- INGIN KUCURAHKAN ILMU MEMASAK KEPADA SURI RUMAH
Sudah lama perkara ini kufikirkan dan mahuku turunkan
ilmu memasak kepada suri-suri rumah tangga.
Ramai kuperhatikan mereka lebih kurang dalam masak memasak
untuk suami dan anak-anak. Banyak makan di luar dan lebih
mudah beli saja untuk keluarga.
Kasihan aku tengok para suami yang dahagakan masakan isteri tercinta.
Kasihan aku tengok anak-anak yang dahagakan masakan ibu tersayang.
Aku bukanlah yang arif dalam masak memasak tapi dah hobiku suka
menjamu orang makan hasil dari masakanku...bukan nak angkat bakul
sendiri (puji diri) tapi rata-rata mereka suka makan masakanku dan
mengatakan sedap...kalau aku rasakan masakan ku tak enak apabila
mereka makan...rasanya mahu aku ulangi semula masakan yang lain.
Puluhan tahu aku masakkan untuk puteri dan puteraku hinggakan
mereka tak mahu makan di luar kerana lebih suka masakanku. Cuma
ada ketikanya kami makan di luar .
Pabila keluargaku datang dari kampung...pelbagai juadah dimasak
menjamu mereka makan.
"Zana...ibu rasa nak anjurkan kelas masakan untuk para-para isteri
yang tak pandai masak dan tak minat masak...ibu kasihanlah dengan
mereka semua...kasihan suami dan anak-anak mereka kan? Mana tahu
selepas mereka pandai masak...pasti suami dan anak-anak mereka akan
suka dan bertambah sayang kepada isteri dan ibu mereka. Apa pendapat
Zana dengan cadangan ibu ini?"
"Apa yang ibu rasa baik pada ibu...baiklah pada Zana...asalkan niat
ibu ikhlas untuk membantu para-para isteri menyediakan makanan untuk
suami dan anak-anak mereka."
"Doakan moga hasrat ibu ini dimakbulkan Allah ye Zana."
"Amin Ya Rabbal A'Lamin"
Karya Rha NS
23 Oktober 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment