Friday, 11 October 2013

DALAM CINTA KITA BERSAUDARA (1)




Ratu Rimba Niagara shared a status update.


DALAM CINTA KITA BERSAUDARA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dimulakan karya dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Salam sejahtera buat semua rakan fb dan rakan alammaya yang dikasihi dunia akhirat..moga hari ini lebih baik daripada semalam ...moga kekhilafan berbahasa sastera semalam dapat dimaafkan karena tiada tempat di Syurga orang-orang yang berkata sentiasa membuatkan hati saudaranya terluka dan tersakiti hati.

Moga kita dijauhkan dari sifat mazmumah suka mengumpat dan menfitnah
Di hari akhirat nanti jika ditimbang dosanya dan sudah pasti dimasukkan ke neraka tapi kerana masa hidupnya dia diumpat difitnah dia terselamat dari neraka diselamatkan oleh orang yang mengumpat dan menfitnahnya iaitu segala pahala si pengumpat dan penfitnah pergi ke pada orang yang diumpat dan difitnah. Bukan setakat pahalanya diambil malah dosa yang diumpat difitnah itu diberikan kepada si pengumpat dan si penfitnah makanya jadilah dia muflis akhirat.
Begitu besarnya dosa orang yang suka mengumpat dan menfitnah dibalas didunia dibalas juga di akhirat. Moga kita dijauhkan daripada budaya suka mengumpat dan menfitnah.

Makanya kesimpulan dalam muhasabah diri sendiri,

1. DIAM ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA BERKATA-KATA.
(FIKIR DULU SEBELUM BEKATA-KATA)

2 SEBELUM BERKATA BAYANGKAN AKU INI BAKAL JADI JENAZAH DIBALUT DENGAN KAIN PUTIH ADAKAH KAIN PUTIH ITU SEPUTIH HATIKU YANG KUBAWA PERGI! SENDIRI BOLEH JAWAB. JIKA SENDIRI BOLEH JAWAB IN SHAA ALLAH DALAM KUBUR BOLEH JAWAB SOALAH KUBUR. TEPUK DADA TANYA IMAN SENDIRI IMAN KITA TAHAP MANA SEKARANG. JIK MASIH BANYAK KEKURANGAN AYUH KITA SAMA MANTAPKAN AGAR SALING MUHASABAH DIRI AGAR HATI KITA ASAL KEJADIANNYA SUCI MURNI DAN BILA BERGELAR ARUAH PUN SUCI MURNI IN SHAA ALLAH AAMIIN.

3. JIKA KITA MAHU ORANG MEMAAFKAN KITA...KITA JUGA MESTI MEMAAFKAN ORANG. SALING MEMAAFKAN KERANA SELAGI NAMANYA HIDUP DALAM BERKAWAN WALAUPUN SEKADAR DI ALAM MAYA TETAP JUGA AKAN ADA RASA SALING MENYAKITI TERSAKITI HATI. WALAUPUN BERBAHASA BISU MEMBISU TAPI KATA-KATA YANG DITULIS DAN DIBACA KAWAN-KAWAN LEBIH TAJAM DAN BERBISA DARIPADA PEDANG.

4. MOGA LAMAN FB DAN ALAMMAYA KITA DILINDUNGI ALLAH SWT DARIPADA BAHASA-BAHASA YANG BOLEH MENJERUMUSKAN KITA KE NERAKA JAHANNAM . NAUZUBILLAH.
MOGA LAMAN FB DAN ALAMMAYA KITA TEMPAT KITA MELABUR SAHAM AKHIRAT DAN SAMA KITA TUAI DI AKHIRAT NANTI . IN SHAA ALLAH AAMIIN.

5. MAKANYA SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI MEMOHON AMPUN DAN MAAF JIKA SEPANJANG BERSIARAN KARYA SASTRA DAN AKHLAK SAYA MEMBUATKAN HATI KAWAN-KAWAN ALAMMAYA SEMUA TERSAKITI HATI DAN MELUKAKAN MAAFKANLAH SAYA TIADA NIAT SAYA JADI HAMBA-NYA YANG ZALIM SESAMA SAUDARA SEISLAM SAYA YANG ADA DI HATI SAYA SENTIASA MAHU BERSILATURRAHIM DI ALAM MAYA DENGAN KARYA SAYA BERSILATURRAHIM DENGAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA SAYA. CUMANYA DI FB AGAK TERHAD KERANA FB HANYALAH PEJUANG SASTERA SAYA YANG AKAN BERSAMA SAYA MEREALITIKAN CITA-CITA SASTERA SAYA. SAYA BERSASTRA MENGHARGAI KURNIA DARI ALLAH SWT KEPADA SAYA DAN TANDA SAYA PERNAH BEHIDUP DI MUKA BUMI-NYA INI TANDA SAYA CINTA ALLAH TANDA SAYA SAYANG SEMUA PENGHUNI BUMI INI.

6. HARAP SEMUA RAKAN ALAMMAYA DAPAT MEMAAFKAN SAYA DAN SUDI MEMAHAMI DUNIA SASTRA SAYA.

7. MOGA KITA DAPAT MENYAMBUNG TALISIRATURRAHIM NAN INDAH INI DI SYURGAWI SAMA-SAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

'SETIAP YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH
YANG KURANG ITU DARI DIRI SAYA SENDIRI
MAKANYA SENTIASALAH SUDI MAAFKAN SAYA

'SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA MAAF ZAHIR & BATHIN'

RAKAN ALAMMAYAMU YANG SUKA BERPUJANGGA DENGANMU,
AKU BUKANLAH SEORANG RATU
MEMADAILAH RATU PUJANGGA DI HATIMU
YANG SELALU MENGASIHI DAN MERINDUIMU SELALU
MAKANYA DI BAYU PAGI INI KUSAMPAIKAN RINDU
RINDU SERINDUNYA SEBAGAI SEORANG SAUDARA SEISLAMMU
MAHU SENTIASA MENGUCAPKAN SALAM SEJAHTERA PADAMU
SALAM SEJAHTERA DARI DUNIA HINGGALAH DI SYURGAWI
IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

RATU RIMBA NIAIGARA
7 Zulhijjah 1434H
12 Oktober 2013

www

0 comments:

Post a Comment

 
;