Saturday 22 October 2011

BENUAMU BENUAKU UNTUK ANAK CUCU KITA

  • Naga Pamungkas likes this.

    • Naga Pamungkas iya rumpun melayu
      19 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Saling faham memahami dan menghormati antara dua benua,
      Lambang kekuatan Melayu takkan hilang di dunia;
      Bersatu hati melakukan tranformasi dua benua,
      Barulah tercipta sudah ikatan ukhwah antara dua benua.
      19 hours ago ·
    • Rans Romeo Tuah sakti hamba negeri,
      Esa hilang dua terbilang,
      Patah tumbuh hilang berganti,
      Tak kan Melayu hilang di bumi...
      19 hours ago · · 1 person
    • Ayahanda Chik Dari Jawa ke negeri Jepun,
      Singgah sebentar di Singapura;
      Kita sebangsa sama serumpun,
      Bahagia berkekalan di Nusantara....
      18 hours ago · · 2 people
    • Rabeah Mohd Ali Takkan Melayu hilang di bumi,
      Itu sumpah pendekar melayu,
      Indonesia dan Malaysia bersatu hati,
      Memakmurkan bumi tanpa jemu.
      18 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Kita sebangsa sama serumpun,
      Bahagia berkekalan di Nusantara;
      Yang khilaf segera diampun,
      Tiada wujud lagi dendam membara.
      18 hours ago ·
    • Rans Romeo Kemakmuran bumi tanpa jemu,
      Itulah harapan suatu bangsa,
      Aku bangga jadi orang melayu,
      Musyawarah mufakat penyelesaian perkara...
      18 hours ago · · 2 people
    • Ayahanda Chik Pergi ke pekan menaiki kereta,
      Sesat jalan rajinlah bertanya;
      Lupakan sengketa sesama kita,
      Terjalin ukhwah bahagia selamanya...
      18 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Musyawarah muafakat penyelesaian perkara,
      Kata sepakat membawa berkat;
      Padamkan saja hati yang bara,
      Barulah dua negara mengundang berkat.
      18 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Lupakan sengketa sesama kita,
      Terjalin ukhwah bahagia selamanya;
      Benuamu benuaku untuk anak cucu kita,
      tersimpul mati bahagia selamanya.
      18 hours ago ·
    • Ayahanda Chik Biarpun jauh beribu batu,
      Teringat bonda di pagi raya;
      Dua negara kembali bersatu,
      Lambang semangat bangsa berjaya...
      18 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Dua negara kembali bersatu,
      Lambang semangat bangsa berjaya;
      Rakyat dan pemimpin dua benua bersatu,
      Barulah aman dua benua ke puncak jaya.
      18 hours ago ·
    • Ayahanda Chik Sayang rambutan berbuah lebat,
      Dahan melentur kerana berat;
      Api...kala kecil dialah sahabat,
      Kala besar pastinya akan melarat....
      18 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Justru sebelum melarat harus difikiri,
      Perdamaian jalan yang terbaik sekali;
      Agar dua benua boleh dibanggai,
      Oleh pewaris yang akan ditinggalkan nanti.
      18 hours ago ·
    • Ayahanda Chik Elok-elok menanam ubi,
      Takut nanti tidak berisi;
      Hidup serumpun kalau berbudi,
      Jadi kenangan sepanjang generasi...
      18 hours ago ·

  • (KARYA BERSAMA RHA NS, RANS ROMEO & AYAHANDA CHIK)
    22 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;