi yang mahu ditunggu
baru terealiti sastramu
pasti tika itu kau, aku dan beberapa generasi sudah lama bersemadi
pasti bersemadinya kita tidak tenang kerana kita sedang berjawab di alam barzah
makanya atas dasar kesedaran itu...
aku bangkit dengan satu semangat juang untuk merealiti cita sastramu selagi dayaku
Ratu pujanggaku...
tak perlu ditunggu 500 tahun lagi
sekarang aku sudah bersiap sedia menyapa cita sastramu
agar segera direalitikan
Tahukah kau ratu pujanggaku...
sejak aku mula terbaca karya sastera mu di alammaya
aku terhanyut...aku terbuai...aku terbius...aku tenggelam
dalam lautan sastramu yang memukau jiwaku
jiwaku tersentuh karna selama ini aku tidak pernah tahu apa itu
arti kasih sayang sesama manusia jauh sekali
Mencintai Tuhanku Yang Mencipta Alam Semesta Sebegini Hebat!.
Ratu pujanggaku...
kaulah ratu sastra
yang membangkitkan jiwa-jiwa
yang sedang tercari-cari di manakah ingin di bawa dunia yang hampa ini
agar tidak hampa di akhirat nanti
Ratu pujanggaku...
sastramu bagaikan lautan sastera yang memukau
saujana mata memandang
keteduhan syahdu sasteramu
aman...damai...mendamaikan minda
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
hingga aku terlena dalam bahasa-bahasa
indah yang memukau jiwa kelelahan
seharian menghadapi bebanan kerja yang tiada penghujungnya
Ratu pujanggaku...
lautan sasteramu...
kusangkakan lagi aku pergi jauh ke dasar lautan pasti aku kelemasan
tapi rupanya lautan sastramu
teramatlah indah diindahkan dengan taman karang bunga-bunga sasteramu
semuanya melambai-lambai agar aku sudi memetik mana satu berkenan di hatiku
bunga karang sasteramu bilang ke aku...,"sudilah petik kami untuk dibawa pulang sebanyak mana mahumu kerana sekuntum bunga karang sastera yang kau petik akan berkuntum-kuntum tumbuh banyaknya tak terkata makanya petiklah kami untuk dibawa pulang dan jangan lupa hadiahkan bunga karang sastera Ratu Rimba Niagara kepada teman-temanmu yang lain."
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Ratu Pujanggaku...
bunga-bunga karang sasteramu yang kupetik
telah kubagi-bagikan kepada teman-temanku
mereka amat menyukairnya
mereka bilang akan mendukung bersamaku merealitikan cita-cita sastramu
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
11 Zulkaedah 14354H
17 September 2913M
0 comments:
Post a Comment