Saturday, 29 October 2011

SEMOGA DIRAHMATI DAN SEJAHTERA KITA HENDAKNYA

  • indah senyuman baju berbunga,
    pagi-pagi dah nampak ceria,
    salam 1Malaysia kepada semua,
    semoga dirahmati dan sejahtera kita hendaknya.
    · · October 24 at 9:15am ·

    • You and 6 others like this.

      • Rabeah Mohd Ali Biarpun jauh beribu batu,
        Namun di hati berpisah tiada;
        Terharu hatiku mulianya hatimu,
        Sudi memaafkanku biarpun hatimu sudah terluka.

        October 24 at 9:23am · · 1 person

      • Rabeah Mohd Ali JALINAN PERSAHABATAN DI ALAM MAYA LEBIH BERHARGA DARIPADA PERMATA!

        Dengan titisan air mata aku merayu pada Tuhanku,

        Ya Allah Kau bukakan pintu hati semua sahabat alam mayaku memaafkan aku...Aku hambaMu yang tak sempurna Ya Allah yang tak lari dari melakukan kesilapan. Walau apapun alasan aku yang tetap berada di pihak yang salah mengundurkan diri daripada sebuah persahabatan yang suci dan murni. Mereka mesti mempunyai alasan yang tersendiri untuk tidak menurut kemahuanku dalam menjalinkan sebuah persahabatan di alam maya.

        Bagiku biarlah aku tidak punyai ramai teman facebook asalkan masing-masing dapat luangkan masa untuk berkomunikasi dan saling bertukar idea , ilmu , pandangan dan apa jua yang difikirkan baik untuk mencari keredhaanMu Ya Allah.

        Aku tak mahu facebookku sepi dan masing-masing ada agenda yang tersendiri dan berfacebook sekadar apa adanya.

        Bagiku setiap teman facebookku amat berharga dan bernilai bagaikan permata. Kehadirannya adalah Kurniaan dariNya padaku. Setiap apa yang dilontarkan amat aku hargai lebih daripada permata.

        Tapi aku tidak boleh menerima hakikat apabila kehadiran lontaran buah fikiranku disepikan mereka. Seakan aku tiada wujud di halaman facebooknya dan aku. Aku tak suka begitu. Apakah itu namanya sahabat? Apa matlamat dijalinkan persahabatan jika tiada rasa kewujudan di antara kita. Dan apalah ertinya sahabat semata-mata untuk saling menyakiti hati dalam diam lalu terluka. Dan apalah ertinya sahabat jika hanya bijak berkata tapi membisu seribu bahasa.Dan apalah ertinya sahabat jika sekadar wujudnya tapi bisu berkominikasi di alam maya.

        Kalau di alam realiti bersahabat dengan orang bisu akan ada bahasa isyarat bagi memahami apa yang dilontarkan tapi bagaimana pula bahasa isyarat jika rakan alam maya bisu... apakah bahasa isyarat yang harus kulontarkan pada mereka yang paling sopan tanpa menyakiti hati dalam persahabatan alam maya.

        Apapun alasan aku aku tetap bersalah Ya Allah...
        Sesungguhnya Kau Maha Pengampun Kau Maha Penyayang...
        Di pagi Jumaat yang mulia ini kau bukakan hati semua sahabat alam mayaku memaafkan aku kerana kesilapanku mengguriskan hati mereka tanpa pintaku untuk terjadinya perpisahan. Aku tak mahu imanku tidak sempurna Ya Allah...

        Aku mengaku kesilapanku...justru Kau bukakan hati mereka untuk memaafkan aku.

        Dengan RahmatMu Yang Tanpa Batas ....mereka memaafkan aku ... kan kuterima persahabatan kembali dengan harapan membina persahabatan ikhlas hanyalah semata keranaMU dan ingin mendapat redhaMu. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

        Karya Rha NS
        21 Oktober 2011

        October 24 at 9:30am · · 1 person

      • Zainab Nyagimo indah senyuman berbaju bunga siatan
        October 24 at 9:34am ·

      • Zainab Nyagimo sorry wak...salah tekan....indah senyuman berbaju bunga siatan,pagi pagi dah nampak senyuman,salam 1 Borneo saya hulurkan,tanda persahabatan berkekalan..selamat pagi wak...hehee..semoga ceria selalu..
        October 24 at 9:37am · · 1 person

      • Mat Kr Zainab Nyagimo., Hahaha... pagi2 dah tersasol wak..hehehe... Rabeah Mohd Ali., Saya sokong petikan di atas., tapi satu je silap sikit.. hari ni hari isnin bukan hari jumaat..Hehehe....gurau je..
        October 24 at 9:43am ·

      • Zainab Nyagimo Biasalah wak...mun dah byk difikir dlm minda..tok..ehheee..pagi 2 dah tersasol....ahhahaa...thank you wak..
        October 24 at 9:46am · · 1 person

      • Rabeah Mohd Ali
        AKU PASRAH DAN REDHA KAU BUKAN TAKDIR UNTUKKU

        Kini aku terdera dalam luka yang panjang
        Mencintaimu hingga bila-bila
        Susah untuk aku lupakan
        Ku pergi tanpa relaku

        Ku percaya kesetiaanmu
        Tapi kau masih tinggalkanku
        Apa salahku
        Kau tinggalkanku tanpa relaku

        Kau yang kucinta untuk selamanya
        Tapi kau tinggalkan aku
        Menunggumu dalam waktu yang panjang
        Yang tak pasti kau akan kembali padaku

        O...ini kah cinta namanya
        Sekadar menyakiti hati dan perasaanku

        Perpisahan membuat aku terdera merinduimu
        Perpisahan telah cukup membuatkan aku merinduimu dalam luka

        Kau kecewakan aku setelah hadir cinta barumu
        Kau lupakan aku untuk selamanya

        Ooooo kejamnya dikau...
        Perpisahan tanpa relaku
        Setelah kau miliki cinta baru
        Aku kau tinggalkan tanpa ehsanmu
        Tinggalkan aku dalam dusta cintamu

        Aku tak dapat maafkan
        Begitu kejamnya dikau terhadap cintaku
        Yang setia menantimu dalam kerinduan

        Dalam duka yang parah kulepaskan cintaku
        Pergilah dikau pada cinta barumu itu
        Moga bahagia mendirikan mahligai cinta bersamanya

        Biarlah aku di sini tinggal bersama impian anganku
        untuk hidup bersamamu yang tak kesampaian
        Aku pasrah dan redha kau bukan takdir untukku.

        Karya Rha NS
        23 Oktober 2011

        October 24 at 9:49am ·

      • Rabeah Mohd Ali MOGA PERSAHABATAN ABADI TERPATRI DI HATIKU HATIMU!

        Cahaya Shalsabila likes this.

        Haslie Umar sabar je lah whai shbtku...mungkin ada hikmah di sebalik duka....
        12 hours ago · Unlike · 1 person

        Rabeah Mohd Ali Terima kasih sahabatku...kehadiranmu ...menceriakan hatiku yang duka...maafkan aku jika aku mengguriskan hatimu...kerana ikutkan hati kuhampir kehilanganmu....sekali lagi kumohon maaf ye...
        12 hours ago · Unlike · 1 person

        Rabeah Mohd Ali Jangan kau sebut tiada maaf bagimu...pasti aku nangis pilu...hihihi
        12 hours ago · Unlike · 1 person

        Cahaya Shalsabila tak kan ada yang abadi hanya satu yang abadi cintaku cintamu PaDaNYa..malem bunda!!
        9 hours ago · Unlike · 1 person

        Haslie Umar tiada apa yg perlu ku maafkan....sesungguhnya dirimu tiada kesalahan....perkara yang lepas usah dikenangkan.....terus maju pandang ke depan....
        5 hours ago · Unlike · 1 person

        Rabeah Mohd Ali Terima kasih sahabatku Shalsabila dan Haslie Umar
        Kalian sentiasa tak jemu menyokong minatku
        Moga kasih persahabatan kita abadi terpatri di hatiku hatimu.
        3 hours ago · Unlike · 2 people

        Cahaya Shalsabila sama2 bunda,,semoga insyaallah amin amin yaa rabal'alamin met pagi bunda
        2 hours ago · Like

        Ayahanda Chik Berkolek berdayung ke pulau nan satu,
        Kabus yang tebal menutup pandangan;
        Biarpun jauh beribu batu,
        Namun di hati berpisah jangan....
        2 hours ago · Like · 1 person

        Rabeah Mohd Ali Biarpun jauh beribu batu,
        Namun di hati berpisah tiada;
        Terharu hatiku mulianya hatimu,
        Sudi memaafkanku biarpun hatimu sudah terluka.
        2 hours ago · Like

        (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
        23 Oktober 2011

        October 24 at 10:46am ·

    • (PETIKAN DARIPADA WALL MAT KR)
      30 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;