Sunday, 4 December 2011

MOGA APA YANG KUTULIS MENDAPAT REDHANYA DI KALA HIDUP DAN MATI


AKU MENULIS INGINKAN REDHANYA DI KALA HIDUP DAN MATI

setahuku sepanjang aku berkarya dan berkomunikasi ...
tinta yang kutulis bertemakan:
bersahabat keranaNya
berkasih sayang keranaNya
berjuang keranaNya
Saling bermuhasabah diri
MembesarkanNya
Meng-AgungkanNya
Meng-EsakanNya
Takut akan pembalasanNya
Mengharapkan balasan cintaNya
Mengharapkan redhaNya di kala hidup dan mati
Balasan CintaNya Syurga Menanti

Benarlah katamu kau ada cara kau tersendiri
Dan aku dengan caraku tersendiri
Mana bisa mungkin kita dapat bergandingan bersama

Kau berkarya hanya mahu berkongsi cerita mahukan mereka merenungi...
Aku berkarya lahir dari hati dan berharap karyaku bertahta di hati mereka
biarpun aku telah tiada di dunia ini tanda aku amat sayangkan mereka

Kerana kita saling bertentangan pemikiran
Makanya kau dan aku tak bisa bersatu untuk meneruskan perjuangan karya
Aku redha
Ku doakan moga kau terus berjaya hingga ke mercu
Terbanglah setinggi mana mahumu untuk mencapai segala impianmu dalam dunia senimu!

Karya Rha NS
8 Muharram 1433H
4 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;