Friday, 28 October 2011

PAK HAIDI YAN PEJUANG WARISAN YANG PATUT DIBANGGAKAN WARGA INDONESIA



Rabeah Mohd Ali
ADAM DAN HAWA CINTA IDOLA

Hidup di Syurga terasa sunyi,
Sedangkan semuanya ada pasangan;
Kesunyian Adam Allah memahami
Dijadikan Hawa sebagai pasangan.

Bersyukur Adam Allah memahami keperluannya,
Mendapat cinta dan kasih sayang seorang wanita;
Hawa cantik rupawan seindah budi bahasanya,
Patutlah Allah jadikan Hawa ibu mithali segala manusia.

Adam dan Hawa tinggal di Syurga,
Memadu cinta dan kasih sayang sejati;
Wangian Syurga sewangi wangian cinta,
Mereka bersyukur Kebesaran Allah yang dicintai.

Demi cinta Adam kepada Hawa,
Terpengaruh dengan hasutan iblis;
Dituruti kehendak Hawa memakan buah larangan di Syurga,
Lalu terpisahlah mereka di bumi sukanya iblis.

Setelah sekian lama mereka terpisah,
Masing-masing tercari-cari;
Cinta di hati tidak berubah,
Di Jabbar Rahmah pertemuaan dua hati.

Kisah cinta sejoli Adam dan Hawa,
Menjadi idola pasangan bahagia;
Bersyukur dalam sujud kepada yang Esa,
Takdir cinta bahagia selamanya.

Justeru hargailah cinta Adam,
Adam pula menghargai cinta Hawa;
Allah merestui cinta yang terpendam,
Biarpun dipisahkan angkara alpa.

Cinta Adam dan Hawa mengusik kalbu,
Terima kasih sahabatku:
Kata-katamu mencetuskan ilhamku,
Moga Allah berkati hidup matimu.

Adam dan Hawa Cinta Idola,'
Menjadi idola bagi pasangan yang ingin bahagia;
Bahagia di dunia dan di akhirat juga,
Allah restui cinta dua insan abadi selamaNya.

Karya: Rhs NS
9 Ramadhan 1432H
9 Ogos 2011
· · · 20 hours ago

  • Haidi Yan and Inni Indarpuri like this.
    • Haidi Yan Bunda Rabeah Mohd Ali, malam ini meriah sekali di DRSB, ada Ali Gong Shadlle, Panggil Dinda Saja, Idrisboi Boiboi, Saddam Alqadawi, Agus Dwi Utomo, Desinta Mahadewi, tapi mengapa belum hadir ibu Inni Indarpuri dan bapak Naga Pamungkas. [Semoga semua tetap sehat. Amin]
      20 hours ago · · 1 person
    • Haidi Yan As.Wr.Wb. Ibu Inni Indarpuri, kehadiran ibu sudah di nantikan sejak tadi. Malam ini meriah sekali di DRSB.
      20 hours ago ·
    • Inni Indarpuri alhamdulillah pak Haidi Yan, bapak memang motor penggerak yang hebat, maaf saya hanya ngintip sesaat, karena sedang ngeprin makalah buat presentasi besok. Saya riang menyaksikan fiksi mini bertebaran malam ini, yang ternyata merupakan imajinasi yang luar biasa, sarat makna dan tanda tanya yang mampu menggoda ribuan kata dalam kepala. Terimakasih pak.....
      20 hours ago · · 1 person
    • Haidi Yan Selamat bertugas Ibu Inni Indarpuri, salam hormat dan sukses selalu. Amin.
      20 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Benar apa yang dikatakan Inni Indarpuri ...pak Haidi Yan peminat dan pejuang seni warisan yang patut dibanggakan oleh warga Indonesia...moga semangatmu tak pernah luntur ..pak Haidi Yan!
      20 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Ku yakin dengan semangat pak Haidi Yan tak lama lagi akan ceriakan Rumah Sastra ini dengan dialog-dialog ahli-ahlinya yang selama ini menyorok di balik bulan malu untuk menunjukkan bakat terpendam...hihihi bolehlah ku tersenyum dari benua sini mengucapkan sekalung tahniah kepada semua ahli DRSB yang kusanjungi dan hargai bakat yang ada pada mereka semua.Salam hormat ku dari benua sini...Rha NS
      19 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Kepada Pak Naga kuminta maaf jika kehadiran karya-karyaku ada yang tidak disenangi olehmu atau semua ahli DRSB. Maaf jua dipohon.
      19 hours ago · · 1 person

  • (PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
    28 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;