- AKU SUDAH MEMAAFKAN DIA DAN MEREKA TAPI ADAKAH DIA MEMAAFKAN AKU
KERANA AKU TAKUT AKU AKAN BERJAWAB DENGAN TUHANKU DI AKHIRAT NANTI
Meratapi diri yang sentiasa tak sempurna...berdoa pada Tuhan supaya dilembutkan hatiku ni...agar selalu memujuk diri selalu memaafkan dan pedih macam mana pun aku akan memaafkan mereka cumanya aku tak mampu mendengar lagi kata-kata bak petir sambung menyambung. Biarlah kuhentikan petir itu agar hatiku aman damai sedamai tasik yang tenang airnya.
Dia kumaafkan dan sesiapa saja kumaafkan ....cumanya adakah dia dan sesiapa saja memaafkan aku? kerana aku akan berjawab dengan Tuhanku nanti...itulah yang akan membuat rohku terganggu.
Ku ingin bersahabat dengan mereka yang boleh mendatangkan iman
Ku ingin bersahabat dengan mereka menuturkan kata-kata yang boleh menenangkan roh dan jasadku!
Kerana aku insan yang tidak sempurnalah makanya aku perlukan sahabat sebegitu untuk mempimpin aku ke jalan-jalan SurgaNya
hal-hal yang tidak ada nilaian di Sisi Allah mahu dilupakan dan dipadamkan dari berbicara...tapi siapalah aku melainkan mendapat Nur Hidayah KasihNya yang abadi.
Karya Rha NS
9 Muharram 1433H
5 Disember 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment