Friday, 21 October 2011

MALAYSIA DAN INDONESIA SERUMPUN!



Rabeah
and Kony Fahran are now friends.
· ·

MALAYSIA DAN INDONESIA KAN SERUMPUN

Semalam tika aku menghantar bunda Fatimahku pulang ke kampung,
kami singgah di pekan Port Dickson.

"Cuba tanya orang di mana kedai Minang Kabau di situ ada jual
ubat lelah, Si Man kata ubat tu elok" kata bunda Fatimah
yang  risau  kesihatan Zana Puteri Sulungku.

"Mana emak tahu elok...?"

"Dia makan ubat tu...Insya-Allah baik lelahnya".

Aku bersama Zana menanyakan orang di manakah kedai Minang Kabau.

Akhirnya kami berjumpa.

"Dek di sini ada jual ubat lelah tak?"

"Ubat lelah yang mana satu ye...? Tanya lelaki 30an berbangsa Indonesia
yang fasih berbahasa Malaysia.

"Orang Indon suka amalkan ubat tu...ubat yang dijual di sini memang betul
dari Indonesia ke?

"O...ubat lelah tu... akak jangan risau di sini semuanya dari Indonesia.
Ha... ini ubatnya....bukan saja lelah aje..kejang urat ke...capek ke.pun
boleh."

"Berapa harganya dek?"

"Biasanya saya jual Rm10 ringgit tapi saya bagi akak Rm5 ringgit sebotol."

"Bagi akak 2 botol ye..."

"Ibu boleh ke sembuh lelah Zana nanti ..."

"Tawakal aje lah ye... mana tahu dengan izin Allah sembuh."

"Ibu tadi dia kata capek. Apa maksudnya tu..."

"Capek tu maksudnya penat."

"Mana ibu tahu?"

"Hai...kawan fb ibu kan orang Indonesia..."

"Patutlah ibu faham."

"Sikit....sikit bolehlah."

"Tapi takkanlah dalam puisi pun dan berbahasa Indon... pelek
bunyinya ibu...tak pernah dibuat orang."

"Dah ibu suka nak buat macam mana...lagipun Indonesia dan Malaysia
kan serumpun."

"Iya...bener ibuk," kata Zana sambil tergelak.

"Hai...udah lawan tokey kamu ini?"

Kami dua-dua tergelak.

Karya Rha NS
22 Oktober 2011
· · 3 hours ago near Kuala Lumpur


  • Naga Pamungkas likes this.

    • Naga Pamungkas iya rumpun melayu
      3 hours ago · · 1 person

    • Rabeah Mohd Ali Saling faham memahami dan menghormati antara dua benua,
      Lambang kekuatan Melayu takkan hilang di dunia;
      Bersatu hati melakukan tranformasi dua benua,
      Barulah tercipta sudah ikatan ukhwah antara dua benua.

      3 hours ago ·

    • Rans Romeo Tuah sakti hamba negeri,
      Esa hilang dua terbilang,
      Patah tumbuh hilang berganti,
      Tak kan Melayu hilang di bumi...

      2 hours ago · · 1 person

    • Ayahanda Chik Dari Jawa ke negeri Jepun,
      Singgah sebentar di Singapura;
      Kita sebangsa sama serumpun,
      Bahagia berkekalan di Nusantara....

      2 hours ago · · 2 people

    • Rabeah Mohd Ali Takkan Melayu hilang di bumi,
      Itu sumpah pendekar melayu,
      Indonesia dan Malaysia bersatu hati,
      Memakmurkan bumi tanpa jemu.

      2 hours ago · · 1 person

    • Rabeah Mohd Ali Kita sebangsa sama serumpun,
      Bahagia berkekalan di Nusantara;
      Yang khilaf segera diampun,
      Tiada wujud lagi dendam membara.

      2 hours ago ·

    • Rans Romeo Kemakmuran bumi tanpa jemu,
      Itulah harapan suatu bangsa,
      Aku bangga jadi orang melayu,
      Musyawarah mufakat penyelesaian perkara...

      2 hours ago · · 2 people

    • Ayahanda Chik Pergi ke pekan menaiki kereta,
      Sesat jalan rajinlah bertanya;
      Lupakan sengketa sesama kita,
      Terjalin ukhwah bahagia selamanya...

      2 hours ago · · 1 person

    • Rabeah Mohd Ali Musyawarah muafakat penyelesaian perkara,
      Kata sepakat membawa berkat;
      Padamkan saja hati yang bara,
      Barulah dua negara mengundang berkat.

      2 hours ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Lupakan sengketa sesama kita,
      Terjalin ukhwah bahagia selamanya;
      Benuamu benuaku untuk anak cucu kita,
      tersimpul mati bahagia selamanya.

      2 hours ago ·

    • Ayahanda Chik Biarpun jauh beribu batu,
      Teringat bonda di pagi raya;
      Dua negara kembali bersatu,
      Lambang semangat bangsa berjaya...

      2 hours ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Dua negara kembali bersatu,
      Lambang semangat bangsa berjaya;
      Rakyat dan pemimpin dua benua bersatu,
      Barulah aman dua benua ke puncak jaya.

      2 hours ago ·

    • Ayahanda Chik Sayang rambutan berbuah lebat,
      Dahan melentur kerana berat;
      Api...kala kecil dialah sahabat,
      Kala besar pastinya akan melarat....

      about an hour ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Justru sebelum melarat harus difikiri,
      Perdamaian jalan yang terbaik sekali;
      Agar dua benua boleh dibanggai,
      Oleh pewaris yang akan ditinggalkan nanti.

      about an hour ago ·

    • Ayahanda Chik Elok-elok menanam ubi,
      Takut nanti tidak berisi;
      Hidup serumpun kalau berbudi,
      Jadi kenangan sepanjang generasi...

      about an hour ago ·


  • KARYA BERSAMA RHA NS, RANS ROMEO & AYAHANDA CHIK
    22 Oktober 2011

    (DISIARKAN DI DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
    (RAKAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)

0 comments:

Post a Comment

 
;