Monday, 17 February 2014

KITA SALING MEMAAFKAN DEMI KEDAMAIAN ROH BERTEMU-NYA


  • KITA SALING MEMAAFKAN DEMI KEDAMAIAN ROH BERTEMU-NYA

    SUDAH PEMAAFKAH KITA

    siapa kita untuk tidak memaafkan
    siapa kita untuk mendendami
    kepada saudara seislam kita 
    alam realiti atau alammaya
    setakat hina menghina
    jelek menjelek
    merendahkan 
    mentertawakan
    atas kekurangan diri
    apalah sangat hendak dibandingkan 
    dengan sakit segala sakit 
    ketika nazak menghadapi sakaratulmaut
    sakit sakaratulmaut seperti libasan tujuh ratus kali
    libasan pedang yang sangat tajam
    kerana terlalu sakitnya tika sakaratul maut
    Nabi Muhammad saw 
    berdoa kepada Tuhan
    biar baginda saja yang merasai sakit nya sakaratulmaut
    tapi tidak dikenakan kepada ummat baginda
    dan baginda mahu semua ummatnya bersamanya
    di Syurgawi memandang Wajah Allah Azzawajallah
    ALLAHU AKBAR
    betapa penyayangnya Nabi Muhammad saw kepada 
    semua ummatnya tanpa terkecuali
    sehingga tika nazak pun menyeru
    "Ummatku...Ummatku...Ummatku..."
    Kekasih Allah tidak menyebut nama Allah Azzawajallah
    di nafas terakhirnya
    tapi menyebut-nyebut ummatnya...
    di akhir hayatpun masih mengingati ummatnya
    masih mencintai ummatnya
    masih merindui ummatnya
    ummat sezamannya dan ummat selepas kemangkatannya
    ALLAHU AKBAR
    betapa sejatinya Cinta Rasulullah
    kepada semua ummat baginda tanpa terkecuali
    memang wajarlah Rasulullah menjadi Kekasih Allah
    dicintai dan diingati Ummat Rasulullah
    ALLAHU AKBAR
    tika Nabi Muhammad saw bertemu Allah swt di Munthaha
    Allah swt bertanya kepada Nabi Muhammad saw
    "SIAPAKAH YANG MENCIPTA ALAM SEMESTA INI"
    "ENGKAU YA ALLAH"
    "SIAPAKAH AKU PADAMU" Rasulullah tersipu.
    ALLAH SWT MENJAWAB, "CINTAKU ADA PADA HAMBA-KU YANG MENCINTAIMU"
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    YA ALLAH LEMBUTKANLAH LIDAH KAMI UNTUK BERSELAWAT KEPADA 
    NABI MUHAMMAD SAW, KAMI MAHU MEMBALAS KASIH DAN CINTANYA KEPADA KAMI
    SEBAGAIMANA TULUSNYA KEKASIH-MU MENCINTAI KAMI BEGITU JUGA KAMI SETULUS HATI MENCINTAI KEKASIH-MU NABI MUHAMMAD SAW
    BERKAT CINTA KAMI KEPADA NABI MUHAMMAD SAW KAMI MENDAPAT SYAFAAT
    DI PANDANG MAHSYAR NANTI AAMIIN.

    Jika kita faham misi dan visi kenapa kita berhidup dimuka bumi ini
    fikiran kita pasti terfokus
    aku akan mati
    aku akan dijemput Allah swt 
    apa persiapan aku sebelum bertemu Allah Azzawajallah
    aku tak mahu mati 
    membawa dendam kesumat
    sehingga di hari matiku 
    semuanya gembira
    dengan bersorak penuh gema kegembiraan
    'tiada lagi si penghuruharakan kedamaian bumi ini
    berpuisi tentang kedamaian
    mahu semuanya damai
    tapi bathin penuh kebencian!
    ALLAHU AKBAR
    YA ALLAH JIKALAH AKU BERPUJANGGA UNTUK MENIMBULKAN 
    PERMUSUHAN SESAMA MANUSIA
    MEMUTUSKAN SILATURRAHIM
    MEMANG PATUTLAH ENGKAU AMBIL NYAWAKU
    AKU TAK LAYAK HIDUP DI MUKA BUMI-MU INI
    MEMANG PATUT MEREKA BERGEMBIRA DI HARI KEMATIAANKU
    KARENA AKU HIDUP UNTUK MENJADIKAN BUMI INI HURU HARA 
    DENGAN PUISI-PUISIKU MENGAMBIL TAHU TURUT CAMPUR KEHIDUPAN ORANG
    TANPA CERMINKAN DIRI SENDIRI
    SEDANGKAN DIRI SENDIRI TIDAK DAMAI
    KUBUR MASING MASING
    AMBIL TAHU SAJALAH AZAB KUBUR SENDIRI
    ANGKARA BATHINMU YANG PENUH KEBENCIAN

    YA ALLAH AKU MALU JIKA AKU SEPERTI YANG MEREKA BILANG
    AKU PUJANGGA YANG MENGHURU HARAKAN BUMI-MU INI
    JIKA AKU TIDAK TENANG ...JIKA HATIKU TIDAK DAMAI....
    BAGAIMANA AKU HENDAK BERPUJANGGA 
    DENGAN BAHASA BAHASA PUISI
    YANG INDAH AMAN TENANG...
    AKU SENDIRI TERUJA TIKA MENULIS PUISI
    KERANA AKU YAKIN SEYAKIN-NYA PUISI YANG KUTULIS
    ADALAH ILHAM DARI-MU
    SEINGAT AKU TIADA PUISI YANG TIDAK INDAH KUKARANGKAN
    MELAINKAN INDAH KERANA PUISIKU ILHAM DARI ILAHI
    ILHAM DARI ILAHI 
    PASTINYA INDAH
    PASTINYA TENANG
    PASTINYAYANG MENULISNYA TENANG YANG MEMBACANYA PUN TENANG...
    TENANG....TENANG...TENANG...
    ITULAH HEBATNYA ALLAH SWT
    SEKALI KITA BERSYUKUR
    DENGAN MENYIARKAN PUISI UNTUK DIKONGSI/DIBAGI KEPADA SEMUA 
    SAHABAT ALAMMAYA YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT
    DIHADIRKAN ILHAM TANPA HAD BANYAKNYA
    ALLAHU AKBAR
    BENARLAH ENGKAU MAHA PEMURAH
    BETAPA AGUNG-NYA CINTA-MU
    BETAPA KERDILNYA AKU DI SISI-MU
    YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK TERUS MENULIS DAN MENULIS
    TANPA MENGHIRAUKAN PENGHINAAN MEREKA YANG TIDAK PUAS HATI
    DENGAN PUISI PUISI YAANG KUKARANGKAN...

    Setiap puisi yang aku karang
    adalah muhasabah untuk diriku sendiri
    bukan niat untuk mengajar sesiapa
    siapalah aku untuk mengajar orang yang bijak pandai
    punyai ijazah bergulung gulung
    aku cuma seorang hamba yang menulis 
    kerana sudah ditakdirkan aku menjadi penulis
    jika dulu aku sehingga sekarang aku menafikan
    aku seorang penulis
    mahu aku lupakan saja 
    dunia penulisan
    aku tulis baik pun ada yang tak puas hati
    apa lagi jika aku tulis yang tak baik lagi orang benci

    Kerana aku tahu misi dan visi ku jelas
    kenapa aku mesti tulis terus tulis 
    walaupun dihina dikecam hebat walaupun disepikan 
    sesepi sepinya ... berkawan fb denganku sekadar canda canda mahu tahu siapa aku
    aku tak hiraukan apapun yang diperkatakan padaku
    asalkan aku tahu apa yang hendak kutulis
    yang aku tahu sebelum aku menulis
    JIKA ORANG ITU ALIM 
    AK MESTI HORMAT PADANYA KERANA DIA DEKAT DENGAN ALLAH SWT
    JIKA DIA LEBIH BERUSIA DARIKU PASTI DIA BANYAK AMALAN DARIKU JIKA DIA LEBIH MUDA DARI AKU PASTI DOSANYA TAK BANYAK DARI AKU
    JIKA DIA JAHIL DOSANYA TAK BANYAK DARIPADA ORANG YANG BERILMU BAGIKU SEMUANYA BAIK DARIPADA AKU 
    MAKANYA DI KESEMPATAN INI 
    SESIAPA YANG MEMBACA KARYAKU INI
    AKU MEMOHON KEMAAFAN 
    DARI HUJUNG RAMBUT 
    HINGGA KE HUJUNG KAKI
    SUDILAH MAAFKAN AKU
    SAMADA MENGENALIKU DI ALAM REALITI ATAU ALAMMAYA
    ANDAI SEPANJANG AKU BERHIDUP DAN SETELAH MATI KALIAN MEMBACA KARYAKU
    MEMBUATKAN HATIMU TERSAKITI HATI DAN LUKA
    SUDILAH MAAFKAN AKU
    IZINKAN KUBERKARYA DENGAN TENANG SETELAH MENDAPAT 
    KEMAAFAN DARI KALIAN SEMUA 
    KUDOAKAN KITA SEMUA YANG TELAH SALING KENAL MENGENALI WALAUPUN TAK KETEMU DI ALAM REALITI KITA KETEMU DI SYURGAWI 
    BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH YANG MENCINTAI KITA SEPANJANG HAYATNYA...
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

    'SALAM SILATURRAHIM SAMPAI MATI SAMPAI KUBUR SAMPAI SYURGAWI AAMEEN'

    KU MENANTIMU DI PINTU SYURGA
    KAU MENANTIKU DI PINTU SYURGA
    KITA SALING MENUNGGU
    KITA SALING MENANTI
    KERANA KITA TAK TAHU
    SIAPAKAH AKAN PERGI DULU
    ANDAI AKU PERGI DULU SEBELUMMU KU NANTIMU DI PINTU SYURGA
    IN SHAA ALLAH AAMEEN

    'MAAF ZAHIR BATHIN & SELAMAT TAHUN 2014'

    DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,

    PUJANGGA ALAMMAYAMU YANG INGIN SETIA BERPUJANGGA DENGANMU
    ANDAI KAU SUDI.....
    RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    27 Safar 1435H
    30 Disember 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;