Wednesday, 7 December 2011

AKU TINGGAL DI SEBUAH PULAU YANG HANYA DIHUNI SEGALA SANG RIMBA MEREKA SUKA MENDENGAR SYAIRKU


Iye ke...ngak ku ngertilah pulak tu...mustahil....kerna ku tinggal di tempat yang terpencil jauh daripada manusia di sebuah pulau hanya dihuni Segala Sang di Rimba Pulau...hari-hari kerjaku mengarang syair di dengari oleh semua penghuni pulau... Mereka sukakannya...
· · 3 hours ago


  • Rans Romeo likes this.


    Rabeah Mohd Ali


    MOGA ALLAH TERIMA AKU SEBAGAI HAMBANYA

    Ayahanda Chik :


    Kaki tersadung jatuh terlentang,

    Burung tempua membuat sarang;
    Bagai melukut di tepi gantang,
    Mengharap ehsan kasihnya orang....
    52 minutes ago · Like

    Ayahanda Chik:

    Asyik leka membaca buku,
    Tanpa sedar datang tetamu;
    Biarlah aku dengan duniaku,
    Terus berkarya tanpa jemu....
    45 minutes ago · Like

    Ayahanda Chik:

    Ke mana pergi lama menghilang,
    Luka di hati bertambah lara;
    Apa pun pancaroba datang menghalang,
    Semangat menulis terus membara....
    41 minutes ago · Like

    Ayahanda Chik:

    Apa diharap padi seberang,
    Kueh keria manis disira;
    Apa nak kesah katanya orang,
    Tepuk dada tanyalah selera....
    36 minutes ago · Like

    Rabeah Mohd Ali:

    Tidak diharap ehsan kasihnya orang,
    Yang kuharapkan ehsan Tuhan Penciptaku;
    Aku menulis tidak kisahkan orang,
    Tanda kusyukuri KurniaanNya padaku.
    15 minutes ago · Like

    Rabeah Mohd Ali :

    Biar aku dengan duniaku,
    Terus berkarya tanpa jemu;
    Karyaku sasteraku duniaku,
    Kuberkarya hingga Allah menjemputku.
    12 minutes ago · Like

    Rabeah Mohd Ali:

    Apa pancaroba datang menghalang,
    Semangat menulis terus membara;
    Kumenulis kerana kasih sayang,
    Kasih sayang sejati terus membara.
    9 minutes ago · Like

    Rabeah Mohd Ali:

    Kasih sayang sejati terus membara,
    Kemanusiaan tersemai itu mahuku;
    Kutinggalkan karya bila ku tiada,
    Tanda kasih sejati tika hidupku.
    6 minutes ago · Like

    Rabeah Mohd Ali:

    Aku menulis bukan kerana nama,
    Tapi mahukan karyaku ternama;
    Pembaca karyaku menjadi utama,
    Kuhargai mereka bak bulan purnama.
    3 minutes ago · Like

    Rabeah Mohd Ali:

    Terhenti nafas terhentilah pena,
    Terputus sudah perjuanganku di dunia;
    Kulalui alam baru di Sana,
    Moga Allah terimaku sebagai hambaNya.

    (KARYA BERSAMA RHA NS & AYAHANDA CHIK)
    23 Oktober 2011
    · · 2 hours ago near Kuala Lumpur

    (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    11 Muharram 1433H
    7 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;