Monday, 30 September 2013

TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'UNDANGAN UNTUK PUTRI MATARAM KE ISTANA DIRAJA NUSANTARA'




MISTERI KEHILANGAN RAJA INDONESIA

Hai Garuda diRaja ke mana kah mahu kamu terbang itu?

Tuanku Putri mahu tahu ke mana hamba hendak terbang?

Mestilah beta nak tahu sebab itu beta mahu nanya kamu?

Hamba mahu terbang ke Tuanku Putri mahu menyampaikan berita.

Berita apa itu Garuda diRaja Indonesia?

Hamba mahu Tuanku Putri tahu bahawa Institusi diRaja Indonesia
akan hidup kembali...

Mustahil jangan hendak bermimpilah garuda ...beta sudah
dimaklumkan Indonesia tidak diiktirafkan Institusi diRaja
Sampai kapan pun....nggak akan ada...nggak akan ada...

Kenapa Tunku Putri setega itu mengatakan begitu?

Yang dibilang ke beta begitulah... beta pun bingung juga pada mulanya kenapa dibilang begitu? Menurut ceritanya lagi , Indonesia memang punya Raja kerna yang mempertahan bumi Indonesia daripada dijajah kuasa asing adalah Pahlawan-Pahlawan diRaja. Tapi yang peliknya Waris DiRaja hilang....hilang tanpa dikesan bagaikan ditelan bumi. Kemangkatannya tidak diketahui dan hidupnya tidak dapat dikesan.Makanya itu sehingga sekarang Indonesia tidak diiktirafkan sistem Raja Berpelembagaan seperti di negara beta Instituti diRaja diikhtirafkan pemerintah dan rakyat.

Beta mahu tanya kamu wahai burung garuda diRaja...apakah betul yang beta dengar...waris diRaja Indonesia...hilang tak dapat dikesan?

Duhai Putri Rimba ...adakah Tuanku Putri bersedia untuk mengetahui kisahnya tapi kalau hamba cerita pun Tuanku Putri tidak bisa memahami keadaan pewaris diRaja Indonesia kenapa menghilang...

Tapi tak apalah memandangkan sekarang ini Tuan Putri Rimba sahajalah yang percaya akan wujudnya Institusi diRaja kembali di Indonesia ..makanya Garuda diRaja mahu terbang menjemput Tuan Putri ke Istana Raja Garuda yang letak Istana itu adalah rahsia tiada siapa pun yang tahu.

Kenapa pula kena mengena dengan beta...beta bukan rakyat Indonesia...cerita-cerita sejarah Indonesia pun beta tidak tahu menahu....

Tuanku Putri ketahuilah syair-syair , pantun, gurindam dan puisi yang menceritakan kisah-kisah diRaja semuanya ada bersangkut paut dengan misteri kehilangan pewaris diRaja Indonesia.

Wahai burung Garuda diRaja...beta berkarya berdasarkan Ilham yang diKurniakan Tuhan ...beta tidak sangka pula ada bersangkut paut dengan misteri kehilangan pewaris diRaja Indonesia.

Apa pun kata Tuanku Putri ...hamba akan menjemput Tuan Putri ke Istana Tuanku diRaja Garuda...bersedialah ...dalam masa terdekat ini hamba si Garuda diRaja akan menjemput Tuanku Putri Rimba Niagara.

Terpulanglah kepada mu Garuda diRaja Indonesia...beta berkarya bukan kerna untuk mengenali Rajamu atau dihargai atau apa saja...tapi semuanya dengan izin daripada Tuhan beta juga.

Hamba coma mengikut arahan Tuanku DiRaja Garuda saja...Tuan Putri Rimba Niagara....kerana sikap Tuan Putri suka menabur bakti biarpun tidak mengenali susur galur diRaja Indonesia makanya sudilah menerima jemputan ini ya Tuanku Putri Rimba Niagara....

Duhai Garuda diRaja Indonesia...jika niat Raja mu ikhlas untuk menerima semua karya-karya syair, guridam, pantun dan puisi yang beta karangkan...beta ikhlas juga menerima undangan ke Istana diRaja mu itu.

Terima kasih Tuanku Putri Rimba Niagara yang sentiasa tersanjung di hati semua .

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA.
26 April 2012
Like ·  · Unfollow Post · 
30 September 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;