Tuesday, 4 February 2014

RAJA & PENDEKAR MELAYU ADALAH TENTERA ALLAH






      • RAJA & PENDEKAR MELAYU ADALAH TENTERA ALLAH

        GURINDAM & PANTUN RAJA DENGAN HULUBALANG RAJA (Bhg 1)

        RAKYAT SENTIASA MENJUNJUNG KASIH DITAATI SEGALA TITAH


        Daulat Tuanku...

        Raja adil raja disanjung
        Raja mengasihi rakyat raja disayang

        Rakyat sentiasa menjunjung kasih
        Ditaati segala titah

        Raja dan rakyat tak akan terpisah
        Saling bekerjasama demi memakmurkan
        Hidup dalam negara yang aman lagi permai

        Elok rupa elok bahasa
        Bahasa istana penuh santun
        Raja dan rakyat saling berbahasa
        Membudayakan sentiasa bahasa nan santun

        Raja dan rakyat berpisah tiada
        Saling kasih mengasihi demi meraih Rahmat Ilahi
        Aman damailah negeri diperintah
        Raja yang mementingkan rakyat
        Daripada kepentingan sendiri

        Moga Allah merahmati hidup dan mangkat tuanku
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

        Sembahan gurindam dari patik,
        Ratu Rimba Niagara
        Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
        Malaysia/Indonesi/Brunei/Singapura/Thailand
        24 Jun 2013

        HULUBALANG MELAYU AKAN PERTAHANKAN INSTITUSI DIRAJA

        Takkan hilang melayu di dunia,
        Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
        Bersatulah Melayu sedunia,
        Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.

        Pendekar melayu menjadi sanjungan,
        Dulu kini dan selamanya;
        Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
        Disanjungi kerana kekuatan makrifatullahnya.

        Melayu sakit semuanya sakit,
        Kerana jiwa melayu berakar umbi;
        Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
        Itulah bukti melayu sudah satu hati.

        Melayu pencetus kebangkitan ummah,
        Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
        Pendekar melayu akan satukan ummah,
        Kerana mahu mati dalam fisabilillah.

        Jiwa pendekar melayu tak takut mati,
        Anak jantan melayu pantang dicabar;
        Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
        Nyawa jadi taruhan jika dicabar.

        Melayu hina melayu kepantang melayu,
        Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang;
        Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu,
        Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.

        Melayu kuat kerana bersatu,
        Kutuk mengutuk hina menghina;
        Bukan jiwa pendekar melayu,
        Yang ada membela yang teraniaya.

        Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat,
        Raja sekarang selalu muafakat;
        Muafakat Raja bersama rakyat,
        Raja dan rakyat hidup penuh berkat.

        Hulubalang sultan sedia berbakti,
        Pada raja berjiwa hamba-Nya;
        Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
        Laksamana lambang kepahlawanan sejati.

        Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu,
        Raja dan rakyat saling menyanjungi;
        Kata sepakat semua rumpun melayu,
        Barulah mengundang Rahmat Kasih Ilahi.

        Melayu oh! melayu
        Perwira oh! perwira
        Pahlawan oh! pahlawan
        Pendekar oh! pendekar
        Laksamana oh! laksamana
        Hulubalang oh! hulubalang

        Berjuanglah kalian
        Hingga ke titisan darah terakhir
        Fisabilillah lah kamu jangan jemu
        Syahidmu di medan juang
        Allah sayang padamu
        Syurga Firdausi tempatmu
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
        Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
        Syahid ke jalan-Nya
        Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
        Aku bangga denganmu
        Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
        Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
        Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        25 Jun 2013
        (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR TENTERA FISABILILLAH YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA)
      • Pangeran Adipati Agong Salam RRN..
        kami takkan banyak berkata atau menuduh...cukup kami katakan apa guna berbuat apa saja demi kedudukan...bukan darjah itu digunakan sebagai satu passport yg membenarkan..
        Cukup dengan beliau ini sudah pernah kami mandikan april tahun lepas..
        Kami kenal beliau..
        Memang dia ada darah kerabat tapi tdklah waris mana2 kerajaan..wslm
      • Ratu Rimba Niagara Waalaikummusalam wr wb..
        Kepada tuanku pengeran Adipati Agong
        Yang patik hormati lagi sanjungi
        Biarpun sudah lama terpisah alam maya
        Tapi masih Allah berikan kita kesempatan

        Untuk bertanya kabar...
        Dan sama membetulkan yang khilaf
        Apakah maksud sebenar Adipati Agong 
        Menyatakan kenal sama beliau
        Yang berdarah diraja...
        Adakah beliau seorang yang 
        Tidak jujur dalam tingkah laku
        Telah jelaskan sekiranya 
        Bener atau pun tidak
        Hamba tidak mahu menghukum yang tak bersalah
        Hamba tidak mahu hidup dalam sentiasa bersangka buruk kepada seseorang 
        yang hamba hormati walau siapapun darjatnya
        bagi hamba setiap manusia itu 
        berhak untuk membela dirinay jika dia 
        diaibkan sebegini rupa...
        jika benar itu sudah jatuh mengumpat
        jika tidak benar sudah jatuh menfitnah
        semuanya dilarang oleh Allah swt
        ada cara lain untuk emnghukum yang bersalah
        bukan diaibkan sebegini rupa ...
        Jika benerlah tuanku pangeran keturunan raja dan telah kenal beliau yang keturunan raja juga harap beri penjelasan tentang hal ini agar segala kekeruhan dapat dijernihkan semula dalam penuh saling memaafkan yang khilaf...
        Andailah kata tuanku azman tidak bersalah dia difitnah kerana iri hati manusia terhadapnya...dan matinya diterima Allah...Subhanalalah syahidlah tempatnya...tapi bagaimanakah kita yang hidup ini...telah menfitnahnya dan tak sempat untuk memohon maaf padanya...di manakah tahap kita di Sisi Allah ketika itu? Ingatlah Allah tidak mengira bermulanya kamu Allah mengira berakhirnya kamu...sama-samalah kita muhasabah diri dalam hal ini. Kepada tuanku Azman patik minta maaf jika sepanjang perkenalan kita di alam maya membuatkan tuanku azman terguris hati ...percayalah siapapun tengku azman...tengku azman sama seperti saya yang setiasa berstatus hamba yang mahu pulang ke Pangkuan-NYa dalam jiwa dan roh yang tenang...Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
        5 hours ago · Like · 1
      • Raja Arifin Raja Ali Ini adalah benar bukan fitnah maka banyak wanita dan gadis buat pengaduan pada saya dan juga mereka takut mahu buat tindakkan karena dia main ilmu orang ghaib selalunya dia kata kepada wanita tunggal yang dia nikah sama mereka secara ghaib . ini beran ...See More
      • Raja Arifin Raja Ali dan dia juga adalah admin dalam group saya satu ketika , karena ada pengaduan dari ahli-hali wnita saya maka saya sinkirkan dia dari group saya , saya keluarkan gambar dia supaya yang tiada kenal sama dia berhati-hatilah dia bukan raja atau tuanku dan ingin menjada sultan melaka , bukan kan ini bila namanya .
      • Ratu Rimba Niagara Untuk melindungi wanita sudah baik ...tapi jika hendak membela sekalipun tak akan sampai sanggup memijak Al-Quran untuk menyatakan benar tengku azman itu bersalah..biar mahkamah saja yang menjatuhkan hukuman.Makanya saya cabar Raja Ariffin membuat laporan polis bagi pihak wanita yang teraniaya itu..berani? ha itu baru pejuang berani mati demi menjaga kesuciaan Islam itu sendiri.Tak perlu takut pada alam ghaib...takut saja pada Allah...silakan Raja Arifin buat aduan pihak berwajib bagi pihak wanita yang ingin dibela...jangan sampai berani hendak memijak Al-Quran itu lebih menghinakan Al-Quran. Tuhan berada di pihak yang benar. Jadi semua orang mahukan kebenaran. Berani kerana benar...jika kita hendak menjadi pembela ...kita yang mesti buktikan bukan dengan cara menyiarkan gambar dan sanggup memijak Al-Quran bagi orang percaya...jika junjung Al-Quran itu masih boleh diterima.
      • Ratu Rimba Niagara Duhai rakan-rakan alam maya yang dikasihi dunia akhirat...
        yang haq tetap yang haq
        yang haq kita sama-sama bela
        yang salah kita sama tentang
        barulah segalanya bisa aman dan damai 

        saya memohon maaf jika ada bahasa saya yang diungkapkan tersalah difahami lalu membenci saya...janganlah sampai jadi begitu ya...saya pun manusia yang tak sempurna...kita di sini salinglah menyempurnakan mana yang kurang barulah jadi sempurna...di Sisi Allah...itu yang kita mahukan 
        moga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera...
        dan kepada yang mengatakan sanggup pijak Al-Quran berjanjilah tidak akan mengulangi perkataan itu lagi...jika diulangi saya akan undurkan pena saya dari sini ..
  • Pangeran Adipati Agong Subhanallah...
    Prihatinlah dllm hujahan dan kata2..
    Kelak menzalimi diri sendiri..
    Allah swt yang berhak mengadili sesuatu perkara...
    Berlepaslah...Insyaallah
  • Ratu Rimba Niagara Kenapa hujahan
    saya tidak prihatin ke? 

    Jika tidak prihatin sebutkan ayat mana yang
    saya salah? biar saya perbetulkan bagi betul
    bagi prihatin.
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Sabda Nabi Muhammad S.A.W
Unlike ·  · Unfollow Post ·  · about an hour ago via mobile
  • You and 14 others like this.
  • Ratu Rimba Niagara ALLAH PANDANGLAH AKU DENGAN PENUH RAHMAT KASIH-MU

    ALLAH...ALLAH...ALLAH
    KAU YANG KUCINTA
    KAU YANG KUPUJA

    MENYEBUT NAMA-MU RASA TAK JEMU
    HADIRLAH KAU DALAM HATIKU
    HADIRLAH KAU DALAM JIWAKU
    HADIRLAH KAU KETIKA NAZAKKU
    AGAR BILA BERTEMU-MU DI LANGIT KE TUJUH
    KAU MEMANDANGKU DENGAN PENUH RAHMAT KASIH-MU
    SUBHANALLAH INDAH-NYA PERTEMUAN DI KALA ITU
    CINTAKU CINTA-MU 
    TERPANA DALAM DZAT CINTA-MU
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    HANYA KAU DAN AKU YANG TAHU SAAT PERTEMUAN DI KALA ITU MAKA-NYA 
    YA ALLAH SEBELUM PERTEMUAN ANTARA AKU DAN KAU 
    BERILAH PELUANG SEMASA HAYATKU MASIH ADA
    UNTUK MEMBUAT SEGALA KERJA-KERJA AMAL SOLEH 
    YANG KAU REDHAI YANG ADA NILAIAN DI SISI-MU 
    SEGALA KERJA AMAL BIARLAH ANTARA KAU DAN AKU SAJA YANG TAHU BUKAN UNTUK DIRIAKKAN KEPADA MANUSIA BIARPUN SEBESAR ZAHRAH
    KARNA RIAKKU SEBESAR ZARRAH ITU AKAN MEMAKAN AMALAN SOLEH NAUZUBILLAH...
    LENYAPKANLAH AMALAN YANG KUBERBUAT DARIPADA PANDANGAN MEREKA 
    KARENA AMALAN YANG KUBUAT ADALAH LAMBANG CINTAKU PADA-MU ALLAH...
    HABLUMNINANNAS HAMBLUMMINALLAH 
    ITU YANG KAU AJARKAN KEPADAKU YA ALLAH
    MAKANYA JADIKAN TINTA-TINTA YANG KUTULIS INI
    DAPAT MENYATUKAN PERPADUAN UMMAH DI SELURUH DUNIA
    INI YANG KUDAMBAKAN DARI-MU YA ALLAH
    DALAM MEMPERJUANGKAN ...PERJUANGANKU INI 
    KAU KURNIAKAN PARA HAMBA-MU YANG BERJIWA AKHIRAT
    UNTUK MEMBANTUKU MENJAYAKAN NIAT SUCIKU INI
    KAU BUKAKAN HATI HAMBA-HAMBA-MU UNTUK MEMBANTUKU
    SAMADA SECARA GHAIB ATAU NYATA
    KARENA PERJUANGANKU ADALAH ILHAM DARI-MU
    YANG AKU SYUKURI SEBANYAK-BANYAK-NYA
    HADIRKANLAH ALLAH KARENA AKU TAKUT PERJUANGANKU
    KECUNDANG DISEBABKAN TIADA INSAN YANG SUDI BERSAMAKU MEMBANTUKU...
    YANG AKU RAYU INI BUKAN PADA HAMBA-MU YA ALLAH
    JIKA KEPADA HAMBA-MU PASTI DIA TIDAK MEMAHAMINYA
    JIKA KEPADA-MU PASTI KAU AKAN MEMAHAMKANNYA
    AGAR TERBUKA HATINYA MEMBANTU AKU KE JALAN-JALAN-MU
    ANDAI-NYA TIADA JUGA HAMBA-MU YANG SEJUJUR IKHLAS UNTUK MEMBANTUKU PERJUANGANKU HINGGA TAK DAPAT DITERUSKAN LAGI...MAKANYA YA ALLAH AKU REDHO KAU AMBIL SAJA NYAWAKU KERANA AKU TAK SANGGUP LAGI HIDUP TANPA PERJUANGANKU LAGI...INILAH PERMINTAANKU PADA-MU ALLAH....MOGA KAU SUDI AMPUNKAN AKU..DAN SUDI MEMAKBULKAN DOAKU....AAMIIN YA RABBAL A'ALAMIIN.

    HAMBA-MU YANG BERGANTUNG HARAP SEPENUH-NYA PADA-MU
    .................................
    16 Syaaban 1434H
    25 Jun 2013
    54 minutes ago · Like · 1
  • Dekerinchi Dk Harap maklum hadis diatas merupakan hadis palsu..mohon diselidiki sebelum diposting... Harap diremovedkan agar tidak disebarkan..
  • Nasrullah Nasrul Kalo nk tau kuar 3hari dlu...
  • Ratu Rimba Niagara Setahu saya benar malaikat maut memerhatikan setiap manusia 70 kali sehari. Menunggu arahan dari Allah untuk mencambut nyawa manusia tidak dicepatkan atau dilambatkan walaupun sesaat. Cuma gelak ketawa itu sampingan bagi mengingatkan kita agar jangan lalai betulkan Nasrullah Dk.
    11 minutes ago · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara Perkara yang menginsafkan jangan diremovekan. Yang lagha itu patut diremovekan.
    9 minutes ago · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara Jika diremovekan saya akan removekan karya-karya saya dari sini juga.
    9 minutes ago · Like · 1
  • Dekerinchi Dk Jgn Kata 3 hari Tuan..berhari-hari pun insyaallah....tiada apapun yg berubah..klu palsy total palsy... rasullullah amat melaknati perkara yg bukan DRI ucapannya...hadis INI telah dibicarakan dalam banyak kitab muktabar.Dan ulama-ulama besar.harap diselidiki..sekadar ingatan
    .
  • Nasrullah Nasrul Ikt jemaah tabligh ye...kuar 3hri..
  • Ratu Rimba Niagara Makanya dari itu Dekerinchi Dk...siarkan hadis yang sebenarnya sohih biar kita sama-sama mengakui kekhilafan kita...
    Subhanallah indahnya jika saling membetulkan yang tak betul.
    5 minutes ago · Like · 1
(PETIKAN GALERI SASTERA RATU RIMBA NIAGARA)
4 Rabiulakhir 1435H
4 Februari 2014M

0 comments:

Post a Comment

 
;