Sunday, 16 October 2011

TIKA SOLAT HILANGLAH RINDU PADANYA



MOHON KURNIAAN DARINYA UNTUK
BEKALAN KE DESTINASI PASTI



Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kau temukan aku dengan sahabat-sahabat ahli
perniagaan yang ahli bidang masing-masing.
Keuntungan bakal banyaknya tak terhitung
itupun dengan izinMu.
Sebelum keuntungan Kau limpahkan kepada kami
semua jauhkan sifat tamak haloba di antara kami,
perselisihan faham di antara kami akibat sifat
tamak dan sifat riak yang akan memakan segala
amalan kami.

Jadikanlah keuntungan itu nanti membuatkan kami
semua bertambah bersyukur atas nikmat kurniaanMu
mendekatkan diri kepadaMu walau sesibuk mana sekali
pun. Jadikanlah hamba-hambaMu ini yang kaya dengan
sedekah dan amal jariah sebagai bekalan ke destinasi
yang pasti.

Jika kekayaan yang dimiliki itu nanti akan memecah
belahkan hati-hati kami dan menjauhkan diri kami
dari mengingatiMu maka lebih baik kami begini
hidup dalam kemiskinan tapi ada sedikit Nur KasihMu
untuk kami mengingatiMu itu adalah lebih baik daripada
kekayaan yang Kau limpahkan.
Kami redha kalau itu takdirNya.
Kami syukur kalau itu adalah kurniaanMu pada kami.
Segalanya kami serahkan kepadaMu Tuhan Yang Maha Tahu
Segala Yang Ghaib.
Murahkan rezeki kami yang mengharap ini agar bertambahnya
bekalan kami untuk menuju ke destinasi yang pasti.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya: Rha NS
16 Jun 2011
· · · Thursday at 8:28am near Kuala Lumpur


  • Athaya Nabila likes this.

    • Ayahanda Chik Anak itik terenang-renang,
      Sejuk terasa di sapa angin;
      Tempat jatuh lagi di kenang,
      Inikan pula tempat bermain...

      12 hours ago · · 1 person

    • Rabeah Mohd Ali Tempat jatuh lagi dikenang,
      Inikan pula tempat bermain;
      Sahabat yang baik lagi dikenang,
      Terkenang-kenang dalam bayangan.

      12 hours ago · · 1 person

    • Rabeah Mohd Ali Hari-hari memendam rasa,
      Terkenangkan sahabat yang jauh di mata;
      Tutur kata seindah bahasa,
      Kenangan semasa berkursus tidak dilupa.

      11 hours ago · · 1 person

    • Ayahanda Chik Tidur malam termimpi-mimpi,
      Rindu terkenang rakan dan taulan;
      Jadilah kita sahabat sejati,
      Mana berada sentiasa di ingatan...

      11 hours ago · · 1 person

    • Ayahanda Chik Apa khabar orang di sana,
      Lama sudah tidak ke ladang;
      Walau jauh hidup berkelana,
      Dalam ingatan tetap terkenang...

      11 hours ago · · 1 person

    • Rabeah Mohd Ali Jadilah kita sahabat sejati,
      Mana berada sentiasa di ingatan;
      Sahabat sejati diingat hingga ke mati,
      Begitu hebat ketulusan persahabatan.

      11 hours ago · · 1 person

    • Rabeah Mohd Ali Orang di sini kabar baik setiap hari,
      Insya-Alllah hari-hari mengarang ilham;
      Hidup sepi jika sahabat menyepi,
      Hidup tak tenteram menjana ilham.

      11 hours ago · · 1 person

    • Ayahanda Chik Naik kolek menuju muara,
      Kolek berisi buah kelapa;
      Teman gembira selalu ketawa,
      Masa menangis sama berduka...

      11 hours ago · · 1 person

    • Rabeah Mohd Ali Teman sejati sukar dicari,
      Seperti mengayam halusinasi menjadi realiti;
      Namun begitu kaulah sababat sejati,
      Bila kumenangis kau mengerti.

      11 hours ago · · 1 person

    • Ayahanda Chik Pungguk menangis terasa sendu,
      Teringat kekasih entah ke mana;
      Saat sepi dan sayu terasa rindu,
      Panjatkan doa munajatlah pada-Nya....

      11 hours ago · · 1 person

    • Rabeah Mohd Ali Bila hati terasa sendu,
      PadaNyalah tempat curahan qalbu;
      Jiwa tenang bila rindu,
      Pabila bertemuNya tika solat hilanglah rindu.

      11 hours ago · · 1 person

    • Rabeah Mohd Ali BertemuNya tika solat hilanglah rindu,
      Rasa ingin berusaha mencapai balasan cintaNya;
      Usaha dan usaha ketahap itu,
      Moga cintaku padaNya terbalas juga akhirnya.

      11 hours ago · · 1 person

    • Ayahanda Chik Penat berjalan kita berhenti,
      Duduk sebentar tenangkan diri;
      Saat rindu menjeruk hati,
      Buka fb dan kita berpantun lagi.....

      11 hours ago · · 1 person

    • Rabeah Mohd Ali Sampai kini pantun terhenti,
      Ilham datang ku berpantun lagi;
      Gembira hati tidak terperi,
      Ayahanda Chik yang baik hati.

      11 hours ago · · 1 person

    • Ayahanda Chik Anak pipit anak kedidi,
      Terbang rendah di tepi perigi;
      Terima kasih daun keladi,
      Panjang umur ada rezeki jumpa lagi...

      11 hours ago · · 1 person


  • (PETIKAN DARIPADA RABEAH MOHD ALI WALL)
    16 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;