BERIKAN HATIMU RUANG UNTUK MENCINTAINYA
Anak-anak kesayanganku...Berikan hatimu ruang untuk menerima hidayah kasihNyaRuang sebesar jarum pun sudah memadai Kerana sebesar jarum itulah akan masuk cahaya hidayah kasihNya
Yang boleh membuatkan hatimu yang gelap gelita bercahaya-cahaya
Seperti terangnya bulan purnama di malam hari
Tapi mana bisa mungkin cahaya hidayah kasihNya
masuk ke hatimu jika kau sendiri tidak mahu:
mengundangNya
memikirkanNya
mempelajariNya
mengamalkanNya
Jika itu telah wujud di hatimu...kau akan mula:
jatuh cinta denganNya
mencintaiNya
merinduiNya
di kala pagi petang siang dan malam
kerana terlalu asyik merindu
kau akan menyebut-nyebut namaNya
tak perlu kau panggil Dia ada bersamaMu
terlalu dekat hinggakan kau akan dapat rasakan kehadiranNya
Berkata-katalah denganNya
dengan membaca Al-Quran kitab suciNya
penawar untuk hatimu yang gelap gelita
penerang kuburmu yang gelap gelita
peguam belamu di alam akhirat
Jika kau tahu Allah ada bersamaMu
hari-hari hidupmu tidak kesunyian
roh dan jasadmu akan tenang
akan tersirna di wajahmu ketenangan itu
Pabila cintamu terlalu mendalam padaNya
pabila sampai waktu kau tak sabar-sabar untuk bertemu denganNya
menyembahNya penuh kusyuk Meng-AgungkanNya
di kala itu hatimu yang ada hanyalah Dia
Kekasih Yang Kau Puja Kekasih Yang Kau Rindu
Rindumu RinduNya berpadu tika kau sujud padaNya
Allahu Akhbar syahdunya di kala itu
hanya kau yang tahu betapa syahduNya
Pabila kau berdoa dengan titisan air mata
Adalah sesuatu yang sungguh mengharukan
Dia memakbulkan doamu
Justeru anakku
Pujuklah hatimu
Memberi sedikit ruang
Agar mengundang Nur Hidayah KasihNya
Kerana kau takkan rugi dunia akhirat
Cintamu CintaNya kekal abadi
Dari dunia bawa ke Akhirat
Negeri abadi yang tiada negeri selepas itu!
Karya Rha NS
11 Muharram 1433H
7 Disember 2011
BERIKAN HATIMU RUANG UNTUK MENCINTAINYA
Anak-anak kesayanganku...
Berikan hatimu ruang untuk menerima hidayah kasihNya
Ruang sebesar jarum pun sudah memadai
Kerana sebesar jarum itulah akan masuk cahaya hidayah kasihNyaYang boleh membuatkan hatimu yang gelap gelita bercahaya-cahaya
Seperti terangnya bulan purnama di malam hari
Tapi mana bisa mungkin cahaya hidayah kasihNya
masuk ke hatimu jika kau sendiri tidak mahu:
mengundangNya
memikirkanNya
mempelajariNya
mengamalkanNya
Jika itu telah wujud di hatimu...kau akan mula:
jatuh cinta denganNya
mencintaiNya
merinduiNya
di kala pagi petang siang dan malam
kerana terlalu asyik merindu
kau akan menyebut-nyebut namaNya
tak perlu kau panggil Dia ada bersamaMu
terlalu dekat hinggakan kau akan dapat rasakan kehadiranNya
Berkata-katalah denganNya
dengan membaca Al-Quran kitab suciNya
penawar untuk hatimu yang gelap gelita
penerang kuburmu yang gelap gelita
peguam belamu di alam akhirat
Jika kau tahu Allah ada bersamaMu
hari-hari hidupmu tidak kesunyian
roh dan jasadmu akan tenang
akan tersirna di wajahmu ketenangan itu
Pabila cintamu terlalu mendalam padaNya
pabila sampai waktu kau tak sabar-sabar untuk bertemu denganNya
menyembahNya penuh kusyuk Meng-AgungkanNya
di kala itu hatimu yang ada hanyalah Dia
Kekasih Yang Kau Puja Kekasih Yang Kau Rindu
Rindumu RinduNya berpadu tika kau sujud padaNya
Allahu Akhbar syahdunya di kala itu
hanya kau yang tahu betapa syahduNya
Pabila kau berdoa dengan titisan air mata
Adalah sesuatu yang sungguh mengharukan
Dia memakbulkan doamu
Justeru anakku
Pujuklah hatimu
Memberi sedikit ruang
Agar mengundang Nur Hidayah KasihNya
Kerana kau takkan rugi dunia akhirat
Cintamu CintaNya kekal abadi
Dari dunia bawa ke Akhirat
Negeri abadi yang tiada negeri selepas itu!
Karya Rha NS
11 Muharram 1433H
7 Disember 2011
0 comments:
Post a Comment