Saturday, 2 May 2015

SATRA ANUGERAH ILAHI (74) COP MOHOR SULTAN MAHMUD SYAH MELAKA DITEMUI



SATRA ANUGERAH ILAHI (74) COP MOHOR SULTAN MAHMUD SYAH MELAKA DITEMUI

News Feed

RECENT ACTIVITY
Sedare jauh...
ORANG CHAMORRO
Tahukah anda tentang orang Chamorro? Mereka adalah masyarakat yang tinggal di kawasan kepulauan Mariana yang terletak di lautan Pasifik. Di bahagian barat gugusan kepulauan ini adalah lautan Filipina manakala utaranya adalah lautan yang bersempadan dengan kepulauan Jepun.
Dua buah pulau yang terkenal dalam gugusan kepulauan Mariana ialah Guam dan Saipan yang berada dibawah pentadbiran Amerika Syarikat.
Sebenarnya masyarakat Chamorro adalah serumpun dengan kita yakni mereka tergolong dalam rumpun Malayo-Polynesia atau Austronesian. Sebelum menjadi taklukan Amerika, pulau Guam dan Saipan adalah dibawah jajahan kolonial Sepanyol selama 300 tahun oleh sebab itu terdapat banyak pengaruh bahasa Sepanyol dalam masyarakat Chamorro.
Apa yang menarik mengenai bahasa mereka ialah terdapat banyak persamaan yang ketara diantara bahasa Melayu/Indonesia dengan bahasa Chamorro. Saya berikan beberapa contoh disini:
Melayu - Chamorro.
Abu- Apu
Atap- Atof
Jalan-Chalan
Ikan- Guihan
Apa- Afa
Langit-langet
Ayam/Manuk- Manok
Bulan-Pulan
Api-Guafi
Lesung batu- Lusong
Rumah- Guma'
Acuan- Acha
Kalung- Kalang
Perkara yang paling menakjubkan ialah kehebatan orang Chamorro dalam senibina rumah tradisional mereka. Perkara yang membezakan rumah suku kaum Chamorro dengan rumah tradisi sebahagian suku kaum Austronesia yang lain ialah penggunaan tiang-tiang batu besar yang dipanggil sebagai Latte.
Terdapat tiang batu yang setinggi tujuh kaki, namun ada juga yang setinggi enam belas kaki dan selebar empat kaki serta seberat 35 tan! Namun rumah bertiang batu besar ini hanyalah untuk golongan kasta atasan dalam masyarakat Chamorro yang dipanggil sebagai Matao dan Acha'ot.
Ahli Arkeologi telah menjumpai kuari-kuari tempat mereka mendapatkan batu latte dimana telah dijumpai batu yang tidak siap dipahat yang saiznya hampir sama besar dengan blok-blok batu Piramid di Mesir.
Hal ini menunjukkan masyarakat Chamorro mempunyai ilmu yang tinggi dalam melombong dan memahat batu dan pastinya mempunyai ilmu kejuruteraan yang setanding bagi menaikkan dan menegakkan tiang-tiang batu tersebut yang beratnya bertan-tan.
Melihat betapa besarnya batu-batuan yang digunakan oleh mereka untuk membina tiang Latte membuatkan saya terfikir, mungkinkah berbelas ribu tahun yang lalu di sebuah benua yang sudah tenggelam,nenek moyang Malayo-Polynesian amat mahir dalam senibina batu-batuan yang kukuh dan besar.
Ini baru sahaja di kepulauan Marianas, belum lagi kita lihat dan camtumkan sisa-sisa ilmu senibina Megalitik yang terdapat di Nias, Sumatera, Sulawesi,Jawa. Hawaii, Tahiti, Fiji, Nan Madol, New Zealand dan lain-lain kawasan yang didiami masyarakat Malayo-Polynesian. Saya yakin suatu ketika dahulu leluhur kita mempunyai teknologi binaan yang sangat tinggi ketamadunannya.
Begitulah sedikit sebanyak mengenai masyarakat Chamorro dengan tiang-tiang gergasi rumah mereka. Diharapkan artikel ini dapat menambahkan lagi pengetahuan kita semua dan mendekatkan lagi jurang diantara kita suku kaum anak benua, Malayo-Polynesian di seluruh dunia. Sama-samalah kita mengenal sesama rumpun, sesungguhnya Allah menjadikan manusia itu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku adalah supaya kita saling kenal mengenal dan belajar diantara satu sama lain
Sekian.
~ASJ~
Sumber:
Ancient Chamorro Society, Lawrence J. Cunningham, The Bess Press. Honolulu Hawaii, USA.
Like · Comment · 

PETIKAN WALL GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI & RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
13 REJAB 1436H
2 MEI 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;