Wednesday 7 December 2011

PEJUANG KANCILKU KAU AKAN MENANG BIARPUN KAU TAK SEHEBAT KEPANTASAN FERARI


  • PEJUANG KANCIL

    Duhai pejuang rakyat
    Kau mesti teruskan perjuanganmu
    Biarpun tsunami datang membadai!
    Biarpun hatimu hancur lulur remuk redam
    Biarpun tubuhmu hancur berkecai dihujani peluru
    Di mana kau berada diburu di setiap penjuru
    Namun berundur tidak sekali!

    Perjuanganmu membela rakyat mesti kau teruskan
    Tanpa mempedulikan LIMO atau Ferari

    Biarpun kau cumalah kancil
    Tapi mindamu pantas daripada LIMO atau Ferari

    Justeru jangan kau bimbang...
    Jika Perjuanganmu benar suci
    Demi rakyat
    Demi Agamamu
    Demi bangsamu
    Demi negaramu

    Berjuanglah tanpa jemu
    Tanpa henti
    Hingga
    Nafas terhenti!

    Karya Rha NS
    27 Julai 2011
    (Diilhamkan Khas Untuk Pejuang Rakyat Sabah
    YBhg Datuk Mohd Jeffry Rosman)

    (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    8 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;