BILANG SAMA AKU
Bilang sama aku kenapa Indonesia mahu gayang Malaysia?
Tolong jawab sahabatku Indonesia...!
Bilang sama aku kenapa rakyat Indonesia membakar bendera
negaraku di kedutaan Malaysia di Indonesia?
Kenapa mesti dibakar bendera negaraku?
Mahu digayang Malaysiaku?
Meruntun segala jiwaku apabila rakyat Indonesia begitu
pada bendera dan negaraku....
Bilang sama aku kenapa begitu jadinya...
rakyat Indonesia begitu tega kepada negaraku?
Nangis aku...
Apa yang tak puas hati di hatimu?
Apa yang menjadi kemarahan besar hingga membakar bendera negara ku?
Mana bisa mungkin aku berdiam diri
Sebab aku sayangkan negaraku!!!
Coba kamu fikir pula
Jika bendera negaramu dibakar di Malaysia?
Dan kami mahu gayang Indonesia?
Sudah pasti kamu juga nggak bisa berdiam diri bukan?
Sebab kita sama-sama sayangkan negara kita
Betul tak kataku ini duhai sahabat Indonesiaku yang
kuhormati dan aku sayangi selalu
Mana bisa mungkin sahabat yang baik mahu menyakiti
apa tah lagi mahu bikin hati jadi panas dan bingit
dengan perbuatan dan lontaran kata-kata membakar hati dan jiwa?
Coba kamu fikir lagi...
Jika sekiranya semua rakyat Indonesia yang menyara nafkah keluarga
di Malaysia ini ...dihantar pulang...apa akan jadi?
Pasti akan menjadi huru hara yang lebih dahsyat lagi!
Tapi Malaysia tidak setega itu...masih punya hati dan perasaan...
Masih....masih...boleh bersabar lagi...
Tapi awas ye dong...!
Malaysia tidak akan berdiam diri jika perkara ini berlarutan
tidak diselesaikan cara aman akan lebih dahsyat lagi daripada
rusuhan kaum 13 Mei yang berlaku di antara kaum melayu dan cina
Aku tak dapat bayangkan jika berlaku peperangan di antara
Indonesia dan Malaysia...Akan punah segala impian dua negara berjiran..
Aku tak tega melihat ini terjadi...
Daripada negara aku dibakar...Daripada Malaysia berperang dengan Indonesia
Kalian bakar saja aku... kalau itu boleh membahagiakan kalian...
Asalkan negaraku selamat dan rakyat negaraku aman
Kerna sudah 54 tahun negaraku mengecepi nikmat kemerdekaan takkanlah
perkara yang boleh dibawa berbincang secara damai di antara dua benua
tidak dapat diselesaikan?
Bilang sama aku?
Karya Rha NS
17 Oktober 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment