Tuesday, 4 February 2014

GURINDAM & PANTUN RAJA DENGAN HULUBALANG RAJA



GURINDAM & PANTUN RAJA DENGAN HULUBALANG RAJA (Bhg 1)

RAKYAT SENTIASA MENJUNJUNG KASIH DITAATI SEGALA TITAH

Daulat Tuanku...

Raja adil raja disanjung
Raja mengasihi rakyat raja disayang

Rakyat sentiasa menjunjung kasih
Ditaati segala titah

Raja dan rakyat tak akan terpisah
Saling bekerjasama demi memakmurkan
Hidup dalam negara yang aman lagi permai

Elok rupa elok bahasa
Bahasa istana penuh santun
Raja dan rakyat saling berbahasa
Membudayakan sentiasa bahasa nan santun

Raja dan rakyat berpisah tiada
Saling kasih mengasihi demi meraih Rahmat Ilahi
Aman damailah negeri diperintah
Raja yang mementingkan rakyat
Daripada kepentingan sendiri

Moga Allah merahmati hidup dan mangkat tuanku
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Sembahan gurindam dari patik,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Malaysia/Indonesi/Brunei/Singapura/Thailand
24 Jun 2013

HULUBALANG MELAYU AKAN PERTAHANKAN INSTITUSI DIRAJA

Takkan hilang melayu di dunia,
Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
Bersatulah Melayu sedunia,
Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.

Pendekar melayu menjadi sanjungan,
Dulu kini dan selamanya;
Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
Disanjungi kerana kekuatan makrifatullahnya.

Melayu sakit semuanya sakit,
Kerana jiwa melayu berakar umbi;
Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
Itulah bukti melayu sudah satu hati.

Melayu pencetus kebangkitan ummah,
Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
Pendekar melayu akan satukan ummah,
Kerana mahu mati dalam fisabilillah.

Jiwa pendekar melayu tak takut mati,
Anak jantan melayu pantang dicabar;
Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
Nyawa jadi taruhan jika dicabar.

Melayu hina melayu kepantang melayu,
Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang;
Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu,
Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.

Melayu kuat kerana bersatu,
Kutuk mengutuk hina menghina;
Bukan jiwa pendekar melayu,
Yang ada membela yang teraniaya.

Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat,
Raja sekarang selalu muafakat;
Muafakat Raja bersama rakyat,
Raja dan rakyat hidup penuh berkat.

Hulubalang sultan sedia berbakti,
Pada raja berjiwa hamba-Nya;
Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
Laksamana lambang kepahlawanan sejati.

Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu,
Raja dan rakyat saling menyanjungi;
Kata sepakat semua rumpun melayu,
Barulah mengundang Rahmat Kasih Ilahi.

Melayu oh! melayu
Perwira oh! perwira
Pahlawan oh! pahlawan
Pendekar oh! pendekar
Laksamana oh! laksamana
Hulubalang oh! hulubalang

Berjuanglah kalian
Hingga ke titisan darah terakhir
Fisabilillah lah kamu jangan jemu
Syahidmu di medan juang
Allah sayang padamu
Syurga Firdausi tempatmu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
Syahid ke jalan-Nya
Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
Aku bangga denganmu
Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
25 Jun 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR TENTERA FISABILILLAH YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA)
Like ·  ·  · 22 minutes ago · 

0 comments:

Post a Comment

 
;