Eva Anggraini Puspanegara shared •*Secret Garden *•'s photo.
Aku cemburu
orang yang solat
sebab aku tak solat
aku cemburukan
orang yang berqiamulail
sebab aku tak tahu apa itu qiamulail
aku cemburukan
orang yang pandai mengaji
sebab aku tak pandai
aku cemburukan
orang yang berpuasa
sebab aku tak pernah berpuasa
aku cemburukan
orang yang pergi haji
sebab aku belum pergi
aku cemburukan
mereka yang bersedekah
sebab aku bakhil
aku cemburukan
mereka yang berzakat
sebab aku tak berzakat
biarpun harta melimpah ruah
aku cemburukan
mereka yang suka berbuat baik
sebab aku anti kebaikan
sukakan kejahatan
aku cemburukan
mereka yang suka berkata yang baik
sebab aku suka mengumpat mengeji
menyakiti hati orang
aku rasakan akulah yang kaya
akulah yang berkuasa
akulah yang mempunyai segala yang
manusia idamkan kemewahan hidup di dunia ini
baru aku tahu kini
sebenarnya aku terpedaya dengan
keegoaanku sendiri yang leka dan lalai
salah aku juga
punca aku cemburu kepada mereka
kerana aku tak tahu
apa itu
syahadah
solat
puasa
zakat
menunaikan haji di Mekah
Rukun Islam
yang mesti diamalkan
dan diimani oleh semua
orang Islam selagi
hidup mesti dilakukan
kerana taatkan perintah Allah.
Ya Allah ...aku jahil
aku tak tahu semua ilmu
yang patut kutahu
mulai
detik ini
saat ini
sampai bila-bila pun
aku mahu belajar
ilmu yang patut aku tahu
ilmu kemanisan iman.
Ya Allah...bukakan
hatiku seluasnya
untuk
mencari
dan
memiliki
ilmu kemanisan iman.
Ya Allah...bukakan
hati bakal guru-guruku
mengajarku dengan setulusnya keranaMu
biar ilmu yang dicurahkan
meresap terus ke dalam
roh dan jasadku.
Yang aku tahu
neraka tempat yang mengerikan
dan menakutkan
segala azab sengsara akan
dibalas kepada orang yang lalai
lalai berpunca kerana tak berilmu
jahil kenapa aku dihidupkan di dunia ini
aku tak mahu menjadi si jahil yang ego
rugi dunia akhirat!
Yang aku tahu
Syurga tempat segala nikmat yang mengasyikkan
dihadiahkan kepada orang yang taat kepada Allah
orang yang semasa hidup di dunia ini
merasai kemanisan iman.
Ya Allah aku perlukan Ilmu Kemanisan Iman
agar aku dapat mencintaiMu dengan setulus hatiku.
Ya Allah terimalah taubatku
kerana aku si jahil yang sombong
hidupku selama ini menyeksakan
rohku sendiri
kesian rohku yang terseksa...
berduka di atas kejahilanku.
Duhai roh maafkan aku
biarkanmu terseksa dan berduka
aku terlalai untuk
menunaikan keperluanmu
iaitu ilmu Kemanisan Iman
akan ku belajar dan memiliki
Ilmu Kemanisan Iman
tanpa jemu dan bosan
sehingga terhenti nafasku!
Karya: Ratu Rimba Niagara
20 Jun 2011
PANGGILAN SYAHADAH
'SELAMAT DATANG SAUDARA SEISLAMKU'
salam sejahtera duhai saudara baruku
moga Rahmat Kasih-Nya
teruntuk untukmu untukku untuk semua...
kepercayaanmu
kepercayaanku
kepercayaan semua saudara Islam
hanyalah satu
yang menguatkan tauhid kita
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH KECUALI ALLAH
NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
kalimah tauhid ini yang hendak kita bawa
sampai ke hujung nyawa kita
salam sejahtera duhai saudara baruku
ketenangan di wajahmu
ketenangan di hatimu
keharuman imanmu
amat menyejukkan iman kami di sini
kami rasa panggilan syahadah yang bertahta di hatimu
bagaikan suara-suara dari Syurga
agar kamu dan kami
saling bekerjasama
menautkan hati-hati untuk bersatu
merealisasikan misi dan visi
sebagai tanggungjawab
Khalifah di muka bumi-Nya ini
ALLAHU AKBAR
benarlah Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
mahukan hamba-Nya
saling bantu membantu
kepada semua saudara seislam
tanpa mengira dari negara mana mereka berasal
kerana kita bernafas
dari bumi yang sama
kita hanyalah menumpang di bumi-Nya...
satu saat nanti kita akan dipanggil pulang ke Pangkuan-Nya..
moga berkat kita bersilaturrahim
membawa kita jalan-jalan ke Syurga-Nya...
In Shaa Allah bersama di Syurga Firdausi
memandang Wajah Allah Azzawajallah
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
indahnya di kala itu hanya DIA yang tahu
akan kesyukuran kita
ALLAHU AKBAR
mendengar cerita Syurga kita sudah gembira
inikan pula menjadi penghuni Syurga
sebelum menjadi penghuni Syurga
selagi ada waktu tinggal di bumi-Nya ini
selagi nyawa ada di kerongkong
kita bersama berhijrah
untuk bersama bersumpah setia
mahu mengikut jalan-jalan ke Syurga-Nya
tanpa ada pendustaan dalam kata-kata
kerana Rahmat Kasih-Nya
masih mendahului murka-Nya...
agar kita masih berkesempatan...
meraih cinta dan redha-Nya...
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Saudara Seislammu Yang Menyayangimu Demi-Nya,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
3 Muharram 1435H
7 November 2013M
(Alhamdulillah, seorang gadis Kristian Catholic MEXICO, Rhieannon GuZman-cruz telah memeluk Islam
Selamat Datang wahai saudari Islam kami semua
Tahniah kerana berani membuat pilihan yang tepat .
Alhamdulillah, semakin ramai umat Islam
Jom LIKE -> Dato' Siti Nurhaliza)
0 comments:
Post a Comment