Tuesday, 25 October 2011

AKU CUBA MENJADIKAN DIRIKU MANUSIA SEBELUM AKU MEMANUSIAKAN ORANG

  • Setiap orang ingin mencipta kehebatan sebagai kemuncak dari hasil kejayaan dalam hidup. Kehebatan itu dalam bentuknya yang bermacam rupa dan cara; dan dilihat dari rupa bentuk dan pelbagai cara pula. Jikalau dia seorang raja yang hebat akan dilihat daripada kemakmuran negara dan keharmonian negaranya, jikalau dia seorang Yang Berhormat akan dilihat daripada kemajuan daerah dan rakyatnya, jikalau dia seorang Panglima tentera akan dilihat daripada disiplin dan keamanan negaranya, Jikalau dia seorang ketua jabatan akan dilihat dari ketelusan dan kelicinan urusetianya, jikalau dia seorang guru akan dilihat dari kepintaran dan kebijaksanaan muridnya, jikalau dia seorang bapak akan akan dilihat daripada budi pekerti anak-anaknya, jikalau dia seorang ulama akan dilihat dari kewarakan dan kekuatan rohaninya; tetapi jikalau dia hanyalah seorang individu manusia biasa, di manakah letak kehebatannya..? Setiap orang ingin mencipta kehebatan sebagai kemuncak dari hasil kejayaan dalam hidup. Tiada kehebatan melainkan kehebatan Allah belaka; tetapi manusia yang hebat itu ialah mereka yang selalu dapat memanusiakan manusia dan tidak membawa kemudaratan kepada manusia lain...
    · · · 13 hours ago ·

    • You and 4 others like this.
      • Rabeah Mohd Ali Bukan mudah untuk memanusiakan manusia kerana ada waktu ketikanya manusia itu sendiri berperagai seperti haiwan dan ada kalanya haiwan yang tidak mempunyai akal ada perikemanusiaan!
        Aku cuba menjadikan diriku manusia sebelum aku memanusiakan orang lain melalui karyaku tapi tanpa hidayah Allah siapalah aku ini...
        11 hours ago ·


        (PETIKAN DARIPADA WALL AWANG KARIM KADIR)
        25 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;