GARUDAKU GARUDAMU (21) ALLAH DAN MUHAMMAD MATLAMAT PERJUANGAN KITA AAMIIN
- KALAU KITA BUKAN BERDARAH RAJA USAH KITA MENGGELAR DIRI RATU
"Tengku Arief Arief kalau ada bakat usahlah memuji diri sendiri... biarlah org yang menilai bakat kita....... kerana kata dari cik ratu boleh membuat terguris hati yang membaca....... kalau bukan berdarah raja usahlah kita mengelar diri ratu..... kerana kami dari kerabat kedah pun tidak minta dipanggil tengku atau ape2.... jadi jangan berbangga diri atas kelebihan yang diberi terhadap diri..... bersyukurlah dengan kelebihan anda........ ingat lah gelaran tidak membawa ape2 erti......"
AKU SEDAR SIAPA DIRI AKU YANG BUKAN BERDARAH RAJA
Duhai rakan fbku Harimau Perang...
maafkan aku ...kerana tidak dapat meneruskan menjadikan kau rakan fbku
kau bukanlah pejuang sastera yang aku harapkan
kau sama seperti rakan-rakan fbmu
yang sewenang-wenangnya
menghina sasteraku
sudahlah kau tak sokong aku
kau biarkan rakan-rakan fbmu kutuk aku...
tidak sedikitpun rasa ehsanmu untuk membela aku rakan fbmu
mentang-mentanglah mereka itu berdarjat raja. sultan, tengku,
pangeran, tan sri, pendekar, laksamana, ayahanda paduka...
kamu dan mereka injak-injak karya-karyaku sesuka hati.
Selama ini akulah yang menyanjungi perjuangan raja, pemimpin
mahupun semua yang bergelar pendekar...kerana ingin memasuki dunia mereka aku terima mereka menjadi rakan fbku agar aku mendapat banyak ilham mengenai kisah-kisah diraja, kepimpinan dan kepahlawanan...kisah raja, pemimpin ,pahlawan yang kuperolehi mahu kupaparkan kepada rakyat jelata...Inilah rajamu yang berjiwa hamba biarpun berdarjat raja
Inilah pemimpinmu yang berjiwa hamba biarpun punyaI kuasa
Inilah perwiramu yang berjiwa hamba biarpun gagah perkasa
Bila rakyat membaca ketiga-tiga tema yang kukarangkan pada mereka secara tidak langsung mereka menghargai dan menyanjungi
raja mereka
pemimpin mereka
pahlawan mereka
Aku bukan sengaja menggelar diriku ratu
kerana aku sedar aku bukan berdarah raja
itu cumalah nama penaku
agar aku lebih menghayati watakku yang hanya di dalam penulisan karya saja aku tidak bercita-citapun menjadi ratu atau merampas kuasa raja...aku bukan seorang ratu yang rupawan buat orang tertawan yang ada itu cumalah sekadar hiasan gambar saja...itupun memegang watak ratu rimba niagara, bukan watak ratu kepada manusia tak akan memegang watak ratu rimba yang rakyatnya haiwan pun nak dipertikaikan?
dengan haiwan pun nak dengki ke?
aku tak tahu kenapa...
Pengorbananku pada dunia sasteraku
mereka toren-toreh hingga hancur sehancurnya hatiku
hingga tidak bermaya lagi untuk aku teruskan perjuangan ini...
Tuhan...tolong aku Tuhan...jika benarlah bakat menulisku ini adalah Kurniaan dari-Mu lindungilah aku daripada mereka yang dengki apabila dia mendengki
aku ingin menulis dan terus menulis
sehingga terhenti nafas terhentilah pena
agar penulisan aku ini dapat aku tinggalkan kepada pewarisku nanti....moga bahan-bahan penulisanku ini ada nilaian di Sisi-Mu
dengan harapan menjadi bekalanku di akhirat nanti...
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Hamba-MU Yang Perlukan Ehsan-MU,
27 Jamadilawwal 1434H
8 April 2013
· - DUHAI ANAK BANGSAKU YANG TERSAYANG DEMI-NYA
DUHAI ANAK BANGSAKU TERSAYANG
KU SAYANG KAMU SEMUA-NYA KARENA-NYA
DEMIMU KUKERAH PERAHKAN OTAKKU
UNTUK SENTIASA BERFIKIR TENTANGMU
BERFIKIR GIMANA HIDUPMU TERJAMIN SEJAHTERA
HIDUP MENGECAPI NIKMAT KEMERDEKAAN NEGARA SENDIRI
KAMU TIDAK AKAN DIHINA DIKEJI DIJAJAH OLEH MEREKA YANG MENDENGKI
JIKA IZIN-NYA APA YANG KUTULIS SEMUA KARYA-KARYAKU TENTANGMU
ANAK BANGSAKU YANG BERSELERAKKAN DI ALAM MAYA INI DIBACA PENUH PENGHAYATAN OLEH PIHAK-PIHAK YANG BERKENAAN UNTUK MEMBELAMU
PASTILAH AKU YANG PALING BAHAGIA SEKALI
KARENA NASIBMU AKAN TERBELA DAN DIBELA
KARENA ANAK CUCU SELEPAS INI
TIDAK SEORANG PUN TIDAK DIBELA DIBIARKAN TERCICIR SEMUANYA TERBELA
IBU PERTIWI PASTI TERSENYUM SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI KARENA BUMI BERTUAH YANG KITA DIAMI BUAT SEMENTARA INI SENTIASA BERSYUKUR DENGAN RAHMAT DAN KASIH-NYA HIDUP KITA AMAN DAMAI SEJAHTERA
DENGAN NIKMAT KEMERDEKAAN
YANG DIPERJUANGKAN OLEH LELUHUR MOYANG NUSANTARA KITA
YA ALLAH SYUKUR KAMI DENGAN NIKMAT KEMERDEKAAN NUSANTARA YANG TERCINTA INI
YA ALLAH DENGAN BELAS KASIHAN-MU
KEKALKANLAH NIKMAT KEMERDEKAAN NUSANTARA INI SAMPAI DUNIA BELUM QIAMAT
AAMIIN YA RABAL A'LAMIIN.
RATU RIMBA NIAGARA
3 Rabiulakhir 1435H
3 Februari 2014M - DI SELURUH BENUA INI AKAN KURENCISKAN TINTA BERDARAH!
JANGAN BERPAYUNG DI BAWAH MENTARI,
JIKA TAK BERANI MEMIJAK BARA DI BUMI;
HANG TUAH RELA KORBANKAN DIRI SENDIRI,
DEMI SYAHIDNYA KE JALAN ILAHI.
BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
ITU PRINSIP HANG JEBAT HANG TUAH;
HANG TUAH HANG JEBAT RELA BERDEPAN AJAL,
ASALKAN BUMI PERTIWI TIDAK DIJAJAH MUSUH.
AYUH PAHLAWAN MELAYU BERSIAP SIAGA,
MENENTANG MUSUH DURJANA;
DI MANA-MANA MUSUH SENTIASA ADA,
MENUNGGU MASA MERAMPAS KUASA.
JANGAN LEKA JANGAN LALAI,
DUHAI SEMUA PAHLAWAN NEGARA;
KERANA MUSUH TAK PERNAH LALAI,
SENTIASA MENCARI PELUANG MEMERINTAH NEGARA.
NEGARA INI KITA YANG PUNYA,
MOYANG KITA TINGGALKAN UNTUK KITA;
TAK SEMUDAH ITU MEREKA NAK AMBILNYA,
LANGKAH MAYATKU DULU SEBELUM NIATMU BERMULA.
BIARPUN BUMI NUSANTARA INI BERMANDIKAN DARAH,
AKAN KUTUNTUT BIARPUN SEINCI TANAH MOYANGKU;
DI SELURUH BENUA INI AKAN KURENCISKAN TINTA BERDARAH,
AGAR MEREKA TAHU BETAPA AKU CINTA AKAN NUSANTARAKU.
SUDAH LAMA AKU HIDUP DI DUNIA INI,
TIADA APA SEMAI BAKTIKU PADA NUSANTARA TERCINTA;
KAN KUPERAH KERAHKAN OTAKKU INI;
MENIUPKAN BARA PERJUANGAN SEMUA WIRA TERCINTA.
PERJUANGAN INI TIDAK AKAN PERNAH PADAM DI HATIKU,
BIARPUN SELURUH PENDEKAR TIDAK MENDENGAR PUISIKU;
BERJUANGLAH DIKAU DENGAN KEPERKASAANMU,
SIAPALAH AKU HENDAK DIBANDINGKAN KEPAHLAWANANMU ITU.
CUMA HARAPAN KU SATU,
JANGAN KAU LUPA PESANAN HANG TUAH;
MELAYU ITU CUMA SATU;
MAKANYA TAK AKAN HILANG MELAYU DI BUMI BERTUAH.
MARILAH KITA BERSATU DEMI KEPENTINGAN MELAYU,
MARILAH KITA BERSATU HATI DEMI TUNTUTAN ISLAM;
BERKONGSI KUASALAH DEMI ANAK CUCU MELAYU,
KERANA BEGITU INDAH-NYA KESUCIAN ISLAM.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
3 Rabiulakhir 1435H
3 Febuari 2014M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PEJUANG MELAYU NUSANTARA TERCINTA MOGA KEKALLAH MERDEKA SEHINGGA DUNIA BELUM KIAMAT AAMIIN)
29 JAMADILAWAL 1435H
31 MAC 2014
0 comments:
Post a Comment