Saturday, 22 October 2011

TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA


  • Rabeah Mohd Ali
    ASALKAN HIDUPKU TIDAK MELUKAKAN KALBU KALIAN!

    Terima kasih semua sahabat sastraku...
    Kalian hadir bagaikan pelangi yang kutunggu
    Sungguh indah! Tak jemu memandang...
    Indahnya panorama di kala itu
    Aman...
    Damai...
    Tenteram...
    Subhanallah aku syukur!

    Sebelumnya kufikirkan dalam benak fikiran yang tumpul ini

    Kenapakah kalian selama ini tidak memunculkan diri?
    Adakah kerana ketidaksempurnaan karyaku?
    Atau aku yang tak sempurna berbicara dengan kalian?
    Aduh! Kenapa aku suka berperasangka pada kalian?
    Maafkan aku kalian
    Allah ampunkan aku

    Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi...

    Kenapa kalian tega membunuh anganku?
    Sedangkan kita perjuangkan pena yang sama
    Adakah karyaku tiada seni ? Tiada jiwa?
    Bilang sama aku...
    Biar aku perbetulkan biar ada seni dan jiwa
    Bila mereka membacanya tertusuk
    di kalbu dan di jiwa

    Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi

    Kenapa Kejora nggak mahu berkongsi sinarnya padaku
    Apakah kalian takut ilmumu akan berkurangan jika
    dikongsikan samaku?
    Aduh! Maafkan aku kerna berperasangka lagi

    Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi
    Kenapa purnama nggak mahu senyum padaku
    mungkin karyaku lari dari visi dan misi sebenar
    tak sangka aku...
    tahukah kalian...
    udah kuperahkan sepenuh fikiran untuk mencurahkan
    idea dalam berkarya...tapi kalian langsung tak
    terihsan pada karyaku malah dipandang jelek
    ditertawakan lalu direnyukkan dibalingkan ke sungai rimba

    Nangis aku kalian...
    Itulah yang membuatkan lukaku bernanah
    bertambah parah
    hatiku sengaja kau biarkan luka
    tanpa sedikitpun ihsan
    sejambak bunga kasih yang kuberi pada kalian
    racun berbisa yang kau simbahkan ke lukaku
    tidak puas lagi dengan itu
    kau bebat pula lukaku dengan simbahan asid
    Aduh! Sakitnya sampai tak tertahan...!
    Tak apalah kalau itu boleh membahagiakan kalian
    kurela asalkan hidupku tidak menyakiti hati kalian
    apa tah lagi melukakan kalbu kalian!

    Tapi pabila kufukirkan dengan cahaya iman

    Kalian tidak begitu...
    Kalian selalu menghargai karyaku
    Menyokong segala cita-cita dan perjuanganku
    Hingga aku nangis dalam kesyukuran
    Bersyukur aku dikurniakan sahabat sebaik kalian

    Kita terikat pada ikatan ukhwah puisi jiwa... puisi qalbu
    Moga ikatan
    ukhwah puisi jiwa...puisi qalbu
    dapat membersihkan sifat mazmumah kita dan mereka yang membacanya
    Moga setiap karya kita yang terhasil ada nilaian di SisiNya
    Amin Ya Rabbal A'Lamin

    Karya Rha NS
    18 September 2011
    · · 18 hours ago near Kuala Lumpur

    • Rans Romeo likes this.
      • Ayahanda Chik Kaki tersadung jatuh terlentang,
        Burung tempua membuat sarang;
        Bagai melukut di tepi gantang,
        Mengharap ehsan kasihnya orang....
        3 hours ago ·
      • Ayahanda Chik Asyik leka membaca buku,
        Tanpa sedar datang tetamu;
        Biarlah aku dengan duniaku,
        Terus berkarya tanpa jemu....
        3 hours ago ·
      • Ayahanda Chik Ke mana pergi lama menghilang,
        Luka di hati bertambah lara;
        Apa pun pancaroba datang menghalang,
        Semangat menulis terus membara....
        3 hours ago ·
      • Ayahanda Chik Apa diharap padi seberang,
        Kueh keria manis disira;
        Apa nak kesah katanya orang,
        Tepuk dada tanyalah selera....
        3 hours ago ·
      • Rabeah Mohd Ali Tidak diharap ehsan kasihnya orang,
        Yang kuharapkan ehsan Tuhan Penciptaku;
        Aku menulis tidak kisahkan orang,
        Tanda kusyukuri KurniaanNya padaku.
        2 hours ago ·
      • Rabeah Mohd Ali Biar aku dengan duniaku,
        Terus berkarya tanpa jemu;
        Karyaku sasteraku duniaku,
        Kuberkarya hingga Allah menjemputku.
        2 hours ago ·
      • Rabeah Mohd Ali Apa pancaroba datang menghalang,
        Semangat menulis terus membara;
        Kumenulis kerana kasih sayang,
        Kasih sayang sejati terus membara.
        2 hours ago ·
      • Rabeah Mohd Ali Kasih sayang sejati terus membara,
        Kemanusiaan tersemai itu mahuku;
        Kutinggalkan karya bila ku tiada,
        Tanda kasih sejati tika hidupku.
        2 hours ago ·
      • Rabeah Mohd Ali Aku menulis bukan kerana nama,
        Tapi mahukan karyaku ternama;
        Pembaca karyaku menjadi utama,
        Kuhargai mereka bak bulan purnama.
        2 hours ago ·
      • Rabeah Mohd Ali Terhenti nafas terhentilah pena,
        Terputus sudah perjuanganku di dunia;
        Kulalui alam baru di Sana,
        Moga Allah terimaku sebagai hambaNya.
        2 hours ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
      23 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;