Saturday 5 April 2014

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE 68 RTM DARIPADA KETUA PENGARAH RTM, TV2 & RATU RIMBA NIAGARA


SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE 68 RTM  DARIPADA KETUA PENGARAH RTM, TV2 & RATU RIMBA NIAGARA

Selamat Hari Ulang Tahun ke 68 RTM!
Selamat Menyambut Hari RTM yang ke-68 daripada Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, YBhg. Dato' Norhyati Ismail kepada seluruh warga kerja Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan semua yang setia bersama kami. Terima kasih
Unlike ·  · 
  • You and 8 others like this.
  • Ratu Rimba Niagara
  • Ratu Rimba Niagara SELAMAT MENYAMBUT HARI RTM KE-68 UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA

    'SELAMAT HARI ULANG TAHUN RTM KE-68'

    PANTUN RTM MERENTAS ZAMAN

    Menteri Penerangan galakkan warga RTM berminda kreatif,
    Sampaikan mesej penuh daya kreativiti;
    Kalau semuanya berminda positif,
    Pastinya RTM rancangan diminati.

    Rancangan RTM sentiasa dinanti,
    Tak dengar tak tonton rasa gelisah;
    Rancangan digemari sudahlah pasti,
    Menyiarkan mesej pelbagai kisah.

    RTM sentiasa merentas zaman,
    Sebelum merdeka hingga kini;
    Mesej perjuangan disampai tak pernah bosan,
    Penonton dan pendengar setia menanti.

    Silih berganti Menteri Penerangan,
    Segala dirancang dikaji diteliti;
    Mesej disampai penuh mampan,
    Segala pesanan lekat dihati.

    Rakyat hargai jasa RTM,
    Menyampaikan wadah perjuangan rakyat;
    Menyuburkan semangat perpaduan kaum,
    Agar 1Malaysia hidup bermasyarakat.

    Jenama RTM semakin popular,
    Kerana RTM tetap unggul;
    Rancangan digemari sentiasa disiar,
    Kerana itu banyak pingat dirangkul.

    RTM tetap nombor satu,
    Rancangan disiar citarasa rakyat Malaysia;
    Diminati generasi lama dan baru,
    Membina minda Negara bangsa.

    RTM diminati satu Malaysia,
    Mesej disampai penuh wibawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Rela berkorban masa dan tenaga.

    TV1 saluran berinformasi,
    Rancangan disiar tak pernah basi;
    Semua warga RTM ada potensi,
    Kecemerlangan RTM sama dikongsi.

    Semua Pengarah RTM berjiwa kreatif,
    Pekerja digalak berproduktiviti tinggi;
    Akan berjaya bersikap positif,
    Jadi realiti ekonomi berpendapatan tinggi.

    RTM menterinya berjiwa patriotik,
    Wadah perjuangan disampai tak pernah jemu;
    Pekerja bekerja tiada konflik,
    Mesej kerajaan disampai sentiasa terbaru.

    Kerenah lucu DJ peminat terhibur,
    Bila bicara penuh adab dan sopan;
    Terhibur sungguh bila mendengar,
    Buatkan peminat rasa tidak kesepian.

    Drama RTM memang berkualiti,
    Memaparkan kisah rakyat berminda baru;
    Rakyat digalak hormat menghormati,
    Penonton mendengar pasti terharu.

    Berita Utama pastinya yang terkini,
    Berita didengar sentiasa dinanti;
    Apa disampai memang diminati,
    Kesahihan berita sudahlah pasti.

    RTM sampaikan mesej kerajaan untuk rakyat,
    Rakyat memahami dengan jelas;
    Menabur jasa untuk masyarakat,
    Peruntukan masyarakt dibuat telus.

    Pengacara dan DJ RTM diminati ramai,
    Kerana mereka berkarisma tinggi;
    Menjalankan tugas penuh dedikasi,
    Buatkan mereka amat diminati.

    Warga RTM bekerja sepenuh hati,
    Semuanya berazam bermatlamat sama;
    Gagasan 1Malaysia menjadi realiti,
    Barulah ketenangan dirasai bersama.

    PM berazam kotakan segala janji,
    Demi rakyat dan negara tercinta;
    Peranan RTM amat dipuji,
    Sampaikan mesej kerajaan tetap dikota.

    Rakyat sumber inspirasi RTM,
    Masalah rakyat dikongsi bersama;
    Selagi tak selesai rasa tak tenteram,
    Kesejahteraan rakyat menjadi utama.

    Tiada hari tanpa RTM,
    Siarannya dinanti lagi diminati;
    Rancangan disiar semuanya terangkum,
    Jenama RTM berkualiti sudahlah pasti.

    YBhg Dato' Norhyati Ismail,
    Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia,
    Sentiasa mahukan warga kerja RTM berminda global,
    Agar RTM dekat di hati rakyat Malaysia.

    Y.B Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek menteri prihatin,
    Mempopularkan RTM dalam pemodenan;
    Kakitangan RTM ambil perhatiaan,
    Rancangan disiar merentas zaman.

    "Selamat Menyambut Hari RTM yang ke-68 daripada Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, YBhg. Dato' Norhyati Ismail kepada seluruh warga kerja Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan semua yang setia bersama kami. Terima kasih

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    (1 April 2014 Bersempena Ulang Tahun RTM Ke-68)

    Puisi RTM Merentas Zaman
    Karya: Ratu Rimba Niagara

    RTM kau dilahirkan untuk rakyat Malaysia...
    Kau pejuang bangsa!
    Kau pembina negara bangsa!
    Selama 68 tahun kau berjuang…
    Banyak perit getir yang telah kau tempuhi.
    Pengalaman selama itu membuatkan kau matang…
    Untuk terus mara ke hadapan mencipta nama ke antarabangsa.
    Mesej yang disampaikan merentas zaman…
    Tak pernah jemu ditonton…
    Tak pernah jemu didengar…

    Merakyatkan RTM… Itu misi sebenarmu
    justeru rakyat sentiasa menyokongmu
    untukmu terus berdiri gagah! Dan Megah!
    Menyibarkan Jalur Gemilang penuh megah!
    Moga kau terus berjuang…
    Untuk mentranfomasikan minda baru rakyat Malaysia.
    Rakyat Malaysia amat menghargaimu!
    Moga kau terus berjuang …
    Demi rakyat dan negara tercinta!

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    1 April 2014
    (Bersempena Ulang Tahun RTM Ke-68)

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
    1 Jamadilakhir 1435H
    1 April 2014
    Like · Reply · 1 · 5 hrs · Edited
    • TV2 Terima kasih....nukilan yang sangat bermakna..
      Unlike · 1 · 36 mins
    • Ratu Rimba Niagara Terima kasih TV2 kerana sudi hargai karya nukilan Ratu Rimba Niagara ya. SELAMAT ULANG TAHUN RTM KE-68' 
      RTM DEKAT DI HATI RAKYAT MALAYSIA DULU KINI DAN SELAMANYA.. TABIK HORMAT 3 KALI UNTUK SEMUA WARGA KERJA RTM YANG TERSANJUNG DI HATI.
    • Ratu Rimba Niagara SEMPENA ULANG TAHUN RTM KE-68 RATU RIMBA NIAGARA SIARKAN PANTUN SYAIR, PUISI DAN GURINDAM SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG SETULUS HATI KEPADA RTM, WARGA KERJA RTM DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERCINTA.
      MOGA RTM TERUS MENJADI PENYIAR NOMBOR SATU DI MALAYSIA KERANA DEKAT DI HATI RAKYAT MALAYSIA. IN SHAA ALLAH AAMIIN.

PETIKAN PAGE TV2 & RATU RIMBA NIAGARA
6 JAMDILAKHIR 1435H
6 APRIL 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;