Friday, 28 October 2011

CINTA SETULUS HATINYA SEINDAH KATANYA SESUCI IMANNYA



JANGAN KUNCI PINTU CINTAMU

Kenapa harus dikunci pintu cintamu
izinkan aku mengetuk
mengucapkan salam sejahtera
duhai gadis yang kucintai
izinkan aku bertahta di hatimu
mencintaimu seikhlas hati
menaburkan bunga-bunga
cinta suci tanpa debunga pemalsuan.

Mempelangikan hidupmu
yang sepi dan suram
ku akan bahagiakanmu
sepanjang hidupmu
percayalah padaku sayang
cintaku sepenuh hati
tanpa ada kecurangan
aku bersumpah setia padamu
untuk memadu cinta
di dunia hingga ke Syurgawi.

Nanti cinta kita
berulamkan kasih dalam iman
usah diragui cintaku lagi
kutunggu hatimu terbuka untukku.

Jika tiada realiti cinta kita
bermimpilah aku bahawa kau membalas cintaku
itupun sudah memadai untukku
menagih cintamu tak kesampaian
kau bukan milikku...
aku pasrah dan redha.

Karya Rha NS
1 Januari 2011
(Disiarkan Istimewa Untuk Ruf S Gadis Sabah)
· · Thursday at 9:05pm

    • Pejuang Seni Di manakah aku harus mencari kunci yang hilang dalam kelam malam? Haruskah aku mencarinya? tika keindahan kadangkala tak seindah kata...
      6 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Jika keindahan tak seindah kata bererti itu bukan cinta namanya...dia pasti tidak dapat membuka kunci pintu cintamu hanya yang layak mereka yang berhati suci sesuci cintanya padamu menyintaimu hanya keranaNya barulah pintu cintamu dapat dibuka dan kau akan tersenyum dalam redha menerima cintanya.
      6 hours ago · · 1 person
    • Pejuang Seni Kiranya itu bukan cinta... apakah yang dapat kusimpulkan tentangnya? adakah ianya hanyalah mainan perasaan yang kadangkala membuaikan jiwa... hingga terlena di buai mimpi hehe... Kak Rabeah Mohd Ali, thanks puisinya.
      6 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Senyummu bahagiaku...hehehe moga tidurmu diulam mimpikan sidia sedang melamarmu dengan sebentuk cincin permata berlian yang ditempah dari Kedai Permata Bulan Purnama (hehehe)
      6 hours ago · · 1 person
    • Pejuang Seni Hahahaha... geli hatiku kak Rabeah Mohd Ali. Aku tidak memerlukan sebentuk cincin permata berlian cukuplah sekadar.................. hehe...
      6 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Cinta setulus hatinya...seindah katanya sesuci imannya hihihi
      6 hours ago · · 1 person
    • Pejuang Seni Hehe... semoga ramai insan mengecapinya.
      6 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Itulah matlamat puisi ini dikarang...cinta dalam redhaNya cinta yang membawa ke Syurgawi. Amin Ya Rabbal A"Lamin.
      6 hours ago · · 1 person
    • Pejuang Seni ‎... amin. Idea yang dilahirkan demi kebahagiaan insan lain... :) anugerah dari-Nya yang perlu dihargai.
      6 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Syukurku kerana aku dilahirkan ke dunia ini untuk membahagiakan insan-insan di dunia ini dengan anugerah Kurniaan dariNya, moga ada nilaian di SisiNya setelah ku tiada di dunia ini. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
      6 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Jangan lupa layari blog ku duhai sahabatku kerana lambang cintaku pada semua ciptaan Tuhan terwujud di sana. Hayati jangan tak hayati bilamana kau rindu padaku bacalah karyaku duhai sahabatku....
      5 hours ago · · 1 person
    • Pejuang Seni ‎... amin. Semoga dikau juga sentiasa berada dalam dunia kebahagiaan... amin. Thanks kak... :)
      5 hours ago · · 1 person
    • Rabeah Mohd Ali Dalam tidurku....kumimpikan kebaikan kamu kepadaku duhai sahabatku...Ruf S. Terima kasih untuk segalanya.Moga kau dan aku menjadi sahabat sejati dunia akhirat. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
      about an hour ago · · 1 person

  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    29 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;