Tuesday, 24 September 2013

MOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN KEKUATAN PADAKU UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN INI HINGGA KE NAFAS TERAKHIRKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.


MOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN KEKUATAN PADAKU UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN INI HINGGA KE NAFAS TERAKHIRKU  AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.


    • Grad School
    • Nabi saw. bersabda, “Dianggap sebagai takbur/sombong itu ialah menolak apa yang benar dan memandang hina kepada orang lain." (HR Muslim).

      * MasyaAllah Tabarakallah
       — at Taman Tasik Perdana.
      3Like ·  · 
      • Kumbang Segak and 59 others like this.
      • Amzar Qawyim Msb Terbaik ayahanda:)
        7 hours ago via mobile · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara BIAR HINA PADA PANDANGAN MANUSIA 
        JANGAN HINA DI SISI TUHAN
        JANGAN HARAPKAN SANJUNGAN MANUSIA
        MANUSIA AKAN MATI YANG KEKAL CINTA TUHAN
        7 hours ago · Like · 1
      • Se Intikad allah allah..
        اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه وبارك وسلم
        اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه وبارك وسلم
        اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه وبارك وسلم
        5 hours ago via mobile · Like · 1
    • You have no idea how much I like you, How much you make me smile, How much I love talking to you, Or how much I wish you were mine. 

      * Bismillahirrohma'nirrahim....
      Like ·  · 
    • Sebagai manusia,
      Kita tidak mampu puaskan hati semua pihak sekeliling kita kerna walau cara perjuangan berbeza tp MATLAMAT tetap sama...
      Adakala kita tpaksa mengorbankan sesuatu demi tggungjwb kpd sesuatu yg lbh besar lg utk Alif Ba Ta.. Kdang apa yg dilakukn mgkin mengecilkan hati sesetengah pihak tp jika pjuangan tdk di laksanakn dgn tggungjwb.. Maka sia2 lah kita pikul jawatan atau tugasan yg diberikan.. HINA lah mreka yg mahu JAWATAN tp tdak bsama dlm pjuangan... GELARAN tdak bawa erti apa2 melainkan punyai HATI yg Ikhlas dlm perjuangan.. Tidak hanya berkata kata tapi BUKTIKAN!!!

      * Ku hanya insan biasa yg ingin sampaikan dakwah 2 kalimah Syahadah..
      1Unlike ·  · 
      • You, Kumbang Segak and 56 others like this.
      • 莹春 Ku juga insan biasa -- 
      • Ratu Rimba Niagara telah kubuktikan padamu para panglima, pahlawan, pendekar ,hulubalang,pemimpin, raja dan rakyat semua tapi bilamana aku mengarangkan puisi-puisi tentang mereka semua tiada yang sudi memberi sokongan like dan komentar...namun kerana aku berjuang bukan kerana mereka makanya aku teruskan perjuanganku . Moga Allah swt sentiasa memberikan kekuatan padaku untuk teruskan perjuangan ini hingga ke nafas terakhirku. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
      • Camaro ZA hamba setuju dr mula2 kenal GM lg..ayoh bersatu semula..KL,PUTRAJAYA&SELANGOR..ALLAHU AKBARRR..
        18 hours ago · Like · 2
      • Eddy Suardi Hamba lagi kerdil dlm hal ni. gelaran adalah mahluk Allah.yg d ciptakan untuk hambanya. Jadi kenapa perlu berbangga. ALLAH pandang hati buka pada tubuh yg sempurna.puyoo mcm pensyair pula saya ni kikiki
        18 hours ago via mobile · Like · 2
      • Panglima Pangeran Nur Aduka Ikhlas dlm perjuangan... maka Allah rahmati perjalanan.... 
        17 hours ago · Like · 2
      • Camaro ZA betol datuk,org yg selalu hidup dlm dunia gelaran dan jawatan nya akhirnya tak kemana juga..so insaf2lah..bkn kah kita telah bersumpah setia..........................!! jemput dtg ke putrajaya hamba open table..hehee
        17 hours ago · Like · 2
      • Eddy Suardi Masyuk
        17 hours ago via mobile · Like · 2
      • Panglima Pangeran Nur Aduka Ikhlas dlm perjuangan... maka Allah rahmati perjalanan.... 
        17 hours ago · Like · 1
      • Camaro ZA bkn masyuk,tp kongsi kemenangan kita yg besar semlm tuu...heheee
        17 hours ago · Like · 1
      • Eddy Suardi K cantek insya Allah.
        17 hours ago via mobile · Like · 2
      • Ratu Rimba Niagara TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'SUMPAH LAKSAMANA HANG TUAH!'

        BERSABAR MELAYU ADA HADNYA

        Bersabar melayu ada hadnya,
        Jangan sampai pasir masuk ke mata;
        Bumi bertuah ini melayu yang punya,
        Melayu jangan dipandang sebelah mata.

        Melayu jangan dipandang sebelah mata,
        Melayu setia pada ketua yang setia;
        Jika ketua berpaling tadah buruk padahnya,
        Kerna melayu takkan biarkan bermahaja lela.

        Dari dulu hingga sekarang,
        Melayu terkenal dengan kepahlawanannya;
        Pahlawang melayu nampak je garang,
        Tapi hatinya murni membela bangsanya.

        Dengan keris yang terhunus ini,
        Telah bersumpah pahlawan melayu;
        Bangsa melayu akan dibela sepenuh hati,
        Rela mati demi membela nasib melayu.

        Pergi aku menuntut ilmu persilatan
        Ingin berguru pendekar handalan;
        Ayah Muz maha guru persilatan,
        Kegagahannya tiada tandingan.

        Muridnya ramai tak terkira,
        Semuanya sudah menjadi pahlawan;
        Bergelar pahlawan rasa gembira,
        Membela nasib melayu itu diperjuangkan.

        Pahlawan bukan hendak menunjuk hebat,
        Tapi kerana membela nusa dan bangsa;
        Laksamana Hang Tuah sememangnya hebat,
        Telah bersumpah melayu takkan hilang di dunia.

        Maka dari itu ayuhlah semua pahlawan melayu,
        Bangkitlah dengan semangat baru;
        Jangan biarkan dizalimi bangsa melayu,
        Barulah aman dunia melayu.

        By: Ratu Rimba Niagara
        18 Zulkaedah 1434H
        24 September 2013
      • Ratu Rimba Niagara PENDEKAR MELAYU BERJIWA LAKSAMANA HANG TUAH!

        Melayu hina melayu,
        Takkan kubiarkan;
        Kerana aku jiwa melayu,
        Kusahut segala cabaran.

        Melayu sentiasa hidup,
        Takkan kubiarkan diinjak-injak;
        Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
        Makanya bangsaku mestinya bijak.

        Pendekar melayu pantang dicabar,
        Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
        Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
        Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.

        Sedikit ilmu badan binasa,
        Akan kusahut cabaranmu itu;
        Bertulangkan besi beruratkan suasa,
        Satu lawan satu aku sedang menunggu.

        Satu lawan satu itulah anak jantan,
        Pukulan maut takkan ku gentar;
        Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
        Biar apa terjadi jangan undur.

        Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
        Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
        Ingat pesanan guru jangan mengalah,
        Kerana pendekar melayu tak takut mati.

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        30 Mac 2013
      • Ratu Rimba Niagara KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!

        Keris menjadi saksi bisu
        hebatnya pertempuran mu duhai keris
        kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
        kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
        kau sentiasa di hatiku
        kan ku perjuangkan kepahlawananmu
        hingga ke titisan darah terakhir
        biarpun nyawaku jadi taruhan
        agar kau mengerti
        yang aku cintakan mu
        selagi nafas ku ada
        lambang cinta
        lambang setiaku
        padamu keris....
        yang tak pernah jemu
        mencintaimu
        untuk mempertabatkanmu
        agar dicintai juga anak bangsa
        sejak zaman berzaman

        Karya Ratu Rimba Niagara
        30 Mac 2013
      • Ratu Rimba Niagara KERIS LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU

        Keris lambang kepahlawanan melayu,
        Keris juga lambang kekuasaan Kesultanan Melayu;
        Kepahlawan dan kedaulatan sultan tak pernah layu,
        Akan di pertahankan hingga ke titisan darah terakhir generasi melayu.

        Tak akan hilang melayu di dunia,
        Itulah sumpah Laksamana Hang Tuah;
        Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
        Berbangga menjadi bangsa melayu di bumi bertuah.

        Ilmu persilatan diminati sejak dahulu,
        Diperturunkan hingga ke generasi baru;
        Bersama mempertahankan kedaulatan kesultanan melayu,
        Akan dibanggai sehingga ke anak cucu.

        Pahlawan melayu sudah terbilang,
        Kepahlawanannya demi agama bangsa dan negara;
        Ilmu persilatan tak akan hilang,
        Akan diperturunkan dengan semangat yang membara.

        Salam silaturrahim salam kepahlawanan,
        Kepada semua pejuang bangsa yang tersanjung di hati;
        Kukagumi kalian kerana semangat perjuangan,
        Yang tak jemu berbakti dan menabur budi.

        AKU BERSYUKUR KERANA AKU MELAYU

        Aku bersyukur karna aku MELAYU
        Aku redho karna aku MELAYU
        Aku gembira karna aku MELAYU
        Aku bangga karna aku MELAYU
        Kerana aku cuma mendengar satu saja bangsa yang
        tak akan hilang di dunia yaitu BANGSA MELAYU ( Kata Wakil Anak Melayu Seluruh Dunia)

        Takkan hilang melayu di dunia,
        Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
        Melayu bersatu bermuafakat bersama,
        Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

        Berjuang tetaplah berjuang jua,
        Pantang undur sebelum berjuang;
        Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
        Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

        KARYA: RATU RIMBA NIAGARA
        30 Mac 2013
      • Ratu Rimba Niagara SKRIP HANG JEBAT & HANG TUAH ERA MODEN

        HANG JEBAT :

        Apa salahnya kita bermaaf-maafan...
        kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.

        HANG TUAH :

        Ya...betul katamu Jebat...
        kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
        Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
        Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
        Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ...
        Apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah.
        Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.

        HANG JEBAT:

        Betul ke Tuah.

        HANG TUAH :

        Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.
        Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.

        HANG JEBAT:

        Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

        HANG TUAH :

        Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
        Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati.
        Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan
        datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

        HANG TUAH/HANG JEBAT:

        DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

        RAJA:

        SAYANG RAKYAT!

        Karya: Ratu Rimba Niagara
        30 Mac 2013
      • Ratu Rimba Niagara AKU TAK MAHU MENJADI PENDERHAKA RAJA

        "Raja adil raja didaulatkan...Penderhaka Raja mesti kubunuh!"
        "Engkau pengampu Raja...apa yang engkau dapat? Kurniaan diRaja!"
        "Bukan itu yang aku mahukan...cuma aku mahu menjadi rakyat yang setia...setia kepada Raja."
        "Setia...sebelum berkuasa bolehlah! Dah berkuasa tengok...rakyat ditindas?"
        "Bedebah! Bukan Raja yang menindas rakyat tapi pemerintah !Engkau tahu tak? Tak akan rakyat hendak menindas rakyat..."
        "Kalau pemerintah menindas rakyat mana buktinya?"
        "Buktinya engkaulah yang menafikan kedaulatan diRaja!!!"
        "Kedaulatan diRaja? Macam mana tu?"
        "Pemerintah mengiktirafkan institusi diRaja...rakyat pun aman ."
        "Kenapa engkau kata macam tu?"
        "Sebab tiada Raja tiada negara tiada negara tiada rakyat ...ada rakyat ada pemerintah kerana rakyat adalah pemerintah...."
        "Engkau ini cakap berbelit-belit bikin aku nggak faham!Cakap bikin aku faham bisa nggak?"
        "Senang cerita lah...sebab apa aku kata rakyat itu pemerintah...siapa yang memilih pemerintah?
        "Rakyatlah!"
        "Pandaipun engkau....makanya pemerintah itu rakyat...rakyat itu pemerintah...makanya rakyat perlukan Raja yang adil barulah negara jadi sempurna...ada negara ada rakyat ada rakyat ada Raja..."
        "Itu macam kah...baru aku faham....betul kata engkau .....kalau macam ini tak jadi gaduhlah...kita bisa jadi kawan boleh nggak?"
        "Tentulah boleh...sebab engkau tidak jadi penderhaka...aku suka."
        "Hehehehehe"
        "Sukalah tu!"
        "Pastilah suka...."
        "Kenapa suka?"
        "Perjuangan kau sudah tercapai"
        "Maksud engkau?"
        "Engkau sudah berjaya menyedarkan aku makanya aku tak mahu lagi jadi rakyat penderhaka kepada Raja."
        "DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"

        Karya RATU RIMBA NIAGARA
        30 Mac 2013
        March 30 at 9:50am · Like
        Ratu Rimba Niagara KEPAHLAWANAN MELAYU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH

        PULAU RUPAT INDAH PERMAI
        SANGKAR BESI SIBURUNG ELANG
        KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI
        PENDEKAR TAK MATI DITENGAH GELANGGANG
        By: Zairi Erie

        Ratu Rimba Niagara:

        MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH!

        Aku anak melayu...
        Engkau anak melayu
        Tapi aku pantang melayu hina bangsa melayuku sendiri
        Makanya marilah kita ke tengah gelanggang
        Beradu kepahlawanan melayu
        Kerna pendekar melayu tak akan mati di tengah gelanggang...

        Engkau janganlah bersandiwara...
        Engkau kata engkau anak melayu
        Apa bukti engkau sokong melayu?
        Ada anak bangsa engkau
        Yang engkau bela?
        Bilang sama aku?
        Mana buktinya?
        Aku pantang orang pandai berkata-kata
        Tapi tak mahu buktikan!!!!

        Apa kuasa aku mahu aku buktikan?
        Engkau yang patut buktikan...
        Engkau yang ada kuasa
        Kenapa engkau tak gunakan kuasa engkau itu
        Engkau leka dengan pujian pangkat engkau
        Dengan kuasa yang engkau ada
        Engkau kumpul sebanyak mana harta yang engkau mahu
        Engkau hendak bawa harta engkau ke kubur ke?
        Hingga lupa tanggungjawab engkau kepada anak bangsa!!!

        Ciss bedebah engkau...!!!
        Aku kumpul harta kerna itulah matlamat aku...
        Engkau yang dengki khianat dengan aku....!!!!

        Yang engkau ambil itu bukan kepunyaan engkau!
        Harta rakyat...hak rakyat....!!!!
        Apa engkau tak rasa bersalah?
        Kerna engkau tak rasa bersalah ....
        Marilah kita bertarung tenaga....
        Baru tahu engkau berkuasa atau aku yang berkuasa...

        Ciss anak melayu pantang dicabar!!

        Ciss! Bedebah engkau masih lagi mengaku anak melayu!!!
        Tapi pengkhianat bangsa sendiri....!!!!

        PULAU RUPAT INDAH PERMAI,
        SANGKAR BESI SI BURUNG ELANG;
        KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI,
        PENDEKAR TAK MATI DI TENGAH GELANGGANG.

        KEPERKASAAN MU PAHLAWAN AKU MENGALAH,
        KEKUATAN MU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH;
        ENGKAU MEMBUATKAN AKU MENGAKU KALAH,
        MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH.

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        30 Mac 2013
      • Ratu Rimba Niagara JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT
        MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI

        Teungku Sayyid Deqy
        Ibu...
        Maafkan putramu...
        Aku sedang berada di titik nadir hidupku,
        Aku sedang terbuang dan terhina oleh dunia ini,
        Namun...mengapa aku pun tersisihkan dari hatimu?
        Semua ini sungguh membuatku lemah,

        Ibu kusayang...
        Putramu hanya ingin istirahat sejenak di rumahmu...
        Izinkanlah dihari-hari terakhirku ini,
        Dan ketika kuberpulang pada NYA, aku dalam hangat pelukanmu.

        By: Teungku Sayyid Deqy

        Ratu Rimba Niagara:

        Duhai nanda putra kesayanganku...
        Napa nanda berkata demikian rupa
        Hancur lulur hati bunda
        Sebak hati bunda ...
        Adakah selama ini bunda abaikan kasih sayang bunda...
        Katakan putra kesayangan bunda...
        Puluhan tahun bunda mendidik dan membesarkan nanda
        Tidak cukupkah kasih sayang bunda pada nanda selama ini....
        Bukan kasih sayang saja yang bunda berikan pada nanda
        Malah nyawa bunda pun sanggup jadi taruhan demi nanda tercinta...
        Jika pelukan bunda ini boleh menenangkan jiwa nanda
        Marilah ke mari bunda dodoikan gurindam dan syair
        Yang selalu bunda dendangkan semasa nanda bayi lagi...

        "Duhai putra bunda tersayang...
        Buah hati bunda pengarang jantung bunda
        Bunda kasih ...bunda sayang sangat-sangat...
        Tidurlah lena...jangan nakal-nakal...
        Besar nanti jadilah anak yang soleh lagi beriman
        Jadi Raja yang utamakan rakyatnya daripada kepentingan sendiri...
        Jadilah Raja yang adil Raja yang pemurah
        Raja yang ingin hidup mencari jalan-jalan redhoNya
        Nanda diberi darjat yang tinggi bukan untuk membangga diri
        Tapi adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan...
        Makanya jadilah Raja yang disayangi rakyat bukan dibenci rakyat
        Ingatlah pesanan bunda ini nanda...
        Bunda sangat-sangat sayang pada nanda
        Nandalah saham dunia akhirat bunda
        Tiada bunda nanti di dunia ini
        Kirimkan doa untuk bunda jangan dilupakan
        Itulah tanda kasih sayang nanda pada bunda...
        Di pintu Syurga bunda menantimu penuh kerinduan..."

        Masihkah nanda ingat dengan gurindam yang bunda dendangkan
        padamu ? Inilah gurindam yang ditiup suburkan dijiwamu agar
        terpasak dalam sanubarimu nanda...

        Makanya jangan nanda berkata seolah ingin pergi dulu daripada bunda....
        Memanglah kita tidak tahu siapa yang pergi dulu....
        Tapi biarlah bunda yang pergi dulu...
        Nanda muda lagi dan tenaga nanda masih segagah pahlawan perkasa...
        Bunda dalam usia begini sudah terlalu uzur dan lemah ....
        Cumanya semangat saja yang menguatkan bunda meneruskan
        Pengembaraan di dunia ini....
        Makanya bunda berharap sangat Tuhan panjangkan usia nanda...
        Bunda doakan Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada nanda
        Untuk meneruskan perjuangan bunda dan nanda bahagia ....
        Justeru jangan ragui cinta dan kasih sayang bunda pada nanda lagi...
        bunda kasih dan sayangkan nanda dari dunia ini di bawa hingga ke SyurgaNya....
        Aaamin Ya Rabbal A'Lamin

        Ikhlas daripada:

        Bunda Permaisuri Rimba Niagara
        Malaysia
        1 April 2012

        (KARYA TEUNGKU SAYYID DEQY & RATU RIMBA NIAGARA)
        30 Mac 2013
        ·
      • Ratu Rimba Niagara SEKUNTUM MAWAR MERAH UNTUK PENDEKAR TEMASEK
        KEPAHLAWANANMU KUSANJUNGI MEWANGI DI HATI
        KAU ADALAH IDOLA GENERASI PAHLAWAN DUHAI PENDEKAR TEMASEK
        JASA DAN BAKTIMU DI KENANG ANAK BANGSA HINGGA KE MATI.
        March 30 at 10:28am · Like · 1
        Nur Izzah Ezwanie laaa..sy duk kl...tak tau plak paman turun sini...
        March 30 at 11:30am · Like

        AH SEKARANG KAU KUGELAR PERWIRA!

        PENDEKAR MELAYU DARI TEMASIK

        Pendekar melayu dari Temasik,
        Pantas dan tangkas bermain senjata,
        Sarang tabuan jangan di usik,
        Kelak merana badan binasa

        Langkah Pahlawan melayu terbilang,
        Di tangan keris terselit bersilang,
        Bangsa melayu bukan nya calang,
        Tidak ada yang bisa menghalang

        Keris ku cabut bukan nya marah,
        Aku saja ingin mencuba,
        Pantang melayu tunduk menyerah,
        Lautan dalam sudah ku duga

        Keris bukan sebarang keris,
        Keris pusaka warisan melayu,
        Semua teratur duduk sebaris,
        Ukiran nya juga berteraskan ilmu
        By: Ayah Muz Ilyashah

        You, Zairi Erie and 7 others like this.

        Ct Balqaish alahai...macam lawak je..jaman sekarang orang da tak gune keris da.Ad p0n simpn dok dalam laci.Senjata terkini pantas,tepat dan secepat kilat tu dye pistol atau senapang..

        Ayah Muz Ilyashah jangan takut jangan kau lari,
        aku kan kejar sampai kau penat,
        keris ku bukan tamensari,
        aku beli kat kg datok keramat

        Ayah Muz Ilyashah memang betul zaman dah berubah...warisan melayu akan pudar....sekarang zaman senjata modern...tapi jgn lupa..ubat doktor ubat doktor juga....kalau dah tesampok hantu kak limah ..cari juga pawang tradisional......jadi jgn lupa jgn tak percaya.....

        AKU BERJUANG BUKAN DI DALAM GELANGGANG!

        Tika aku terlantar parah begini...
        Mana pergi anak-anak muridku...
        Yang mengaku akan menuntut
        Darahku yang jatuh ke bumi
        Walaupun setitis!
        Ini bukan setitis...
        Tubuhku dipenuhi darah....
        Sesuka hati mereka
        Menetak ...menghentak
        Memukul ...menyepak terajangku
        Bukan aku tidak boleh melawan mereka
        Mereka terlalu ramai
        30 orang tu...
        Kalau benar mereka anak jantan
        Kenapa tak satu lawan satu?
        Biarpun begitu pantang
        Anak jantan lari di medan juang
        Biarpun mereka ramai
        Aku seorang
        Aku kerahkan segala tenaga jantanku
        Hingga tak kuhiraukan
        Darahku merecik sana sini
        Lagi kuat hayunan parangnya
        Lagi kuat hayunan
        Sepak terajangku
        Kerana mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
        Aku tidak bersenjata
        Kerna
        Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
        Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
        Kerna aku percaya
        Tuhan Mahu Mengujiku
        Kerna adalah suratan takdirku
        Aku terima dengan redho
        Coma jika dipanggil Illahi
        Adakah anak-anak jantan melayu
        Di luar sana masih membisu dan kaku
        Aku tidak minta ditebus kematianku
        Tapi jagalah bangsa melayuku
        Agar tidak menerima nasib sepertiku
        Diserang hendap tanpa dugaku
        Dan pantang aku
        Bangsa aku ditindas dan tertindas
        Tanpa sebab musabab....
        Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
        Makanya bangsaku
        Kalau melayu tak sokong melayu
        Siapa lagi?

        Pahlawanku yang teraniaya...
        Sabarlah...
        Tuhan bersamamu tika ini
        Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
        Andai kau dijemput Illahi...
        Syurga menantimu
        Insya-Allah Aamin

        Karya : Ratu Rimba Niagara
        24 April 2012

        Ayah Muz Ilyashah @ Ratu Rimba .... Sudah lama kau menghilang, Rupa nya engkau pergi berguru,Kehebatan mu bukan kepalang,Kau pun salah satu dari murid ku...

        Ratu Rimba Niagarai Terima kasih guruku ...kerna sudi akhirnya terima aku menjadi muridmu setelah aku terlantar di hospital...entahkan hidup entahkan mati....kalau aku mati berjanjilah denganku bahawa kau jangan sekali biarkan bangsa melayu diinjak-injak....

        Ayah Muz Ilyashah oh begitu..kau sakit ya...ku do'akan agar kau sembuh sepenuh nya ...tak ku sangka keris ku punya angkara, tersusuk aku bukan sengaja, setiap murid ku akan merasa, barulah ku turunkan ilmu sambil ijazah..nah sekarang kau ku gelar perwira..tangkas pantas bermain senjata..jaga langkah mu jgn binasa..sebut namaku ku bila2 masa...
      • Ratu Rimba Niagara SENYUMAN ANAK CUCU ADALAH SENYUMAN
        AMAT BERMAKNA BUAT PENDEKAR AYAH MUZ ILYASHAH

        Ayah Muz Ilyashah...
        Darahmu ada darah kepahlawanan
        Kepahlawanan Laksamana Hang Tuah
        Biarpun Laksamana Hang Tuah telah lama bersemadi
        Tapi roh perjuangan sucinya hidup bersama semangat mu

        Biarpun rintangan
        Datang dari segenap penjuru
        Tak akan kau hiraukan lagi

        Rakyat dan Raja di bumi pertiwi mu
        Adalah lambang kekuatan untuk kau berjuang
        Memperjuangkan hak mereka yang selayaknya
        Mereka kecapi
        Bagi mu keamanan ibu pertiwi Indonesia
        Adalah matlamat perjuangan mu
        Dan semangat itu
        Tak akan luntur
        Sampai kapan pun!

        Hidup mu adalah perjuangan
        Perjuangan
        Hak Rakyat
        Hak Raja
        Hak Pemerintah
        Semuanya ingin kau gabungkan
        Agar tiada yang rasa terpencil
        Pabila bergabung ...ibu pertiwi pasti aman
        Pembangunan akan pesat membangun
        Dan boleh bersaing di persada dunia

        Hari-hari adalah perjuangan
        Tiada hari melainkan perjuangan
        Di mana kau pergi dan ke mana kau berada
        Adalah perjuangan
        Demi membela
        Agama, bangsa dan ibu pertiwi Indonesia

        Darah dan keringat mu
        Pasti akan terbayar juga
        Samada kau masih hidup
        Atau kau telah tiada di bumi ini
        Kerna Allah sentiasa bersama mu
        Allah sentiasa bersama semangat mu
        Dan Allah memakbulkan doa mu
        Yang mahu melihat anak cucu mu
        Tersenyum ikhlas menerima pengorbanan mu
        Senyuman anak cucu adalah senyuman
        Yang amat bermakna buat mu
        Pendekar Ayah Muz Illyashah

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        6 Mei 2012
        (KARYA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU PENDEKAR AYAH MUZ ILYASHAH)

        Ratu Rimba Niagara Duhai Maha Guruku Ayah Muz Ilyashah...
        Terima kasih kerana sudi
        Ijazahkan padaku gelaran perwira
        Amat bermakna bagiku
        Kan kuwariskan keperwiraan
        Yang kau turunkan padaku ini
        Kepada generasi pelapis
        Agar keperwiraan ilmu Hang Tuah
        Tak hilang ditelan zaman....
        Kan kubuktikan pada dunia kata moyangku
        Laksamana Hang Tuah ,
        ' Melayu takkan hilang di dunia ini!'

        Zairi Erie Batang kayu bersarang madu
        Rebung seiris dimakan kuda
        Pantang Melayu diberi malu
        Ujung keris jadi penghapusnya

        Ratu Rimba Niagara Waduh! Pandai kamu berbicara!
        Tika aku bertarung di mana kamu?
        Kamu sebenarnya pengecut?
        Berani berkata mati....
        Tapi hakikatnya takut matiiiiii!!!!!!

        Aning Awang Very well versed pantun! Cukup bersemangat!

        Ayah Muz Ilyashah Pantun bukan sembarang pantun, Pantun Melayu berbaris barisan,Langkah ku buka bersopan santun,Itu lah dia seni warisan

        Ayah Muz Ilyashah @ Aning Awang ..Kalau tuan mengopek bawang,Hati2 pedih nya mata,Terima kasih Wahai Aning Awang,Duduk mu itu saorang perkasa

        Aning Awang Di sawah padi berlintah berpacat,
        Rintangan kecil dek kerana padi;
        Walaupun diangkat seribu darjat,
        Melayu tak layu kerana dipuji...

        Ayah Muz Ilyashah Melayu tak layu kerana di puji, Sedikit tidak rasa berdebar, Tapi melayu selallu di uji,Tetap melayu bersifat penyabar

        Aning Awang Pokok ketapang daunnya lebar,
        Tidak ditanam di dalam hutan;
        Kalau dah tahu Melayu penyabar,
        Janganlah pula diambil kesempatan....

        Ayah Muz Ilyashah Sudah menjadi resam dunia,Yang sabar selalu teraniaya,Kerana melayu masih setia,Tetap kukuh walaupun di cabar
      • Ratu Rimba Niagara Ratu Rimba Niagara

        Bersabar melayu ada hadnya,
        Jangan sampai pasir masuk ke mata;
        Bumi bertuah ini melayu yang punya,
        Melayu jangan dipandang sebelah mata.

        Melayu jangan dipandang sebelah mata,
        Melayu setia pada ketua yang setia;
        Jika ketua berpaling tadah buruk padahnya,
        Kerna melayu takkan biarkan bermahaja lela.

        Dari dulu hingga sekarang,
        Melayu terkenal dengan kepahlawanannya;
        Pahlawang melayu nampak je garang,
        Tapi hatinya murni membela bangsanya.

        Dengan keris yang terhunus ini,
        Telah bersumpah pahlawan melayu;
        Bangsa melayu akan dibela sepenuh hati,
        Rela mati demi membela nasib melayu.

        Pergi aku menuntut ilmu persilatan
        Ingin berguru pendekar handalan;
        Ayah Muz maha guru persilatan,
        Kegagahannya tiada tandingan.

        Muridnya ramai tak terkira,
        Semuanya sudah menjadi pahlawan;
        Bergelar pahlawan rasa gembira,
        Membela nasib melayu itu diperjuangkan.

        Pahlawan bukan hendak menunjuk hebat,
        Tapi kerana membela nusa dan bangsa;
        Laksamana Hang Tuah sememangnya hebat,
        Telah bersumpah melayu takkan hilang di dunia.

        Maka dari itu ayuhlah semua pahlawan melayu,
        Bangkitlah dengan semangat baru;
        Jangan biarkan dizalimi bangsa melayu,
        Barulah aman dunia melayu.
        By: Ratu Rimba Niagara

        Ayah Muz Ilyashah Bersabar lah engkau wahai muridku,Jangan marah ikut kan nafsu,Langkah mu itu persiapkan dulu,Keris mu itu belum berhulu..hahahaa keris belum siap lagi baru nak buat

        Ratu Rimba Niagara Guruku...jangan aku dipandang sebelah mata...
        Mentang-mentanglah ilmu kepahlawananmu tiada siapa dapat tandingi....
        Tapi tahukah kau tiada siapa yang kuat di dunia ini...kerna ada yang lebih kuat daripada mu jika kau nak tahu...tapi memandangkan aku bakal anak muridmu makanya aku salut padamu sekali aje tak lebih dari itu...
      • Ratu Rimba Niagara DALAM UNTAIAN TAKDIRNYA IA ADALAH SENOPATI PEREMPUAN

        Dinda Sri Kandi...
        coba kau bentang busur mu...
        mari Kanda ajari memanah...

        (dalam untaian takdirnya ia adalah senopati perempuan)

        Dinda Sri Kandi...
        inilah saat kita ke tengah palagan,
        berperanglah dengan gagah brani
        meski perempuan Dinda adalah Senopati...

        Kanda akan selalu ada di samping mu...
        dengan ribuan anak panah dan busur sakti ini,
        Kandapun akan berperang bersama mu dan akan
        melindungi mu dengan sgala kesaktian dan kadigjayaan ku,
        ayo jangan ragu....

        LAKSAMANA MAS,-

        IBU PERTIWIMU IBU PERTIWIKU

        Kanda Laksamana Mas
        Di segenap penjuru
        Ke mana dinda berada
        Ribuan anak panah
        Bersiap sedia dilepaskan
        Keseluruh tubuh dinda
        Hinggakan dinda rasakan
        Dunia ini tiada yang selamat
        Untuk dinda bersembunyi

        Jika salah satu anak panah itu
        Terkena ke jantung dinda
        Ketika berdetak kencang
        Dalam bara api perjuangan yang meledak
        Dinda sudah bersedia ke arah itu
        Karena ini adalah jalan yang dinda pilih
        Jalan yang seiring kehendak rakyat Nusantara tercinta
        Rela dinda pertaruhkan airmata, darah dan nyawa
        Demi ibu pertiwimu dan ibu pertiwiku tercinta

        Jika kehadiran kanda sudah terlambat
        Untuk bersama dinda menghadapi musuh durjana
        Atas kesibukan kanda itu...
        Dinda amat memahaminya

        Setidak-tidaknya kanda sudi
        Melindungi dinda dengan segala kesaktian yang ada
        Pada kanda...

        Moga di hari kematian dinda nanti...
        Jangan sekali diratapi
        Dengan airmatamu kanda

        Tapi kirimkan doamu untukku kanda...
        Kunantikan doamu di tugu
        Ibu pertiwimu ibu pertiwiku

        Dan bawalah anak panah dan busur sakti
        Dan letakkan di pusara ku nanti
        Sebagai lambang kau menghargai
        Jasa baktiku pada ibu pertiwimu!

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        28 Mac 2013

        (PETIKAN DARIPADA SKRIP NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA )
        29 Mac 2013
      • Qari Junior Al-Linggi MOHON SHARE PANGLIMA...
        6 hours ago · Like · 1
      • Qari Junior Al-Linggi terima kasih ..
(PETIKAN DARIPADA GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
24 September 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;