Friday, 28 October 2011

SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU!

  • SURGA DITELAPAK KAKI IBU. Pemuda itu berlari. Terus berlari. Sesekali ia melihat telapak sepasangkaki dipundaknya.
    · · · 20 hours ago via mobile

    • You, Tina Yanesh, Haidi Yan and 3 others like this.
      • Haidi Yan Jempol, untuk fiksi mini Ali Gong Shadlle. Salam
        20 hours ago ·
      • Ali Gong Shadlle Ada jg percobaan dramamini saya di twitter @aligongshadlle
        19 hours ago via mobile · · 1 person
      • Saddam Alqadawi telapak ibunya di pundak? Apakah jadi beban?
        19 hours ago ·
      • Haidi Yan Kita manggil ahlinya dulu bapak Naga Pamungkas, ibu Inni Indarpuri, bapak Korrie Layun Rampan...pasti beliau-beliu mengetahui semoga berkenan untuk memberi sedikit ilmunya. [salam hormat]
        19 hours ago ·
      • Saddam Alqadawi bapak Korrie Layun Rampan mungkin hanya memantau, menunggu saat yang tepat untuk keluar dari pertapaanr. Yang muda-muda aja. Kalau ibu Inni Indarpuri mungkin masih membacakan puisi suami dan anaknya. Nah kalau Naga Pamungkas sedang memikirkan kapan bikin komik silat yang bisa berjaya kembali hehehe ... salam semua.
        19 hours ago · · 1 person
      • Haidi Yan Tak apalah, yg penting masih ada Saddam Alqadawi, ibu Mahabbah El-ahMead, atau ibu Rabeah Mohd Ali dan ibu Tina Yanesh, bapak Idrisboi Boiboi, Desinta Mahadewi atau lainnya di DRSB.
        19 hours ago · · 2 people
      • Rabeah Mohd Ali PANTUN IBU OH! IBU

        Diucapkan selamat hari ibu ,
        Kepada ibuku tersayang;
        Kami adik beradik menyayangimu,
        Dunia akhirat tetap di sayang.

        Dalam kandungan ibu berdoa,
        Agar dikurniakan anak soleh soleha;
        Bersyukur ibu melahirkan cahaya mata,
        Seorang bayi yang amat sempurna.

        Ibu berkorban nyawa membesarkan anak,
        Besarkan anak tanpa harapkan balasan;
        Kecilkan hati ibu berdosanya anak,
        Di akhirat nanti mendapat balasan.

        Anak dipelihara bersama ibu dan bapa,
        Dididik dijaga dengan penuh kasih sayang;
        Jerih payah ibu pelbagai rupa,
        Namun sabar demi kasih dan sayang.

        Biarpun penat tidak mengapa,
        Asalkan anak semuanya terjaga;
        Kebahagian anak ibu berdoa,
        Moga ibu tempatnya di Syurga.

        Derhakaku ibu kejamnya aku,
        Kecilkan hatimu bukan kusengaja;
        Sudah lumrah manusia begitu,
        Moga Allah memberi hidayah sentiasa.

        Bukan mahuku jadi anak derhaka,
        Pengaruh kawan buatku begini;
        Menagih mengedar dadah buatku celaka,
        Lupakan nasihat ibu penjaraku di sini.

        Kekhilafanku buat ibuku berair mata,
        Berdoa ibu agar aku dilepaskan;
        Menangis aku hingga bengkak mata,
        Tapi kesalahanku tak akan dilepaskan.

        Malunya aku berdepan dengan ibu,
        Ke mana pergi tanganku bergari;
        Sedihnya aku mencium dahi ibu,
        Maafkan aku ibu membuatmu begini.

        Biarpun aku jadi begini,
        Namun ibu tetap kasihkan aku,
        Ku salahkan diriku sendiri,
        Kerana tak menghargai kasih ibuku.

        Hidup di penjara amat memilukan,
        Terkenang-kenangkan ibu dalam kerinduan;
        Lukakan hatimu kutangis dalam sendan,
        Penyesalan yang tak sudah aku kesalkan.

        Kalau diulangkan masa mahu aku berubah,
        Menjadi anak soleh sukakan hatimu ibu;
        Tentu aman bahagia iman yang teguh,
        Seteguh kasih sayangmu kasih sayangku.

        Apa nak buat masa tak boleh diulang,
        Aku tidak boleh membetulkan masa;
        Moga anak di luar sana cari jalan pulang,
        Pulang ke pangkal jalan demi hidup bahagia.

        Hidup bahagia bersama ibu tercinta,
        Balaslah kasih sucinya ibu;
        Peluk ciumnya sebagai balasan cinta,
        Pasti pilu dalam bahagia hati ibumu.

        Apabila sudah jadi begini salah diriku,
        Bukan salah ibu mengandung;
        Aku yang khilaf mengikut nafsu,
        Kejamnya aku membuat ibuku malang.

        Bilamana ibuku berkunjung melawatku,
        Aku dipeluk cium melepas rindu;
        Kumenangis dalam syahdu,
        Kutatap wajah ibu teramat pilu.

        Aku menangis dalam sendu,
        Ibu menangis dalam pilu;
        Maafkan aku wahai ibuku,
        Moga Tuhan merahmati hidupmu.

        Ibu mengelap air mataku mengalir deras,
        Ibu pujukku supaya bersabar;
        Tabahnya hati ibu ku diambil tindakan tegas,
        Ibuku tetap terimaku dengan sabar.

        Masa berpisah amat memeritkan perasaan,
        Bagaikan tersayat hatiku dalam luka;
        Ibuku menangis penuh ihsan,
        Dua beranak berpisah dalam cinta terluka.

        Ibu oh! Ibu kusayang ibu,
        Halalkan makan minumku;
        Biarpun setitis air susumu ,
        Doakan Allah terima taubatku.

        Ibu oh! Ibuku tercinta,
        Kasih sayangmu kuingat hingga ke mati;
        Wangian cintamu bagaikan bauan Syurga,
        Hingga hujung nyawa cintamu tetap diingati.

        Karya: Rha NS
        8 Mei 2011
        (DIILHAMKAN BERSEMPENA MENYAMBUT HARI IBU SEDUNIA)


        (PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
        28 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;