Friday, 28 October 2011

CINTA ANUGERAH DARINYA




  • PUISI LAGU
    HATI MEMILIKI



    Apa dayaku menafikan
    dia hadir tanpa duga
    dia hadir tanpa diundang
    menuju ke benak hati
    menuju ke perdu rindu cinta.

    Cintamu bukan miliku
    hatimu sudah dimiliki cinta
    namun hatiku teruja miliki cintamu.

    Sudah jutaan kali kuungkapkan
    kuingin miliki cintamu
    apa dayaku kau biarkan sepi.

    Kucuba padamkan cintaku
    kerna hatimu bukan milikku
    kuharap Tuhan bukakan hatimu
    untuk kumiliki
    ku tak paksa dirimu terimaku
    jua dirimu… aku pasrah.

    Andai tiada hatimu untukku
    cukuplah sekadar puisi indah
    berimpian memiliki hatimu
    wangian kasih pernah menakluki
    cintamu bertandang di hatiku.

    Kudoakan moga hatimu hatinya
    berbaur cinta Syurga.
    Doakan moga diriku
    miliki hati yang punya hati padaku
    dan hatinya terpaut pada
    Maha Pemberi Hati…
    Maha Pencipta Hati…
    Dengan KemurahanNya
    Dikirim hambaNya
    untuk memiliki hatiku
    Syukur kupanjatkan padaNya
    terima kasih pada hambaNya
    kerana sudi memiliki hatiku untuk dimiliki.

    Karya Rha NS
    13 Mei 2011
    (DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK RUF S GADIS SABAH)
    · · Thursday at 9:17pm


    • Pejuang Seni likes this.

      • Pejuang Seni CINTA... anugerah dari-Nya yang lahir tanpa dipinta... Menjalin hubungan demi sebuah kebahagiaan... Namun adakalanya tak perlu mengikut perasaan... Kiranya tak ingin melalui kedukaan. Semoga ramai insan mengecapi kebahagiaan yang diimpikan... :) Thanks!!! puisi ni... kak Rabeah Mohd Ali.
        7 hours ago ·

      • Rabeah Mohd Ali Moga suatu ketika nanti kau dapat memiliki cintanya yang membawa mu ke Syurgawi. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
        6 hours ago · · 1 person

      • Pejuang Seni ‎... amin. :)
        6 hours ago · · 1 person

    • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
      29  Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;