Anissa Anis
- You like this.
Rabeah Mohd Ali Waalaikumussalam terima kasih kerana sudi menjemput auntie di club' ANISSA ANIS. Boleh Anis terangkan apa misi dan visi club ditubuhkan dan apa matlamatnya. Terima kasih sekali lagi. Moga membawa kebaikan dunia akhirat dalam persahabatan ini. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
8 hours ago · · 1 person
Anissa Anis auntie ape khabar?????sihat....ayahanda.chik tu ayah anis auntie........????huhuhuhu uuuuu......semoga segala urusan dipermudahkan Allah swt.....!!!!!.....InsyaAll ah.....amin....
7 hours ago · · 1 person
Anissa Anis anak pipit anak kedidi,
terbang rendah tepi perigi;
terima kasih daun keladi,
lain kali jumpa di fb lagi...
7 hours ago · · 1 person
Rabeah Mohd Ali Mana tak tumpah kuah mesti ke nasi,
Dua beranak pandai berpantun;
Amat dihargai perkenalan ini,
Moga jalinan ukhwah dalam keberkatan.
7 hours ago · · 1 person
Ayahanda Chik Dalam semak banyak duri,
Ayam hutan membuat sarang;
Moga terjalin ikatan murni,
Keluarga bahagia bertambah sayang....
6 hours ago · · 1 person
Rabeah Mohd Ali Keluarga bahagia bertambah sayang,
Sayang menyayangi dalam redhaNya;
Terjalinnya ukhwah penuh kasih sayang,
Hidup aman bahagia abadi selamanya.
6 hours ago · · 1 person
Ayahanda Chik Duduk-duduk meneman tangga,
Hati terkenang kampung halaman;
Terjalin ukhwah keluarga bahagia,
Kekal selama zaman berzaman...
6 hours ago · · 1 person
Rabeah Mohd Ali Keluarga bahagia yang diimpi,
Kusangka panas hingga ke petang;
Apakan daya hujan di tengah hari,
Hikmah disebaliknya terbalas kasih sayang.
6 hours ago · · 1 person
Ayahanda Chik Ku sangka panas hingga ke petang,
Tapi hujan di tengah hari;
Biar apa halangan mendatang,
Keluarga bahagia tetap harmoni...
6 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali Keluarga bahagia tetap harmoni,
Tersemai sudah kasih sayang sejati;
Sayang menyayang agar diredhai,
Terpatri kasih hingga ke Syurga nanti.
6 hours ago · · 1 person
Ayahanda Chik Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke kali;
Hidup bahagia berkasih sayang,
Kekal dibawa sampai ke mati....
6 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali Hidup bahagia berkasih sayang,
Kekal dibawa hingga ke mati;
Kasih diterima sayang dibuang,
Kasih sejati tak berbelah bahagi.
5 hours ago · · 1 person
Ayahanda Chik Sayang sayang buah kepayang,
Terasa pahit bila dirasa;
Apa diharap kasihnya orang,
Kalau akhirnya sendiri binasa....
5 hours ago · · 1 person
Rabeah Mohd Ali Apa diharap kasihnya orang,
Kalau akhirnya sendiri binasa;
Jangan terpedaya hasutan orang,
Moga Allah pelindung segala membinasa.
5 hours ago · · 1 person
Ayahanda Chik Camar terbang di waktu senja,
Terbang berkawan menyusur angin;
Bermaaf-maafan sesama kita,
Hati yang panas menjadi dingin...
5 hours ago · · 1 person
Rabeah Mohd Ali Hati yang panas menjadi dingin,
Setelah mendengar ucapan kemaafan;
Hidup manusia serba tidak kesempurnaan,
Beristifar padaNya penebus kesilapan.
5 hours ago · · 1 person
Ayahanda Chik Kunang-kunang terbang petang,
Terbang tinggi melintas awan;
Elok pekerti budi ditatang,
Tanda sempurna dalam berkawan....
5 hours ago · · 1 person
Rabeah Mohd Ali Elok pekerti budi ditatang,
Tanda sempurna dalam berkawan,
Sehati sejiwa berkasih sayang,
Ikhlas keranaNya dalam berkawan.
5 hours ago · · 1 person
Ayahanda Chik Bila malam gelap gelita,
Pungguk sepi rindukan bulan;
Kalau begitu bagai dikata,
Bahagia hidup seiring sejalan...
5 hours ago · · 1 person
Rabeah Mohd Ali Bahagia hidup seiring sejalan,
Selamat beradu duhai ayahanda chik ku;
Moga esok bangun dalam keberkatan,
Allah redhai hidup matimu.
5 hours ago · · 1 person
Ayahanda Chik Banyak sungguh daun keladi,
Tumbuh melata tepi perigi;
Kalau begitu kata di hati,
Di laman fb kita berpantun lagi....
5 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali Permaisuri Rimba hendak beradu,
Salah dan silap harap dimaafi;
Bukan sengaja aku begitu,
Diberi izinNya kita berpantun lagi.
5 hours ago ·
(PETIKAN DARIPADA WALL ANISSA ANIS)
21 Oktber 2011
0 comments:
Post a Comment