Wednesday, 29 April 2015

SASTRA ANUGERAH ILAHI (31) AKU INGIN MENGOLAH SEJARAH JADIKAN PUISI, SYAIR , PANTUN DAN GURINDAM



SASTRA ANUGERAH ILAHI (31) AKU INGIN MENGOLAH SEJARAH JADIKAN PUISI , SYAIR,PANTUN DAN GURINDAM


Like · Comment · 

AKU INGIN MENGOLAH SEJARAH JADIKAN PUISI SYAIR PANTUN GURINDAM CARA BARU MEMPOPULARKAN SEJARAH DI JIWA ANAK CUCU RUMPUN MELAYU NUSANTARA


Aku bukan ahli sejarah

tapi aku peminat sejarah
aku mahu menghargai sejarah
dengan caraku sendiri

Aku ingin mengolah sejarah

jadikan puisi syair pantun dan gurindam
cara baru untuk mempopularkan sejarah
di jiwa anak cucu rumpun Melayu Nusantara
agar mereka menghargai

Sejarah moyang mereka

yang bersusah payah
memerdekakan negara tercinta
agar anak cucu dapat menumpang teduh
dengan aman sejahtera
tanpa ada permusuhan
yang akan membuatkan
negara moyangku dijajah semula
aku tak mahu sampainya jadi begitu
makanya
kurela
keringat dan darahku ini dijadikan tinta
pena untukku menulis
dengan air mata dan darah
takkan kuhiraukan lagi
segala penghinaan mereka ke aku
karena aku berpena bukan
untuk dipandang manusia
aku menulis
demi pandangan dari-Nya
demi anak cucu rumpun Melayu Nusantara

Aku tak berhajat apa-apa dari kalian

tapi tolong jangan sepikan karya-karyaku ini
karena ianya lahir dari hati dan kasih sayang nan suci
moga Allah swt sahaja yang dapat membalas dukungan/sokongan itu
dan tolong doakan aku agar dapat berpena sehingga terhenti nafas
terhentilah pena

Karya Ratu Rimba Niagara

13 Ogos 2012
PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H


RECENT ACTIVITY
SAMPAI KAPAN PUN AKU ADALAH DIAN
sampai kapan pun aku adalah dian
menerangi orang lain membakar diri sendiri
tapi sampai bila aku mahu menjadi dian
jika begitu aku mahu menjadi seperti matahari
menerangi seluruh alam
bahagia dapat menerangi seluruh alam
tapi seluruh alam bahagia
aku tetap juga kepanasan
jika begitu aku mahu menjadi seperti bulan
cahayaku indah berseri-seri
siapa yang melihat pasti terpegun akan
keserian cahayaku,
aku akan sentiasa berada dalam kebanggaan
jadi aku tak mahu dipuji dipuja
sedangkan yang layak dipuji dipuja cuma TUHAN
yang menciptakan bulan dan yang menciptakan aku
jika begitu aku mahu menjadi seperti bintang
bergemerlapan setiap masa
semua berlumba-lumba menggapai bintang
akan kuberikan bintang kepada mereka yang
suka berusaha menggapaiku penuh ikhlas
biarlah mereka gembira dan bahagia memilikiku
apapun biarlah aku menjadi seperti dian
dalam keadaan yang tak berdaya
akan kucuba sedaya upaya bercahaya
menerangi diriku sendiri dan yang ikhlas
menerima cahayaku dan sentiasa memberi
semangat agar aku terus bercahaya
sehingga sumbu dianku habis
bila sumbu dianku habis
berarti tamatlah baktiku untuk terus bercahaya lagi
moga cahaya dianku yang sedikit ini
menerangiku di alam barzah yang gelap gelita
tanpa satu pun cahaya yang dapat menerangiku
walaupun cahaya dari mana sekalipun...
andai cahaya dianku menerangiku
di alam barzah
SUBHANALLAH doaku termakbul
SUBANALLAH cahaya dian yang kutinggalkan di bumi
terus terpancar ke alam barzah
bergemerlapan setiap masa
seperti indahnya cahaya
matahari, bulan dan bintang
malah lebih indah dari itu
itulah cahaya dari Syurga
terpancar hingga ke alam barzahku
dinampak Allah swt
keindahan Syurga yang tiada tara-Nya indah
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
berkat cahaya dianku terus berbakti kepada manusia
yang masih hidup di bumi sehingga bumi ini tamat usianya
ALLAHU AKBAR
bertambah indah dan bahagianya aku
jika sekiranya cahaya dianku yang sedikit ini
menjadi cahaya lembayung menyejukkan kepanasan
di Padang Mahsyar kepada semua yang pernah
memberi dukungan/sokongan dalam apa jua bentuk pengorbanan
agar sumbu cahaya dianku terus bercahaya...bercahaya...
semuanya dengan izin-Nya jua
tiada daya upayaku melainkan dengan kehendak-Nya kemahuan-Nya,
kuserahkan segala-Nya kepada-Nya jua,
karena dari-Nya aku datang dari-Nya aku dikembalikan
moga aku dikembalikan dalam jiwa dan roh yang tenang
redho lagi diredhoi-Nya,
ALLAHU AKBAR Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
26 Syawal 1435H
22 Ogos 2014
(MOGA DOA DALAM PUISI INI DIMAKBULKAN ALLAH SWT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
TERIMA KASIH SAHABATKU ZUL HARDI ATAS CETUSAN IDE INI
SEGALA JASAMU AKAN DIKENANG SEHINGGA KE AKHIR HAYATKU,
MOGA SILATURAHMI NAN INDAH INI SAMPAI KE SYURGA AAMIIN.
Like · Comment · 
  • Rabeah Binti Mohd Ali
Salam, terima kasih jemput saya dan jadikan admin. Tak perlu diangkat jadi admin pun tak apa.
Selepas ini sila panggil nama saya sahaja, Radzi. Tak perlu bertuan-tuan atau bersaudara dengan saya.
Berketurunan Banjar, dari jalur Pengeran Antasari. Ayah dan datuk meninggalkan Sumatera ketika diburu Belanda, waktu itu Beliau (bahasa Sabah merujuk ayah/ibu) berusia 9 tahun.
Saya belajar aliran sains sampai tamat universiti, dan di universiti selama 4 tahun itu saya bertalaqi dengan para asatizah (ustaz).
Kemudian setelah tamat belajar di Universiti, saya belajar dengan Prof Emeritus Abdullah Hasan dan isterinya Pn Ainon dalam beberapa bidang:
- Bahasa Melayu aras tinggi
- Budaya
- Psikologi
- Kaedah Berfikir
- Perniagaan
- Penulisan
Setelah itu baharulah saya melibatkan diri dalam bidang sejarah. Alhamdulillah beberapa kertas-kerja saya telah berjaya di bentang di universiti tempatan dan Nusantara.
Saya bukan siapa-siapa, saya adalah seorang murid yang hauskan ilmu. Dan darah Pagustian dalam diri saya membuat saya cinta pada bangsa Jawi saya khususnya Banjar.
  • 7 people like this.
  • 7 hrs · Like · 1
  • Ahmed Tirmidzi Elbasyasyah Salam kenal dari saya, Radzi. Assalamualaikum...
    7 hrs · Like · 2
  • 7 hrs · Like · 2
  • Ahmed Tirmidzi Elbasyasyah Saudara Radzi, saya berharap anda sebagai ahli sejarah dari Malaysia dan ditambah anda masih memiliki darah keturunan Kesultanan Banjar (Kalsel, Indonesia), memberikan pemahaman bermanfaat tentang sejarah melayu dan nusantara. Sehingga kita dapat mengambil manfaat dari itu.
    7 hrs · Like · 2
  • Abu Amru Radzi Othman Saya bukan ahli sejarah Malaysia. Saya murid yang baru belajar sejarah.

    Insyaallah jika ada penemuan yang saya peroleh, saya akan kongsi.


    Tapi kita harus bersedia untuk terima kisah suka dan kisah duka bangsa kita. Baharulah kita boleh berubah.

    Allah takdirkan kita dahulu menguasai dunia sampai menjarah Amerika. Sebelum candi Borobudur dibina kita telah mengalahkan Raja Mesoamerika.

    Tapi Allah menurunkan kita sehingga menjadi hamba sahaya.
    7 hrs · Like · 2
  • Dewata Majnun Selamat dtg! 
    7 hrs · Like · 1
Serangan Belanda terhadap Aceh 1873, beribu-ribu tentera Aceh dibawah pimpinan Panglima Polim dan Sultan Mahmud Syah menyerbu tentera Belanda yang mendarat di pantai Aceh. Akibatnya beribu tentera Belanda mati dan ketua turus angkatan tentera Belanda iaitu Jeneral kohler juga mati ditembak . Belanda kalah teruk, dan kekalahan Belanda ini diejek oleh negara-negara eropah yang lain dan dipaparkan didalam akhbar-akhbar utama dunia antaranya ialah New York Time.
Bismillahirrahmanirrhim.
Allahumma solli ala muhammad, wa ala aali muhammad.
LAGI-LAGI MELAYU KALAH.
Ada seorang hamba Allah, dia cakap dengan saya ‘Orang Melayu kita ni memang lemah sejak zaman dahulu lagi, apa pun buat semua tak menjadi, berperang dan bertempur dengan penjajah pun asyik kalah memanjang, tak ada apa yang hebatnya pada Melayu’. Persoalannya betul ke bangsa Melayu Nusantara kita ini sentiasa kalah dengan penjajah? Salah! Orang Malaysia kalau fikir tentang perang dengan penjajah mesti teringat perang Melaka, itu sahaja yang ada dalam fikiran dan ingatan mereka yang tepu dengan pendidikan buku teks sejarah sekolah.
Sebelum itu saya nak ingatkan kepada anda semua bahawa sejarah bangsa Melayu itu tidak sesempit Semenanjung sahaja. Bangsa Malayonesia itu adalah seluruh suku-suku yang berada dalam kelompok bahasa Austronesia. Baik Jawa, Minang, Batak, Iban, Kadazan, Bugis, Banjar, Aceh semuanya tergolong dalam kelompok ini. Jadi jika saya sebut ‘Bangsa Melayu’ tolong buang jauh-jauh kefahaman bahawa Melayu itu adalah suku yang wujud di Sumatera atau Semenanjung dan sedikit di Borneo. Sudah tiba masanya kita membuka luas pemikiran kita dan keluar dari kepompong pemikiran buku teks dan politik sempit.
Jadi adakah benar bangsa kita selalu kalah bertempur dengan penjajah? Baik, mari kita tengok beberapa peristiwa peperangan atau siri pertempuran yang berlaku di sekitar Nusantara pada zaman kolonial Belanda yang jarang kita tahu. Antaranya ialah ;
Pertempuran Perak-Belanda (1651) –Belanda terpaksa berdamai dengan Perak setelah beberapa kali pos Belanda diserang orang Perak. Buktinya anda boleh tengok bekas tinggalan kubu Belanda di pulau Pangkor. Kubu ini telah beberapa kali diserang oleh orang Melayu sehingga Belanda terpaksa meminta damai.
Pertempuran Batak-Belanda (1878-1907)-Dalam serangan pertama seramai 200 orang tentera Belanda terkorban dan ramai lagi yang tercedera. Kerugian yang ditanggung Belanda adalah amat besar berbanding tentera Batak. Seluruh kubu Belanda tersebut dibakar hangus. Sisinga Mangaraja terus berjuang menentang Belanda hingga akhir hayatnya dan berjaya membumihanguskan banyak kubu-kubu Belanda dan membunuh beratus-ratus tentera Belanda. Belanda sangat takutkan Sisinga Magaraja kerana kepakarannya dalam taktik pertempuran.
Pertempuran Selangor-Belanda (1784-1785)- Pada Julai 1784 angkatan Belanda yang membawa 11 buah kapal pimpinan Jacob Pieter Van Braam memerangi Selangor kerana tindakan Sultan Ibrahim menyerang Belanda di Melaka bersama Raja Haji. Sultan Selangor kemudian membalas kembali serangan dengan bantuan orang Pahang untuk merebut kembali Selangor. Dua pihak akhirnya terpaksa berdamai dengan menandatangani perjanjian pada 29 jun 1786 kerana kekuatan kedua-duanya sama hebat sahaja .
Pertempuran Johor-Belanda (1782) – Gabenor Belanda di Melaka menghantar angkatan perang dibawah pimpinan Toger Aboe membawa 6 buah kapal perang, 910 askar mengepung Riau . Pertahanan Riau yang kukuh menyebabkan Belanda terpaksa menghantar bantuan ke Riau iaitu 7 buah kapal perang seramai 594 askar. Seterusnya pada akhir 1782 Belanda menghantar lagi bantuan dengan 17 buah kapal kecil dan 600 askar yang menaiki kapal besar Malaka’s Welvaren, tetapi kedua-duanya diletupkan tentera Johor-Riau dan semua anak kapal terbunuh dan Belanda terpaksa pulang ke Melaka dengan tangan kosong.
Perang Siak- Belanda (1752) – Siak telah menang besar dalam pertempuran ini dimana banyak askar Belanda yang terkorban bersama kapal-kapal mereka yang berjaya dikaramkan oleh tentera Melayu Siak. Sejarah perang ini dinukilkan dalam Syair Perang Siak. Dalam syair ini kita akan dapat mengetahui jenis-jenis senjata api yang digunakan oleh orang Melayu Siak serta taktik dan strategi mereka. Antaranya ialah menggunakan ‘kubu kapal’ atau kapal bertutup yang dilengkapi meriam dan bom.
Perang Aceh-Belanda (1873-1874) – Dipimpin oleh Panglima Polim dan Sultan Mahmud Syah melawan Belanda yang dipimpin Köhler. Köhler dengan 3000 askarnya dapat dikalahkan, dimana Köhler sendiri tewas pada tanggal 14 April 1873. Sepuluh hari kemudian, perang berkecamuk di mana-mana. Pertempuran paling sengit ialah saat merebut semula Masjid Raya Baiturrahman. Walaupun pada tahun-tahun berikutnya Belanda berhasil menawan Banda Aceh namun perjuangan rakyat Aceh tak pernah berhenti sehingga zaman pemerintahan Jepun. Malah ada yang menyebut hampir 30 ribu tentera Belanda terkorban di Aceh iaitu yang terbesar dalam sejarah peperangan Belanda.
Apa yang saya paparkan ini sebenarnya sebahagian sahaja daripada pertempuran-pertempuran yang berlaku diantara penjajah dengan kita yang dimenangi oleh kita atau diakhiri dengan perjanjian damai. Belum lagi jika dimasukkan Perang Naning (1831) yang membingungkan pihak British dan Perang Kastilan (1578) yang membuka mata orang Sepanyol akan kekuatan ketenteraan Melayu Brunei.
Dan adakah anda tahu akan Perang Aceh-Belanda yang diketuai oleh para wanita seperti Laksamana wanita terulung Cut Keumalahayati yang beberapa kali berjaya mengalahkan tentera Belanda di laut malah pernah berlawan satu lawan satu dengan seorang Admiral Belanda di atas kapal? Begitu juga dengan pahlawan wanita Aceh yang lain seperti Cut Nyak Dhien, Tengku Fakinah, Cut Meurah Intan, Po Cut Baren, Cut Meutia, dan Cut Gambang? Bayangkanlah bagaimana panglima-panglima wanita Aceh ini berjaya membunuh beratus-ratus tentera Belanda dengan menggunakan pasukan gerila mereka dan sanggup syahid bersama anak dan suami mereka.
Sebenarnya kalau anda semua nak tahu, kejatuhan kebanyakan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara bukanlah akibat daripada kita kalah berperang dengan mereka atau sebab kita tiada strategi dan persenjataan yang setaraf, tetapi disebabkan TIPU HELAH dan PECAH BELAH. Dengan cara yang licik inilah penjajah Belanda dan seterusnya diperkemaskan pelaksanaannya oleh British telah menjahanamkan negeri-negeri Melayu Nusantara dan merosakkan pemikiran anak bangsa. Maka anak bangsa pun tertanya-tanya mengapa sekian kali berperang nenek moyang tak pernah menang? Namun sayang, mereka tak mengetahui sejarah yang sebenar, mereka telah tertipu dengan sejarah versi Orientalis. Sekian. Wallah hu’lam..
Credit : satumalaya
  • 13 people like this.
  • Dewata Majnun Yup! Kita semua sering di highlight yg penjajah ni lebih hebat dr bangsa Melayu. Kita smua diajar bangsa Melayu selalu kalah dlm peperangan. Sbb 2 ada yg slalu anggap bangsa kita ni adalah bangsa yg lemah...
    11 hrs · Like · 1
  • Hafiz Amri Ad yang fikir melayu ny pakai keris bila nk perang..hehe
    10 hrs · Like · 1
  • Dewata Majnun Itu lah yg menyedihkan. Huhuhu
    10 hrs · Like · 1
  • Hafiz Amri Lebih menyedihkan bila ad anak bngsa menagung agungkan penjajah 2..hehehe
    10 hrs · Like · 1
  • Rizal Norhan Kita dar kecil dihadzamkan sgn kisah sejarah yg ditulis oleh proksi² penjajah. Bangsa Melayu bkn lemah cuma bangsa melayu berpecah belah. Begitulah stratergi musuh² Melayu Islam. Mereka tahu, kita tidak boleh dikalahkan dlm peperangan fizikal kerana semangat juang @ jihad bangsa Melayu yg tinggi. Mereka melemahkan kita dr dlm. Kita jg perlu akui kelemahan² & kesilapan² masa lalu utk diambil sbg iktibar. Ambil yg lemah, yg buruk utk dijadikan kekuatan & perbaiki kesilapan. Agar tidak diulang².
    9 hrs · Like · 2
  • Dewata Majnun Contohnya mcm ni.
    7 hrs · Like · 1
  • Rizal Norhan Sebenarnya kekuatan portugis adalah menghasut. Menghantar penghianat² ke Istana, meracun fitnah menjadi duri dlm daging, gunting dlm lipatan.
    Siapa yg menulis buku² sekolah sejarah melaka. Ada kalangan penulisnya pun bukan orang melayu. Pelek bukan.?
    6 hrs · Like · 2
  • Dewata Majnun Bila penulisnya bkn org Melayu, mreka tulis ala kadar je la. Sbb x de kena dgn bangsa mreka. Mreka tulis ikut acuan penjajah.
    6 hrs · Like · 3
  • Rabeah Binti Mohd Ali


Satu catatan tentang ilmu Zoologi terutamanya flora di Terneta baru dijumpai ketika sebuah lombong milik Barat di jual.
Baharulah dunia mengenal saintis Melayu kurun 19, En Buang, yang menjadi rakan dan pembantu Saintis Naturalis taraf dunia dari British, Alfred.
Dalam catatan Alfred ketika menjelajah hutan Sarawak, dia menulis nama pembantunya sebagai Bujang.
Hakikat nya Bujang adalah lelaki yang sama bernama Buang. Dan buku nota saintis Zoologi Melayu ini sedang dikaji di universiti di Afrika.
  • 8 people like this.
  • Rizal Norhan Adakah bujang ini berkait dengan lembah bujang atau bujang senang. Maaf kalau soalan ini seperti soalan bodoh 
    7 hrs · Like · 1
  • Dewata Majnun Klau nak kata lembah bujang dpt nama drp saintis Bujang, zoologi jauh brbeza dgn arkeologi. Mungkin kbetulan je kot nama 2... Bujang senang lak gelaran drp penduduk stempat kan? 
    7 hrs · Like · 2
  • Abu Amru Radzi Othman En Buang khabarnya ditemui oleh Alfred semasa di Sarawak.

    Tak ada kaitan lembah Bujang dengan En Buang.


    Panggilan utara untuk anak lelaki sulung pun Bujang.

    Kalau untuk Banjar, dipanggil Utuh, untuk anak sulung.
    6 hrs · Like · 2
  • Abu Amru Radzi Othman Lembah Bujang wujud dahulu dari lahirnya En Buang / Bujang.

    Secara automatik hal ini menafikan kaitan nama Bujang.
    6 hrs · Like · 2
  • Dewata Majnun Lembah bujang wujud sblm Raja Chola dtg menjarah.
    6 hrs · Like · 1


Hehehe..hnya hiburan semata2...
Sundang atau keris besar yang menjadi senjata orang melayu...digunakan oleh orang Bugis dan Sulu....

  • Hafiz Amri O...ok...trima ksh abu amru radzi othman atas maklumat....
    5 hrs · Like
  • Rabeah Binti Mohd Ali

    Write a comment...
Siapa pernah menghitung tempoh masa pembinaan A-famosa?
Firasat saya mengatakan Kota Melaka itu ditampal padanya. Kerana Kota Melaka itu tersangat lah kukuh sampai dibuat madah:
"Kalau roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa hamba dirikan"
Kerana kalau runtuh binaan terkuat maka apa guna, silakan ambil papan sahaja.
Alfonso menampalnya sebab "Lubang tikus pasti ada lantaran Melayu yang membina", kelak mereka mampu menyelinap dalam Melaka.
  • 9 people like this.
  • Abu Amru Radzi Othman Maksud saya, Kota Melaka ditampal di hadapannya dengan binaan baharu iaitu A-famosa.

    Menyebabkan kota ini tak pernah runtuh sampailah di bom oleh British ketika mereka berkuasa di Melaka.
    6 hrs · Like · 1
  • Abu Amru Radzi Othman Bandingkan tempoh masa menyiapkan A-Famosa dengan binaan lain Barat.

    Apakah masa yang diambil hampir sama?


    Apakah kerahan tenaga siang malam?

    Kenapa dibuat cepat dan luar biasa pantas?
    5 hrs · Like
  • Dewata Majnun Brmaksud, kota Melaka ialah kubu asal kesultanan Melayu Melaka? Sy rasa prnah trbaca ttg ni.
    5 hrs · Like · 1
  • Abu Amru Radzi Othman Kota Melaka mengikut senibina Tembok Besar China.

    Parameswara telah melawat China.


    Begitu pula Tun Perpatih Putih, abang Tun Perak.

    Malah Maharaja Ming menghantar beberapa jurutera ke Melaka bersama rombongan Li Po.
    5 hrs · Like · 1
  • Abu Amru Radzi Othman Sebagai contoh perbandingan, cuba kita lihat senibina Gapura Majapahit.
    5 hrs · Like · 2
  • Abu Amru Radzi Othman A-Famosa dibina sekitar 5 bulan.

    Sangat cepat.


    Sebab Alfonso takut kekuatan Melaka Baharu iaitu Johor akan pulih.

    Waktu ini, Sultan Mahmud baru sampai ke Johor dan baru membina kekuatan.
    5 hrs · Like · 2
  • Dewata Majnun Mereka hanya ubah tp bkn membina.
    5 hrs · Like · 1
  • Abu Amru Radzi Othman Ya,

    Mereka tampal lagi satu lapisan dan membuang bahagian2 yang ada ciri senibina Melaka.
    5 hrs · Like
  • Dewata Majnun Susunan batu diprcayai sejak zaman Sultan Mansur Syah atau Sultan Muzaffar Syah.
    5 hrs · Like · 1
  • Dewata Majnun Dipercayai jajaran dinding kota Melaka.
    5 hrs · Like · 1
  • Dewata Majnun Diprcayai, batu besi ini sama dgn batu yg digunakan utk membina Angkor Wat.
    5 hrs · Like · 1
  • Dewata Majnun Di bandar hilir, Melaka dah penuh dgn pembangunan. Klau tapak kajian ni diteruskan, byk bgunan prlu dirobohkan. Adakah mreka akan izinkan hanya krna semata2 utk mngkaji yg blm tentu sahihnya lg? Penjajah mmg pandai menutup sjarah bangsa kita. Mreka dirikan pembangunan di atas runtuhan istana Melaka.
    5 hrs · Like · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali


  • Dewata Majnun Di bandar hilir, Melaka dah penuh dgn pembangunan. Klau tapak kajian ni diteruskan, byk bgunan prlu dirobohkan. Adakah mreka akan izinkan hanya krna semata2 utk mngkaji yg blm tentu sahihnya lg? Penjajah mmg pandai menutup sjarah bangsa kita. Mreka dirikan pembangunan di atas runtuhan istana Melaka.
    5 hrs · Like · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali

    Write a comment...
KUDA TEZI DAN KERETA KENCANA
Siapa yang rajin dan ada kesempatan untuk kaji / meneliti tentang Kuda Tezi dan Kereta Kencana.
Sebab mengikut catatan; kuda terbang ini pernah dipamer di Melaka. Dan dalam kisah pembentukan Majapahit, kuda Tezi dan kereta Kencana iaitu kereta khusus untuk kuda terbang; di sebut.
Hal ini iaitu wujud kuda terbang adalah Tsabit dalam Al Quran dan Hadis.
Dalam kitab Ibn Katsir, Qishasul Anbiya, dinyatakan bahawa Nabi Sulaiman memelihara kuda terbang tetapi kemudian kerana keasyikan yang ditimbulkan oleh kuda ini maka disembeleh semuanya.
Kuda Tezi memiliki beberapa nama sebutan.
Mungkin ada dari kita yang sudi membuat kajian pasal ini, dapatlah kita ambil manafaat nanti.


PETIKAN WALL GROUP KEBANGKITAN BANI JAWI (NUSANTARA) & RATU RIMBA NIAGARA
10 REJAB 1436H
29 APRIL 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;