Monday, 24 October 2011

BELUM BERJAYA TAPI SUDAH BAHAGIA



BELUM BERJAYA TAPI SUDAH BAHAGIA

Aku dapat mesej daripada seorang sahabat sastera

berbunyi, "Impian akak tak lama lagi akan tercapai."

Ya Allah terkedu aku mendengar mesej darinya...
Mulia sungguh hatinya...biarpun sudah banyak kali
aku melukakan hatinya...

Saat aku menulis ni...aku menangis mengenangkan
betapa mulianya terhadap impianku dalam dunia sastera
yang kuminati ini yang telah menjadi darah dagingku
yang sudah tidak dapat dipisahkan lagi biarpun karya aku
dicemuh dan dipandang sepi.

Memang patutlah aku dicemuh kerana berimpikan yang tak
masuk akal yang waras ...tak cermin diri sendiri!

"Kau siapa? Kau bukan sasterawan negara? Kau bukan ada
pun apa-apa kelulusan? Setakat Sijil Pelajaran Malaysia?
Ada hati bercita-cita macam tu? Bungkus sajelah cita-citamu itu?
Bumi terbelah dua pun cita-cita kau tak akan berjaya?
Kalau bumi terbelah dua pun ...aku yakin akan tenggelam bersama
anganmu itu? Jadi... mulai saat ini...dan detik ini kau padamkan
segala anganmu yang tak akan menjadi kenyataan? "

Duhai...sahabatku yang bijaksana...
Yang mempunyai ijazah bergulung-gulung
Yang sudah bergelar sasterawan
Yang boleh meramalkan masa depan manusia dan kejadian alam
Kalau kata-katamu itu boleh membahagiakanmu berkatalah semahumu
Biarpun kata-katamu itu menghiris-hiris hatiku hingga hancur lumat
Tapi ketahuilah kau!
Cita-citaku tak pernah padam
Anganku pada cita-citaku tak akan hilang
Kerana semua apa yang kucitakan dan impikan dalam mengimpikan
"Sasteraku Duniaku" untuk direalisasikan menjadi kenyataan telah
terukir indah di memoriku ini!

Betapa indahnya di kala impian jadi nyata
Kulihat jelas peminat-peminat karyaku berpusu-pusu datang
melihat dan mengalami sendiri, "Dunia Sasteraku Duniamu"
Mereka amat gembira! Mereka amat berpuas hati! Satu kenangan
yang tak akan dapat mereka lupakan sampai kapan pun!
Dan mereka akan datang lagi! Itulah kepuasanku untuk mereka
dalam dunia sasteraku agar dapat berkongsi bersama mereka tapi
mereka tidak akan mengenaliku kerana aku menulis bukan kerana
nama ....aku menulis kerana ingin meraih kasih sayang Allah dan
kasih sayang  semua yang diciptakan Allah di langit dan di bumi.

Biarpun impianku belum berjaya tapi aku sudah rasa bahagia!
Terima kasih kepada rakan sasteraku, "Pejuang Seni" yang
selalu menyokong dunia sasteraku tanpa henti sampai kapan pun!

Karya Rha NS
25 Oktober 2011
· · 2 hours ago near Kuala Lumpur

  • Ayahanda Chik likes this.
    • Ayahanda Chik

      Rindu hati pada Cik Leha,
      Lama sudah tidak bertemu;
      Kuatkan semangat tingkatkan usaha,
      Teruskan berkarya tanpa jemu.....
      2 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali

      Terima kasih pejuang seniku,
      Kerana tak jemu memberi sokongan;
      Dunia sasteramu dunia sasteraku,
      Matlamatnya sama untuk tinggallan warisan.
      22 minutes ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    25 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;