- SEAGUNG CINTANYA
Terlerai sudah cinta suciku
Biarpun kucuba pertahankan
Dalam ribut petir
Dalam pukulan badai menghempas pantai
Dalam remuk redam
Lalu hatiku hancur berderai
Terhempas dipukul gelombang
Telah jutaan kali kutakan padamu
Keikhlasan cinta suciku padamu
Namun kau tetap memilih dia
Cinta baru
Yang memiliki segalanya yang kau suka
Lalu cintaku kau biarkan hanyut
Dibawa arus mengikut arah yang entah di mana
Ooo... sampai hatimu
setega itu biarkan aku
menagih cintamu
yang tiada wujud di hatimu lagi
cintaku kau biarkan terluka
dalam sepi yang panjang
dan aku relakan demi kebahagianmu bersama
dia yang kau puja dan yang kau sayang
biarpun hatimu telah dimiliki dia
tanpa ada ikatan denganku lagi
ku di sini mendoakanmu bahagia selamanya
mengayam cinta baru bersama dia yang
kau cintai dan kau puja
biarpun cintaku kau biarkan hanyut dibawa arus
kuredha kalau itu kehendakNya
takdir yang harus kusematkan di dada
bahawa kau bukan takdir untuk cintaku
kulalui penuh pasrah dan yakin
Allah sentiasa bersamaku
mengurniakanku hati untuk mengasihi dan mencintai
semua yang diciptakanNya
dan aku tenang
setenang air di kali
cintaku terarah
cintaku indah
bersama cintaNya
tersirna di hatiku
hanya Dia dan aku memahami
tiada cinta lain SeAgung cintaNya
Karya Rha NS
10 Disember 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment