Sunday, 30 March 2014

GARUDAKU GARUDAMU (14) FBKU MEDAN JUANGKU BERSASTERA


GARUDAKU GARUDAMU (14) FBKU MEDAN JUANGKU BERSASTERA


DALAM REDHA-NYA AKU BERSYUKUR

Dalam redha-Nya aku bersyukur
Syukur ke hadrat Ilahi sebanyak-banyak-Nya
diKurniakan hamba-Nya
biarpun puluhan tahun aku menanti
diduga di setiap penjuru
sehingga aku berputus asa dalam pencarian
di mana...di mana...di mana dia
yang ku nanti 
di dalam mimpi di dalam igauan
setiap kali aku bertemu ...kukatakan pada Tuhan
dialah pilihan Tuhan untuk bersamaku meneruskan perjuanganku
bukan seorang kulaungkan
siapa yang sudi bersamaku
bersama perniagaan dunia akhiratku dunia akhiratnya
beribu orang ...berjuta orang
bukan setahun
bertahun tahun
kulaungkan
siapa dia ...siapa dia...yang sudi melamar sasteraku
bukan tak ada yang menyahut ada
mereka berjanji akan realitikannya
akan melamar sastraku
akan kembangkan sastraku hingga ke seluruh pelosok dunia
punyalah sukanya hatiku Tuhan sahaja yang tahu
tidur pun dalam lena senyum sampai ke pagi
hari-hari ku pergi ke Galeri Sasteraku...
ku berkata dengan hasil karyaku...
yang memenuhi di setiap penjuru ...
"duhai karya-karyaku
tidak lama lagi kalian akan
dibaca oleh seluruh penghuni bumi ini...
mereka akan mengadakan
sudut Perpustakaan Di rumah mereka
PERPUSTAKAAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA
bukan berada di sudut rumah sahaja
tapi di Istana-Istana Raja, Pemimpin dan Rakyat...
kerana semua tema ada...
pasti mereka suka membacanya In Syaa Allah AAmiin
setiap karya yang dihasilkan
dengan niat agar semua mendapat
Nur Hidayah Kasih-Nya Tuhan...
dengan izin-Nya Dengan Kehendak-Nya jua..
Tiada Daya Upayaku Pada-Nya ku bertawakal...

Tunggu punya tunggu
Janji tinggal janji
Impian tinggi menggunung
hancur berkecai
yang ditunggu tak tiba
yang berjanji terus menghilangkan diri
tapi ku penuh yakin Allah mahu mengujiku
kenapa dia tidak izinkan
kerana aku tahu
jika satu dunia ini menyokongku
tapi Allah tidak mengizinkan-Nya...
tidak akan berjaya
jika seluruh dunia ini tidak menyokongku
tapi jika Allah izinkan
akan berjaya
begitulah Berkuasa-Nya Allah
apa saja Ketentuan Allah
itulah yang kuredha
untuk mengalah dalam perjuangan
tidak sama sekali
aku akan terus berusaha
mencari dan mencari..
siapa dia...siapa dia...

Galeri sasteraku terbiar sepi...
ku tahu dia sedang nazak kini
kerana hampir setahun tidak
ke Galeri sasteraku
ku katakan padanya
sabar ya sayang
jika ada kabar gembira dari Allah
kalian akan ceria kembali
In Shaa Allah kalian akan
berada di seluruh benua
jika Allah kata
KUN FAYAKUN
MAKA TERJADILAH
ALLAH MAHA BERKUASA
MENGHILANGKAN YANG ADA
MENGADAKAN YANG TIADA
KUASA ALLAH MENGATASI SEGALA YANG ADA
DI LANGIT DAN DI BUMI

YA ALLAH ILMU SASTERA INI
KAU YANG PUNYA
KAU PILIH AKU
AKU BERSYUKUR YA ALLAH
BERSYUKUR SEBANYAK-BANYAK-NYA
SEBAGAIMANA BANYAKNYA ILHAM SASTRA YANG KAU
BERIKAN TANPA PUTUS-PUTUS
MASIH TAK TERKUTIP OLEHKU
BENARLAH APA YANG KAU KATAKAN
JIKA KALAM-MU DITULIS
BIARPUN TUJUH LAUTAN SEBAGAI TINTA
AKAN MASIH LAGI TIDAK MENCUKUPI
ILMU YANG KAU BERIKAN
SEPERTI AKU MENCELUP JARIKU DI LAUTAN HINDI
YANG MELEKAT DIJARIKU ITULAH ILMU YANG ALLAH BERI
MASYA-ALLAH
BETAPA KERDILNYA AKU SEBAGAI HAMBA-MU
SEBAB ITU SEBIJAK MANAPUN MANUSIA ITU
TIDAK AKAN DAPAT MENANDINGI KEBIJAKSANAAN-MU
MANALAH TAHU ILMU YANG SETITIS INI YA ALLAH
KAU MEMBALAS CINTAKU
KAU MEMBALAS CINTA HAMBA-HAMBA-MU YANG BERSAMAKU
KAU MEMBALAS CINTA KEPADA SEMUA YANG MEMBACA KARYA SASTERAKU
AAMIIIN YA RABBAL A'LAMIIN

KARYA BUNDA RATU RIMBA NIAGARA
28 JAMADILAWAL 1435H
30 MAC 2014
Like ·  · 
  1. Nanda apa yang nanda faham setelah baca itulah mesej apa yang nanda hendak sampaikan setelah membaca ...tapi tulis dengan bahasa yang indah seindah hatimu nanda... jika itu yang nanda amalkan tulis yang indah-indah lama-lama nanda Arya Erlang Kelana akan jadi pujangga seperti bunda ye secara tidak sadar ya...In Shaa Allah AAmiin.
    Like ·  · 
  2. FBKU ADALAH MEDAN JUANG AKU BERSASTRA. PELBAGAI TEMA ADA. APA YANG TERFIKIR DI MINDA DAN TERLINTAS DI HATI KUTULIS TAPI KU MINTA DARI TUHAN JAUHKAN PENULISAN YANG BOLEH MENYAKITKAN HATI ORANG , MENFITNAH ORANG , MENGAIBKAN ORANG DAN SEGALA YANG JELEK MEMBUATKAN AKU BERDOSA DAN MEREKA TERASA. AKU TAK MAHU BEGITU. YANG AKU MAHU BAHASA-BAHASA YANG INDAH YANG SEJUKKAN JIWA DAN IMAN MENDENGARNYA. ITULAH YANG KUMAHUKAN . IN SHAA ALLAH AAMIIN.
    Like ·  · 
  3. JIKA KITA HENDAK BERKAWAN DI ALAMMAYA INI, KITA KENA PASTIKAN DENGAN SIAPA KITA BERKAWAN...JIKA KITA FAHAM KENAPA KITA HENDAK BERKAWAN SETELAH DIA TERIMA KITA SEBAGAI TEMAN FB...TIDAK AKAN MENJADI MASALAH JIKA SALING MEMAHAMI JIKA KITA TIDAK FAHAM JANGAN SESEKALI PRASANGKA PADANYA PASTI KITA AKAN MERASA DIA YANG BERSALAH BUKAN KITA YANG BERSALAH LANTARAN ITU DUA DUA SALING TERSAKITI HATI HINGGA BAWA KE MATI. JADINYA AKU TIDAK MAHU BEGITU TEMAN. KERANA AKU TAK MAHU MEREKA BERDOSA BIARLAH AKU YANG TERASA. JUSTRU AKU MINTA MAAF KEPADA MEREKA YANG BELUM KUTERIMA SEBAGAI RAKAN FB DAN YANG TIDAK LAGI MENJADI RAKAN FBKU LAGI. PERCAYALAH KITA MASIH BERSAUDARA SEISLAM KERANA KUNCI SYURGA ADALAH SILATURRAHIM. DI FB INI ADALAH MEDAN JUANGKU BERSASTERA DAN RAKAN FBKU ADALAH PEJUANG SASTERAKU YANG TIDAK DAPAT MEMBERI KERJASAMA MAAFKAN AKU. MOGA PENGERTIAAN DARIMU AMAT KUHARAPKAN . KERANA TAK MAHU MEREKA BERDOSA BIARLAH AKU YANG TERASA. IZINKAN AKU BERKARYA DENGAN JIWA YANG TENANG BERSAMA PEJUANG SASTERA YANG IKHLAS MAHU MENYOKONG PERJUANGAN SASTERAKU. HARAP MAAF SEKALI LAGI YA.
    Like ·  · 
  4. BILA KITA MENULIS BUKAN HENDAK DIBANGGAKAN DENGAN MANUSIA TAPI HENDAK DIBANGGAKAN PADA ALLAH DAN PARA MALAIKAT-NYA IN SHAA ALLAH AAMIIN.
    Like ·  · 
  5. SILATURRAHIM ADALAH KUNCI SYURGA
    PERJUANGAN KE ARAH SILATURRAHIM ITULAH IBU KUNCI SYURGA
    KERANA AKU TAK MAHU MEREKA BERDOSA BIARLAH AKU YANG TERASA ...BERUNDUR TIDAK SEMESTINYA MEMUTUSKAN SILATURRAHIM ... BIARLAH SEMASA HIDUP KITA TERUS TERANG SIAPA KITA ..KENAPA KITA NAK BERKAWAN DENGAN MEREKA DAN KENAPA MEREKA HENDAK BERKAWAN DENGAN KITA...JIKA KITA TAK FAHAM APA MATLAMAT KITA ...ATAS KESIBUKAN KERJAYA KITA ...BIARLAH KITA RELAKAN PERPISAHAN SEMASA HIDUP DARIPADA SALAH SEORANG SUDAH MATI DULU LAGI PAYAH HENDAK MINTA MAAF. KERANA TAK MAHU BERDOSA BIARLAH AKU YANG TERASA. AGAR TERASA NYA AKU TIDAK DIBAWA SAMPAI MATI
    Like ·  · 
  6. KERANA AKU TAK MAHU MEREKA BERDOSA BIARLAH AKU YANG TERASA
    Like ·  · 
    • Secangkir GreenApple Qies bunda biarkan mereka bunda ..jangan biarkan hati bunda itu sakit..nanti jiwa kami sakit melihat si hati bunda terseksa..ayuh ,senyum sehati sejiwa..hehe
      8 hours ago · Unlike · 1
    • Ratu Rimba Niagara PELANGI KASIHMU DI SYURGA MENANTI SETIA

      HATIKU SUDAH LAMA TERLARA DALAM SEPI

      TERSISIH DISISIHKAN KASIH
      AKU SAJA YANG TERHEGEH-HEGEH KASIH
      KASIH TERSISIH DISISIH
      NAMUN MASIH BERHARAP
      KASIHKU DIEHSANI
      DEMI-NYA KUPINTA SIMPATI KASIH
      KASIH TETAP DIBIARKAN SEPI
      KERANA TAK MAHU MEREKA BERDOSA 
      BIARLAH AKU YANG TERASA
      AGAR TIDAK DIBAWA HINGGA KE MATI
      BIARPUN TIDAK DAPAT KASIH DI DUNIA
      DI SYURGA MASIH MENGHARAP KASIH BERPADU SETIA

      MAKA KASIHKU DUHAI KASIH YANG TERKASIH
      JANGAN DISISIHKAN
      DILARAKAN DALAM SEPI SENDU
      DENGANMU KASIHKU TAK KAU SEPIKAN
      HINGGA KASIH KITA MENJADI PELANGI KASIH NAN INDAH
      IZINKAN PELANGI KASIHMU BERTAHTA DI HATI
      ANDAI KUPERGI DULU SEBELUMMU
      IZINKAN KUBAWA PELANGI KASIHMU DI SYURGA MENANTI SETIA
      DUHAI KASIH YANG TERKASIH...
      SENYUMMU SEHATI SEJIWA BERPADU DI SYURGA AAMIIN

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      28 JAMADILAWAL 1435H
      30 MAC 2014
      8 hours ago · Like · 1
    • Bambang Sugeng Haryanto Dicarilah sisi jalan yang terbaik....apapun itu adalah sebauh keputusan, hidup adalah pilihan, berkawan adalah anugerah, bersaudara adalah kawan di syurga...Alloh Maha Tahu dengan apa yang dilakukan oleh hambanya...




0 comments:

Post a Comment

 
;