Friday, 21 October 2011

JALINAN PERSAHABATAN DI ALAM MAYA LEBIH BERHARGA DARIPADA PERMATA



JALINAN PERSAHABATAN DI ALAM MAYA LEBIH BERHARGA
DARIPADA PERMATA!

Dengan titisan air mata aku merayu pada Tuhanku,


Ya Allah Kau bukakan pintu hati semua sahabat alam maya
ku memaafkan aku...Aku hambaMu yang tak sempurna Ya Allah
yang tak lari dari melakukan kesilapan. Walau apapun alasan
aku yang tetap berada di pihak yang salah mengundurkan diri
daripada sebuah persahabatan yang suci dan murni.
Mereka mesti mempunyai alasan yang tersendiri untuk tidak
menurut kemahuanku dalam menjalinkan sebuah persahabatan di alam maya.

Bagiku biarlah aku tidak punyai ramai teman facebook asalkan
masing-masing dapat luangkan masa untuk berkomunikasi dan saling
bertukar idea , ilmu , pandangan dan apa jua yang difikirkan baik
untuk mencari keredhaanMu Ya Allah.

Aku tak mahu facebookku sepi dan masing-masing ada agenda yang
tersendiri dan berfacebook sekadar apa adanya.

Bagiku setiap teman facebookku amat berharga dan bernilai bagaikan
permata. Kehadirannya adalah Kurniaan dariNya padaku. Setiap apa
yang dilontarkan amat aku hargai lebih daripada permata.

Tapi aku tidak boleh menerima hakikat apabila kehadiran lontaran
buah fikiranku disepikan mereka. Seakan aku tiada wujud di halaman
facebooknya dan aku. Aku tak suka begitu. Apakah itu namanya sahabat?
Apa matlamat dijalinkan persahabatan jika tiada rasa kewujudan di antara
kita. Dan apalah ertinya sahabat semata-mata untuk saling menyakiti
hati dalam diam lalu terluka. Dan apalah ertinya sahabat jika hanya bijak
berkata tapi membisu seribu bahasa.Dan apalah ertinya sahabat jika sekadar
wujudnya tapi bisu berkominikasi di alam maya.

Kalau di alam realiti bersahabat dengan orang bisu akan ada bahasa isyarat
bagi memahami apa yang dilontarkan tapi bagaimana pula bahasa isyarat jika
rakan alam maya bisu... apakah bahasa isyarat yang harus kulontarkan pada
mereka yang paling sopan tanpa menyakiti hati dalam persahabatan alam maya.

Apapun alasan aku... aku tetap bersalah Ya Allah...
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun Kau Maha Penyayang...
Di pagi Jumaat yang mulia ini kau bukakan hati semua sahabat alam mayaku
memaafkan aku kerana kesilapanku mengguriskan hati mereka tanpa pintaku
untuk terjadinya perpisahan. Aku tak mahu imanku tidak sempurna Ya Allah...
Aku mengaku kesilapanku...justru Kau bukakan hati mereka untuk memaafkan aku.
Dengan RahmatMu Yang Tanpa Batas ....mereka memaafkan aku ... kan kuterima
persahabatan kembali dengan harapan membina persahabatan ikhlas hanyalah
semata keranaMu dan ingin mendapat redhaMu. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya Rha NS
21 Oktober 2011
· · 11 hours ago

  • Rans Romeo likes this.
    • Ayahanda Chik Jalan-jalan pergi ke baruh,
      Bawa bersama si pulut inti;
      Ambil yang jernih buang yang keruh,
      Kembali terjalin persahabatan sejati...
      10 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Kembali keruh persahabataqn sejati,
      Bukan kehendakku turutkan hati:
      Di alam maya ingin menjadi sahabat sejati.
      Senada seirama itu yang dihajati.
      about an hour ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Di ufuk senja mentari melabuhkan tirai,
      Melambai-lambai kedatangannya rang bulan;
      Biarpun persahabatan sudah terlerai,
      Namun di hati tersimpul mati persahabatan.
      58 minutes ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Di malam hari bertemankan bulan,
      Bulan tersenyum memahami karangan puisi;
      Di alam maya persahabatan terjalin,
      Percambahan ilmu itu yang dikehendaki.
      56 minutes ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Indah sungguh bulan purnama,
      Sinar rembulan menyerikan taman;
      Persahabatan ikhlas hati terkesima,
      Sentiasa subur dalam wangian.
      53 minutes ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Apa diharap orang tak sudi,
      Siapalah aku untuk setanding denganmu;
      Apa diharap orang membenci,
      Kubalas kebencian dengan keikhlasan hatiku.
      50 minutes ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Derhaka rakyat menjadi pertualang,
      Pemerintah utamakan rakyat akan dihormati;
      Hatiku pilu bukan kepalang,
      Mendapat sahabat tidak memahami.
      44 minutes ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Kupujuk hati agar tidak makan hati,
      Rasa hampa menyelubungi hati;
      Perpisahan sahabat yang baik hati,
      Maafkan aku duhai sahabat namamu sentiasa di hati.
      41 minutes ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Sahabat alam maya permata hati,
      Kehadiranmu amat kunanti;
      Kita bersahabat saling berkomunikasi,
      Kata-katamu adalah permata hati.
      37 minutes ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Perkenalan di alam maya amat kuhargai,
      Di alam maya kita berbagi ilmu;
      Tiada langsung untuk berbangga diri,
      Hanya semata kerana Allah Yang Satu.
      35 minutes ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Semua sahabat di alam maya amat kusanjungi,
      Asalkan saling berkormunikasi berbagi ilmu;
      Barulah rasa saling memahami,
      Terjalin persahabatan yang ikhlas tanpa jemu.
      30 minutes ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Setiap sahabat alam maya adalah permata,
      Lebih berharga daripada permata berharga;
      Butiran kata-katanya bagaikan permata,
      Kukutip kujadikan pedoman hidup yang berharga.
      28 minutes ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Justru sahabat sepi bukan aku tak sudi,
      Mati akalku tanpa berkata apa-apa;
      Itulah matlamat aku mencari kawan yang memahami,
      Diajak berunding boleh memberi pelbagai idea.
      25 minutes ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Sudah mahuku begini agar kamu memahami,
      Maafkan aku duhai semua sahabat alam mayaku;
      Kalian sentiasa di hatiku dan aku amat menyanjungi,
      Terukir segar sewangi kasturi di hatiku.
      20 minutes ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    21 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;