Thursday, 8 December 2011

KENANGAN ILUSI PERMAISURI BONDA RATU RIMBA





Rabeah Mohd Ali

  • KENANGAN ILUSI PERMAISURI BONDA RATU RIMBA

  • Ayahanda kata pada beta bonda menyintai ayahanda
    kerana ingin berjasa kepada semua penghuni Rimba
    Niagara ....ayahanda pula berkahwin dengan bonda
    kerana jiwa penyayang bonda pada penghuni rimba.
    Perkahwinan yang bahagia itu atas dasar perjuangan
    dan cinta yang terlalu mendalam maka lahirlah beta
    yang bergelar Putera Sang Kuriang.

    Beta mulalah berilusi jika pada malam yang penuh
    tragedi tidak berlaku pada bonda permaisuri...
    sekiranya tidak ditembak oleh bapa angkat beta.

    Beta hidup bersama bonda permaisuri di dalam sebuah
    rimba yang kaya dengan khazanah rimba. Bonda menjaga
    beta dan mendidik beta dengan penuh kasih dan sayang.
    Beta bersama bonda permaisuri sentiasa bergurau senda.
    Bahagia dan bersyukur dikurniakan bonda permaisuri yang
    berjiwa penyayang....memang patutlah ayahanda menyayangi
    dan jatuh cinta pada bonda permaisuri.

    Itu cuma illusi beta saja...beta juga bersyukur dikurniakan
    ibu angkat yang amat menyayangi beta. Ibu angkatlah yang
    menamakan beta Sang Kuriang. Kalau tidak kerana ibu angkat
    mempertahan kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi kepada
    beta ...sudah lama beta dijual oleh bapa angkat.

    Walaupun beta tidak pernah merasai kasih sayang bonda
    permaisuri tapi membayangkan kasih sayang bonda permaisuri
    pun sudah cukup membuatkan beta dikasihi oleh bonda permaisuri.
    Beta bersyukur kerana dikurniakan Tuhan dua bonda yang amat
    menyayangi beta penuh ikhlas. Syukur Ya Tuhan!

    Karya Rha NS
    9 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;