DUHAI ADMIN DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
BOLEHKAH AKU BERTANYA (BAHAGIAN 1)
Duhai Admin yang kuhormati...lagiku sanjungi...
Bolehkah aku kemukakan beberapa pertanyaan padamu?
Pertanyaan yang ingin kutanyakan ini selalu saja
membelengu fikiranku
Kau nak tahu aku kumpulkan segala kekuatan
untuk mengajukan soalan ini takut-takut soalan
yang ingin kukemukakan mengguris hatimu dan hati-hati para ahlinya
Kau nak tahu...aku ini seorang yang suka bertanya
Aku masih ingat lagi suatu ketika dulu apabila aku menghadiri
kursus keusahawanan , ketika waktu minum pagi , datang salah seorang
peserta kursus yang sama denganku.
"Intan ...kenapa engkau suka banyak bertanya ha? Kau jangan nak
berlagak pandailah...engkau ingat peserta-perserta suka ke?
Meluat ...meluat...tahu tak?" katanya penuh marah.
Intan adalah nama usahawan aku. di awal kursus ketika minggu suai
kenal dengan semua peserta, penceramah memberitahu setiap peserta.
"Anda cari satu nama yang mana nama itu boleh memberi motivasi pada
diri anda setiap kali dipanggil oleh kawan-kawan anda."
Aku suka dipanggil Intan kerana ingin menjadi seperti Intan sentiasa
bersinar...menyinar diri sendiri dan menyinar orang lain juga, saling
berkongsi ilmu dalam suasana berkasih sayang tanpa ada cemburu apa tah
lagi iri hati.
Ketika aku dimarahi oleh rakanku...aku ketika itu sedang menjamah roti kaya
bakar , terhenti... air kopi yang kuminum rasa hendak tersembur, nasib baiklah
tak tersebur.
"Salah ke Intan bertanya? Dah Intan hendak bertanya nak buat macam mana?"
"Ye...lah kau suka...aku tak suka... tahu tak? Peserta lain pun tak suka...
Adakah kau tahu aku tak suka...mereka pun tak suka?"
"Tak tahu...."
"Ha....sekarang ni aku nak beritahu....mulai saat ini...mulai detik ini
kau jangan berlagak pandai....kau sedar tak diri kau siapa Intan?
Kau bukannya ada ijazah seperti kami tapi berlagak pandai macam kami?
Kau layak ke jadi seperti kami?"
"Intan memang tak layak jadi seperti kalian semua....kalian semua ada
ijazah...Intan tidak...Kalian semua pandai berbahasa Inggeris....Intan
tidak...tapi yang datang kursus ini semuanya orang Melayu...takkanlah
orang Melayu tak boleh berbahasa Melayu sesama Melayu...lainlah ada
peserta dari luar negara...ha cakap ajelah semahunya tunjukkan kehebatanmu
berbahasa Inggeris sampai keluar habuk-habuk dalam mulut tu...Intan cakap
terus terang lihatlah negara Jepun...Korea...Indonesia mereka bangga dengan
bahasa mereka. Di Malaysia ... bahasa sendiri diperkecilkan...., nak bercakap
pun dicampuradukkan dengan Bahasa Inggeris....konon hebatlah tu...kalau kita
tak mahu banggakan Bahasa Melayu ....siapa lagi? Eloklah kita jangan tinggal
di bumi Melayu....tinggal ajelah di bumi Mat Saleh ...ha...cakaplah dua puluh
empat jam.....Kalau kita bersatu hati...Intan percaya Bahasa Melayu akan menjadi
Bahasa Ilmu dan Bahasa Antarabangsa kerana diminati oleh serata pelosok dunia!"
"Ha...tengok tu...aku cakap lain kau cakap lain...Aku malaslah nak layan
orang mcam kau ni tak tahu bahasa...berlagak pandai tapi habuk pun tak
ada...sedarlah diri sikit ye....kau ni tak setanding kami...kalau aku
jadi Admin...sudah lama kau kusingkirkan dari sini...."
"Ye....aku memang tak setanding kalian...tapi tahukah kau...
Kau mohon kursus ini dengan ijazah kau dan kau diterima jadi peserta
Aku juga memohon kursus ini tanpa ijazah tapi dengan rasa Tawakal pada Allah
Dengan izin Allah aku diterima jadi peserta," kataku menahan sebak...
air mataku tertakung.Menahan segala kata-kata berbisa yang dilemparkan padaku.
"Peringatan terakhir untuk kau ye Intan...mulai saat ini...kau jangan nak
berlagak pandai...aku yang dilantik sebagai ketua di sini memberi amaran pada
kau? Faham tak? Kalau engkau degil juga....Kami akan beritahu Admin agar kau
digugurkan sebagai peserta!"
Aku tergamam! Aku terus meninggalkan mereka dan terus masuk ke tandas.
Aku menangis semahunya.
"Ya Allah Kau berilah aku kesabaran... aku ingin menuntut ilmu ini sampai
habis Ya Allah...Jika Kau takdirkan aku menjadi seorang usahawan aku ingin
menjadi seorang usahawan yang berilmu kerana dengan adanya ilmu keusahawanan
aku dapat menjadi seorang usahawan yang semata-mata ingin mendapatkan redhaMu."
Kerana tidak mahu disingkirkan sebagai peserta kursus... aku menjadi peserta
yang kaku dan bisu. Mereka semua bergelak ketawa sesama sendiri. Aku tidak.
Aku sedar siapa aku...memang tak setanding mereka yang mempunyai ijazah lagi
bijak pandai.
Berkat kesabaranku... aku berjaya menamatkan kursus selama tiga bulan.
Syukur Alhamdulillah. Walaupun dalam duka dan lara menjalani kursus aku telah
berjaya menyiapkan sebuah majalah istimewa untuk penganjur kursus, penceramah
dan semua peserta. Ilmu perniagaan yang diturunkan oleh penceramah
kuabadikan dalam majalah yang kuberi nama,"BOS PENYAYANG PEKERJA CEMERLANG"
Kulit majalah gambar aku bersama sahabatku Rohaya yang secara kebetulan
berpakaian seperti bos yang ketika itu kami di atas feri . Gambar itu
diambil ketika kami menghadiri Lawatan Sambil Belajar ke Indonesia selama
Seminggu Anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka & GAPENA.
Karya Rha NS
26 Oktober 2011
· · · 2 hours agoDUHAI ADMIN DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO

(PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
25 Oktober 2011
0 comments:
Post a Comment