Wednesday 5 February 2014

"SETIAP APA YANG KUTULIS ADALAH SASTERAKU ILHAM DARI-NYA SYUKUR SEBANYAK-BANYAK-NYA"


  • TIKA SASTERAKU BERADA DI ALAM REALITI-NYA 

    Assalamualaikum 
    Mantan rakan fbku
    Rostam Efendi Eskak
    emang sedih di kala
    sedang aku 
    membara 
    bergelora semangat
    juangku menulis
    kau menyuntik kata-kata semangat padaku
    katamu akan ada 
    yang menganugerahkan aku
    status Doktor
    karena aku berkarya pelbagai tema
    aku tergelak sendiri
    di luar kotak pemikiranku untuk terima pangkat itu
    sekadar cadaan bolehlah
    kalau benar dapat pangkat Dr
    itu adalah hadiah untuk anak cucuku 
    biar mereka tahu moyang sastra mereka 
    yang tak berapa pandai ni ditauliahkan Dr...
    apapun itu bukanlah matlamat aku menulis
    aku menulis karena sudah ditakdirkan aku seorang penulis
    aku menulis sejak aku anak kecil lagi
    hinggalah sekarang
    minat sangat menulis
    tak kira pagi petang 
    siang dan malam aku menulis
    ada ide aku tulis
    tak ada ide aku tak tulis
    selagi ide itu baik Allah swt yang ilhamkan
    jika ide itu tak baik atas kejahilan aku sendiri
    itu prinsip aku menulis
    yan baik baik aku nak tulis
    yang tak baik ku tak mahu tulis
    jadi apa saja ide
    untuk menjadi bahan penulisan
    akan ku tulis
    tulis penuh berhati-hati 
    agar tiada hati yang terguris
    karena aku manusia biasa
    aku tak terlepas dari diuji
    diuji terus diuji
    samada aku boleh bertahan atau tidak
    untuk terus menulis dan menulis

    Karena aku mahu terus menulis
    aku akan tinggalkan mereka
    yang menjadi rakan fbku
    jika mereka tidak memberi impak apa-apa 
    dalam dunia sasteraku
    meninggalkan mereka tak semestinya 
    aku memutuskan silaturrahim
    tujuan aku menerima mereka sebagai rakan fbku
    untuk menyuntik semangatku menulis
    walaupun sekadar like dan komentar
    ini like dan komentar pun tak mahu
    senyap sepi terus sepi
    makanya aku terpaksa undur diri
    bukan ego bukan sombong
    mereka yang menjadi rakan fbku 
    sudah sedia maklum akan hal ini
    makanya aku tak kisah jika rakan fbku
    undurkan diri jika mereka tahu mereka
    tidak dapat menjadi rakan fbku
    begitu juga kamu
    pada mulanya aku tidak percaya
    bilamana kamu yang telah kuanggap sebagai 
    pejuang sastraku undurkan diri daripada menjadi rakan fbku
    bila kutanya kepada kamu kenapa undurkan diri
    kamu bilang ...kamu sibuk dengan tugasmu
    dan aku redho
    sebenarnya aku telah biasa menghadapi situasi begini
    mulanya berjanji mahu setia sebagai 
    pejuang sastraku
    susah senang bersama sastraku
    tak sampai beberapa minggu, purnama
    terus sepi menyepi
    yang lebih sedih lagi
    terus benci samaku
    terus tak mahu berkawan denganku
    sebab inilah yang membuatkan 
    aku tak ramai rakan fb cuma boleh dibilang dengan jari
    bukan aku sombong atau ego
    tapi aku cuma mahu rakan fb yang setulus ikhlas
    mendukung/menyokong perjuangan sastraku karena Allah Taala
    jika semua rakan fbku
    sememangnya memahami cita cita sasteraku
    bukan seorang lebih 1000 orang pun tak apa
    menjadi rakan fbku
    tapi ada ke?
    bukan tak ada
    kalau ada pun sejuta dalam seorang pun sukar
    mahu memahami dunia sasteraku
    termasuk juga kamu
    tidak akan memahaminya
    kamu pun tinggalkan aku atas alasan sibuk
    bagiku jika benar ikhlas rakan sejati 
    sehidup semati dalam perjuangan
    tidak akan mematikan persahabatan yang dipercayai separuh mati...
    ini terhenti kepercayaanku padamu
    janganlah kamu kecil hati ya...
    sebab aku suka terus terang walaupun pedih untuk berkata
    apa yang tersirat di hatiku....

    Dalam usia selewat begini 
    aku tiada masa memikirin 
    mereka yang terus sepikan karyaku
    kutuk karyaku
    yang aku pikirin apa yang boleh mereka
    bantu aku merealitikan sastraku menjadi kenyataan
    merelitikan cita-cita sastraku
    agar diterima di seluruh dunia
    diterjemahkan ke bahasa seluruh dunia
    memanglah aku tak sehebat 
    sasterawan dan pujangga yang ada di dunia ini
    tapi tak salah kan aku bercita cita besar seperti itu
    walaupun aku tak ada 
    ijazah bergulung gulung untuk merealitikan cita-cita sasteraku
    tapi bagiku bilamana Allah swt izinkan
    tiada yang tak bisa semua-Nya bisa atas ijin-Nya...
    jika Allah swt tak ijinkan pun aku sudah bersedia untuk redho
    sudah dapat diinjinkan berkarya pun sudah syukur sebanyak-banyak-Nya.

    In Shaa Allah selagi Allah izinkan aku akan terus berkarya
    andainya karyaku berjaya menembusi pasaran dunia
    dan cita-cita sastraku berjaya menjadi realiti dengan izin-Nya... barangkali aku sudah tak bersiaran karya di alammaya lagi karena aku sibuk dengan dunia sasteraku di alam realiti-Nya...itulah yang aku dambakan kenapa aku bersastra In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    "SETIAP APA YANG KUTULIS ADALAH SASTERAKU ILHAM DARI-NYA SYUKUR SEBANYAK-BANYAK-NYA"

    Karya Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua,
    202 Negara Dunia & Seluruh Dunia 
    6 Rabiulakhir 1435H
    6 Februari 2014M

KELIRU TIKA SASTERAKU BERADA DI ALAM REALITI-NYA

Ratu boleh kutanya ?

Silakan...

Apa maksudmu tika sasteraku berada di alam realiti-Nya...
aku nggak paham dech apakah selama ini sastramu tidak berada di alam realiti-Nya...
kamu jangan menulis membuatkan orang yang membaca jadi keliru ok?

Duhai sahabatku tika aku hendak tulis ...aku pun kuatir akan ada yang persoalkan akan tajuk karyaku kali ini tapi aku tulis juga karena itulah tajuk yang sesuai bagi karyaku itu...Allah itu Maha Sempurna apa yang diciptakan adalah realiti sempurna...nama-Nya yang 99 dan sifat-sifat yang ada pada Allah semua sudah sempurna jika kita faham sepenuh-Nya itulah kesempurnaan iman kita.

Habis tu kenapa kamu bilang di alam realiti-Nya...tolong jelasin padaku ya...

Moga peneranganmu ini bisa membuatkan kamu faham ya...
sekarang ini aku berkarya di alam maya
andainya karya sasteraku yang kutulis di alam maya jadi realiti
berarti apa cita cita sastraku yang telah ada dalam perancanganku
kujayakan sepenuhnya...moga perancanganku seiring dengan perancangan-Nya...
itu maksudku...

Oo...gitu...baru aku paham makanya aku doakan moga cita-cita sastramu berjaya
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.

Aamiin Ya Rabbal a'Lamiin


RATU RIMBA NIAGARA
6 Rabiulakhir 1435H
6 Februari 2014



TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,'SEKADAR NAMA PENA RATU RIMBA NIAGARA' Karya Ratu Rimba Niagara , Ir Andi Masnur, Harimau Perang & Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari

kasihan aku
siarkan karya tiada yang sudi
nak like dan beri komen
panjang berjela-jela
disiarkan setiap hari
sudahlah tak like
sudahlah tak beri komentar
kena kutuk ada lagi
yang lagi sedih tu
aku like PAGE mereka
entah di mana khilaf aku
aku tidak dibenarkan
beri komen di PAGE mereka
apa mereka ingat aku like
PAGE mereka tu suka suka je ke
pasti aku mahukan informasi
apa yang ada di PAGE mereka
aku like PAGE mereka kerana aku minat
kerana PAGE mereka itu
termasuk dalam
tema sastra yang bakal kutulis
bukan PAGE mereka saja
aku beri komentar
di mana-mana group dan PAGE
aku beri komentar
bukanlah nak berlagak pandai dari mereka
tapi dah aku minat
nak buat macam mana
daripada aku disekat daripada beri komen
aku rela mereka removekan aku saja
buat apa aku nak baca PAGE mereka
tapi aku tak boleh nak komentar
aku rasakan seolah mereka itu macam
nak seksa aku
aku rela mereka removekan aku
daripada mereka sekat aku memberi komentar
tapi selagi aku tahan dengan seksaan mereka itu
aku sabar ajelah
kalau aku tak tahan
aku undurkan diri
buat apa terhegeh hegeh
pada yang tak sudi
aku pun ada perasaan
sekali terguris
akn kucoba balut dengan penawar iman
moga penawar iman
membuatkan aku tabah
dalam merawat kelukaan yang dalam
terlalu parah membarah
moga kelukaan berkarya di alammaya
tidak menjadikan aku seorang yang pendendam
malah redho jika mereka tak sudi dengan karya karyaku
Ya Allah berilah aku kekuatan
dalam menebarkan kasih sayang kepada semua kerana-Mu.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
5 Rabiulakhir 1435H
5 Februari 2014M

FIKIR YANG TENANG KETENANGAN JUGA JAWAPANNYA

bila kita susah akan ada kesenangan menanti
bila kita senang akan ada kesusahan dilalui
bila kita muda akan tua
bila kita tua akan muda kembali
karena di Syurga penghuninya muda
makanya semua ada jawapan yang membuatkan kita tenang
moga apapun keadaan kita...
kita sentiasa tenang di kala hidup tenang di kala mati
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

RATU RIMBA NIAGARA
5 Rabiulakhir 1435H
5 Februari 2014M

KERAJAAN RIMBA NIAGARA

Kerajaan Rimba Niagara
kerajaan imaginasi
buat pencetus ilham
Pujangga Ratu Rimba Niagara berkarya
bertemakan Raja, Pemimpin dan Rakyat
di Lima Benua
MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI, SINGAPURA DAN THAILAND
moga pantun, gurindam, syair dan puisi yang dikarangkan boleh diterima oleh mereka di alam maya dan alam realiti menerima sebagai penglipurlara yang berkesan dan terkesan di hati pembaca karya-karya Ratu Rimba Niagara.

Kerajaan Rimba Niagara yang diwujudkan di dalam karya hanyalah untuk berbakti kepada kerajaan di Lima Benua melalui karya pujangga yang dikarangkan secara tidak langsung memartabatkan KESUSASTERAAN BAHASA MELAYU.

Andai ada kekhilafan fakta , bahasa dan apa saja yang tidak menyenangi pembaca boleh memberi tunjuk ajar dan amatlah dialu-alukan jika ada yang sudi memberi komen yang membina bagi memantapkan hasil karya yang ditulis.

Moga satu saat nanti karya sastera yang dikarangkan Ratu Rimba Niagara mendapat tempat di hati seluruh rakyat di Lima Benua dan di seluruh dunia In Shaa Allah Aameen.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,

Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
30 Muharram 1435H
4 Disember 2013

RAIHLAH GELARAN ROH-ROH JIWA YANG TENANG

MATA HATI TERSOROK DI BALIK HATI
ITU YANG MAKAN HATI BERULAM JANTUNG
HARI-HARI BERKATA SOAL HATI
TAK JUGA MERESAP DI HATI
TERUS LESAP ENTAH KE MANA
MERANA HATI
BILA SEJARAH NENEK MOYANG
SENGAJA DILUPAKAN
SENGAJA DI KHIANATI
BIAR MUSNAH SEGALA SEJARAH
SEJARAH JADI PARAH
BIAR SEJARAH BARU BERMULA
YANG MAKAN HATI TERUS MAKAN HATI
SAMPAI MATI DIBAWA HATI

KASIHAN NENEK MOYANG
ANAK CUCU SUDAH LUPA SEJARAH
PERJUANGAN NENEK MOYANG
TITIK PELUH NENEK MOYANG
DIINJAK-INJAK ANAK CUCU
MERAUNG NENEK MOYANG DALAM KUBUR
SUDAHLAH TIDAK MENDOAKAN SEPOTONG AYATPUN
PERJUANGAN NENEK MOYANG DIPERLEKEHKAN
DIINJAK-INJAK ANAK CUCU
SEMATA-MATA GILAKAN KUASA MAHU MEMERINTAH
TAMAKKAN HARTA AGAR SENANG MELOBIKAN HARTA LAGI
GILAKAN KUASA UNTUK MENAMBAH HARTA
AH...! MALANG JIKA GILA KUASA UNTUK MELOBI HARTA

DUHAI ANAK CUCU
HEBAT MACAM MANA PUN KALIAN
BERKUASA MACAM MANA PUN KALIAN
BERTIMBUN HARTA MACAM MANA PUN KALIAN
KALIAN AKAN TETAP BERGELAR NENEK MOYANG JUGA
KALIAN AKAN KE KUBUR JUGA

SEBELUM BERGELAR NENEK MOYANG
SEBELUM KUBUR PANGGIL MARI RUMAH KATA PERGI
BERUBAHLAH... BERUBAHLAH....BERUBAHLAH....
HAMBA YANG MAHU KE JALAN-JALAN-NYA
SEBELUM BERGELAR ARUAH....
RAIHLAH GELARAN ROH-ROH JIWA YANG TENANG
LAGI DIREDHAI....PASTI HIDUP MATIMU TENANG...

JIKA KAMU PUNYA KUASA
BIARLAH KUASA BOLEH MENGAJAK DIRIMU DAN RAKYATMU
BERTAMBAH DEKAT DENGAN ALLLAH

JIKA KAMU PUNYA HARTA
INFAKKAN KE JALAN ALLAH KERANA ITULAH HARTA YANG KAU PUNYA
JIKA KAMU PUNYA HATI
SINARKAN DENGAN NUR CAHAYA HIDAYAH DARI ILAHI

JIKA MATA HATIMU SUDAH ADA
BARULAH HATIMU TIDAK LAGI MENYOROK DI BALIK HATI
BARULAH KAMU MENGHARGAI AKAN PERJUANGAN NENEK MOYANG BARULAH KAMU SUDI MENGHADIAHKAN SEPOTONG AYAT UNTUKNYA
BEGITU HEBATNYA JIKA KITA PUNYA MATA HATI
MOGA MATA HATI KITA DIKEKALKAN HINGGA NAFAS TERAKHIR
IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

RATU RIMBA NIAGARA
3 Rabiulakhir 1435H
3 Febuari 2014M

Ir Andi Masnur Karya Sastra YM Ratu Rimba Niagara yang sangat Gemilang. Luar Biasa, Fantastis dan Fenomenal

DI SELURUH BENUA INI AKAN KURENCISKAN TINTA BERDARAH!

JANGAN BERPAYUNG DI BAWAH MENTARI,
JIKA TAK BERANI MEMIJAK BARA DI BUMI;
HANG TUAH RELA KORBANKAN DIRI SENDIRI,
DEMI SYAHIDNYA KE JALAN ILAHI.

BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
ITU PRINSIP HANG JEBAT HANG TUAH;
HANG TUAH HANG JEBAT RELA BERDEPAN AJAL,
ASALKAN BUMI PERTIWI TIDAK DIJAJAH MUSUH.

AYUH PAHLAWAN MELAYU BERSIAP SIAGA,
MENENTANG MUSUH DURJANA;
DI MANA-MANA MUSUH SENTIASA ADA,
MENUNGGU MASA MERAMPAS KUASA.

JANGAN LEKA JANGAN LALAI,
DUHAI SEMUA PAHLAWAN NEGARA;
KERANA MUSUH TAK PERNAH LALAI,
SENTIASA MENCARI PELUANG MEMERINTAH NEGARA.

NEGARA INI KITA YANG PUNYA,
MOYANG KITA TINGGALKAN UNTUK KITA;
TAK SEMUDAH ITU MEREKA NAK AMBILNYA,
LANGKAH MAYATKU DULU SEBELUM NIATMU BERMULA.

BIARPUN BUMI NUSANTARA INI BERMANDIKAN DARAH,
AKAN KUTUNTUT BIARPUN SEINCI TANAH MOYANGKU;
DI SELURUH BENUA INI AKAN KURENCISKAN TINTA BERDARAH,
AGAR MEREKA TAHU BETAPA AKU CINTA AKAN NUSANTARAKU.

SUDAH LAMA AKU HIDUP DI DUNIA INI,
TIADA APA SEMAI BAKTIKU PADA NUSANTARA TERCINTA;
KAN KUPERAH KERAHKAN OTAKKU INI;
MENIUPKAN BARA PERJUANGAN SEMUA WIRA TERCINTA.

PERJUANGAN INI TIDAK AKAN PERNAH PADAM DI HATIKU,
BIARPUN SELURUH PENDEKAR TIDAK MENDENGAR PUISIKU;
BERJUANGLAH DIKAU DENGAN KEPERKASAANMU,
SIAPALAH AKU HENDAK DIBANDINGKAN KEPAHLAWANANMU ITU.

CUMA HARAPAN KU SATU,
JANGAN KAU LUPA PESANAN HANG TUAH;
MELAYU ITU CUMA SATU;
MAKANYA TAK AKAN HILANG MELAYU DI BUMI BERTUAH.

MARILAH KITA BERSATU DEMI KEPENTINGAN MELAYU,
MARILAH KITA BERSATU HATI DEMI TUNTUTAN ISLAM;
BERKONGSI KUASALAH DEMI ANAK CUCU MELAYU,
KERANA BEGITU INDAH-NYA KESUCIAN ISLAM.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
3 Rabiulakhir 1435H
3 Febuari 2014M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PEJUANG MELAYU NUSANTARA TERCINTA MOGA KEKALLAH MERDEKA SEHINGGA DUNIA BELUM KIAMAT AAMIIN)

DUHAI ANAK BANGSAKU YANG TERSAYANG DEMI-NYA

DUHAI ANAK BANGSAKU TERSAYANG
KU SAYANG KAMU SEMUA-NYA KARENA-NYA
DEMIMU KUKERAH PERAHKAN OTAKKU
UNTUK SENTIASA BERFIKIR TENTANGMU
BERFIKIR GIMANA HIDUPMU TERJAMIN SEJAHTERA
HIDUP MENGECAPI NIKMAT KEMERDEKAAN NEGARA SENDIRI
KAMU TIDAK AKAN DIHINA DIKEJI DIJAJAH OLEH MEREKA YANG MENDENGKI

JIKA IZIN-NYA APA YANG KUTULIS SEMUA KARYA-KARYAKU TENTANGMU
ANAK BANGSAKU YANG BERSELERAKKAN DI ALAM MAYA INI DIBACA PENUH PENGHAYATAN OLEH PIHAK-PIHAK YANG BERKENAAN UNTUK MEMBELAMU
PASTILAH AKU YANG PALING BAHAGIA SEKALI
KARENA NASIBMU AKAN TERBELA DAN DIBELA
KARENA ANAK CUCU SELEPAS INI
TIDAK SEORANG PUN TIDAK DIBELA DIBIARKAN TERCICIR SEMUANYA TERBELA
IBU PERTIWI PASTI TERSENYUM SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI KARENA BUMI BERTUAH YANG KITA DIAMI BUAT SEMENTARA INI SENTIASA BERSYUKUR DENGAN RAHMAT DAN KASIH-NYA HIDUP KITA AMAN DAMAI SEJAHTERA
DENGAN NIKMAT KEMERDEKAAN
YANG DIPERJUANGKAN OLEH LELUHUR MOYANG NUSANTARA KITA

YA ALLAH SYUKUR KAMI DENGAN NIKMAT KEMERDEKAAN NUSANTARA YANG TERCINTA INI
YA ALLAH DENGAN BELAS KASIHAN-MU
KEKALKANLAH NIKMAT KEMERDEKAAN NUSANTARA INI SAMPAI DUNIA BELUM QIAMAT
AAMIIN YA RABAL A'LAMIIN.

RATU RIMBA NIAGARA
3 Rabiulakhir 1435H
3 Febuari 2014M
·

KALAU KITA BUKAN BERDARAH RAJA USAH KITA MENGGELAR DIRI RATU

"Tengku Arief Arief kalau ada bakat usahlah memuji diri sendiri... biarlah org yang menilai bakat kita....... kerana kata dari cik ratu boleh membuat terguris hati yang membaca....... kalau bukan berdarah raja usahlah kita mengelar diri ratu..... kerana kami dari kerabat kedah pun tidak minta dipanggil tengku atau ape2.... jadi jangan berbangga diri atas kelebihan yang diberi terhadap diri..... bersyukurlah dengan kelebihan anda........ ingat lah gelaran tidak membawa ape2 erti......"

AKU SEDAR SIAPA DIRI AKU YANG BUKAN BERDARAH RAJA

Duhai rakan fbku Harimau Perang...
maafkan aku ...kerana tidak dapat meneruskan menjadikan kau rakan fbku
kau bukanlah pejuang sastera yang aku harapkan
kau sama seperti rakan-rakan fbmu
yang sewenang-wenangnya
menghina sasteraku
sudahlah kau tak sokong aku
kau biarkan rakan-rakan fbmu kutuk aku...
tidak sedikitpun rasa ehsanmu untuk membela aku rakan fbmu
mentang-mentanglah mereka itu berdarjat raja. sultan, tengku,
pangeran, tan sri, pendekar, laksamana, ayahanda paduka...
kamu dan mereka injak-injak karya-karyaku sesuka hati.

Selama ini akulah yang menyanjungi perjuangan raja, pemimpin
mahupun semua yang bergelar pendekar...kerana ingin memasuki dunia mereka aku terima mereka menjadi rakan fbku agar aku mendapat banyak ilham mengenai kisah-kisah diraja, kepimpinan dan kepahlawanan...kisah raja, pemimpin ,pahlawan
yang kuperolehi mahu kupaparkan kepada rakyat jelata...
Inilah rajamu yang berjiwa hamba biarpun berdarjat raja
Inilah pemimpinmu yang berjiwa hamba biarpun punyaI kuasa
Inilah perwiramu yang berjiwa hamba biarpun gagah perkasa

Bila rakyat membaca ketiga-tiga tema yang kukarangkan pada mereka secara tidak langsung mereka menghargai dan menyanjungi
raja mereka
pemimpin mereka
pahlawan mereka

Aku bukan sengaja menggelar diriku ratu
kerana aku sedar aku bukan berdarah raja
itu cumalah nama penaku
agar aku lebih menghayati watakku yang hanya di dalam penulisan karya saja aku tidak bercita-citapun menjadi ratu atau merampas kuasa raja...aku bukan seorang ratu yang rupawan buat orang tertawan yang ada itu cumalah sekadar hiasan gambar saja...itupun memegang watak ratu rimba niagara
bukan watak ratu kepada manusia tak akan memegang watak ratu rimba yang rakyatnya haiwan pun nak dipertikaikan?
dengan haiwan pun nak dengki ke?
aku tak tahu kenapa...

Pengorbananku pada dunia sasteraku
mereka toren-toreh hingga hancur sehancurnya hatiku
hingga tidak bermaya lagi untuk aku teruskan perjuangan ini...
Tuhan...tolong aku Tuhan...jika benarlah bakat menulisku ini adalah Kurniaan dari-Mu lindungilah aku daripada mereka yang dengki apabila dia mendengki
aku ingin menulis dan terus menulis
sehingga terhenti nafas terhentilah pena
agar penulisan aku ini dapat aku tinggalkan kepada pewarisku nanti....moga bahan-bahan penulisanku ini ada nilaian di Sisi-Mu
dengan harapan menjadi bekalanku di akhirat nanti...
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

Hamba-MU Yang Perlukan Ehsan-MU,
27 Jamadilawwal 1434H
8 April 2013
·

Ratu Rimba Niagara Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari
Memulakan sesuatu perhubungan itu agak susah,mempertahankannya lebih sukar...namun untuk memutuskan sesuatu perhubungan itu ternyata semudah a b c

TEMAN KARYA BICARA BISU MASIH TAK MENGERTI APA MATLAMAT MENJADI RAKAN FBKU! MAKANYA JADILAH TEMAN SEMUDAH ABC

kalau hati dah retak sejuta
diperbaiki akan ada parutnya
tak bisa diubati lagi
cuma yang boleh mengubati
bila ingat mati
bila ingat soalan kubur
siapakah saudara kamu
barulah segala hati yang retak
kembali pulih semula
kata-kata berbisa-bisa
semua dilupakan tak disimpan lagi dalam hati
tapi adakah akan selembut salji
jika ada itulah erti hati yang ingat mati...
maka ku mohon ampun segala kesilapanku
pada semua mengenali karya-karyaku

kusangka panas hinga ke petang
tapi rupanya hujan di tengah hari
hajat hati hendak bersahabat alam maya sampai mati
rupanya separuh jalan sudah terhenti
apa nak buat mereka tak sudi
nak bersahabat dengan karya-karya yang aku karangkan
katanya satu pun tak menarik hati membacanya
kerana itu karyaku disepikan
makanya bukan tak mahu teruskan berkawan di alam maya
bersahabat biarlah yang suka pada karya-karyaku
kerana matlamat berteman fb
mencari teman karya-karyaku agar karya-karyaku
boleh diberikan komentar mengikut tema karya yang dihasilkan
itu pun tak akan tak boleh....
kerana tak boleh
makanya karyaku biarkan saja berjuang kesendiriaan
tanpamu lagi....
kerana saling tak memahami
sebab itu perhubungan terputus semudah a b c...
apapun salam mohon kemaafan dan pengertian daripada
semua yang mengenali karya-karya Ratu Rimba Niagara...

HIDUPKU ADALAH KARYA
TAK BERKARYA SEAKAN TERHENTI DETAKAN JANTUNGKU
MAKANYA KUCARI SAHABAT YANG SUDI MEMBERI SOKONGAN
TAPI MEREKA BERSAHABAT DENGANKU HANYA WUJUD TAPI
MACAM TAK WUJUD...SEPERTI HADIRNYA SEMUDAH ABC
MAKANYA PERGINYA PUN SEMUDAH ABC

RATU RIMBA NIAGARA
22 April 2013

(PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA)
3 Rabiulakhir 1435H
3 Febuari 2014M
Yesterday at 12:46am · Like

Ratu Rimba Niagara Adil Marga jaman sekarang asal ada uang banyak kak jadi RATU

Ratu Rimba Niagara masalahnya aku nggak punya uang tapi rakyat rimbaku gelarku ratu ye...katanya aku ratu di hati mereka...hehehe

Adil Marga haha masuk akal

Ratu Rimba Niagara hehehe kita hidup bukannya lama sangat...esok pun kita tak jamin adakah kita masih bernafas lagi...jadi saling ceria menceriakan dalam suasana harmonis
dan berbakti pada yang hidup seikhlas hati apa kelebihan
yang Allah berikan pada kita...
yang penting Allah tahu nawaitu kita

RATU RIMBA NIAGARA
20 April 2013

Ratu Rimba Niagara AKU SENOPATI PEREMPUAN

Harimau Perang...
"Jika takut di lambung ombak... usah berumah di tepian pantai ...
jika takut cemuhan , kritikan dan sindiran manusia ...
usah sesekali bermimpi untuk berjaya ...
jadilah katak di bawah tempurung buat selama lamanya ..
MANUSIA yang takut dengan RESIKO ..
sama sekali tidak akan maju ke hadapan &
sentiasa ketinggalan berbanding manusia yang berani berhadapan dengan RESIKO!"

Ratu Rimba Niagara...SEORANG PEJUANG TAK TAKUT DILAMBUNG OMBAK
SEBAB ITU DIA BERUMAH DI TEPI PANTAI
CUMA PEJUANG YANG PENAKUT AJA MACAM KATAK
DI BAWAH TEMPURUNG CERMIN MEMERHATIKAN SAJA MASA YANG SESUAI
BILA ADA MASA YANG SESUAI BARU DIA BERJUANG
ITUPUN SEKADAR MAHU MEMBALING BATU SOROK TANGAN...

AKU BUKAN KATAK DI BAWAH TEMPURUNG

aku bukan katak di bawah tempurung
aku adalah katak di bawah tempurung lut sinar
yang membolehkan aku memerhatikan seluruh dunia

apabila aku keluar dari tempurung lut sinar
aku tahu keadaan seluruh dunia
makanya kejayaan aku
benar-benar Allah yang ciptakan
DIA yang kehendaki takdirku begitu
berjaya atas usaha sendiri
dan Allahlah yang menentukan
usahaku berjaya atau tidak
bagaimana hebatpun aku bersastera
aku tetap hamba-Nya yang kerdil
kerana tanpa izin-Nya
aku cumalah hamba Allah yang tak tahu apa-apa
tentang ilmu dunia dan akhirat...
makanya tidak layaklah aku memakai pakaian sombong
seorang ratu... kerana aku bukan bercita-cita hendak menjadi ratu
aku hanya mahu menjadi hamba Allah dengan pakaian iman dan takwa
Moga Allah Perkenankan segala cita-citaku yang murni ini
Kepada agama bangsa dan negara jua di seluruh dunia
Bumi Allah tempat persinggahan untuk mempersiapkan bekalan ke negeri abadi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

KARYAKU ASET NEGARAKU TERCINTA
KARYAKU ASET BUMI NUSANTARA TERSAYANG
MOGA KARYAKU MENJADI ASET AKHIRATKU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

KARYA RATU RIMBA NIAGARA @ PUTRI ALAM NILAM PURNAMA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
9 April 2013

KITA BERSAMA MENJADI PERMATA SYURGA YANG ADA NILAIAN DI SISI-NYA

Memang peragai semulajadi manusia susah untuk menghargai satu sama lain. Merasa diri sendiri sudah cukup sempurna ilmu, iman, kuasa, pangkat, harta dunia dan segalanya itu pun masih tidak mencukupi. Orang lain semuanya tak sempurna dianggap sampah-sampah yang tak berharga...terlalu hina kah mereka yang tak sesempurna kita...jika kita anggap mereka sama taraf dengan kita pastinyalah kita akan sedia memahami dan sama-sama berbagi apa yang kita ada ...sudah pasti sampah-sampah tersebut tidak terus hanyut atau sengaja dihayutkan seolah kita buta hati untuk menyelamatkan sampah-sampah dari terus menjadi sampah. Jika itu berlaku kitalah yang patut dipersalahkan kerana Tuhan beri kita akal pemikiran tapi tidak mahu menundukkan keegoaan kita sendiri.
Apalah salahnya sebelum jadi sampah ...kita sama-sama nilaikan jadi permata yang berharga...ye kita bersama menjadi permata Syurga yang ada nilaian di Sisi Allah Taala. In Shaa Allah Aamiin.

RATU RIMBA NIAGARA
9 April 2013

MOGA SYURGA RINDU MENANTI KEDATANGAN KITA SEBAGAI PENGHUNINYA

saling memaafkan
melembutkan hati-hati yang terluka
apalah ada luka di dunia ini
tambahan pula di alam maya
yang berbahasa bisu
tapi menusuk ke kalbu hati
jika kata-kata diluahkan mendatangkan iman
teruslah bicara
jika mengundang sakit hati
kerana kita sendiri tahu
adakah hati kita bersih di kala itu tika berbicara
hanya kita sendiri tahu siapa kita
andai kata-kata itu baik di sisi Allah
teruslah berkata-kata tanpa henti
jika sepatah perkataan itu membuatkan mereka yang mendengarnya sakit hati
lebih baiklah diam daripada berkata-kata
kerana kita tahu dan sengaja tahu mahu menyakitkan hati orang mendengar
bila menegur boleh
tapi biarlah berhikmah
kerana kawan-kawan kita di fb bukalah anak-anak kecil atau remaja lagi
semuanya sudah terlebih usia
untuk bersiap sedia
bila-bila masa
dijemput pulang ke Pangkuan Ilahi
moga sebelum dijemput pulang
kita buangkan segala hasad dengki
khianat sesama sendiri
cemburu
tamak haloba
gilakan kuasa dunia tak habis-habis
anggaplah diri kita mayat sebelum bergelar mayat
kerana mayat yang masih dipinjamkan Allah ini
mahu pulang dalam jiwa roh suci yang tenang
tika mengadap-Nya di dunia ini dan tika bergelar roh nanti
moga Allah memberi kunci
iman dan takwa kepada hati-hati kita
agar hidup kita sentiasa bersangka baik dengan-Nya
dan sesama manusia sentiasa berbahasa santun
dalam ukhuwah kasih talisiraturrahimi
yang saling berkerjasama dalam muhasabah diri
ke arah kecemerlangan dunia akhirat
moga Syurga rindu menanti kedatangan kita untuk menjadi penghuninya.
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin

RATU RIMBA NIAGARA
22 April 2013
·

MATA PEDANG FISABILILLAH MEMBEDAH HATI PEJUANG SYAHID

SIAPALAH AKU DI HATIMU KERANA AKU BUKAN RATUMU

Jika takut di lambung ombak... usah berumah di tepian pantai ... jika takut cemuhan , kritikan dan sindiran manusia ... usah sesekali bermimpi untuk berjaya ... jadilah katak di bawah tempurung buat selama lamanya .. ..
by: Raja Harimau

Ishak J Gibes and Kisastro Sutikno like this.

Kisastro Sutikno Amin

Ishak J Gibes tempurung dalam katak dapat pule idak ratu???..he..he..

Ratu Rimba Niagara tempurung dalam katak ...kalau nak dapat kena bedah perutnya dong...hehehe

Ishak J Gibes aku nak bedah hatimu sajelah ratu..he..he..

Kisastro Sutikno ha ha ha ha met malam aja

Ratu Rimba Niagara Ishak J Gibes apa pengajaran kamu perolehi yang kamu baca...karna tujuan disiarkan bukan saja-saja ok...
makanya sebelum kau bedah hatiku...aku yang membedah otakmu ok? silakan beri komentarmu yang mantapppp ... ok?

Ratu Rimba Niagara jika kalian berdua masih nggak mahu beri komentar...aku nggak mahu siarkan karyakaryaku lagi ok? mau merajuk ni....hehehe

Ishak J Gibes komentar aku ok sajelah Ratu...lah mlm manelah sempat nak bace semue...kwek..kwek..kwek...

Ratu Rimba Niagara ratu beri masa 10 minit dari sekarang untuk beri komentar apa yang telah disiarkan...jangan beri komentar yang nggak2 tiada isi nya...ok hehehe

Kisastro Sutikno hati dan otak ,kok di bedah ngeri ???

Ishak J Gibes hati manuk karo otak iwak x kang mas....kwek..kwek..kwek...

Ratu Rimba Niagara sebelum mati elok dibedah..kalau dah mati dibedah sudah tiada gunanya ye...hehehe

Ratu Rimba Niagara mana mau sebelum mati dibedah hati dan otak atau setelah mati? kalau setelah mati lagi ngeri kok....hehehe

Ishak J Gibes nah sesuailah kalo macem itu Ratu..aku nak bedah hati ratu yg hidup saje nih...boleh idak??? kwek..kwek..kwek..

Ratu Rimba Niagara bisa aja dong tapi pastikan dengan mata pedang fisabilillah
kamu ada mata pedang fisabilillah?

Ishak J Gibes kira2 ada ngak,,menurut Ratu??? kwik..kwik..kwik..

Ratu Rimba Niagara itu kamu saja yang tahu sejauh mana keikhlasanmu pada Alllah...dan bila matimu dikira syahid oleh Allah....itulah mata pedang fisabilillahmu yang menjadi saksi darah fisabilillahmu menyatu dibumi mengharum di Syurga.

Ishak J Gibes iiiihh seraaaaaaaaaaaaammm aaaaaaaahh ratu..

Ratu Rimba Niagara napa nak seram ye...Syurga menanti pejuang fisabilillah tu...
itu bukan cita-cita kamu ke
napa kamu nggak mahu mati dalam fisabilillah ke?
peliklah kamu ini...makanya tak perlulah kamu cuba membedah hatiku ok! wkwkwwk

Ishak J Gibes mau..mau..mau..ratu..

Ratu Rimba Niagara Alhamdulillah Aamiin moga Allah makbulkan Aamiin.
Apapun kamu harus ingat
Aku cuma ratu di hatimu
Bukan ratumu...hehehe

Ishak J Gibes terserah ratu sajalah,,,he..he..pamit dulu..nak rehat,,met mlm..

Ratu Rimba Niagara hehehe met malam....selamat istirehat dalam senyuman semanis gula ye...hehehe

(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA)
8 April 2013

LAKSAMANA HANG TUAH! BUKAN SEJARAH MITOS!

Melayu hina melayu,
Takkan kubiarkan;
Kerana aku jiwa melayu,
Kusahut segala cabaran.

Melayu sentiasa hidup,
Takkan kubiarkan diinjak-injak;
Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
Makanya bangsaku mestinya bijak.

Pendekar melayu pantang dicabar,
Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.

Sedikit ilmu badan binasa,
Akan kusahut cabaranmu itu;
Bertulangkan besi beruratkan suasa,
Satu lawan satu aku sedang menunggu.

Satu lawan satu itulah anak jantan,
Pukulan maut takkan ku gentar;
Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
Biar apa terjadi jangan undur.

Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
Ingat pesanan guru jangan mengalah,
Kerana pendekar melayu tak takut mati.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
29 Mac 2013

KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!

Keris menjadi saksi bisu
hebatnya pertempuran mu duhai keris
kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
kau sentiasa di hatiku
kan ku perjuangkan kepahlawananmu
hingga ke titisan darah terakhir
biarpun nyawaku jadi taruhan
agar kau mengerti
yang aku cintakan mu
selagi nafas ku ada
lambang cinta
lambang setiaku
padamu keris....
yang tak pernah jemu
mencintaimu
untuk mempertabatkanmu
agar dicintai juga anak bangsa
sejak zaman berzaman

Karya Ratu Rimba Niagara
29 Mac 2013

KERIS LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU

Keris lambang kepahlawanan melayu,
Keris juga lambang kekuasaan Kesultanan Melayu;
Kepahlawan dan kedaulatan sultan tak pernah layu,
Akan di pertahankan hingga ke titisan darah terakhir generasi melayu.

Tak akan hilang melayu di dunia,
Itulah sumpah Laksamana Hang Tuah;
Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
Berbangga menjadi bangsa melayu di bumi bertuah.

Ilmu persilatan diminati sejak dahulu,
Diperturunkan hingga ke generasi baru;
Bersama mempertahankan kedaulatan kesultanan melayu,
Akan dibanggai sehingga ke anak cucu.

Pahlawan melayu sudah terbilang,
Kepahlawanannya demi agama bangsa dan negara;
Ilmu persilatan tak akan hilang,
Akan diperturunkan dengan semangat yang membara.

Salam silaturrahim salam kepahlawanan,
Kepada semua pejuang bangsa yang tersanjung di hati;
Kukagumi kalian kerana semangat perjuangan,
Yang tak jemu berbakti dan menabur budi.

AKU BERSYUKUR KERANA AKU MELAYU

Aku bersyukur karena aku MELAYU
Aku redho karena aku MELAYU
Aku gembira karena aku MELAYU
Aku bangga karena aku MELAYU
Kerana aku cuma mendengar satu saja bangsa yang
tak akan hilang di dunia yaitu BANGSA MELAYU ( Kata Wakil Anak Melayu Seluruh Dunia)

Takkan hilang melayu di dunia,
Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
Melayu bersatu bermuafakat bersama,
Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

Berjuang tetaplah berjuang jua,
Pantang undur sebelum berjuang;
Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

KARYA: RATU RIMBA NIAGARA
29 Mac 2013
Yesterday at 12:54am · Like

Ratu Rimba Niagara SKRIP HANG JEBAT & HANG TUAH ERA MODEN

HANG JEBAT :

Apa salahnya kita bermaaf-maafan...
kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.

HANG TUAH :

Ya...betul katamu Jebat...
kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ...
Apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah.
Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.

HANG JEBAT:

Betul ke Tuah.

HANG TUAH :

Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.
Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.

HANG JEBAT:

Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

HANG TUAH :

Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati.
Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan
datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

HANG TUAH/HANG JEBAT:

DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

RAJA:

SAYANG RAKYAT!

Karya: Ratu Rimba Niagara
29 Mac 2013
Yesterday at 12:55am · Like

Ratu Rimba Niagara AKU TAK MAHU MENJADI PENDERHAKA RAJA

"Raja adil raja didaulatkan...Penderhaka Raja mesti kubunuh!"
"Engkau pengampu Raja...apa yang engkau dapat? Kurniaan diRaja!"
"Bukan itu yang aku mahukan...cuma aku mahu menjadi rakyat yang setia...setia kepada Raja."
"Setia...sebelum berkuasa bolehlah! Dah berkuasa tengok...rakyat ditindas?"
"Bedebah! Bukan Raja yang menindas rakyat tapi pemerintah !Engkau tahu tak? Tak akan rakyat hendak menindas rakyat..."
"Kalau pemerintah menindas rakyat mana buktinya?"
"Buktinya engkaulah yang menafikan kedaulatan diRaja!!!"
"Kedaulatan diRaja? Macam mana tu?"
"Pemerintah mengiktirafkan institusi diRaja...rakyat pun aman ."
"Kenapa engkau kata macam tu?"
"Sebab tiada Raja tiada negara tiada negara tiada rakyat ...ada rakyat ada pemerintah kerana rakyat adalah pemerintah...."
"Engkau ini cakap berbelit-belit bikin aku nggak faham!Cakap bikin aku faham bisa nggak?"
"Senang cerita lah...sebab apa aku kata rakyat itu pemerintah...siapa yang memilih pemerintah?
"Rakyatlah!"
"Pandaipun engkau....makanya pemerintah itu rakyat...rakyat itu pemerintah...makanya rakyat perlukan Raja yang adil barulah negara jadi sempurna...ada negara ada rakyat ada rakyat ada Raja..."
"Itu macam kah...baru aku faham....betul kata engkau .....kalau macam ini tak jadi gaduhlah...kita bisa jadi kawan boleh nggak?"
"Tentulah boleh...sebab engkau tidak jadi penderhaka...aku suka."
"Hehehehehe"
"Sukalah tu!"
"Pastilah suka...."
"Kenapa suka?"
"Perjuangan kau sudah tercapai"
"Maksud engkau?"
"Engkau sudah berjaya menyedarkan aku makanya aku tak mahu lagi jadi rakyat penderhaka kepada Raja."
"DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"

Karya RATU RIMBA NIAGARA
29 Mac 2013

Ratu Rimba Niagara KEPAHLAWANAN MELAYU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH

PULAU RUPAT INDAH PERMAI
SANGKAR BESI SIBURUNG ELANG
KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI
PENDEKAR TAK MATI DITENGAH GELANGGANG
By: Zairi Erie

MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH!

Aku anak melayu...
Engkau anak melayu
Tapi aku pantang melayu hina bangsa melayuku sendiri
Makanya marilah kita ke tengah gelanggang
Beradu kepahlawanan melayu
Kerna pendekar melayu tak akan mati di tengah gelanggang...

Engkau janganlah bersandiwara...
Engkau kata engkau anak melayu
Apa bukti engkau sokong melayu?
Ada anak bangsa engkau
Yang engkau bela?
Bilang sama aku?
Mana buktinya?
Aku pantang orang pandai berkata-kata
Tapi tak mahu buktikan!!!!

Apa kuasa aku mahu aku buktikan?
Engkau yang patut buktikan...
Engkau yang ada kuasa
Kenapa engkau tak gunakan kuasa engkau itu
Engkau leka dengan pujian pangkat engkau
Dengan kuasa yang engkau ada
Engkau kumpul sebanyak mana harta yang engkau mahu
Engkau hendak bawa harta engkau ke kubur ke?
Hingga lupa tanggungjawab engkau kepada anak bangsa!!!

Ciss bedebah engkau...!!!
Aku kumpul harta kerna itulah matlamat aku...
Engkau yang dengki khianat dengan aku....!!!!

Yang engkau ambil itu bukan kepunyaan engkau!
Harta rakyat...hak rakyat....!!!!
Apa engkau tak rasa bersalah?
Kerna engkau tak rasa bersalah ....
Marilah kita bertarung tenaga....
Baru tahu engkau berkuasa atau aku yang berkuasa...

Ciss anak melayu pantang dicabar!!

Ciss! Bedebah engkau masih lagi mengaku anak melayu!!!
Tapi pengkhianat bangsa sendiri....!!!!

PULAU RUPAT INDAH PERMAI,
SANGKAR BESI SI BURUNG ELANG;
KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI,
PENDEKAR TAK MATI DI TENGAH GELANGGANG.

KEPERKASAAN MU PAHLAWAN AKU MENGALAH,
KEKUATAN MU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH;
ENGKAU MEMBUATKAN AKU MENGAKU KALAH,
MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
31 Ogos 2012
Yesterday at 12:57am · Like

Ratu Rimba Niagara JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT
MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI

Teungku Sayyid Deqy

Ibu...
Maafkan putramu...
Aku sedang berada di titik nadir hidupku,
Aku sedang terbuang dan terhina oleh dunia ini,
Namun...mengapa aku pun tersisihkan dari hatimu?
Semua ini sungguh membuatku lemah,

Ibu kusayang...
Putramu hanya ingin istirahat sejenak di rumahmu...
Izinkanlah dihari-hari terakhirku ini,
Dan ketika kuberpulang pada NYA, aku dalam hangat pelukanmu.

By: Teungku Sayyid Deqy

JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT

Duhai nanda putra kesayanganku...
Napa nanda berkata demikian rupa
Hancur lulur hati bunda
Sebak hati bunda ...
Adakah selama ini bunda abaikan kasih sayang bunda...
Katakan putra kesayangan bunda...
Puluhan tahun bunda mendidik dan membesarkan nanda
Tidak cukupkah kasih sayang bunda pada nanda selama ini....
Bukan kasih sayang saja yang bunda berikan pada nanda
Malah nyawa bunda pun sanggup jadi taruhan demi nanda tercinta...
Jika pelukan bunda ini boleh menenangkan jiwa nanda
Marilah ke mari bunda dodoikan gurindam dan syair
Yang selalu bunda dendangkan semasa nanda bayi lagi...

"Duhai putra bunda tersayang...
Buah hati bunda pengarang jantung bunda
Bunda kasih ...bunda sayang sangat-sangat...
Tidurlah lena...jangan nakal-nakal...
Besar nanti jadilah anak yang soleh lagi beriman
Jadi Raja yang utamakan rakyatnya daripada kepentingan sendiri...
Jadilah Raja yang adil Raja yang pemurah
Raja yang ingin hidup mencari jalan-jalan redhoNya
Nanda diberi darjat yang tinggi bukan untuk membangga diri
Tapi adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan...
Makanya jadilah Raja yang disayangi rakyat bukan dibenci rakyat
Ingatlah pesanan bunda ini nanda...
Bunda sangat-sangat sayang pada nanda
Nandalah saham dunia akhirat bunda
Tiada bunda nanti di dunia ini
Kirimkan doa untuk bunda jangan dilupakan
Itulah tanda kasih sayang nanda pada bunda...
Di pintu Syurga bunda menantimu penuh kerinduan..."

Masihkah nanda ingat dengan gurindam yang bunda dendangkan
padamu ? Inilah gurindam yang ditiup suburkan dijiwamu agar
terpasak dalam sanubarimu nanda...

Makanya jangan nanda berkata seolah ingin pergi dulu daripada bunda....
Memanglah kita tidak tahu siapa yang pergi dulu....
Tapi biarlah bunda yang pergi dulu...
Nanda muda lagi dan tenaga nanda masih segagah pahlawan perkasa...
Bunda dalam usia begini sudah terlalu uzur dan lemah ....
Cumanya semangat saja yang menguatkan bunda meneruskan
Pengembaraan di dunia ini....
Makanya bunda berharap sangat Tuhan panjangkan usia nanda...
Bunda doakan Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada nanda
Untuk meneruskan perjuangan bunda dan nanda bahagia ....
Justeru jangan ragui cinta dan kasih sayang bunda pada nanda lagi...
bunda kasih dan sayangkan nanda dari dunia ini di bawa hingga ke SyurgaNya....
Aaamin Ya Rabbal A'Lamin

Ikhlas daripada:

Bunda Permaisuri Rimba Niagara
Malaysia
1 April 2012

(KARYA TEUNGKU SAYYID DEQY & RATU RIMBA NIAGARA)
5 April 2013
(KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PENDEKAR MELAYU NUSANTARA, RAJA NUSANTARA & PEMIMPIN NUSANTARA YANG CINTAKAKAN BANGSA MELAYU
YANG TAK MAHU MELAYU HILANG DI DUNIA)

Ratu Rimba Niagara 2 people like this.

Liew Leyu ramai yg tk fhm kesimpulan sejarah hang tuah yg ditulis org putih.kesimpulannya yg aku tahu ialah :melayu yg pandai mengampu (berbuat baik wlu menyakiti hati raja yg lain-kes tun teja) wlu berbuat salah sebesar mana pun pasti dikasihi raja dn terlepas dari hukuman.manakala melayu yg bertindak menentang ketidakadilan walau benar sekalipun tetap akan dibunuh atas kesalahan menderhaka bukan sbb kesalahan lain yg dilakukan kerana hang jebat tidak pernah dibicarakan dgn adil..kan?kan?.begitulah yg berlaku sekarang....sejarah hang tuah hanya ciptaan..mitos!!..guru sejarah ckp mcm tu..tp ini hya pendapt aku sorg..#‪#‎klu‬ komen ni menyakitkan hati sape2 nnt aku delete..

Ratu Rimba Niagara KAMU BUKAN MELAYU SEBAB ITU KAMU KATA MACAM INI OK!

Ratu Rimba Niagara JIKA KAMU MELAYU MESTI KAMU TAK KATA MACAM INI...
MELAYU SEKARANG BUKAN MACAM DULU LAGI
BOLEH DIPERKOTAK KATIKKAN OLEH BANGSA LAIN...
YANG TAK TAHU BERSYUKUR MENUMPANG DI TANAH MELAYU
TAPI NAK LAWAN TOKEY PULAK...
JANGAN BUAT JIWA MELAYUKU MELEDAK OK!

Ratu Rimba Niagara HANG TUAH & MALAYSIA BUKAN SEJARAH MITOS!

JIKA SEJARAH HANG TUAH HANYA CIPTAAN ...MITOS!
MAKNANYA SEJARAH KAUM INDIA DAN CINA YANG BERDAGANG DI TANAH MELAYU
UNTUK MENCARI KEKAYAAN CUMA MITOS AJELAH KAN3
PELEK TAPI BENAR KAUM CINA DAN INDIA MENJADI WARGA RAKYAT MALAYSIA?
DAN DIANGKAT MENJADI PEMIMPIM PULAK TUU...
ADAKAH INI MITOS!
KETIKA MALAYSIA DISERANG MUSUH
ADAKAH KAUM CINA DAN INDIA MAHU PERTARUHKAN NYAWA DEMI NEGARA?
SEDANGKAN KAUM CINA DAN INDIA SUDAH MENJADI RAKYAT MALAYSIA
KAD PENGENALAN BIRU PULAK TU...BUKAN KAD PENGENALAN MITOS???

SAYA MAHU TANYA KAMU DUHAI KAUM INDIA DAN CINA
ADAKAH KAMU SANGGUP BERJUANG MEMPERTAHANKAN NEGARA INI JIKA MALAYSIA DISERANG ANDAINYA KAMU ANGGAP MALAYSIA INI NEGARA KAMU?
TAPI TAK TAHULAH JIKA KAMU ANGGAP MALAYSIA INI MITOS WUJUDNYA KAMU MESTI TIDAK AKAN MEMPERTAHANKANNYA KERANA WUJUDMU DI MALAYSIA JUGA SEJARAH MITOS?

MAKA DUHAI KAUM INDIA DAN CINA JANGAN KAMU PERLEKEHKAN KEWUJUDAN MELAYU DI TANAH MELAYU KERANA LAKSAMANA HANG TUAH SUDAH BERSUMPAH, 'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA?' INI BUKAN SEJARAH MITOS!

DUHAI KAUM INDIA DAN CINA
JIKA KAMU MENGAKU KAMU RAKYAT MALAYSIA
YANG HIDUP BERSATU PADU
SENTIASA MEMAHAMI AGAMA , ADAT DAN BUDAYA MELAYU
YANG SENTIASA MENJAGA ADAP BILA BERKATA

RAKYAT MALAYSIA SENTIASA SALING MEMAHAMI
DEMI KESEJAHTERAAN MALAYSIA TERCINTA
KERANA MALAYSIA WUJUD ATAS SEJARAH KEMERDEKAAN
YANG DIPERJUANGKAN OLEH PEJUANG-PEJUANG NEGARA
YANG TERDIRI DARIPADA MELAYU CINA DAN INDIA
KERANA PERPADUAN TIGA KAUM INILAH
MEMBUATKAN MALAYSIA INI KEKAL DAN AMAN SEJAHTERA
RAKYAT HIDUP SALING BERSATU PADU , MEMAHAMI DAN SALING MENGHORMATI
AGAMA ,ADAT DAN BUDAYA MASING-MASING....
SEMUA HARUS INGAT DAN SENTIASA SEDAR MALAYSIA MERDEKA BUKAN
DARI SEJARAH MITOS
JIKA DARI SEJARAH MITOS MALAYSIA TAK AKAN WUJUD!!!
MAKANYA SAMA-SAMALAH KITA MENCINTAI MALAYSIA TERCINTA! AGAR MALAYSIA TERCINTA INI DAPAT DIHADIAHKAN KEPADA GENERASIYANG AKAN DATANG DALAM SUASANA AMAN DAN SEJAHTERA!
BERKAT PERPADUAN TIGA KAUM MELAYU CINA DAN INDIA....

RATU RIMBA NIAGARA
5 April 2013

WAKIL RAKYAT NUSANTARA ALAM MAYA

AKU TAK DAPAT JADI WAKIL RAKYAT...
JADI WAKIL RAKYAT ALAM MAYA PUN TAK APA
MATLAMATNYA TETAP SAMA MAHU BERBAKTI PADA RAKYAT...
APA MASALAH MEREKA DISAMPAIKAN KEPADAKU
DAN AKU TERUS KEMUKAKAN CADANGAN KEPADA PERDANA MENTERI/PRESIDEN/RAJA
AGAR SEGERA DISELESAIKAN MASALAH RAKYAT TAPI TANGGUNGJAWABKU AMAT BERAT SEKALI WAKIL RAKYAT NUSANTARA ALAM MAYA TU....TAPI TAK DIBAYAR GAJI TAU...TAK APALAH DEMI CINTAKU PADA SEMUA RAKYAT NUSANTARAKU ...AKU SENTIASA BERSIAP SIAGA BILA-BILA MASA UNTUK SEDIA BERKHIDMAT SELAGI TERDAYA IN SHAA ALLAH...AAMIIN.

WAKIL RAKYAT NUSANTARA ALAMMAYAMU,
RATU RIMBA NIAGARA
22 April 2013

Ratu Rimba Niagara SALAM SANTUN ERAT SILATURRAHIM & UKHUWAH FILLAH
DARIPADA YB NUSANTARA ALAMAYAMU,
"BIARPUN TERPISAH BENUA & ALAM KASIHKU PADAMU TAK AKAN BERUBAH TETAP SEPERTI DULU MENYAYANGIMU KERANA-NYA MAKANYA SUDILAH MAAFKAN AKU JIKA AKU YANG BERSALAH DALAM SEMUA HAL AKU INSAN YANG TAK SEMPURNA YANG TAK TAHU MENJAGA HATIMU HINGGA TERLUKA...MOGA SUDI MAAFKAN AKU ATAS PERPISAHAN TANPA RELAKU RELAMU AKU TERDERA RINDU SAMA KAMU JIKA KAMU TAK RINDUKAN AKU TAK APA ...AKU FAHAM KERANA SIAPALAH AKU DI HATIMU...YANG PENTING KAU SUDI MAAFKAN AKU TAK KIRA SEBESAR MANA SALAHKU PADAMU....SUDAH KUBUANG JAUH-JAUH KEBENCIANKU PADAMU KERANA AKU MANALAH TAHU AKU TAK BERKESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF DARIMU ANDAINYA INI ADALAH HARI TERAKHIR AKU BERHIDUP DI BUMI-NYA INI...SUDILAH MAAFKAN AKU ...
IZINKAN AKU HIDUP DAN MATI TANPA DENDAM DAN MARAHMU PADAKU....KEMAAFANMU UNTUKKU LEBIH BERHARGA DARI ALAM DAN SEISINYA.
JIKA RAYUAN KU INI MASIH KAU SEPIKAN SIAPALAH AKU DI HATIMU...

YB NUSANTARA ALAM MAYAMU YANG PERASAN,
RATU RIMBA NIAGARA
22 April 2013

(PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJA NGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA & 202 NEGARA DUNIA)
5 Rabiulakhir 1435H
5 Februari 2014M
Like ·  ·  · 16 hours ago · 
  • 5 people like this.
  • Rostam Efendi Eskak · 2 mutual friends
    Wuiiihh.... Panjang banget Karya Putri kali ini.Tapi kenape isinya keluhan ? Putri sudah tidak setegar dulu lagi ya ? Seperti saye kate dulu. Ibarat Orang mengayuh kereta angin, pada awalnya orang harus menguras tenaga mengayuh sepeda tsb agar dpt melaju. Setelah melaju, pengendaranya bisa bersantai, tengok kanan - tengok kiri. Begitu pula org dlm berniaga. Diawal tahun pastilah sekuat tenaga mengayuh biduk usahanya agar bisa laju. Sehingga setahun kedepan sdh ada rencana2 bisnis yg tinggal di laksanakan. Mngkn saat sdg fokus merencanakan kerja setahun kedepan, org jd terlihat egois. Tak de yg sapa Putri, tak de yg koment tulisan Putri dsb. Putri jd merasa sendiri didunia. Ayo !!!! Tetap Semangat !!!!! Bung Karno Mempersatukan Nusantara juga Dgn Tulisannya. Bukan dgn pelor. Salam Nusantara Agung.
    10 hours ago · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara TIKA SASTERAKU BERADA DI ALAM REALITI-NYA 

    Assalamualaikum 
    Mantan rakan fbku
    Rostam Efendi Eskak
    emang sedih di kala
    sedang aku 
    membara 
    bergelora semangat
    juangku menulis
    kau menyuntik kata-kata semangat padaku
    katamu akan ada 
    yang menganugerahkan aku
    status Doktor
    karena aku berkarya pelbagai tema
    aku tergelak sendiri
    di luar kotak pemikiranku untuk terima pangkat itu
    sekadar cadaan bolehlah
    kalau benar dapat pangkat Dr
    itu adalah hadiah untuk anak cucuku 
    biar mereka tahu moyang sastra mereka 
    yang tak berapa pandai ni ditauliahkan Dr...
    apapun itu bukanlah matlamat aku menulis
    aku menulis karena sudah ditakdirkan aku seorang penulis
    aku menulis sejak aku anak kecil lagi
    hinggalah sekarang
    minat sangat menulis
    tak kira pagi petang 
    siang dan malam aku menulis
    ada ide aku tulis
    tak ada ide aku tak tulis
    selagi ide itu baik Allah swt yang ilhamkan
    jika ide itu tak baik atas kejahilan aku sendiri
    itu prinsip aku menulis
    yan baik baik aku nak tulis
    yang tak baik ku tak mahu tulis
    jadi apa saja ide
    untuk menjadi bahan penulisan
    akan ku tulis
    tulis penuh berhati-hati 
    agar tiada hati yang terguris
    karena aku manusia biasa
    aku tak terlepas dari diuji
    diuji terus diuji
    samada aku boleh bertahan atau tidak
    untuk terus menulis dan menulis

    Karena aku mahu terus menulis
    aku akan tinggalkan mereka
    yang menjadi rakan fbku
    jika mereka tidak memberi impak apa-apa 
    dalam dunia sasteraku
    meninggalkan mereka tak semestinya 
    aku memutuskan silaturrahim
    tujuan aku menerima mereka sebagai rakan fbku
    untuk menyuntik semangatku menulis
    walaupun sekadar like dan komentar
    ini like dan komentar pun tak mahu
    senyap sepi terus sepi
    makanya aku terpaksa undur diri
    bukan ego bukan sombong
    mereka yang menjadi rakan fbku 
    sudah sedia maklum akan hal ini
    makanya aku tak kisah jika rakan fbku
    undurkan diri jika mereka tahu mereka
    tidak dapat menjadi rakan fbku
    begitu juga kamu
    pada mulanya aku tidak percaya
    bilamana kamu yang telah kuanggap sebagai 
    pejuang sastraku undurkan diri daripada menjadi rakan fbku
    bila kutanya kepada kamu kenapa undurkan diri
    kamu bilang ...kamu sibuk dengan tugasmu
    dan aku redho
    sebenarnya aku telah biasa menghadapi situasi begini
    mulanya berjanji mahu setia sebagai 
    pejuang sastraku
    susah senang bersama sastraku
    tak sampai beberapa minggu, purnama
    terus sepi menyepi
    yang lebih sedih lagi
    terus benci samaku
    terus tak mahu berkawan denganku
    sebab inilah yang membuatkan 
    aku tak ramai rakan fb cuma boleh dibilang dengan jari
    bukan aku sombong atau ego
    tapi aku cuma mahu rakan fb yang setulus ikhlas
    mendukung/menyokong perjuangan sastraku karena Allah Taala
    jika semua rakan fbku
    sememangnya memahami cita cita sasteraku
    bukan seorang lebih 1000 orang pun tak apa
    menjadi rakan fbku
    tapi ada ke?
    bukan tak ada
    kalau ada pun sejuta dalam seorang pun sukar
    mahu memahami dunia sasteraku
    termasuk juga kamu
    tidak akan memahaminya
    kamu pun tinggalkan aku atas alasan sibuk
    bagiku jika benar ikhlas rakan sejati 
    sehidup semati dalam perjuangan
    tidak akan mematikan persahabatan yang dipercayai separuh mati...
    ini terhenti kepercayaanku padamu
    janganlah kamu kecil hati ya...
    sebab aku suka terus terang walaupun pedih untuk berkata
    apa yang tersirat di hatiku....

    Dalam usia selewat begini 
    aku tiada masa memikirin 
    mereka yang terus sepikan karyaku
    kutuk karyaku
    yang aku pikirin apa yang boleh mereka
    bantu aku merealitikan sastraku menjadi kenyataan
    merelitikan cita-cita sastraku
    agar diterima di seluruh dunia
    diterjemahkan ke bahasa seluruh dunia
    memanglah aku tak sehebat 
    sasterawan dan pujangga yang ada di dunia ini
    tapi tak salah kan aku bercita cita besar seperti itu
    walaupun aku tak ada 
    ijazah bergulung gulung untuk merealitikan cita-cita sasteraku
    tapi bagiku bilamana Allah swt izinkan
    tiada yang tak bisa semua-Nya bisa atas ijin-Nya...
    jika Allah swt tak ijinkan pun aku sudah bersedia untuk redho
    sudah dapat diinjinkan berkarya pun sudah syukur sebanyak-banyak-Nya.

    In Shaa Allah selagi Allah izinkan aku akan terus berkarya
    andainya karyaku berjaya menembusi pasaran dunia
    dan cita-cita sastraku berjaya menjadi realiti dengan izin-Nya... barangkali aku sudah tak bersiaran karya di alammaya lagi karena aku sibuk dengan dunia sasteraku di alam realiti-Nya...itulah yang aku dambakan kenapa aku bersastra In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    "SETIAP APA YANG KUTULIS ADALAH SASTERAKU ILHAM DARI-NYA SYUKUR SEBANYAK-BANYAK-NYA"

    Karya Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua,
    202 Negara Dunia & Seluruh Dunia 
    6 Rabiulakhir 1435H
    6 Februari 2014M

KELIRU TIKA SASTERAKU BERADA DI ALAM REALITI-NYA

Ratu boleh kutanya ?

Silakan...

Apa maksudmu tika sasteraku berada di alam realiti-Nya...
aku nggak paham dech apakah selama ini sastramu tidak berada di alam realiti-Nya...
kamu jangan menulis membuatkan orang yang membaca jadi keliru ok?

Duhai sahabatku tika aku hendak tulis ...aku pun kuatir akan ada yang persoalkan akan tajuk karyaku kali ini tapi aku tulis juga karena itulah tajuk yang sesuai bagi karyaku itu...Allah itu Maha Sempurna apa yang diciptakan adalah realiti sempurna...nama-Nya yang 99 dan sifat-sifat yang ada pada Allah semua sudah sempurna jika kita faham sepenuh-Nya itulah kesempurnaan iman kita.

Habis tu kenapa kamu bilang di alam realiti-Nya...tolong jelasin padaku ya...

Moga peneranganmu ini bisa membuatkan kamu faham ya...
sekarang ini aku berkarya di alam maya
andainya karya sasteraku yang kutulis di alam maya jadi realiti
berarti apa cita cita sastraku yang telah ada dalam perancanganku
kujayakan sepenuhnya...moga perancanganku seiring dengan perancangan-Nya...
itu maksudku...

Oo...gitu...baru aku paham makanya aku doakan moga cita-cita sastramu berjaya
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.

Aamiin Ya Rabbal a'Lamiin


RATU RIMBA NIAGARA
6 Rabiulakhir 1435H
6 Februari 2014
Like ·  ·  · about a minute ago · 
TIKA SASTERAKU BERADA DI ALAM REALITI-NYA

Assalamualaikum
Mantan rakan fbku
Rostam Efendi Eskak...Continue Reading
Like ·  ·  · 2 hours ago · 

RATU RIMBA NIAGARA
6 Rabiulakhir 1435H
6 Februari 2014


0 comments:

Post a Comment

 
;