Friday, 28 October 2011

CINTA ADAM DAN HAWA , 'CINTA IDOLA'

ADAM DAN HAWA CINTA IDOLA


Hidup di Syurga terasa sunyi,
Sedangkan semuanya ada pasangan;
Kesunyian Adam Allah memahami
Dijadikan Hawa sebagai pasangan.

Bersyukur Adam Allah memahami keperluannya,
Mendapat cinta dan kasih sayang seorang wanita;
Hawa cantik rupawan seindah budi bahasanya,
Patutlah Allah jadikan Hawa ibu mithali segala manusia.

Adam dan Hawa tinggal di Syurga,
Memadu cinta dan kasih sayang sejati;
Wangian Syurga sewangi wangian cinta,
Mereka bersyukur Kebesaran Allah yang dicintai.

Demi cinta Adam kepada Hawa,
Terpengaruh dengan hasutan iblis;
Dituruti kehendak Hawa memakan buah larangan di Syurga,
Lalu terpisahlah mereka di bumi sukanya iblis.

Setelah sekian lama mereka terpisah,
Masing-masing tercari-cari;
Cinta di hati tidak berubah,
Di Jabbar Rahmah pertemuaan dua hati.

Kisah cinta sejoli Adam dan Hawa,
Menjadi idola pasangan bahagia;
Bersyukur dalam sujud kepada yang Esa,
Takdir cinta bahagia selamanya.

Justeru hargailah cinta Adam,
Adam pula menghargai cinta Hawa;
Allah merestui cinta yang terpendam,
Biarpun dipisahkan angkara alpa.

Cinta Adam dan Hawa mengusik kalbu,
Terima kasih sahabatku:
Kata-katamu mencetuskan ilhamku,
Moga Allah berkati hidup matimu.

Adam dan Hawa Cinta Idola,'
Menjadi idola bagi pasangan yang ingin bahagia;
Bahagia di dunia dan di akhirat juga,
Allah restui cinta dua insan abadi selamaNya.

Karya: Rhs NS
9 Ramadhan 1432H
9 Ogos 2011
· · Thursday at 9:44pm

    • Pejuang Seni Kekuatan cinta telah menemukan mereka kembali... alangkah indahnya cinta Adam dan Hawa... I LIKE!!! puisi ni... :)
      7 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Inilah hadiah perkahwinan mu nanti duhai sahabatku....hihihi bingkaikan puisiku ini di hatimu di hatinya...hihihi
      7 hours ago · · 1 person
    • Pejuang Seni Hahahaha... malulah i... wahai sahabatku, Kak Rabeah Mohd Ali.
      7 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Tika ini memanglah malu tapi jika menjadi realiti kau pasti akan menyukainya duhai sahabatku... hadiah puisiku ini lebih berharga dari intan dan permata....hihihi
      7 hours ago · · 1 person
    • Pejuang Seni Hahaha... masih tak terjangkau oleh pemikiranku. Puisi ni sememangnya sungguh indah...
      7 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Indah jika diangankan dan Syukur PadaNya jika menjadi realiti dan redha jika tiada dimiliki .Jika anganmu menjadi realiti sujudlah kesyukuran pada Tuhanmu yang telah memakbulkan segala permintaanmu memiliki , Cinta Adam Dan Hawa ,'Cinta Idola'
      2 hours ago · · 1 person


  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    29 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;