Saturday, 22 October 2011

MOGA ALLAH TERIMAKU SEBAGAI HAMBANYA



Rabeah Mohd Ali

MOGA ALLAH TERIMA AKU SEBAGAI HAMBANYA

Ayahanda Chik :


Kaki tersadung jatuh terlentang,

Burung tempua membuat sarang;
Bagai melukut di tepi gantang,
Mengharap ehsan kasihnya orang....
52 minutes ago · Like

Ayahanda Chik:

Asyik leka membaca buku,
Tanpa sedar datang tetamu;
Biarlah aku dengan duniaku,
Terus berkarya tanpa jemu....
45 minutes ago · Like

Ayahanda Chik:

Ke mana pergi lama menghilang,
Luka di hati bertambah lara;
Apa pun pancaroba datang menghalang,
Semangat menulis terus membara....
41 minutes ago · Like

Ayahanda Chik:

Apa diharap padi seberang,
Kueh keria manis disira;
Apa nak kesah katanya orang,
Tepuk dada tanyalah selera....
36 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Tidak diharap ehsan kasihnya orang,
Yang kuharapkan ehsan Tuhan Penciptaku;
Aku menulis tidak kisahkan orang,
Tanda kusyukuri KurniaanNya padaku.
15 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali :

Biar aku dengan duniaku,
Terus berkarya tanpa jemu;
Karyaku sasteraku duniaku,
Kuberkarya hingga Allah menjemputku.
12 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Apa pancaroba datang menghalang,
Semangat menulis terus membara;
Kumenulis kerana kasih sayang,
Kasih sayang sejati terus membara.
9 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Kasih sayang sejati terus membara,
Kemanusiaan tersemai itu mahuku;
Kutinggalkan karya bila ku tiada,
Tanda kasih sejati tika hidupku.
6 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Aku menulis bukan kerana nama,
Tapi mahukan karyaku ternama;
Pembaca karyaku menjadi utama,
Kuhargai mereka bak bulan purnama.
3 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Terhenti nafas terhentilah pena,
Terputus sudah perjuanganku di dunia;
Kulalui alam baru di Sana,
Moga Allah terimaku sebagai hambaNya.

(KARYA BERSAMA RHA NS & AYAHANDA CHIK)
23 Oktober 2011
· · 2 hours ago near Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

 
;